Sunday, January 22, 2017

Kepentingan probiotik

Assalamualaikum.

Probitik boleh didefinasikan sebagai bakteria baik yang membantu melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan manusia. Antara sumber probiotik daripada makanan ialah yogurt, buttermilk, sayur atau makanan yang dijeruk seperti kimchi, tempe.

Antara fungsi probiotik ialah:

* Meningkatkan sistem imun badan. Ia membantu mencegah radang usus dan juga meningkatkan pemulihan dan ketahanan badan terhadap sebarang jangkitan.

* Membantu sistem penghadaman. Probiotik menjadikan keadaan usus tidak sesuai untuk pembiakan dan hidup bakteria jahat seterusnya menjadikan usus lebih sihat. Hasilnya proses pencernaan dan penghadaman lebih baik.

* Membantu pencernaan dan penguraian  nutrien daripada makanan.

* Merupakan sumber kalsium yang baik. Ini kerana sumber probiotik yang utama ialah yogurt. Yogurt juga merupakan makanan yang tinggi kalsium.

semalam saya cuba campurkan plain yogurt bersama sebiji pisang emas dan juga 1 sudu besar makan kismis. Best juga rasanya. menjadikan ia hidangan yang sesuai untuk minum petang atau minum pagi. Anggaran kalori ialah 204kcal. Selain mendapat manfaat probiotik, ia juga membekalkan pelbagai nutrient dan mineral lain daripada pisang dan juga kismis.

No comments:

Post a Comment