Thursday, January 5, 2017

Osteoporosis dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum. 

Osteoporosis. Selalu dengar kan? Dan kebiasaannya ia berlaku pada usia tua kan? Tapi tahu tak ia sebenarnya  bermula sejak usia muda lagi. 

Tulang terdiri daripada 2 bahagian. Bahagian luar yang keras iaitu cortical bone dan bahagian dalam iaitu trabecular bone. Kalsium yang terdapat didalam "trabecular bone" akan digunakan sekiranya kalsium daripada siumnya akan membentuk tulang yang kuat dan mengandungi banyak simpanan kalsiumnya.

Trabecular bone terlibat dalam penggunaan dan penyimpanan kalsium setiap hari. Dan pengurangan kalsium di trabecular bone bermula pada usia 30 bilamana penggunaan kalsium dari trabecular bone melebihi yang disimpan.

Gambar kat bawah menunjukkan trabecular bone yang sihat dan trabecular bone yang tidak sihat disebabkan oleh osteoporosis.

Trabecular bone yang sihat

Trabecular bone yang rapuh akibat osteoporosis

Faktor risiko bagi osteoporosis:

1- Umur
2 peringkat umur yang kritikal dalam penyebab osteoporosis iaitu pembinaan tulang sewaktu kanak- kanak dan remaja dan juga peringkat kehilangan ketumpatan tulang ketika usia lewat ( tua) terutamanya dikalangan wanita menopause. Ini kerana tulang mula membina kekuatan dan ketumpatannya sepanjang tempoh tumbesaran dan juga remaja. Dengan peningkatan usia, sel yang membina tulang semakin tidak aktif tetapi tulang masih perlu berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan kalsium dalam badan. Ia akan menyebabkan tulang hilang ketumpatannya. 

2- Jantina dan Hormon
Lelaki mempunyai ketumpatan tulang yang lebih tinggi berbanding perempuan pada usia yang lewat. Ini berkait rapat dengan menopause. Ketumpatan tulang berkurang sangat cepat apabila hormon estrogren berkurang atau tiada.

3- Genetik
Faktor seterusnya yang menyebabkan osteoporosis ialah genetik. Genetik dan sejarah keluarga mungkin mempengaruhi tahap ketumpatan tulang yang boleh dicapai dan juga tahap kehilangan ketumpatannya.

4- Fizikal aktiviti
Fizikal aktiviti akan menyokong pertumbuhan tulang semasa remaja. Ini kerana kekuatan otot dan kekuatan tulang berkait rapat. Apabila otot bekerja , ia akan meransang tulang untuk membina lebih banyak trabeculae dan membentuk trabecular bone yang lebih padat. untuk mengekalkan tulang yang sihat pula, senaman seperti joging, tenis dan jalan laju amat digalakkan.

5-Merokok dan Alkohol
Tulang perokok lebih kurang tumpat berbanding individu tidak merokok. Manakala individu yang mengambil alkohol mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat masalah osteoporosis. Alkohol merangsang penyingkiran air dan meningkatkam penyingkiran kalsium dalam urin. 

6- Pengambilan Kalsium dalam Diet
Tulang yang kuat dipengaruhi oleh bagaimana tulang dibina ketika usia kanak- kanak dan remaja. 

7- Nutrien lain
Nutrien-nutrien lain yang mempengaruhi tulang yang kuat ialah vitamin D, magnesium, potassium dan juga omega-3.

BAGAIMANA MENINGKATKAN KETUMPATAN TULANG DAN MENGURANGKAN KEHILANGAN

Untuk mendapat tulang yang kuat, diet yang cukup keperluan kalsium sepanjang tempuh tumbesaran iaitu sehingga usia 30 tahun. Apabila seseorang individu berusia 30 keatas, tulang mula hilang ketumpatannya. oleh kerana itu individu yang mempunyai tulang yang tumpat  semasa usia muda mempunyai kelebihan apabila mempunyai simpanan kalsium yang banyak.

Selain membina tulang yang kuat dan padat semasa usia muda, amat penting juga untuk mengekalkan kesihatan tulang dan menghalang kehilangan ketumpatan tulang. Jadi pengambilan suplemen yang sesuai membantu mengekalkan kesihatan dan ketumpatan tulang. OSTEMATRIK boleh membantu anda mengekalkan kesihatan tulang anda.

Selain kalsium, OSTEMATRIK juga mengandungi Vitamin D, magnesium, boron, zink, mangan kuprum membantu anda mendapatkan tulang yang sihat dan mengatasi masalah osteoporosis. 

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan produk ini.

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

No comments:

Post a Comment