Monday, January 2, 2017

Shaklee berkesan dan selamat

Assalamualaikum.

Sepertimana entry sebelum ni saya bercerita mengenai kelebihan dan kebaikan vitalea dari shaklee. Tapi benarkah ia betul-betul selamat untuk jangka masa panjang.

Di Shaklee, pelbagai kajian telah dijalankan untuk memastikan ianya berkesan dan juga selamat untuk jangka masa panjang.

Antara kajian yang dijalankan ialah satu "landmark study" yang telah dijalankan pada tahun 2004.  Apa itu landmark study? Landmark study bermaksud kajian yang dilakukan bertujuan untuk membuktikan sesuatu perkara itu dinilai dan dilihat oleh semua orang. Selain itu, ia juga bertujuan mengkaji keberkesanan produk shaklee dalam masa jangka masa panjang.

Kajian ini dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari University California Berkeley dan diketuai oleh Dr Gladys Block.

Kajian ini melibatkan perbandingan 3 kumpulan iaitu:

1- Kumpulan yang tidak mengambil sebarang suplemen.
2- Kumpulan yang mengambil 1 jenis suplemen bukan daripada Shaklee.
3- Kumpulan yang mengamalkan produk Shaklee selama 20 tahun.

Sebenarnya, data daripada bukan pengguna Shaklee iaitu kumpulan1 dan kumpulan 2 diperolehi daripada National Health & Nutrition Examination Survey (NHANES) 2001-2002 dan NHANES 1988-1994. NHANES merupakan satu badan survey dibawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai mempunyai reputasi tinggi dalam membuat survey berkaitan status kesihatan dan nutrisi penduduk US.

Jadi data daripada ketiga- tiga kumpulan ini dikumpulkan dan dilakukan perbandingan. Hasilnya menunjukkan pengguna Shaklee yang konsisten jelas menunjukkan tahap kesihatan yang lebih baik.

Antara hasil kajiannya membuktikan:

1- Responden yang mengamalkan Shaklee mempunyai 11%  lebih rendah paras nisbah kolesterol kepada kolesterol HDL. Kolesterol HDL juga dikenali sebagai kolesterol baik. Ini kerana ia membantu menyingkirkan kolesterol jahat ( iaitu kolesterol LDL). Jadi nisbah jumlah kolesterol LDL kepada kolesterol HDL yang rendah membantu meningkatkan kesihatan jantung.

2- Responden yang mengamalkan produk Shaklee menunjukkan tahap Trigliserida nya 33% lebih rendah. Trigliserida merupakan salah satu lemak yang boleh meresap ke salur darah dan pengumpulannya pada salur darah akan menyempitkan lagi salur darah. Ia seterusnya menyebabkan masalah jantung. Jadi tahap Trigluserida yang rendah dapat meningkatkan kesihatan jantung.

3- 36% lebih rendah tahap Homosisteina dikalangan responden yang mengamalkan produk Shaklee. Homosistein adalah asid amino yang dihasilkan secara semulajadi dalam tubuh. Tahap homosisteina yang rendah dalam darah menggalakan kesihatan jantung yang optimum.

4- Tahap protein C- reaktif juga lebih rendah bagi respoden yang mengamalkan produk Shaklee. Iaitu 59% lebih rendah. Protein C-reaktif (CRP) terkandung dalam darah dan berfungsi untuk mengukur tindak balas tubuh terhadap tekanan biologi. Ia juga akan mempengaruhi kesihatan jantung. Tahap CRP yang lebih rendah meningkatkan kesihatan jantung.

Keseluruhannya pengguna Shaklee yang konsisten jelas menunjukkan tahap yang lebih rendah bagi penanda biologi kesihatan jantung.

Kajian ini diterbitkan dalam Nutrition Journal dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang hasil kajian, boleh layari : LandmarkStudy.com

Nak dapatkan produk dari Shaklee? Boleh hubungi saya.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:1241205

No comments:

Post a Comment