Monday, May 1, 2017

SET CANTIK SHAKLEE

Assalamualaikum wtb

Cantik. Siapa yang tak nak kan? Bagi Lien sendiri,cantik ni memang subjektif. Tak semestinya putih melepak itu cantik tapi cantik yang sebenar bagi Lien ialah memiliki kulit yang sihat dan dengan kulit yang sihat inilah, wajah akan nampak berseri dan bebas dari jerawat atau sebarang masalah kulit yang lain.

Dengan set cantik Shaklee, masalah kulit kusam, berjerawat insyaAllah boleh diselesaikan kerana anda akan dapat kulit wajah yang lebih sihat dan seterusnya menyerlahkan kecantikan anda.

Nak tau apa ada dalam set cantik Shaklee?

1. Vita C

Antara fungsi Vitamin C ialah:

* merangsang penghasilan kolagen untuk kulit yang cantik

* Mengecutkan jerawat dengan cepat

* Memudarkan parut jerawat

* Mengandungi antioksidan yang menguatkan daya tahan kulit daripada radikal bebas atau toksin dan bakteria daripada persekitaran.

2. ESP

ESP membekal sumber protein yang diperlukan oleh badan. Ia mengandungi protein lengkap termasuklah protein yang tak boleh dihasilkan dalam badan dan hanya diperolehi daripada diet seharian. Protein berfungsi menghasilkan sel-sel baru bagi termasuklah bagi kulit.

3. B Complex

B Complex mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan mata,rambut kuku dan termasuklah juga kesihatan kulit.

Vitamin  B 6 yang terdapat dalam B Complex membantu mengurangkan stress dan mengawal mood. Antara tips untuk cantik juga iala dengan sentiasa gembira dan senyum. Tapi kalau sentiasa stress dengan macam-macam,macam mana nak senyum kan. So, B Complex pilihan terbaik untuk mengurangkan stress anda.

4. Vitamin E

Vitamin E berfungsi:

* Memudarkan parut jerawat.

* Melambatkan proses penuaan.

* Mempercepat proses baik pulih luka jerawat.

* Mengatasi masalah whitehead dan blackhead. 

*Membantu pengaliran darah lebih lancar. 

******************

Sekiranya anda tidak suka untuk makan banyak supplement, Lien ada solution untuk anda.

Apa lagi kalau bukan VIVIX.

HANYA 1 SUDU KECIL SETIAP HARI cukup untuk memberi hasil yang memukau.

VIVIX kaya dengan resveratrol yang merupakan antioksidan yang kuat. Fungsinya untuk melindungi dan memperbaiki sel- sel yang rosak akibat pelbagai sebab. Antaranya ialah radikal bebas daripada sekeliling juga boleh merosakkan sel. Dengan resveratrol yang terdapat dalam vivix, hasilnya bukan hanya kulit semakin sihat tapi ia meningkatkan kesihatan seluruh badan.

******************

Namun begitu, Key yang paling penting untuk cantik ialah KONSISTEN. Kerana proses penggantian sel- sel baru mengambil masa sehingga 21 hari. Kalau amalkan supllement hari ni, then nak cantik esok, memamg tak boleh la.

So,awak nak cantik?

Hubungi Lien segera dan Lien akan bantu anda untuk kelihatan semakin cantik dengan cadangan produk yang sesuai untuk anda.Bonusnya Lien juga akan berkongsi cara  pengambilan supplement yang terbaik untuk mendapat kesan yang juga terbaik.

Salam Sayang

Lien Abdullah
0137556961

Sunday, April 30, 2017

Rawatan Kayap

Assalamualaikum wtb.

Dulu- dulu Lien pernah jugak dengar bonda cakap, kayap ular ni bahaya. Apabila lingkaran kayap ular ini bertemu, ia boleh menyebabkan maut. So, dulu bila dengar kayap ular memang agak takut la.

Sehingga sekarang, Lien pun tak pasti kesahihannya. Tapi rasanya tak betul sebab daripada pembacaan dan juga Lien pernah dengar satu perbincangan dengan doktor mengenai kayap ular ni. Katanya lingkaran kayap ular ni tak akan mengelilingi semua bahagian pinggang tapi ia cuma akan berlaku pada 1 bahagian pinggang sahaja. Maksudnya lingkaran itu tidak akan bertemu.

Apakah itu KAYAP

Kayap( shingles) merupakan ruam lepuh yang timbul dipermukaan kulit pada bahagian tertentu badan yang berisi air.

Ia disebabkan oleh virus Varicella Zoster (VZV). Virus ini sebenarnya sudah lama berada dalam tubuh badan seseorang apabila mengalami  penyakit cacar air. Setelah cacar air sembuh, virus ini masih berada dalam badan tetapi dalam bentuk tidak aktif. Namun begitu,apabila sisten imun badan lemah, virus ini kembali menyerang yang menyebabkan kayap.

Simptom Jangkitan Kayap

- Rasa kebas, sakit dan panas pada bahagian badan yang dijangkiti.

- Ia diikuti demam dan sakit kepala.

- Seterusnya, tanda- tanda kayap akan muncul dikulit. Iaitu tompok- tompok merah dan diikuti gelembung- gelembung kecil yang berisi air.

- Selain itu, kayap ular pula akan membentuk lingkaran pada bahagian tubuh pesakit seperti belitan ular. Gelembung- gelembung kecil yang berisi air akan timbul pada bahagian lingkaran tersebut.

- Dalam tempoh seminggu, gelembung- gelembung yang berisi air akan pecah dan mula mengering.

Namun begitu, kayap yang tidak dirawat boleh menyebabkan kesakitan saraf jangka panjang. Ia boleh berlarutan sehingga berbulan- bulan malah sehingga bertahun- tahun.  Selain itu, jangkitan kayap juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti jangkitan kulit, parut yang hodoh serta  lemah otot.

Oleh kerana itu, kayap harus dirawat segera. Salah satu rawatannya ialah dengan meningkatkan tahap imunisasi badan.

Shaklee menawarkan set untuk meningkatkan tahap imunisasi badan terutamanya untuk merawat kayap. Antara produk yang sesuai ialah Vivix, Nutriferon, Garlic Complex dan Vita C Sustained Release.

-------------------

VIVIX

Antara bahan utama yang terdapat dalam vivix ialah elderberry. Elderberry ini kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C yang penting untuk kesihatan yang optimum. Selain itu, bioflavonoids dalam elderberry juga membantu sistem imun badan dengan meningkatkan paras antioksidan untuk menentang serangan virus yang boleh merosakkan sel.

NUTRIFERON

NutriFeron merupakan campuran ekstrak tumbuhan terpilih yang telah terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun.

Kajian menunjukkan manfaat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun diperoleh daripada campuran khas 4 ekstraks tumbuhan didalam NutriFeron.

VITA C

Vitamin C yang terdapat di dalam Vita C merupakan makanan kepada sel darah putih dan diperlukan untuk mengekalkan fungsinya iaitu sebagai benteng pertahanan  badan daripada serangan virus.

Vitamin C juga merupakan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang mungkin terdapat dalam badan.

GARLIC COMPOUND

Kandungan utama di dalam Garlic Compound tentulah bawang putih. Bawang putih sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat demam. Ini kerana bawang putih merupakan antibakteria dan antibiotik semulajadi. Ia akan membantu meningkatkan sistem imun badan dan melawan penyakit.

--------------------------

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA. APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN IALAH USAHAKAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK MENGUBATINYA TAPI YANG MENENTUKAN KESEMBUHANNYA HANYALAH ALLAH SWT.

Boleh hubungi Lien sekiranya anda ingin berikhtiar merawat kayap dengan shaklee

Salam sayang.

Lien Abdullah
0137556961

Saturday, April 29, 2017

Bagaimana serangan jantung terjadi dan cara mengurangkan risiko serangan jantung

Assalamualaikum wtb.

Selalu kita tengok drama, biasa kalau dapat berita yang mengejutkan, pelakon tu akan pegang dada kiri, jatuh dan terus meninggal. Itulah penyakit serangan jantung atau kita biasa panggil sakit jantung. Dan sakit jantung ni boleh berlaku tiba- tiba je. Lien teringat beberapa tahun lepas, orang kampung Lien meninggal dalam kebun sewaktu kerja. Dan yang lagi mengejutkan umur arwah masih lagi muda. Kalau tak silap, umurnya belum pun lagi 40 tahun. Doktor sahkan menyebabkan kematian adalah serangan jantung.

Bagaimana Serangan Jantung Boleh Terjadi?

Serangan jantung boleh berlaku secara tiba- tiba apabila atherosclerosis yang berlaku pada saluran darah menghalang peredaran darah ke jantung. Apabila peredaran darah ke jantung terganggu, maka oksigen dan bekalan nutrien yang lain juga terganggu. Lama kelamaan ia akan menyebabkan otot- otot jantung rosak dan mati. Dan inilah penyebab serangan jantung berlaku.

Faktor risiko kepada masalah serangan jantung termasuklah:

1- Umur, jantina dan sejarah keluarga.

Ini merupakan faktor risiko yang tidak boleh diubah. Dengan peningkatan umur, maka pembentukan atherosclerosis yang menjadi salah satu punca seranga jantung juga meningkat.

Selain itu, kajian menunjukkan lelaki mempunyai risiko mendapat penyakit ini lebih tinggi berbanding lelaki.

Selain faktor jantina dan umur, sejarah keluarga yang pernah mengalami masalah serangan jantung juga meningkatkan risiko serangan jantung ini. Semakin ramai ahli keluarga yang mengalami masalah serangan jantung, semakin tinggi risikonya.

2- Aras kolesterol yang tinggi dalam darah.

Ini kerana kolesterol yang tinggi mempunyai kaitan dengan pembentukan atherosclerosis.

3- Tekanan darah tinggi.

Tekanan darah yang tinggi boleh merosakkan dinding arteri dan merangsang pembentukan plaque. Plaque inilah yang akan mempercepatkan lagi proses atherosclerosis.

4- Penyakit Diabetes

Kajian menunjukkan pesakit diabetes mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah serangan jantung. Ini kerana saluran darah pada pesakit diabetes mungkin tersumbat dan mengganggu peredaran darah.

5- Masalah lebih berat badan.

Masalah berat badan menyumbang kepada masalah kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan juga diabetes.

6- Merokok.

Merokok merosakkan jantung dengan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan jantung terpaksa berkerja lebih. Selain itu, toksin daripada rokok merosakkan saluran darah.

7- Pengamalan Diet yang tinggi lemak dan kolesterol serta kurang pengambilan buah dan sayuran.

Diet yang tinggi lemak dan kolesterol meningkatkan aras kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

SARANAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG

1- Ubah gaya hidup yang lebih aktif

Amalkan gaya hidup yang lebih aktif dengan mengamalkan rutin senaman. Rutin senaman akan membantu melindungi jantung dengan menguatkan otot-otot jantung, membantu proses penurunan berat badan, memgawal aras kolesterol dan gula dalam darah.

2- Berhenti merokok.

Sekiranya masih belum mampu untuk berhenti merokok, langkah pertama ialah cuba kurangkan merokok secara perlahan-lahan.

3- Amalkan pemakanan yang seimbang

* Makan mengikut keperluan kalori seharian untuk mengelakkan pertambahan berat badan.

* Kurangkan makanan yang tinggi lemak dan kolesterol.

* Lebihkan pengambilan buah dan sayur- sayuran.

* Kurankan pengambilan makanan dan minuman bergula.

* Makan makanan yang kaya dengan omega-3 sekurang-kurangnya 2kali seminggu.

*  Pilih makanan berasaskan soya untuk gantikan produk tenusu daripada haiwan yang mengandungi lemak tepu dan juga kolesterol.

4- Amalkan supplememt tambahan.

Shaklee menawarkan set supplement untuk kesihatan yang jantung iaitu Omega Guard, Phytocol-St dan juga Vivix.

Omega Guard- Mengandungi Omega-3 membantu menurunkan aras kolesterol darah

Phytocol-St - Menghalang kolesterol daripada makanan daripada memasuki saluran darah.

Vivix - Mengandungi antioksidan dan resveratrol yang kuat untuk melindungi jantung serta memperbaiki sel- sel yang rosak dalam badan.

SERANGAN JANTUNG BOLEH BERLAKU KEPADA SIAPA SAHAJA DAN IA BERLAKU SECARA TIBA- TIBA. JADI SEBELUM TERLAMBAT SAYANGI JANTUNG ANDA.

PILIH HANYA YANG TERBAIK UNTUK KESIHATAN PADA MASA HADAPAN.

*****************

Semoga apa yang dikongsikan ini akan memberi manfaat kepada semua.

Salam sayang..

Lien Abdullah

Friday, April 28, 2017

Jom Tambah Berat

Assalamualaikum wtb

Kalau ramai yang nak turunkan berat, Lien pulak nak tambah berat. Sebabnya selalu sangat orang cakap yang Lien ni kurus sangat. Berat yang paling tinggi ialah 45 kg. Dan tau tak berat sebelum masuk Universiti berat Lien cuma 39 kg. Tapi Lien ni rendah je orangnya. Tinggi cuma 145 cm. Jadi bila berat 39 kg, BMI nya ialah 18.5. Kira borderline la. Belum dikategori underweight lagi. :)

Lien sebenarnya makan banyak jugak tapi berat susah nak naik. Sampaikan bila jumpa saudara yang lama tak jumpa, soalan yang ditanya, bila nak gemuk?haha. Redha je dengan soalan macam tu.

Dan akhir tahun 2014, berat badan Lien mula turun. Tapi bukan turun mendadak. Slowly turun hinggakan Lien dapat berat yang lebih rendah sebelum masuk Universiti tu iaitu 37kg. Masa tu kena ngaku la memang ada masalah hati dan perasaan sikit (kisah lama. Haha). Masa tu jugak Lien  agak control makan sebab baru berhenti kerja dan dok rumah buat kerja rumah je. Jadi tak nak la makan banyak- banyak sebab takut berat naik.

Tapi rupanya masalah lain pulak yang timbul. Bukan berat badan je makin turun tapi Lien pun selalu rasa kebas pada kaki dan tangan. Dan mulalah google kenapa kan. Kita sama je, google dulu then baru jumpa profesional yang boleh bantu masalah kita. Betul tak.

Tapi Lien takjumpa doktor pun,Lien cuma whatapps kawan yang merupakan seorang doktor. Cerita serba sedikit pasal masalah then katanya masalah Lien mungkin "electrolyte imbalance". Padan muka kan. Konon- konon nak diet tapi berat terlebih turun pulak. Masa tu memang insaf la. Hihi. Terus makan banyak- banyak balik tapi berat tak nak jugak.

Kawan memang suruh Lien jumpa doktor dan buat blood test. Tapi biasa lah ni degil + takut sikit nak jumpa doktor. Dan inilah permulaan Lien bagaimana Lien kenal dan jatuh cinta dengan Shaklee.

2 produk pertama yang Lien cuba ialah Vita Lea dan Ostematrix. Dan Alhamdulillah berat badan Lien makin naik dan kebas pada kaki dan tangan pun hilang.

Bila Lien study, rupanya punca berat badan susah nak naik salah satu sebabnya ialah badan tak dapat cukup vitamin dan mineral yang diperlukan. Kadang- kadang kita makan banyak tapi corak pengambilan makanan kita mungkin tak seimbang. Kurang buah dan sayur yang mana buah dan sayur ni macam yang kita tahu ada macam-macam vitamin dan mineral.

Jadi, dengan pengambilan Vita Lea, ia membekalkan 23 multivitamin dan multimineral untuk pastikan badan mendapat nutrisi yang cukup. Bila badan dapat nutrisi yang cukup, ia akan membantu memberi makanan kepada sel- sel badan supaya dapat berfungsi dengan sempurna. Jadi pertambahan berat badan boleh berlaku.

Selain Vita Lea, 2 produk lain dari Shaklee untuk membantu tambah berat badan iaitu ESP dan B Complex. Bagaimana 2 produk ini boleh membantu menambahkan berat badan anda?

ESP mengandungi protein yang penting untuk membina otot. Untuk tambah berat badan, kita mahukan penambahan berat badan yang sihat iaitu pertambahan otot bukannya pertambahan sel-sel lemak dalam badan yang boleh menyebabkan masalah lain pula timbul nanti. Jadi ESP sangat sesuai kerana ia membekalkan semua asid amino yang diperlukan oleh badan untuk membina tisu- tisu serta otot badan yang sihat.

B COMPLEX pula mengandungi kesemua vitamin B yang membantu proses metabolisma badan dan membina sel- sel baru. B Complex juga membantu menambahkan selera makan.

Jadi,kalau anda merancang untuk tambah berat, Lien sangat sarankan VitaLea, ESP dan B Complex ni. Sebab Lien sangat faham perasaan orang yang susah nak tambah berat ni.

Salam sayang.

Lien Abdullah
0137556961