Tuesday, January 31, 2017

DTX COMPLEX Membantu Kesihatan Hati

Assalamualaikum.

Hati merupakan organ penting dalam badan yang merangsang nutrisi metabolisma normal dan seterusnya meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh.

Antara fungsi hati:

1- Bertindak sebagai Detoksifikasi

Hati membantu menyingkirkan apa sahaja yang tidak diperlukan oleh badan seperti racun,bahan-bahan toksin. Ia disingkirkan bersama ammonia yang dihasilkan daripada metabolisma protein. Semua bahan-bahan yang disingkirkan ini seterusnya ke buah pinggang untuk dikumuhkan.

2-  Membantu rembesan hempedu

Cecair rembesan ini disimpa di dalam pundi hempedu sebelum digunakan apabila diperlukan. Rembesan hempedu ini diperlukan untuk pencernaan lemak,membantu penyerapan vitamin larut lemak ( vitamin A,D, E , K) selain membantu proses asimilasi kalsium.

3- Membantu mengawal gula dalam darah

Gula dalam darah dikawal oleh insulin yang berperanan menurunkan aras gula darah apabila gula darah tinggi. Jadi apa kaitannya dengan hati? Hati menghasilkann GTF  yang bertindak membantu insulin untuk mengawal gula dalam darah.

4- Terlibat dalam metabolisma lemak

Hati membantu pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga selain membantu sintesis asid lemak.
Manakala makanan yang berlebihan ditukarkan kepada lemak dihati dan kemudiannya diangkut ke tisu lemak untuk penyimpanan.

Banyak sekali peranan hati, oleh kerana itu amat penting untuk kita menjaga kesihatan hati. Lebih-lebih lagi banyak faktor yang menyebabkan toksin masuk dalam badan antaranya ialah bahan kimia yang mungkin terdapat dalam makanan kita dan juga pencemaran disekeliling kita. Jadi DTX Complex daripada Shaklee merupakan pilihan terbaik untuk menjaga kesihatan hati dan seterusnya mengoptimumkan fungsi hati.

DTX Complex daripada Shaklee merupakan rumusan pelbagai herba yang berkhasiat dan membekalkan nutrisi sokongan bagi melindungi dan merangsang keupayaan semulajadi tubuh untuk menjaga kesihatan hati.

DTX Complex mengandungi bahan ekstrak yang penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia juga mengandungi bahan - bahan lain seperti ekstrak dari Schizandra, Cendawan Reishi, Dendelion, Kunyit dan Artichoke. Setiap ekstrak ini mengandungi fungsi yang tersendiri.

*  Ekstrak biji benih pokok sus tisel.

Ia membantu melindungi hati dari toksin seperto bahan kimia, dadah dan ubat ubatan. Selain itu ia juga membantu merawat masalah hati.

* Dendelion

Membantu mengawal aras gula dalam darah.

* Artichoke

Artichoke membantu membina semula sel hati selain meransang rembesan hempedu.

Kunyit

Kunyit mengandungi curcumin yang merupakan salah satu antioksidan yang membantu mengurangkan keradangan dan juga kesakitan.

* Schizandra

Bahan yang terdapat dalam Schizandra ini merangsang sistesis protein disamping mengurangkan pembentukan toksin.

* Cendawan Reishi

Cendawan Reishi digunakan untuk meningkatkan imun sistem badan serta mengurangkan keletihan dan kelesuan.

*******************************

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Shaklee Performance untuk anda yang aktif

Assalamualaikum

"Saya telah menggunakan pelbagai produk Shaklee semenjak sekolah menengah kerana saya tahu ianya asli dan membantu saya beraksi pada tahap terbaik. "

Itu kata-kata Eli Bremer, seorang atlet olimpik pada tahun 2008. Cool kan bila atlet pun percaya dan pengguna setia Shaklee.

Dan salah satu produk Shaklee yang digunakan beliau ialah tentulah Shaklee Performance.

Apa itu Shaklee Perfrormance?

Shaklee Performance merupakan minuman hidrasi tulen pilihan yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.

Apa kebaikan Shaklee Performance

* Shaklee Performance membantu membekalkan tenaga berpanjangan.

* Shaklee Performance merupakan minuman sukan pertama yang dihasilkan untuk para atlet di US.

* Kandungan gula yang terkandung dalam Shaklee Performance lebih rendah iaitu hanya 11.0g untuk setiap hidangan berbanding salah satu minuman isotonik di pasaran yang mana jumlah gulanya ialah 20g. Banyak juga beza kan?jadi semestinya Shaklee Performance merupakan pilihan yang lebih baik.

* Shaklee Performance membantu mengurangkan penyahhidratan ( kurang air) kerana dilengkapi natrium yang membantu penyerapan air kedalam badan.

* Shaklee Performance membekalkan bendalir dan elektrolit penting seperti pottasium, magnesium, klorid, kalsium, sodium. Semua nutrien ini bertujuan untuk mencegah penyahidratan, mengekalkan tenaga dan mengimbangi metabolisma air dalam badan.

* Shaklee Performance juga membantu memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat dan meningkatkan daya ketahanan otot.

* Shaklee Performance terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.

Dengan pelbagai manfaat dan kelebihan Shaklee Performance ini amat sesuai untuk anda yang mengamalkan gaya hidup yang aktif. Ia akan membantu anda kekal bertenaga.

Hubungi saya segera. Jangan bertangguh lagi!

***********************

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:1241205

Monday, January 30, 2017

Apa itu Peppermint-Ginger Plus

Assalamualaikum.

Peppermint-Ginger Plus merupakan satu lagi suplemen daripada Shaklee yang berasaskan herba. Peppermint -Ginger Plus merupakan rumusan empat jenis herba iaitu jintan manis, jintan hitam, pudina dan halia.

Manfaat Peppermint Ginger Plus

1- Melegakan otot perut .

2-Membantu melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman.

3- Membantu melegakan mabuk lauk atau darat.

4- Merangsang pengeluaran peluh bagi mereka yang selsema dan seterusnya mengurangkan risiko demam berpanjangan.

5-Membantu masalah gastrik dan pedih ulu hati.

6- Membuang angin.

7- Rasa pudina yang segar.

Siapa yang perlukan Peppermint Garlic Plus?

★ Ibu mengandung yang mengalami alahan dan rasa loya yang teruk.

★ Mereka yang mengalami masalah pencernaan dan sering sakit perut.

★ Mereka yang sering kembung perut.

★ Mereka yang mabuk laut.

Anda ada masalah diatas? Boleh hubungi saya untuk mendapatkan produk ini dan pelbagai produk lain daripada Shaklee.

**************************

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Garlic Complex Membantu Mengekalkan Badan yang Sihat

Assalamualaikum.

Sepertimana yang selalu kita dengar, bawang putih banyak manfaatnya dan selalu digunakan secara tradisional untuk untuk menjaga kesihatan badan. Tapi bagaimana ia boleh membantu menjaga kesihatan badan?

Antara manfaat bawang putih termasuklah:

* Sebagai antibakteria dan antibiotik semulajadi.

* Merawat jangkitan kulit.

* Membantu mengawal alergi.

* Merawat sakit gigi

* Membantu mengurangkan berat badan.

* Menurunkan aras kolesterol dalam badan.

* Membantu mengawal tekanan darah.

* Meningkatkan penghasilan insulin.

* Melindungi jantung.

* Mencairkan darah.

* Meningkatkan fungsi iron.

* Berkesan merawat ketuat.

Ok, kita dah tahu banyaknya manfaat daripada bawang putih tapi ramai yang tak suka makan bawang putih disebabkan baunya yang agak kuat. Termasuklah saya. ;)

Jadi, bagaimana kita nak dapatkan manfaat daripada bawang putih jika tak suka makan bawang putih? Shaklee amat memahami anda bila mengeluarkan suplemen bawang putih yang dinamakan Garlic Complex. Ia merupakan rumusan tersendiri Shaklee dan menggabungkan manfaat bawang putih dan juga rosemary.

Yang menjadikan Garlic Compund daripada Shaklee ini sentiasa menjadi pilihan ialah kerana proses penghasilannya yang dikawal rapi demi memastikan kualitinya yang terbaik. Proses penghasilannya dikawal pada suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan pengaktifan Alisin yang terdapat dalam bawang putih pada tahap 100%. Alisin merupakan sebagai organosulfur yang berfungsi sebagai antibakteria.

Selain itu, bawang putih yang digunakan untuk menghasilkan Garlic Compound merupakan bawang putih premium yang ditanam di California, US pada musim panas tanpa penggunaan sebarang racun kimia.

Garlic Compound juga mempunyai perisa semulajadi yang terhasil daripada gabungan ekstrak 2 herba terpilih iaitu Rosemary dan juga Spearmint.

Vitamin E yang terdapat dalam setiap tablet Garlic Compound membantu meningkatkan keberkesanan bawang putih dalam badan. Setiap 2 tablet Garlic Complex ini membekalkan 100mg ekstrak bawang putih yang menyamai 2 biji bawang putih.

Yang lebih menarik lagi, penghasilan Garlic Compound tanpa sebarang bahan kimia, perasa, pewarna tambahan.

Bestkan Garlic Complex ini. Anda harus mencubanya sendiri untuk merasai kesannya.

*******************************

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Herb-Lax untuk kesihatan sistem pencernaan

Assalamualaikum

Herb-Lax merupakan suplemen khusus untuk sistem pencernaan yang lancar.  Ia merupakan gabungan 9 jenis herba yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional. Herba- herba yang digunakan termasuklah Senna Leaves, Buckthorn Bark, Licorice root, Alfalfa Leaf, Fennel Seed, Anise Seed, Rhubarb Root, Blue Malva Flower, Culvers Root.

1- Senna Leaves

Senna Leaves digunakan secara tradisional sejak berkurun lama sebagai laksatif semulajadi. Ia merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut,mempercepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.

2- Buckhorn Bark

Buckhorn Bark membantu melembutkan najis dan memudahkan pergerakan untuk dikumuhkan.

3- Licorice Root

Licorice Root membantu proses detoksifokasi untuk menyingkirkan apa yang tidak diperlukan oleh badan.

4- Fennel Seed

Fennel Seed biasa digunakan untuk mengurangkan masalah sembelit dan kembung perut.

5- Anise Seed

Anise Seed membantu merangsang pengeluaran jus gastrik untuk melancarkan proses pencernaan.

6- Rhubarb Root

Rhubarb Root terkenal dalam perubatan herba China sebagai antibiotik semulajadi.

7- Blue Malva Flower

Penggunaan herba ini akan membantu proses detoksifikasi.

8- Culvers Root

Culvers Root digunakan untuk merawat asma.

9- Alfalfa leaf

Fungsi daun alfalfa ini adalah untuk membersihkan usus, daun dan hati serta kaya dengan pelbagai nutrien termasuklah kalsium, fosforus, zat besi, magnesium selain klorofil.

Dengan gabungan 9 jenis herba ini menjadikan Herb-Lax sangat baik untuk membantu sistem pencernaan. Kebaikan daripada Herb-Lax termasuklah :

* Bertindak sebagai laksatif yang bertindak lembut untuk digunakan apabila perlu.

* Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan.

* Merawat masalah sembelit.

* Membantu mengempiskan perut.

* Mengurangkan ketegangan dan ketidakselesaan perut.

* Melawaskan pembuangan air besar.

Corak pemakanan yang tidak seimbang dan kurang pengambilan air boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sembelit dan ketidakselesaan perut. Jadi pengambilan Herb-Lax amat digalakkan untuk mengoptimumkan fungsi pencernaan badan.

Jika anda berminat dengan produk ini, boleh hubungi saya di nombor seperti dibawah.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Sunday, January 29, 2017

Kebaikan CarotoMax

Assalamualaikum

CarotoMax merupakan suplemen perlindungan antioksida daripada sumber semulajadi. Ia mengandungi Vitamin A, Lycopene, Lutein, Alpha Caratene, Astaxanthin, Zeaxanthin, Beta Carotene.

CarotoMax membekalkan lebih 13mg karotenoid semula jadi. Ia mengandungi pati ekstrak daripada tomato, mikroalga, minyak sawit dan lain-lain.

Secara umumnya, CarotoMax menyokong sistem imun yang kuat dan membantu mengekalkan kesihatan mata dan kulit untuk jangka masa yang lebih lama.

Fungsi CarotoMax secara terperinci antaranya ialah:

1- Membantu meningkatkan fungsi penglihatan.

* Carotomax membantu menghasilkan "visual ungu" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan dalam gelap. Ini akan membantu masalah rabun malam.

* Membantu masalah katarak dan glaucoma.

* Membantu masalah mata letih dan kering.

* Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata ( eye bags)

2- Mengurangkan penyakit kulit.

Pengambilan yang berterusan akan mengurangkan masalah kulit seperti psoriosis, jerawat dan juga kulit kering.

3- Mengurangkan risiko kanser dan oksidasi.

Sepertimana yang kita tahu, antioksidan memainkan peranan penting untuk mengurangkan risiko kanser. CarotoMax kaya dengan antioksidan dan beta karotena akan membantu menghalang aktiviti radikal bebas dan menghalangkan pembentukan sel kanser selain menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida. Selain itu, CarotoMax juga membantu menguatkan sistem imun dan melambatkan penuaan.

4- Menghalang infeksi.

CarotoMax membantu merangsang enzim untuk membunuh kuman dan virus, menghalang infeksi akibat daripada serangan kuman dan virus.

5- Menggalakkan perkembangan normal dan sihat.

CarotoMax merangsang perkembangan kanak-kanak dan remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, kuku dan gigi.

Lien Abdullah
0137556961

Vita E Complex

Assalamualaikum

Hari ni saya nak kongsikan satu lagi vitamin yang diperlukan oleh badan iaitu Vitamin E atau nama lainnya ialah Alpha-tocopherol

Fungsi Vitamin E

Vitamin E merupakan salah satu vitamin larut lemak. Vitamin E berperanan sebagai antioksidan selain merupakan benteng pertahanan penting badan untuk melawan radikal bebas dan seterusnya meningkatkan sistem imun badan. Vitamin E bertindak dengan menghalang proses radikal bebas ini untuk menghasilkan radikal bebas yang baru.

Selain itu, Vitamin E juga mengurangkan risiko sakit jantung dengan melindungi kolesterol baik dalam badan iaitu LDL daripada teroksidasi dan mengurangkan keradangan.

Kekurangan Vitamin E

Kekurangan vitamin kebiasaannya berkait rapat dengan penyakit masalah penyerapan lemak seperti cystic fibrosis. Ini kerana seperti yang saya nyatakan diatas, vitamin E merupakan vitamin larut lemak.

Selain itu, kekurangan vitamin E boleh menyebabkan sel darah merah boleh pecah ( erythrocyte hemolysis) dan menyebabkan hemolytic anemia. Hemolytic anemia merupakan keadaan dimana sel darah merah terlalu sedikit akibat daripada erythrocyte hemolysis.

Kekurangan pengambilan vitamin E untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan saraf termasuklah di spinal cord dan retina mata. Simptomnya yang biasa termasuklah masalah penglihatan, masalah otot dan refleks,

Sumber Vitamin E

Vitamin E banyak terdapat dalam makanan terutamanya daripa minyak sayuran dan produk daripada minyak sayuran seperti marjerin, shortening. Selain itu Vitamin E juga terdapat sayuran hijau, makanan bijirin penuh, telur, kekadang, daging.

Namun begitu, Vitamin E mudah rosak dengan haba yang tinggi dan juga proses oksidasi.

Suplemen yang membekalkan Vitamin E juga membantu untuk mendapatkan Vitamin E yang mencukupi untuk badan. Shaklee ada penyelesaiannya iaitu Vita-E Complex.

Setiap kapsul sofgel Vita E Complex mengandungi 400 IU vitamin E daripada sumber semulajadi, 65 mg selenium yang membantu mengoptimumkan fungsi Vitamin E dan juga 39.4mg Ekstrak Biji Anggur. Inilah yang menjadikan Vita- E Complex daripada Shaklee berbeza dan terbaik untuk mengoptimumkan tahap kesihatan anda.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan produk ini.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Pelbagai kelebihan vitamin B Complex

Assalamualaikum

Satu lagi vitamin yang ingin saya kongsikan ialah Vitamin B. Vitamin B merupakan vitamin yang larut air. Secara keseluruhan  Vitamin B membantu badan untuk menggunakan tenaga yang dihasilkan daripada karbohidrat, lemak dan protein. Selain itu, ia juga berperanan membantu enzim untuk dalam proses menghasilkan tenaga daripada makanan. Peranan lain bagi vitamin B juga ialah terlibat dalam proses pelbagai metabolisma badan untuk memastikan fungsi badan pada tahap yang optimum.

Vitamin B terdiri daripada vitamin B1 ( Thiamin), vitamin B2 ( Riboflavin), vitamin B3 ( Niacin ), vitamin B6, vitamin B 12. Setiap satu vitamin B fungsi yang tersendiri.

Vitamin B1 ( Thiamin)

Thiamin membantu dalam metabolisma tenaga dan juga terlibat dalam proses pada sistem saraf termasuklah tisu sel dan otot-otot yang terdapat padanya.

Vitamin B2 (Riboflavin)

Riboflavin membantu dalam tindakan enzim terutamanya membekalkan tenaga daripada nutrien yang didapati daripada makanan ke seluruh sel badan. Selain itu, ia juga membantu metabolisma tenaga.

Vitamin B3 ( Niacin)

Fungsi utama Niacin ialah membantu metabolisma glukosa, lemak dan juga alkohol.

Vitamin B6

Peranan utama B6 ialah digunakan dalam metabolisma asid amino dan juga asid lemak selain terlibat dalam pembentukan sel darah merah.

Vitamin B12

Vitamin B12 terlibat dalam proses pembentukan sel-sel baru, membantu mengekalkan sel saraf dan juga membantu proses pemecahan sesetengah asid lemak dan asid amino.

Suplemen Vitamin  B

Pentingkan peranan pelbagai Vitamin B ini. Jadi adakah pengambilan Vitamin B anda mencukupi?  Tahu tak, tekanan atau stress juga boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B. Dan bila sebut stress, semua orang mengalaminya. Jadi pengambilan suplemen vitamin B amat digalakkan.

Suplemen Vitamin B daripada Shaklee dikenali sebagai B Complex. Ia diperkaya dengan folik asid. Folik asid membantu dalam proses penghasilan DNA dan juga pembangunan sel-sel baru.

Perbezaan suplemen Vitamin B daripada Shaklee.

Shaklee sentiasa menghasilkan produk yang terbaik untuk memastikan produk yang dihasilkan sentiasa selamat dan berkesan untuk diamalkan.

B Complex yang dikeluarkan oleh Shaklee dilengkapi sistem pengangkutan nutrien berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir.

oleh kerana sebab-sebab yang saya nyatakan diatas dan juga gabungan vitamin kesemua Vitamin B dan asid folik memberi banyak kelebihan kepada anda yang menjadikan B Complex daripada Shaklee sebagai suplemen harian. Antara kelebihannya:

* Membantu menghasil tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein. Seterunsy menjadikan badan sentiasa bertenaga dan cergas.

* Mengelakkan penyakit Beri-Beri.

* Merangsang pertumbuhan kanak-kanak.

* Diperlukan bagi kesihatan mata, kulit,kuku dan rambut.

* Penting untuk mengekalkan fungsi sistem saraf.

* Menguatkan antibodi dan sistem imun badan.

* Mencegah Anemia.

* Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

* Diperlukan untuk memproses dan menperbaiki sel darah merah.

* Diperlukan untuk aktiviti sel genetik.

Banyak kan fungsi B Complex ini. Ia sesuai untuk semua terutamanya untuk anda yang mementingkan gaya hidup sihat. Boleh hubungi saya untuk dapatkan produk ini dan juga pelbagai produk daripada Shaklee yang lain.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:1241205

Saturday, January 28, 2017

Jom zikir

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian mengenai zikir. Saya teringat mengenai zikir yang saya dengar sewaktu menonton rancangan tanyalah Ustazah di tv9.

Salah satu cara untuk dekat dengan Allah adalah melalui zikir. Dan saya nak kongsikan dan juga sebagai reminder untuk saya apa yang saya dapat hari ni. Kadang kala jika kita dengar tanpa mencatat atau tulis balik, kita akan cepat lupa. Jadi blog ni boleh jd reminder juga untuk saya. Apa yang dikongsikan oleh ustazah hari ni adalah mengenai zikir yang paling baik. Yang mana jika dibandingkan timbangan zikir ini dengan 7 petala langit, maka zikir ini lebih berat timbangannya. Apakah zikir itu?.  Zikir yang paling baik ialah 'La Ila Ha IllaAllah'. Tips dari ustazah juga kita boleh berzikir tanpa mengira menggunakan tasbih iaitu dengan hanya berzikir La Ila Ha IllaAllah lebih kurang 4 minit kita dah zikir 100x. Untuk zikir 1000x perlukan masa 40 minit. And xsemestinya kena terus zikir selama 40 minit. Mgkin boleh zikir 5 atau 10 minit setiap kali dan cukupkan 40minit setiap hari. Semoga tips ini bermanfaat kepada kita semua

Waktu yang baik untuk dekat dengan Allah ialah sebelum tidur, jadi perbanyakkan zikir kepada Allah sebelum tidur. Jadi perbanyak zikir sebelum tidur.

Lagi ilmu yang dikongsikan oleh ustazah juga ialah cara untuk khusyuk semasa solat. Salah satunya ialah niatkan sebelum solat bahawasanya solat kita bertujuan untuk mendekatkan kita dengan Allah.

Semoga apa yang saya kongsikan disini akan memberi manfaat kepada saya dan kita semua. InsyaAllah.

Friday, January 27, 2017

VITAMIN C

Assalamualaikum.

Vitamin C selalu dikaitkan dengan kecantikan terutamanya bagi wanita. Dan pelbagai cara dilakukan untuk mendapat vitamin C tambahan selain daripada diet seharian. Antaranya melalui suntikan vitamin  C dan juga pelbagai suplemen vitamin C yang terdapat di pasaran. Termasuklah juga yang dikeluarkan oleh Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C Plus.

Vitamin C yang dikeluarkan oleh Shaklee ini menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran prorietari serba semulajadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh. Kerana itulah ia dinamakan Sustained Release Vita- C Plus.

Selain itu, Shaklee juga mengeluarkan produk yang lebih mesra kanak-kanak iaitu Chewable Vita-C Plus. Ia berperisa citrus yang sedap dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa yang mempunyai kesukaran menelan tablet.

Kenapa Vitamin C penting untuk badan?

1- Vitamin C sebagai antioksidan
Antioksidan membantu melawann radikal- radikal bebas. Selain itu, vitamin C juga berperanan melindungi tisu daripada "oxidative stress" yang memainkan peranan penting untuk mengurang risiko penyakit. Vitamin C juga menghalang zat besi teroksida dan seterusnya merangsang penyerapan zat besi di usus.

2- Vitamin C sebagai Cofactor bagi pembentukan kolagen.
Vitamin C membantu pembentukan struktur protein di tisu konegtif yang dikenali sebagai kolagen. Antara fungsi kolagen ialah membantu penyembuhan luka, mengikat sel-sel badan antara satu sama lain.

3- Vitamin C sebagai Cofactor tindak balas dalam badan.
Vitamin C membantu pengeluaran hormon termasuklah thyroxin yang mengawal kadar metabolisma badan.

4- Vitamin C mengurangkan stress.
Kalenjar adrenal menyimpan banyak vitamin C berbandil kalenjar-kalenjar lain dalam badan. Semasa badan dalam keadaan stress, kalenjar adrenal akan mengeluarkan vitamin -vitamin bersama hormon kedalam darah untuk mengurangkan stress. Oleh kerana itu keperluan vitamin C meningkat ketika stress

5- Vitamin C membantu mengurangkan demam.
Ia merupakan amalan tradisional yang diamalkan oleh ramai orang yang mengatakan demam boleh dikurangkan dengan makan oren. Dan oren kaya dengan vitamin C. Secara saintifiknya kemungkinan vitamin boleh mengurangkan demam dan simptom-simptomnya ialah dengan melawan histamine. Dan Histamine dalam darah akan meningkat apabila individu mengalami selsema.

Lien Abdullah
0137556961
Shaklee id:1241205

Peranan ZINK dalam badan

Assalamulaikum.

Hari ni saya nak fokuskan kepada satu mineral yang jarang diperkatakan tetapi fungsinya amat penting untuk kesihatan badan. Iaitu ZINK.

Zink merupakan komponen penting dalam setiap sel tubuh. Dan zink paling banyak terdapat pada sel di otot dan juga tulang. Zink berperanan sebagai "cofactor" iaitu elemen yang berkerjasama dengan enzim untuk merangsang tindak balas kimia.

Zink terlibat dalam pelbagai proses metabolik dalam badan termasuklah:

- Metabolisma karbohidrat
- Metabolisma alkohol di hati ( bagi individu yang mengambil alkohol).
- Membantu menyediakan genetik material bagi DNA dan RNA.
- Merangsang pengeluaran vitamin A.
- Terlibat dalam proses sinthesis protein.
- Menstabilkan membran sel.
- Melawan radikal bebas dalam badan.
- Terlibat dalam pembuatan, penyimpanan, pengeluaran hormon insulin di pankreas.
-  Membantu menyembuhkan luka.
- Membantu perkembangan bayi dalam kandungan.

Pengambilan zink yang mencukupi amat penting terutamanya bagi kanak- kanak untuk tumbesaran mereka. Selain itu kekurangan Zink akan mengganggu sistem penyernaan dan penyerapan nutrien, mengganggu metabolisma vitamin A, melemahkan sistem imun badan. Kekurangan zink yang kronik pula boleh menyebabkan kerosakan pada sistem saraf.

Sumber makanan yang kaya dengan zink ialah makanan tinggi protein seperti daging, kerang, susu, cheese. Selain itu, produk kekacang dan juga produk bijirin penuh juga merupakan sumber zink yang bagus. Zink juga terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan seperti brokoli, lobak merah, tomato, pisang, oren, strawberi dan tembikai.

Selain daripada sumber makanan, pengambilan suppelem juga membantu anda untuk mendapat keperluan zink yang mencukupi untuk mengoptimumkan fungsinya dalam badan. Shaklee telah mengeluarkan supplemen zink iaitu Zink Complex. Ia dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai ketersediaan bio yang tinggi dalam bes alfalfa dan barli panggang. Selain itu, Zink Complex daripada Shaklee juga diperbuat dengan formula berasaskan sayur sayuran.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan Zink Complex ini dan juga pelbagai produk Shaklee yang lain.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:1241205

Thursday, January 26, 2017

Kelebihan Alfalfa Complex

Alfalfa Complex diperbuat daripada tanaman alfalfa (medicago sativa). Tumbuhan ini ditanam secara organik di California tanpa penggunaan pestisid,herbisid atau sebarang baja kimia. Ia untuk memasti hanya yang berkualiti tinggi digunakan oleh Shaklee untuk pembuatan Alfalfa Complex.

Kelebihan tanaman alfalfa ini ialah akar tunjangnya yang panjang  mengunjur sedalam 6 meter kedalam tanah. Ini menjadikan alfalfa pusat pengumpulan segala nutrien dengan menyerap banyak nutrien dan mineral daripada tanah melalui akar yang panjang. Selain itu, daun alfalfa mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosistesis.

Untuk memastikan kualiti produk yang terbaik, daun alfalfa yang digunakan Shaklee hanya dipetik apabila ia telah mencapai tahap kematangan yang telah ditetapkan dan kaya dengan klorofil.

Proses seterusnya, daun-daun yang dipetik dikeringkan secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisinya. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan dijadikan serbuk sebelum dikompress untuk dijadikan tablet. Kesemua proses ini dipantau dan dikawal dengan sangat ketat dan teliti. Hasilnya hanya produk yang berkualiti tinggi dan terbaik yang dikeluarkan oleh Shaklee.

Banyak kelebihan dan manfaat yang boleh didapati daripada pengambilan Alfalfa Complex dari Shaklee ini. Antaranya ialah:

* Mencuci darah, hati dan usus. Ini kerana sifatnya yang beralkali membantu mengembalikan kenormalan badan yang berasid, membuang toksin dari badan.

* Melawan alahan dan juga serangan kuman dan virus.

* Melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman.

* Menyingkirkan lemak dan kolesterol dari badan.

* Membantu melegakan letih dan lesu badan yang seterusnya memastikan badan kekal bertenaga.

* Memberi kelegaan semasa period.

* Membantu menegangkan payudara.

* Membantu meningkatkan kesuburan.

* Merawat masalah keputihan selepas bersalin.

* Menggalakkan pengeluaran susu bagi ibu yang menyusukan bayi.

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan produk ini.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Wednesday, January 25, 2017

GLA Complex untuk wanita kekal sihat

Sebelum kita pergi lebih jauh, kita tengok dulu apakah sebenarnya GLA? GLA (gamma linolenic acid)merupakan asid lemak omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan prostaglandin. Prostaglandin berperanan mengawal atur pelbagai proses dalaman tubuh.

GLA Complex daripada Shaklee merupakan kombinasi minyak borage dan biji bunga matahari  yang mengandungi gamma linolenic acid (GLA), asid linolenic (LA) dan juga vitamin E. Ia banyak dikaitkan dengan kesihatan wanita namun begitu ia juga boleh diambil oleh lelaki.

Kali ini saya akan kongsikan 10 kebaikan kebaikan GLA Complex.

1- Membantu mengawal kitaran haid.

2- Meningkatkan kesuburan.

3- Melegakan PMS ( premenstrual symptoms).

4- Membantu dalam masalah menopause.

5- Menguatkan kuku dan rambut.

6- Vitamin E yang terdapat didalamnya membantu menguatkan dinding arteri.

7- Meningkatkan sistem imun badan.

8- Memperlahankan proses penuaan.

9- Menjadikan kulit lebih sihat.

10- Minyak borage yang mengandungi pati GLA semulajadi dalam bentuk yang mudah diserap.

Jangan lupa dapatkan ini untuk membantu masalah kesihatan anda terutamanya wanita. Anda tentunya ingin sentiasa tampil cantik untuk orang tersayangkan. Bukan setakat cantik tetapi juga sihat. ;)

Lien Abdullah
0137556961
Shaklee id: 1241205

Meal Shakes membantu meningkatkan selera makan

Ibu-ibu selalu risau bila anak tidak suka makan dan memilih makan (picky eater). Sebagai ibu, tentu sekali anda risau sekirannya anak anda tidak mendapat nutrien yang mencukupi untuk tumbesarannya dan anda sedang mencari penyelesaiannya? Saya akan kongsikan pelbagai tips untuk anda dalam entry ini.

Antara langkah yang boleh ibu-ibu lakukan untuk meningkatkan selera makan anak-anak.

1-Libatkan anak-anak dalam penyediaan makanan untuk mereka.  Anak-anak akan lebih teruja untuk makan makanan yang mereka sediakan.

2- Sediakan makanan yang menarik.
Ia termasuklah pelbagai warna makanan dan juga hiasan yang menarik. Makanan yang menarik akan lebih meningkatkan selera makan anak-anak. Namun harus dipastikan tiada pewarna tambahan digunakan.

3- Elakkan makan sambil menonton tv.
Makan sambil menonton tv akan menyebabkan anak-anak mudah terganggu dengan rancangan tv dan menyebabkan kurang makan.

4- Elakkan pemberian susu atau minuman atau snek sebelum masa makan utama. Pemberian makanan lain sebelum masa makanan utama menyebabkan anak kenyang dan kurang makan.

5- Bagi makanan dalam porsi yang kecil tapi kerap. Ini akan mengelakkan anak bosan sewaktu makan.

6- Kreatif dalam penyediaan makanan anak-anak. Contohnya sekiranya anak-anak tidak suka makan sayur, boleh sediakan makanan yang bercampur sayur tanpa anak sedar akan kehadiran sayur dalam makanan tersebut.

6- Cuba suplemen tambahan. Anda boleh mencuba Meal Shakes daripada Shaklee.

Meal Shakes merupakan minuman segera yang rendah lemak dan rendah glisemik indeks. Ia memberi 19 vitamin dan nutrien utama seperti protein dan serat serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.

Meal Shakes boleh bibancuh dengan air kosong dengan minuman kegemaran anak-anak seperti jus buah-buahan, milo atau susu. Ia juga sesuai untuk dijadikan smoothies buah-buahan. Cuma bancuh Meal Shakes dengan air dan blend dengan buah pilihan. Pasti anak anda akan minta anda buat berkali-kali kerana rasanya sangat sedap.

Antara keistimewaan Meal Shakes:

* Rasa vanila yang enak dan menjadi kegemaran anak-anak.

* Mengandungi 19 vitamin, protein, serat, kalsium yang penting untuk tumbesaran.

* Sesuai untuk anak yang berumur 1 tahun ke atas.

* Membekalkan tenaga dan meningkatkan sistem imun badan.

* Memberi rasa kenyang.

* Membantu masalah sembelit.

* Meal Shakes bukan hanya sesuai untuk anak-anak tetapi juga sesuai untuk diambil seisi keluarga.

Jadi, dapatkan produk ini hari ini juga. Saya juga akan bagi cadangan pengambilan yang sesuai untuk anda.

Lien Abdullah
0137556961
Shaklee id: 1241205

Tuesday, January 24, 2017

Kelebihan dan Keistimewaan NutriFeron

Sistem imun badan yang kuat penting untuk melindungi badan daripada serangan kuman, virus atau sebarang benda asing yang boleh menyebabkan penyakit serius.

Salah satu bahan dalam badan yang berfungsi untuk membantu melindungi badan dari sebarang virus atau kuman ialah INTERFERON. Interferon merupakan bahan semulajadi yang dihasilkan dalam oleh sel badan dan ianya hanya aktif apabila sel-sel badan dijangkiti virus, mikrob atau kuman.

Shaklee telah mengeluarkan satu produk yang kaya dengan interferon iaiti NutriFeron yang merupakan campuran ekstrak tumbuhan terpilih yang telah terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun.

Kandungan yang terdapat didalam NutriFeron.

4 bahan utama yang terkandung dalam Nutriferon ialah biji plantago, ekstrak biji labu, bunga safflower dan kuntuman bunga japanese honeysuckle. Gabungan keempat-empat bahan inilah yang kelebihan dan keistimewaan NutriFeron. Jom kita tengok dengan lebih terperinci peranan setiap bahan yang terdapat didalam NutriFeron ini.

* Biji Plantago
Biji plantago ini mengandungi sejenus bahan kimia yang dipanggil  polisakarida yang berperanan merangsang sel-sel imun badan.

* Bunga Safflower
Peranannya ialah merangsang penghasilan "Macrophage"iaitu sejenis sel darah putih yang akan memusnahkan virus.

* Ekstrak Biji Labu
Ekstrak biji labu ini merangsang pengeluaran interferon secara semulajadi dan juga berperanan menentang radikal bebas yang kebiasaannya menjadi punca kepada berlakunya kanser.

* Kuntuman Bunga Japanese Honeysuckle
Ianya baik untuk melawan virus dan kuman.

Kelebihan dan keistimewaan NutriFeron

Selain gabungan 4 bahan terbaik yang terdapat dalam NutriFeron, banyak lagi keistimewaan dan kelebihan NutriFeron yang anda harus tahu. Antaranya ialah:

1- Rumusan berpaten yang ekslusif
Rumusan NutriFeron telah dipatenkan dan menjadi hak ekslusif kepada Shaklee.

2-Terbukti daripada empat kajian klinikal pada manusia.
Gabungan interferon,  fitonutrien, mineral didalam NutriFeron berkesan dan selamat untuk menyokong sistem imun badan dari perinhkat sel. Kajian juga menunjukkan manfaat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun diperoleh daripada campuran khas 4 ekstraks tumbuhan didalam NutriFeron.

3- Meningkatkan paras interferon secara semulajadi.
Saintis telah mengenalpasti bahawa interferon sebagai sesuatu yang amat penting dalam sistem imun badan manusia.

4- Kajian terbaru pula menunjukkan NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi

5- NutriFeron merupakan satu-satunya suplemen yang dicipta oleh penemu interferon iaitu Dr Yasuhiko Kojima selepas lebih 40 tahun penyelidikan.

Siapa yang perlukan NutriFeron?

NutriFeron sesuai diambil oleh mereka yang kerap demam, orang tua yang kebiasaannya sistem imun badannya lebih rendah, mereka yang ingin memastikan sistem imun badan sentiasa berada pada tahap maksimun, mereka yang menghadapi masalah elergi dan juga eczema, mereka yang selalu outstation dan travel.

Jika anda termasuk dalam golongan di atas, jangan berlengah lagi, dapatkan NutriFeron yang ternyata terbaik dan selamat untuk anda.

Lien Abdullah
0137556961
(1241205)

Monday, January 23, 2017

Lecithin

Lecithin yang dikeluarkan oleh Shaklee merupakan suplemen lecithin yang membekalkan 518mg bagi setiap kapsul.

Apa itu Lecithin?

Lecithin merupakan salah satu fosfolipid yang terdiri daripada kolina dan inosol. Lecithin boleh didapati secara semulajadi dalam makanan seperti telur, hati, kacang soya dan kekacang. Dan soya merupakan sumber lecithin yang terbaik. Dan kerana itulah suplemen Lecithin daripada Shaklee berasaskan kacang soya.

Fungsi Lecithin

Lecithin merupakan pengemulsi semulajadi kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak yang secara ringkasnya menyebabkan lemak terapung dalam darah seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Hasilnya risiko penyakit-penyakit kronik seperti serangan jantung boleh dikurangkan. Selain itu, ia juga membantu menurunkan berat badan.

Selain itu, disebabkan lecithin ini mempunyai sifat yang larut air dan lemak, menjadikan ia untuk membantu membawa lemak dari membran sel ke dalam salur darah dan juga sebaliknya. Selain itu, lecithin juga membantu penyerapan vitamin larut lemak.

Kajian juga ada menunjukkan lecithin membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Banyak kan manfaat Lecithin. Pastikan anda mencuba produk yang sangat baik ini.

0137556961
Lien Abdullah
Id:1241205

Cinch Tea Mix pengganti kopi anda

Anda selalu minum kopi atau apa-apa makanan berkafein untuk berjaga malam. Kini Shaklee menawarkan produk yang terbaik iaitu Cinch Tea Mix sebagai pengganti kopi untuk memastikan anda kekal bertenaga.

Lebih baik lagi, Cinch Tea Mix ini bertindak dengan cara selamat untuk menambah tenaga semula jadi.

Cinch Tea Mix terdiri daripada gabungan teh hijau premier yang selalu digunakan untuk majlis keramaian di Jepun iaitu teh putih, teh merah dan juga teh hijau matcha. Bermula daripada proses memetik daun teh dengan berhati-hati dan seterusnya diadun bersama untuk menghasilkan minuman yang menyihatkan badan.

Antara kelebihan lain Cinch Tea Mix ialah:

* Juga mengandungi taurina, yang telah dikaji secara meluas dan terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan, tenaga dan stamina.

* tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.

*Dibuat dalam paket kecil yang ringkas. Mudah dibawa kemana-mana dan juga mudah dibancuh dan disediakan. Ianya enak diminum panas atau sejuk.

Pengalaman saya sendiri cuba Cinch Tea Mix ni memang best. Pertama kali cuba, agak susah nak tidur malam, lagipun memang saya minum lewat malam. Tapi yang lagi best, walaupun tidur lewat, bila bangun pagi esoknya tetap rasa segar. Berbeza kalau saya minum kopi atau apa-apa minuman berkafein, memang susah nak tidur dan bila bangum pagi, kepala rasa 'ting tong' dan badan pun rasa penat sebab tak cukup tidur kan. Itulah yang membezakan Cinch Tea Mix dengan minuman berkafein yang lain.

Berminat? Boleh hubungi saya.

0137556961
Lien Abdullah

Sunday, January 22, 2017

Shaklee Cinch Shake Mix

Assalamualaikum.

Cinch Shake Mix daripada shaklee merupakan suplemen minuman yang membantu anda menurunkan berat badan secara sihat. Ia membantu anda memelihara otot serta memberikan rasa kenyang yang berpanjangan semasa proses penurunan berat badan.

Kebaikan Cinch Shake Mix:

1- Rasa seakan pemanis mulut dengan khasiat penuh 1 hidangan.

2- Mengandungi 24g protein dalam setiap hidangan.

3- Mengandungi serat yang tinggi iaitu 6g dalam setiap sajian.

4- Memberi 35% atau lebih Nilai Harian bagi 21 jenis vitamin dan mineral penting.

5-  Rendah indeks glisemik yang membantu kawalan gula dalam darah.

6- Merupakan "lactose free" yang mana ianya sangat sesuai untuk individu yang mengalami masalah "lactose intolerance".

7- Diperkaya dengan leucine yang merupakan salah satu asid amino yang membantu dalam pembentukan tisu dan otot serta membantu mengekalkan tisu otot sepanjang tempoh penurunan berat badan.

8- Membantu melengkapi keperluan protein dan kalsium bagi individu yang sukar mendapat protein yang mencukupi daripada diet seharian seperti orang tua, orang sakit dan juga pengamal diet vegan. 

Cinch Shake Mix ini mempunyai 3 perasa iaitu coklat, vanila dan juga cafe latte. Ianya boleh dibancuh sendirian atau ditambah susu atau dijadikan smoothies bersama buah-buahan. Dan yang pasti rasanya tidak akan mengecewakan anda.

Jadi,jangan bertangguh lagi sekiranya anda berhasrat menurunkan berat badan. Cinch Shake Mix ini boleh membantu mencapai impian anda.

Hubungi saya.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:1241205

Kepentingan probiotik

Assalamualaikum.

Probitik boleh didefinasikan sebagai bakteria baik yang membantu melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan manusia. Antara sumber probiotik daripada makanan ialah yogurt, buttermilk, sayur atau makanan yang dijeruk seperti kimchi, tempe.

Antara fungsi probiotik ialah:

* Meningkatkan sistem imun badan. Ia membantu mencegah radang usus dan juga meningkatkan pemulihan dan ketahanan badan terhadap sebarang jangkitan.

* Membantu sistem penghadaman. Probiotik menjadikan keadaan usus tidak sesuai untuk pembiakan dan hidup bakteria jahat seterusnya menjadikan usus lebih sihat. Hasilnya proses pencernaan dan penghadaman lebih baik.

* Membantu pencernaan dan penguraian  nutrien daripada makanan.

* Merupakan sumber kalsium yang baik. Ini kerana sumber probiotik yang utama ialah yogurt. Yogurt juga merupakan makanan yang tinggi kalsium.

semalam saya cuba campurkan plain yogurt bersama sebiji pisang emas dan juga 1 sudu besar makan kismis. Best juga rasanya. menjadikan ia hidangan yang sesuai untuk minum petang atau minum pagi. Anggaran kalori ialah 204kcal. Selain mendapat manfaat probiotik, ia juga membekalkan pelbagai nutrient dan mineral lain daripada pisang dan juga kismis.

Friday, January 6, 2017

OmegaGuard untuk Kesihatan Keluarga

Assalamualaikum.

OmegaGuard daripada Shaklee merupakan suplemen seharian yang mengandungi Omega-3. Omega-3 merupakan asid lemak yang penting (EFA) dan ia tidak boleh dihasilkan oleh badan. OmegaGuard membekalkan Omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama termasuklah EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA pula berfungsi untuk perkembangan minda yang normal.

Kajian menunjukkan pengambilan Omega-3 menggalakkan kesihatan jantung, mengawal tekanan darah dan juga menyokong fungsi otak, penglihatan dan juga sendi yang sihat.

Yang menariknya mengenai OmegaGuard ini ialah ia dihasilkan melalui proses penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan Omega-3. Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum dan merkuri yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

Siapa yang perlukan OmegaGuard

1- Ibu hamil. Ia boleh diambil apabila memasuki trimester 2 dan 3. Ia akan membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan.

2- Ibu menyusu

3- Kanak-kanak 1 tahun ke atas bertujuan untuk perkembangan otak yang sihat dan cerdas.

4- Sesiapa yang mengalami alahan. Omega merupakan anti- inflammasi yang meredakan alahan.

5- Sesiapa yang sering sakit lutut dan sendi.

6- Warga emas.

7- Mereka yang mengalami masalah diabetes, tekanan darah tinggi dan juga masalah kolesterol tinggi dalam darah.

8- Mereka yang mementingkan kehidupan sihat.

Pendek kata OmegaGuard ini sesuai untuk kesihatan keluarga. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapat produk ini.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Thursday, January 5, 2017

Osteoporosis dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum. 

Osteoporosis. Selalu dengar kan? Dan kebiasaannya ia berlaku pada usia tua kan? Tapi tahu tak ia sebenarnya  bermula sejak usia muda lagi. 

Tulang terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian luar yang keras iaitu cortical bone dan bahagian dalam iaitu trabecular bone. Kalsium yang terdapat didalam "trabecular bone" akan digunakan sekiranya kalsium daripada siumnya akan membentuk tulang yang kuat dan mengandungi banyak simpanan kalsiumnya.

Trabecular bone terlibat dalam penggunaan dan penyimpanan kalsium setiap hari. Dan pengurangan kalsium di trabecular bone bermula pada usia 30 bilamana penggunaan kalsium dari trabecular bone melebihi yang disimpan.

Gambar kat bawah menunjukkan trabecular bone yang sihat dan trabecular bone yang tidak sihat disebabkan oleh osteoporosis.

Trabecular bone yang sihat

Trabecular bone yang rapuh akibat osteoporosis

Faktor risiko bagi osteoporosis:

1- Umur
2 peringkat umur yang kritikal dalam penyebab osteoporosis iaitu pembinaan tulang sewaktu kanak- kanak dan remaja dan juga peringkat kehilangan ketumpatan tulang ketika usia lewat ( tua) terutamanya dikalangan wanita menopause. Ini kerana tulang mula membina kekuatan dan ketumpatannya sepanjang tempoh tumbesaran dan juga remaja. Dengan peningkatan usia, sel yang membina tulang semakin tidak aktif tetapi tulang masih perlu berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan kalsium dalam badan. Ia akan menyebabkan tulang hilang ketumpatannya. 

2- Jantina dan Hormon
Lelaki mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi berbanding perempuan pada usia yang lewat. Ini berkait rapat dengan menopause. Ketumpatan tulang berkurang sangat cepat apabila hormon estrogren berkurang atau tiada.

3- Genetik
Faktor seterusnya yang menyebabkan osteoporosis ialah genetik. Genetik dan sejarah keluarga mungkin mempengaruhi tahap ketumpatan tulang yang boleh dicapai dan juga tahap kehilangan ketumpatannya.

4- Fizikal aktiviti
Fizikal aktiviti akan menyokong pertumbuhan tulang semasa remaja. Ini kerana kekuatan otot dan kekuatan tulang berkait rapat. Apabila otot bekerja , ia akan meransang tulang untuk membina lebih banyak trabeculae dan membentuk trabecular bone yang lebih padat. untuk mengekalkan tulang yang sihat pula, senaman seperti joging, tenis dan jalan laju amat digalakkan.

5-Merokok dan Alkohol
Tulang perokok lebih kurang tumpat berbanding individu tidak merokok. Manakala individu yang mengambil alkohol mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah osteoporosis. Alkohol merangsang penyingkiran air dan meningkatkam penyingkiran kalsium dalam urin. 

6- Pengambilan Kalsium dalam Diet
Tulang yang kuat dipengaruhi oleh bagaimana tulang dibina ketika usia kanak- kanak dan remaja. 

7- Nutrien lain
Nutrien-nutrien lain yang mempengaruhi tulang yang kuat ialah vitamin D, magnesium, potassium dan juga omega-3.

BAGAIMANA MENINGKATKAN KETUMPATAN TULANG DAN MENGURANGKAN KEHILANGAN

Untuk mendapat tulang yang kuat, diet yang cukup keperluan kalsium sepanjang tempuh tumbesaran iaitu sehingga usia 30 tahun. Apabila seseorang individu berusia 30 keatas, tulang mula hilang ketumpatannya. oleh kerana itu individu yang mempunyai tulang yang tumpat  semasa usia muda mempunyai kelebihan apabila mempunyai simpanan kalsium yang banyak.

Selain membina tulang yang kuat dan padat semasa usia muda, amat penting juga untuk mengekalkan kesihatan tulang dan menghalang kehilangan ketumpatan tulang. Jadi pengambilan suplemen yang sesuai membantu mengekalkan kesihatan dan ketumpatan tulang. OSTEMATRIK boleh membantu anda mengekalkan kesihatan tulang anda.

Selain kalsium, OSTEMATRIK juga mengandungi Vitamin D, magnesium, boron, zink, mangan kuprum membantu anda mendapatkan tulang yang sihat dan mengatasi masalah osteoporosis. 

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan produk ini.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Ayam bakar lemon

Assalamualaikum. Ini adalah menu minggu lepas. Kalau selalu masak ayam goreng, apa kata cuba ayam bakar lemon ni. Disebabkan saya masak ayam bakar, jadi semangat pula nak buat perbandingan kalori antara ayam bakar dan ayam goreng. Seketul ayam goreng yang beratkan 90g, kalorinya ialah lebih kurang 190kcal manakala bagi ayam bakar yang mempunyai berat yang sama kalorinya cuma 109kcal. Banyak juga perbezaannya kan. Pasni kena selalu masak ayam bakar la kot. Hehe. Tapi boleh je masak ayam goreng cuma tak boleh la selalu. Lebih-lebih lagi kalau anda dalam proses nak turunkan berat badan.

Resepi saya ambil dari sini 

http://dapur-mamasya.blogspot.my/2012/12/ayam-panggang-rosemary-lemon.html?m=1

Dan saya ubah ikut bahan yang ada kat rumah je. Resepi asalnya ialah ayam bakar rosemary, disebabkan xde stok rosemary kat rumah, jadi ayam bakar lemon je, tanpa rosemary.. :)

 Ayam Bakar Lemon

Sumber; Dapur mamasya

Bahan-bahan

1 ekor ayam - saya potong kecil

5 ulas bawang putih - direbus 

1 inci halia - disagat 

1 1/2 sudu besar rosemary kering 

2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus 

2 sudu besar madu 

3 sudu besar gula perang 

Garam 

2 kiub ayam -tak letak

2 biji lemon - hiris 

4 sudu besar olive oil - saya guna minyak biasa je.

4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak 

3 biji karot - potong kecil2 memanjang 

2 biji tomato - potong 4 


 Cara Penyediaan:

1. Bersihkan ayam dan ketepikan. 

2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang. 

3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam. 

4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak. 

5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat.


Wednesday, January 4, 2017

Kalsium dan Apa Kelebihan Osteomatrik

Assalamualaikum.

Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia ( UPM) dan Universiti Otago New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang dari 50% jumlah kalsium yang disarankan. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis.

Berapakah saranan pengambilan kalsium?

Menurut Recommended Nutrient Intake (RNI) malaysia 2005 menyatakan bahawa keperluan kalsium bagi dewasa ialah 800mg sehari. Ianya berbeza bagi orang tua, wanita mengandung, wanita menyusu yang mana keperluan mereka lebih tinggi iaitu 1000mg.

Apakah peranan kalsium?

Kalsium memainkan peranan mengekalkan struktur dan "rigidity" tulang. Ini kerana 99% kalsium dalam badan tersimpan dalam tulang.

Akibat kekurangan kalsium

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan masalah osteoporosis iaitu keadaan dimana tulang hilang ketumpatan. Osteoporosis adalah masalah kesihatan yang tidak menunjukkan simptom atau tanda2 awal yang mana badan tidak menunjukkan tanda atau signal yang menunjukkan tulang kehilangan kalsium. Sampel darah juga mungkin tidak menunjukkan sebarang petunjuk awal kerana kemungkinan besar keputusan ujian darah menunjukkan aras kalsium normal. Namun begitu, terdapat juga keadaan "hypocalcaemia" iaitu kandungan kalsium dalam darah yang rendah boleh menyebabkan kejang dan kebas pada tangan dan kaki dan juga badan mungkin terasa sakit dan lenguh.

Selain itu, antara tanda kekurangan kalsium yang lain ialah kerap sakit gigi, gusi berdarah, tumit kaki pecah dan sakit, kuku rapuh, kebas kaki dan tangan, kejang otot dan juga rambut dan kulit kasar dan kering.

Makanan sumber kalsium

Sumber kalsium yang utama adalah susu iaitu satu gelas susu membekalkan lebih kurang 300mg kalsium. Selain itu, kekacang seperti dhal juga tinggi kalsium selain sayuran seperti kailan,brokoli,  bayam. Fakta yang menarik juga ialah budu, cencaluk, belacan juga antara makanan yang tinggi kalsium. Namun begitu pengambilan budu, cencaluk dan belacan bukanlah dalam kuantiti yang banyak kebiasaanya. Produk tenusu seperti yogurt dan cheese juga tinggi kandungan kalsiumnya. Begitu juga dengan pelbagai produk di pasaran kini yang diperkaya dengan kalsium seperti bijirin, sardin dalam tin dan juga whole meal bread.

Suplemen untuk meningkatkan pengambilan kalsium

Ostematrik daripada Shaklee boleh membantu meningkatkan pengambilan kalsium disamping membekalkan nutrien - nutrien lain. Antara nutrien yang terdapat dalam Ostematrik:

Kalsium
Kalsiumnya daripada sumber semulajadi yang mudah diserap

Vitamin D
Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan juga mengatasi masalah periodontal ( gigi)

Magnesium
Magnesium membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. Selain itu, magnesium juga membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim, menstabilkan denyutan jantung yang tidak sekata serta memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus.

Zink, mangan, kuprum, boron
Kesemua mineral ini membantu metabolisma tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Gabungan kesemua nutrien- nutrien ini membantu lagi anda mendapatkan tulang yang sihat dan pelbagai manfaat lain.

Kelebihan dan manfaat Ostematrik
1- Membantu pembentukan tulang yang sihat.
2- Mengurangkan risiko osteoporosis
3- Memulihkan kebas dan kejang pada tangan dan kaki.
4- Membantu mengurangkan stress.
5- Mengatasi masalah haid dan mengurangkan sakit ketika haid.
6- Membantu masalah gastrik.
7- Membantu masalah migrain.
8- Mengurangkan risiko sakit jantung.
9- Melegakan sakit sendi.
10- Membantu masalah sembelit.
11- Membantu melembutkan najis.
12- membantu masalah tumit kaki pecah dan sakit.
13- Menstabilkan tekanan darah.
14-Membantu masalah buasir.

Banyak kan manfaat Ostematrik? Anda nak dapatkan produk hebat ini? Boleh hubungi saya.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Cara Mengawal Nafsu Makan

Assalamualaikum.

Anda ingin kuruskan badan tapi selalu gagal kawal nafsu makan. Nak makan sedikit tapi selalu termakan banyak? Ada cara tau untuk kita kawal nafsu makan. Anda boleh cuba. Mungkin ia akan membantu anda mengawal nafsu makan. Seterusnya mengawal pengambilan kalori seharian dan hasilnya ialah berat badan idaman anda akan tercapai.

1-  Makan dan kunyah dengan perlahan.

2- Ambil lebih banyak buah dan sayur. Buah dan sayur mengandungi serat yang membantu anda rasa kenyang.

3- Jangan makan depan TV.
Tabiat makan depan Tv menyebabkan anda tak sedar anda mungkin telah terlebih makan terutama sekali jajan.

4- Jangan 'skip' makan
Sekiranya anda 'skip' makan untuk satu masa makan, anda akan terdorong untuk makan lebih banyak pada masa makan yang seterusnya.

5- Makan dengan pinggan yang lebih kecil.
Makan dalam pinggan kecil akan memberi ilusi makanan itu lebih banyak.

Tuesday, January 3, 2017

Mee kari

Assalamualaikum.

Cuma nak berkongsi resepi mee kari untuk makan tengah hari keluarga semalam. Kadang terasa nak makan sesuatu yang lain juga kan. Selalu tengah hari makan nasi je, apa kata sekali sekala tukar menu. 

Tapi, harus diingat porsinya harus dikawal sekiranya anda sedang berusaha menurunkan berat badan. Mee kari merupakan antara menu yang tinggi kalori kerana penggunaan santan. Semangkuk mee kari biasa kalorinya lebih kurang 519 kcal. Tinggi juga kan? Untuk kurangkan kalorinya, kurangkan porsi mee dan juga kuah karinya. Serta lebihkan pengambilan sayur dalam hidangan ini. 

Jom tengok resepi.

MEE KARI

Bahan-Bahan:

Mee kuning- dicelur
Rempah 4 sekawan
6 ulas bawang merah-dimayang halus
5 ulas bawang putih- dimayang halus
sedikit halia- dihiris halus
3 tangkai daun kari
1 paket serbuk kari ikan
1 paket serbuk kari ayam
sedikit serbuk cili- jika suka pedas
Ayam- potong kecil
Udang
Fishball
Santan
Asam keping

Tambahan: telur, limau kasturi, tauge, sawi yang dicelur.

Cara Penyediaan:
1- Tumis rempah 4 sekawan, bawang putih, bawang merah, halia dan juga daun kari. Tumis sehingga naik bau.
2- Tambah serbuk kari ikan dan serbuk kari ayam yang telah dijadikan pes. Tumis sehingga naik minyak. 
3- Masukkan ayam dan sedikit air serta asam keping. Biarkan sekejap. 
4-Masukkan santan ( saya tak asingkan santan pekat dan santan cair, jadi masukkan santan awal. Ikut kebiasaan anda.)
5- Masukkan udang dan juga fishball. Biarkan santan mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula jika suka.
6-Boleh dihidang bersama mee yang telah dicelur, sawi dan tauge atau apa -apa sayur yang anda suka, telur dan juga limau kasturi. 

Selamat Mencuba

Monday, January 2, 2017

Shaklee berkesan dan selamat

Assalamualaikum.

Sepertimana entry sebelum ni saya bercerita mengenai kelebihan dan kebaikan vitalea dari shaklee. Tapi benarkah ia betul-betul selamat untuk jangka masa panjang.

Di Shaklee, pelbagai kajian telah dijalankan untuk memastikan ianya berkesan dan juga selamat untuk jangka masa panjang.

Antara kajian yang dijalankan ialah satu "landmark study" yang telah dijalankan pada tahun 2004.  Apa itu landmark study? Landmark study bermaksud kajian yang dilakukan bertujuan untuk membuktikan sesuatu perkara itu dinilai dan dilihat oleh semua orang. Selain itu, ia juga bertujuan mengkaji keberkesanan produk shaklee dalam masa jangka masa panjang.

Kajian ini dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari University California Berkeley dan diketuai oleh Dr Gladys Block.

Kajian ini melibatkan perbandingan 3 kumpulan iaitu:

1- Kumpulan yang tidak mengambil sebarang suplemen.
2- Kumpulan yang mengambil 1 jenis suplemen bukan daripada Shaklee.
3- Kumpulan yang mengamalkan produk Shaklee selama 20 tahun.

Sebenarnya, data daripada bukan pengguna Shaklee iaitu kumpulan1 dan kumpulan 2 diperolehi daripada National Health & Nutrition Examination Survey (NHANES) 2001-2002 dan NHANES 1988-1994. NHANES merupakan satu badan survey dibawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai mempunyai reputasi tinggi dalam membuat survey berkaitan status kesihatan dan nutrisi penduduk US.

Jadi data daripada ketiga- tiga kumpulan ini dikumpulkan dan dilakukan perbandingan. Hasilnya menunjukkan pengguna Shaklee yang konsisten jelas menunjukkan tahap kesihatan yang lebih baik.

Antara hasil kajiannya membuktikan:

1- Responden yang mengamalkan Shaklee mempunyai 11%  lebih rendah paras nisbah kolesterol kepada kolesterol HDL. Kolesterol HDL juga dikenali sebagai kolesterol baik. Ini kerana ia membantu menyingkirkan kolesterol jahat ( iaitu kolesterol LDL). Jadi nisbah jumlah kolesterol LDL kepada kolesterol HDL yang rendah membantu meningkatkan kesihatan jantung.

2- Responden yang mengamalkan produk Shaklee menunjukkan tahap Trigliserida nya 33% lebih rendah. Trigliserida merupakan salah satu lemak yang boleh meresap ke salur darah dan pengumpulannya pada salur darah akan menyempitkan lagi salur darah. Ia seterusnya menyebabkan masalah jantung. Jadi tahap Trigluserida yang rendah dapat meningkatkan kesihatan jantung.

3- 36% lebih rendah tahap Homosisteina dikalangan responden yang mengamalkan produk Shaklee. Homosistein adalah asid amino yang dihasilkan secara semulajadi dalam tubuh. Tahap homosisteina yang rendah dalam darah menggalakan kesihatan jantung yang optimum.

4- Tahap protein C- reaktif juga lebih rendah bagi respoden yang mengamalkan produk Shaklee. Iaitu 59% lebih rendah. Protein C-reaktif (CRP) terkandung dalam darah dan berfungsi untuk mengukur tindak balas tubuh terhadap tekanan biologi. Ia juga akan mempengaruhi kesihatan jantung. Tahap CRP yang lebih rendah meningkatkan kesihatan jantung.

Keseluruhannya pengguna Shaklee yang konsisten jelas menunjukkan tahap yang lebih rendah bagi penanda biologi kesihatan jantung.

Kajian ini diterbitkan dalam Nutrition Journal dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang hasil kajian, boleh layari : LandmarkStudy.com

Nak dapatkan produk dari Shaklee? Boleh hubungi saya.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:1241205

Kelebihan Vitalea Shaklee

Assalamualaikum.

Pengambilan suplemen multivitamin penting untuk menyokong keperluan nutrien yang diperlukan oleh badan. Namun begitu pemilihan multivitamin yang terbaik akan menggalakkan kesihatan untuk jangka masa panjang selain menguatkan sistem imunisasi badan. Vita-Lea daripada Shaklee adalah jawapannya.

Vita-Lea merupakan salah satu multivitamin yang pertama didunia. Ia dicipta oleh pengasas Shaklee iaitu Dr Forrest C. Shaklee pada tahun 1915. Lebih 100 tahun dulu. Terfikir kenapa ia boleh berada dipasara  sehingga lebih 100 tahun? Tentulah kerana keberkesanan dan kelebihan yang ada pada vitalea ini yang tiada pada multivitamin yang lain.

Di awal pengeluarannya pada tahun 1915, ia dikenali sebagai Vitalize-mineral dan berbentuk liquid. Seiring peningkatan teknologi dan pelbagai penyelidikan yang dijalankan, merubah bentuknya kepada yang lebih mudah iaitu tablet dan dikenali sebagai Vita-Lea.

Vita-Lea merupakan salah satu suplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap yang mana ia dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Ia mengandungi unsur iron yang sangat disyorkan untuk terutamanya bagi ibu hamil yang mengalami masalah anemia.

Selain itu, Vita-Lea juga lebih mudah larut dalam air dan dalam badan. Mineral yang terdapat di dalamnya berintegrasi dengan protein untuk untuk penyerapan yang lebih baik di usus kecil.

Meyakinkan lagi, Vitalea telah dipilih oleh Center of Science di Amerika Syarikat sebagai The Best Multivitamin di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Jangan ragu-ragu lagi untuk dapatkan Vitalea ini.

Call/whatapps/message
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Sunday, January 1, 2017

Kenapa perlu makan sayur

Assalamualaikum.

Entry ringkas sebagai maklumat kenapa kita perlu makan sayur.

1- Rendah kalori
Terutamanya sayur hijau yang tidak berkanji

2- Tinggi serat
Serat dalam makanan menjadikan kita cepat kenyang dan tidak mudah lapar.

3- Tiada lemak
Kebanyakan sayur boleh dikategorikan tiada lemak.

4- Kaya dengan vitamin dan mineral
Vitamin dan mineral amat penting untuk mengoptimumkan kesihatan badan.

5- Rendah glisemik indeks
Sangat baik untuk mengawal gula dalam darah.

Semoga bermanfaat.