Thursday, February 23, 2017

8 Tips yang Ibu Bapa harus tahu untuk Tingkatkan Sistem Imun Anak

Assalamualaikum.

Sebagai ibu bapa, tentulah kita risau bila anak selalu demam dan berlarutan kan? Kadang demam ni boleh berjangkit kalau ada kawan-kawan mereka yang demam kat sekolah atau taska. Sebab itulah kebanyakan taska akan minta ibu bapa untuk tidak menghantar anak-anak yang demam ke taska. Ini sesuatu yang sangat bagus untuk elakkan ianya menjangkiti anak-anak lain. Ini kerana memang secara semulajadinya, sistem imun badan anak-anak tak sekuat dewasa dan senang dijangkiti penyakit.

Ok, kita mula dengan  bagaimana sistem imun badan anak-anak berkembang.

1- Ketika bayi dalam kandungan, bayi akan menerima antibodi secara terus dari ibu melalui placenta.

2- Selepas lahir pula, bayi menerima  antibodi melalui susu ibu. Dan tau tak Colustrum iaitu susu awal ibu mengandungi antibodi yang sangat baik untuk melindungi bayi baru lahir. Kerana itulah, nurse akan galakkan ibu untuk menyusukan bayi seawal mungkin selepas melahirkan.

3- Sehingga berusia 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu akan terus mendapat antibodi daripada susu ibu.

4- Seterusnya bayi juga akan menerima suntikan imunisasi untuk membantu mematangkan sistem imunisasi badan.

Selain itu, ketika anak demam atau  sakit secara semulajadinya, ia akan meningkatkan sistem imun badan anak- anak NAMUN BEGITU, jika terlalu kerap dan berlarutan,ia mungkin petanda sistem badan anak lemah.

Siapakah yang sering terdedah kepada sistem imun yang rendah?

Secara umumnya, anak-anak yang kurang nutrisi lebih terdedah kepada risiko jangkitan. Ia juga disebabkan oleh beberapa sebab lain. Antaranya ialah:

* Anak yang kurang makan.

Kurang makan akan menyebabkan anak-anak kurang nutrisi dan ini akan menyebabkan anak-anak mudah diserang penyakit.

* Sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan.

Risiko jangkitan biasanya daripada persekitaran dan mungkin juga dari kawan-kawan di taska atau sekolah. Contohnya ada kawan yang tidak sihat di sekolah atau taska, anak- anak lain juga mungkin.dijangkiti sama.

* Faktor kebersihan yang kurang memuaskan.

Ini termasuklah persekitaran, makanan dan juga amalan yang kurang bersih. Contohnya tidak membasuh tangan dengan sempurna sebelum makan dan juga mungkin penyediaan makanan yang kurang menitikberatkan aspek kebersihan.

* Kurang tidur atau tidur sering terganggu.

Mengejutkan juga sebenarnya  bila terdapat kajian yang menunjukkan sistem imun badan turut dipengaruhi oleh tidur yang cukup dan berkualiti.

Cara Meningkatkan Sistem imun badan

Ibu bapa boleh berusaha untuk meningkatkan sistem imun anak- anak untuk mengurangkan risiko jangkitan dan sekiranya dah dijangkiti penyakit, sistem imun yang kuat membantu badan melawan jangkitan lebih cepat yang seterusnya mengurangkan komplikasi lain.
Antara cara meningkatkan sistem imun:

1- Amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat membantu memberi nutrisi yang cukup kepada anak-anak. Terutamanya sayur dan buah-buahan yang biasanya susah kan nak bagi anak-anak makan.

Kajian juga menunjukkan jangkitan kuman sering berlaku pada kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan.

2-  Jauhkan anak-anak dari asap rokok.

Saya pernah terbaca, sebenar orang yang terdedah kepada asap rokok ( bukan perokok) sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit berbanding perokok. Kerana itu pentingnya ibu bapa untuk melindungi anak-anak dari asap rokok.

3- Pastikan amalan kebersihan yang baik.

Ini termasuklah dari segi makanan dan minuman serta persekitaran. Masak makanan dengan sempurna dan jika makan atau beli makanan diluar, pilih kedai yang bersih.  Selain itu, sentiasa ajar anak-anak untuk basuh tangan dengan sempurna sebelum dan selepas makan dan juga selepas ke tandas.

4- Tidur yang cukup

Tidur yang cukup membantu badan rehat secukupnya dan seterusnya meningkatkan sistem imun badan.

5- Susu Ibu

Susu ibu membekalkan antibodi yang baik kepada bayi terutama yang berumur 6 bulan kebawah. Selain itu, pemberian susu ibu secara ekslusif kepada bayi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin disebabkan semasa proses penyediaan susu formula.

6- Vaksin

Program vaksinasi yang ditawarkan oleh kementerian kesihatan bertujuan untuk merangsang sistem imun badan anak sebagai persedian bagi menghadapi jangkitan sebenar melalui penghasilan sel antibodi memori. Oleh kerana itu,amat penting bagi ibu bapa mengikut  jadual vaksinasi yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan.

7- Kurangkan pendedahan anak kepada tempat yang ramai orang.

Pendedahan anak terutama bayi kepada tempat yang ramai orang meningkatkan risiko jangkitan kepada anak. Ini kerana kita tak tahu kemungkinan virus atau kuman yang mungkin dibawa oleh seseorang. Dan bila ia menjangkiti bayi atau anak-anak yang sistem imun nya masih rendah,kesan jangkitannya mungkin lebih teruk.

8- Pemberian Suplemen.

Pemberian suplemen bertujuan untuk meningkatkan sistem imun badan anak. Ia berfungsi sebagai pencegahan kepada jangkitan dan sekiranya dijangkiti serangan virus atau kuman, ia akan membantu badan melawan kuman lebih cepat dan mengelakkan komplikasi yang lebih serius. Antara suplemen yang boleh diberikan antaranya Mealshakes, Nutriferon, Omega Guard, Vitalea for Children.

MealShakes merupakan minuman multivitamin yang sangat sesuai untuk anak melengkapkan keperluan nutrisi harian mereka.

• Mengandungi 24 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

• Mengandungi protein untuk membina sel - sel badan yang penting untuk pertumbuhan anak- anak.

• Ia juga sesuai untuk mengatasi masalah sembelit kerana mealshakes juga mengandungi serat. Selain membantu mengatasi masalah sembelit, serat juga membantu beri rasa kenyang yang lebih lama.

• Mealshakes juga mengandungi anti-oksidan iaitu vitamin A, C,E ,zink, selenium yang merupakan agen anti oksidan yang bertindak melawan jangkitan.

• Juga mengandungi asid folik, biotin serta kaya dengan kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel badan yang kuat.

---------------

Omega Guard merupakan kapsul daripada minyak ikan yang membantu meningkatkan sistem imun.

• Membantu memperbaiki keadaan allergi atau ekzema.

•  Mengandungi DHA, yang merupakan nutrisi kepada otak. Jadi ia akan membantu tumbesaran dan perkembangan otak anak-anak.

------------------
NutriFeron merupakan ekstrak tumbuhan semulajadi dari biji labu, bunga safflower, benih plantago, kuntuman bunga japanese honeysuckle.

• Menyokong dan merangsang proses tindak balas imun secara semulajadi.

• Meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh. Interferon ini berperanan mengaktifkan sistem imun badan.

-------------------

Vitalea For Children merupakan multivitamin untuk kanak- kanak bertujuan melengkapkan keperluan nutrisi anak-anak.

• Membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak- anak.

• Juga mengandungi kalsium, magnesium untuk menyokong pertumbuhan tulang yang kuat serta badan yang sihat.

*************************

Lien Abdullah
0137556961

Monday, February 20, 2017

Tingkatkan sistem imun badan

Assalamualaikum

Selalu tak kita dengar taska akan minta ibu bapa untuk tidak hantar anak-anak mereka yang tidak sihat ke taska. Ia bertujuan untuk mengelakkan kanak-kanak lain akan terjangkit sama. Ini kerana sistem imun badan kanak-kanak lebih rendah berbanding dewasa. Namun begitu, kadang- kadang benda ni susah nak dielakkan. Kalau bukan di taska,anak-anak senang dijangkiti kuman atau virus dari orang sekeliling seperti disekolah. Oleh kerana itu, amat penting untuk ibu bapa memastikan imun badan anak-anak kuat untuk menentang virus atau kuman yang menyerang.

Namun begitu masalah imun yang rendah, ia bukan sahaja dikalangan kanak- kanak tapi orang dewasa juga harus  memastikan imun badan mereka sentiasa baik untuk mengurangkan risiko penyakit.

Sebelum kita bincang lebih lagi, kita tengok dulu apakah yang dimaksudkan dengan sistem imun. Sistem imun merupakan sistem pertahanan badan yang melindungi badan dari serangan kuman, virus atau sebarang benda asing yang boleh menyebabkan penyakit.

Sistem imun badan manusia terdiri daripada 2 sistem pertahanan.

Pertahanan Pertama

1- kulit merupakan pertahanan pertama secara fizikal untuk menghalang patogen.

2- Membran mukus. Mukus akan memerangkap patogen dan menghalangnya dari masuk ke dalam badan.

3- Jus Gastrik. Jus gastrik berada di dalam perut merupakan cecair berasid yang membunuh bakteria.

4- Air mata, peluh, air liur merupakan cecair badan yang mempunyai sifat antibakteria.

Pertahanan Kedua

Apabila patogen berjaya menembusi pertahanan pertama, sel-sel darah putih pula yang akan menghalang dan memusnahkan patogen sebelum ia memberi kemudharatan kepada badan.

Namun begitu, sel darah putih memerlukan interferon  untuk membantunya menjalankan tugasnya.

Interferon merupakan bahan semulajadi yang dihasilkan dalam oleh sel badan dan ianya hanya aktif apabila sel-sel badan dijangkiti virus, mikrob atau kuman.

Faktor yang melemahkan sistem imun.

Banyak faktor yang mempengaruhi dan melemahkan sistem imun. Antaranya ialah tak cukup tidur, pengambilan gula yang tinggi, stress dan tekanan juga mempengaruhi sistem imun manusia.

Tak cukup tidur boleh menyebabkan sel darah putih yang berperanan sebagai sistem pertahanan kedua badan berkurang secara semulajadi.

Pengambilan gula yang tinggi dalam diet seharian juga melemahkan sistem imun badan. Ini kerana gula merupakan makanan kepada bakteria jahat dan menggalakkan pertumbuhannya.

Selain faktor tidak cukup tidur, stress yang dialami juga akan menyebabkan sel darah putih berkurang yang seterusnya melemahkan sistem imun badan manusia.

Cara meningkatkan sistem imun.

◆ Katakan  tidak pada rokok.

Ia bukan sahaja bagi perokok tapi juga orang yang sering terdedah kepada asap rokok. Radikal bebas yang terdapat dalam asap rokok meningkatkan risiko penyakit serta menurunkan sistem imun badan.

◆ Amalkan pemakanan yang seimbang.

Pemakanan yang seimbang penting untuk membekalkan dengan nutrient yang mencukupi dan memastikan fungsi sel- sel badan pada tahap optimun..ini sekaligus akan meningkatkan sistem imun badan.

◆ Sentiasa jaga kebersihan.

Amalan kebersihan amat penting untuk mengelakkan jangkitan. Antaranya ialah sentiasa basuh tangan, masak makanan sehingga betul-betul masak.

◆ Pastikan tidur yang cukup.

Tidur yang cukup penting untuk merehatkan sel-sel bada dan meningkatkan sistem imun.

◆ Sentiasa kawal stress.

Stress yang terkawal penting untuk meningkatkan sistem imun badan.

◆ Amalkan makanan yang boleh meningkatkan sistem imun.

Antaranya ialah makanan yang kaya dengan probiotik seperti yogurt. Probiotik merupakan bakteria baik yang membantu meningkatkan sistem imun.

◆ Amalkan  Supplemen

Supplemen membantu melengkapkan nutrien yang diperlukan oleh badan dan seterusnya meningkatkan sistem imun badan. Antara supplemen yang membantu meningkatkan sistem imun ialah Vita C, Nutriferon, Zink Complex, Garlic Complex.

NutriFeron merupakan campuran ekstrak tumbuhan terpilih yang telah terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun.

Kandungan yang terdapat didalam NutriFeron termasuklah biji plantago, ekstrak biji labu, bunga safflower dan kuntuman bunga japanese honeysuckle. Gabungan keempat-empat bahan inilah yang kelebihan dan keistimewaan NutriFeron.

Ia menjadikan NutriFeron berkesan dan selamat untuk menyokong sistem imun badan dari peringkat sel. Kajian juga menunjukkan manfaat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun diperoleh daripada campuran khas 4 ekstraks tumbuhan didalam NutriFeron.

Zinc Complex

Zinc Complex membantu meningkatkan sistem imun dengan dengan merangsang perkembangan dan fungsi sel dalam badan. Selain itu Zinc Complex juga berperanan menentang radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit dalam badan.

Vita C

Vitamin C yang terdapat di dalam Vita C merupakan makanan kepada sel darah putih dan diperlukan untuk mengekalkan fungsinya iaitu sebagai benteng pertahanan kedua badan.

Vitamin C juga merupakan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang mungkin terdapat dalam badan.

Garlic Compound

Kandungan utama di dalam Garlic Compound tentulah bawang putih. Bawang putih sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat demam. Ini kerana bawang putih merupakan antibakteria dan antibiotik semulajadi. Ia akan membantu meningkatkan sistem imun badan dan melawan penyakit.

★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Lien Abdullah
0137556961

Saturday, February 18, 2017

Atasi Masalah Resdung

Assalamualaikum.

Selalu bersin, gatal-gatal sekitar muka, jerawat bermaharaja lela kat muka. Anda ada masalah ni?

Ye, tanda-tanda kat kat atas menunjukkan anda mungkin ada masalah resdung.

Apa sebenarnya resdung?

Resdung dimaksudkan dengan radang yang berlaku di bawah membran dan ianya meliputi dinding ruang sinus. Pelbagai punca resdung, antaranya ialah jangkitan kuman, alahan atau allergi terhadap habuk dan debu serta bulu haiwan.

Simptom-simptom resdung

* Bersin terlalu kerap terutamanya waktu pagi.

* Telinga tersumbat.

* Hidung selalu berair seperti selesema.

* Terasa gatal-gatal pada anak tekak dan kerongkong.


Ramai yang menganggap resdung merupakan masalah selsema yang biasa tapi hakikatnya resdung jika tak dirawat boleh menjadi semakin serius dan menyebabkan komplikasi lain. Kebanyakkannya berpunca dari pengumpulan nanah dan seterusnya menyebabkan jangkitan kuman.

Antara komplikasi serius resdung yang tidak dirawat:

1-  Jangkitan nanah di sekeliling mata

2- Sakit tekak yang kronik

3- Mengalami masalah berdengkur yang teruk.

4- Jangkitan pada telinga dan tonsil terutamanya pada kanak-kanak.

5- Selesema yang melarat.

Resdung boleh dikurangkan dengan pelbagai petua. Antaranya:

• Pastikan rumah sentiasa bersih dari habuk. Jadi kena rajin- rajin bersihkan rumah.

Pakai penutup hidung apabila bersihkan rumah.

Bersihkan dan vakum permaidani atau sofa yang mungkin memerangkap habuk dan debu.

Elakkan dari memelihara haiwan yang berbulu seperti kucing.

Elakkan guna sarung bantal, cadar, selimut dari bulu haiwan.

• Sentiasa tukar dan bersihkan cadar dan selimut.

• Sentiasa lap muka dengan tuala bersih yang dibasahkan dengan air suam.

•  Minum lebih banyak air kosong.

Kurangkan makan makanan laut seperti udang, sotong, ketam.

Selain cara-cara kat atas, Set Resdung dari Shaklee juga insyaAllah boleh membantu mengatasi masalah resdung.

Ia terdiri daripada Alfalfa Complex, Vitamin C, B Complex. InsyaAllah jika diamalkan secara konsisten, ianya berkesan dan anda akan bebas resdung.

Bagaimana set resdung dari Shaklee ini membantu mengatasi masalah resdung?

Alfalfa Complex

→→→ Alfalfa Complex kaya dengan klorofil yang berfungsi untuk mengurangkan keradangan dan allergi. Macam apa yang saya terangkan kat atas, resdung bermula daripada keradangan dibawah dinding membran yang meliputi ruang sinus. Jadi ia amat sesuai untuk mengatasi masalah resdung

→→→ Cara pengambilannya yang disarankan ialah 6 biji sehari iaitu 3biji selepas sarapan dan 3 biji selepas minum petang.

→→→ Lagi best, bulan ni (feb 2017) ada promosi alfalfa tau. Beli 1 percuma 1. Jadi jangan lepaskan peluang yang sangat baik ini.

B Complex

>>> B Complex bertindak sebagai anti-stress. Ia akan jadi penstabil hormon dan penenang semulajadi. Kesannya ia akan mengurangkan kesakitan apabila resdung menyerang.

>>> Vitamin B6 dalam B Complex membantu melindungi selaput lendir dalam ruang sinus agar kekal sihat dan juga membantu penghasilan antibodi yang seterusnya meningkatka  sistem imun badan.

>>> Saranan pengambilannya ialah 1 biji selepas sarapan pagi.

Vitamin C

~~~ Vitamin C berperanan sebagai antioksidan yang membantu meningkatkan antibodi dan sistem imun badan.

~~~ Vitamin C juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan tisu badan.

~~~ Saranan pengambilannya ialah 1 biji selepas sarapan pagi.

Anda berminat? Boleh hubungi saya untuk dapatkan set untuk mengatasi masalah resdung ini. Pastinya ia merupakan pelaburan yang terbaik untuk anda.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Wednesday, February 15, 2017

Anak Sembelit? Ini Penyelesaiannya

Assalamualaikum

Bila anak menangis setiap kali nak buang air besar, ibu bapa pun turut rasa trauma kan. Ye la ibu bapa mana yang sanggup anak menangis setiap kali nak buang air besar.

Apakah yang dimaksudkan dengan sembelit?

Apa yang dimaksudkan dengan sembelit? Ia dimaksudkan dengan kesukaran membuang air besar dan ia juga menyakitkan. Sembelit berlaku apabila pengecutan otot kolon perlahan yang seterusnya pergerakan najis melalui kolon perlahan. Ini menyebabkan kolon menyerap terlalu banyak air dan menjadikan najis keras dan menyukarkan proses buang air besar.

Kesan-Kesan Sembelit

Banyak kesan-kesan sembelit kepada kanak-kanak. Antaranya ialah membuatkan kanak-kanak menangis setiap kali buang air besar. Selain itu, kanak-kanak yang sembelit biasanya turut mengalami masalah perut kembung, sakit perut. Sembelit yang teruk juga boleh menyebabkan luka pada dubur ( anal fissure). Luka ini akan menyebabkan kesakitan dan mungkin pendarahan ketika buang air besar.

Faktor Penyebab Sembelit

*  Kurang minum air merupakan salah satu faktor yang biasa bagi masalah sembelit. Pengambilan air yang cukup sangat penting untuk memastikan proses pencernaan dan perkumuhan berjalan lancar.

* Terlalu banyak mengambil makanan ringan. Makanan ringan kebiasaannya mengandungi tinggi garam. Ini menyebabkan badan menyerap banyak air.

* Tak cukup serat dalam diet seharian. Serat banyak didapati dalam sayur dan buah-buahan. Dan masalah utamanya ialah ramai kanak-kanak yang tidak gemar makan sayur dan buah-buahkan.

* Kurang aktiviti fizikal juga menjadi punca kepada masalah sembelit.

* Tabiat menahan dari buang air besar. Ia mungkin terjadi apabila kanak- kanak leka bermain dan tak mengendahkan rasa untuk buang air besar. Ada juga kanak-kanak yang enggan menggunakan tandas yang tak biasa mereka gunakan. Contohnya di sekolah atau apabila ke rumah saudara mara.

* Pengambilan sesetengah ubat juga memberi kesan sampingan seperti sembelit. Seeloknya bincang dengan doktor sekiranya anak mengalami masalah sembelit selepas pengambilan sesuatu ubat.

* Sembelit juga boleh terjadi secara semulajadi bagi sesetengah kanak-kanak yang mengalami keadaan dimana pergerakan usus besar yang perlahan ( slow colonic transit).

Tips Mengatasi Masalah Sembelit

1- Galakkan anak minum lebih banyak air. Sentiasa ingatkan dan beri anak minum air sekerap mungkin.

2- Sediakan jus buah-buahan yang dikisar. Boleh juga dijadikan smoothies. Ini bukan sahaja mengatasi masalah sembelit tapi juga salah satu cara untuk memastikan anak-anak makan buah. Lagi bagus sekiranya anak-anak turut diajak bersama untuk menyediakan jus. Ini akan meningkatkan lagi selera mereka kerana anak-anak lebih berselera untuk makan atau minum apabila mereka turut terlibat dalam penyediaan sesuatu makanan atau minuman.

3- Amalkan diet yang sihat dan seimbang. Amalan diet yang sihat dan seimbang bukan sahaja baik untuk mengatasi masalah sembelit bagi kanak- kanak tetapi ia sepatutnya menjadi amalan setiap keluarga. Oleh itu peranan ibu amat penting untuk menyediakan makanan yang sihat dan seimbang. Corak pemakanan ibu bapa juga  mempengaruhi pemakanan anak-anak. Kalau ibu tak suka makan sayur,anak juga kemungkinan tak suka makan sayur.

4- Elakkan tabiat suka menahan diri dari buang air besar. Sentiasa ingatkan anak-anak untuk ke tandas apabila rasa untuk buang air besar.

5- Mealshakes dari Shaklee juga membantu mengatasi masalah sembelit. Mealshakes merupakan sejenis makanan tambahan yang mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak- kanak. Ia termasuklah serat yang membantu mengatasi masalah sembelit.

Mealshakes juga mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel- sel badan. Semua ini amat penting untuk proses tumbesaran kanak-kanak.

Mealshakes boleh dikatakan sebagai minuman mealshakes yang lengkap. Apa yang menarik lagi, ia tanpa pewarna dan gula tiruan. Rasanya juga enak dan semestinya mudah diterima oleh kanak-kanak.

Penyediaan Mealshakes juga mudah dan pelbagai. Ia boleh dibancuh terus, dicampurkan dalam susu, dijadikan smoothies.

****************************

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Saturday, February 11, 2017

SHAKLEE di ANGKASA

Assalamualaikum.

Selamat berhujung minggu. Semestinya hujung minggu waktu yang terbaik untuk diluangkan bersama keluarga. Semoga anda sentiasa bahagia bersama keluarga.

Untuk kali ni, Lien nak kongsikan mengenai Shaklee yang sangat mengagumkan. Dan ternyata produk Shaklee bukan produk sebarangan bila ia turut digunakan oleh Angkasawan di Angkasa lepas.

TWIN STUDY EXPERIMENT

Produk Shaklee digunakan Scott Kelly seorang angkasawan yang terlibat dalam experimen Twin Study. Kajian ni mengambil masa selama setahun. Jadinya selama setahun Scott tinggal di angkasa lepas manakala kembarnya tinggal di bumi sebagai pilot study.

Kajian yang dilakukan oleh NASA dalam Twin Study ini termasuklah untuk mengkaji mengenai TELOMERE.   TELOMERE ni macam kapsul  pelindung kepada sesebuah kromosom. Dan menurut kajian, TELOMERE akan memendek dengan peningkatan umur.  NASA nak kaji bagaimana TELOMERE seseorang akan berubah diangkasa lepas yang mungkin disebabkan oleh faktor graviti dan kesan radiasi di angkasa lepas.

MARK & SCOTT KELLY

Kenapa mereka berdua yang dipilih?  Jawapannya kerana mereka berdua kembar seiras dan mempunyai gen yang sama. Oleh kerana itu, NASA nak tengok apa yang berlaku kepada manusia bila berada di angkasa lepas yang tentunya lebih banyak terdedah kepada radiasi. Seterusnya data yang diperolehi dari Scott akan dibandingkan dengan keputusan dari Mark yang berada dibumi.

Sedikit mengenai Scott dan Mark. Mereka berdua merupakan angkasawan yang telah terlibat beberapa kali dalam misi ke angkasa. Maksudnya kedua2 kembar ini adalah angkasawan. Cuma untuk Eksperimen Twin Study ini mereka dipisahkan selama setahun apabila Scott dipilih untuk berada di angkasa lepas manakala Mark berada di bumi.

Nak tau produk Shaklee yang mana yang diamalkan oleh Scott sewaktu di angkasa lepas? Scott mengambil VIVIX dan VITALIZER setiap hari di angkasa sebagai suplemen tambahannya.

Dan lagi best,Scott dan Mark juga telah berkongsi pengalaman mereka di angkasa bersama leader-leader Shaklee di Global Conference Shaklee di Orlando tahun lepas.

NASA & SHAKLEE

Bercerita mengenai kerjasama NASA dan Shaklee sebenarnya mereka telah lama berkerjasama iaitu sejak tahun 1993. NASA datang kepada Shaklee pada tahun awal 90an untuk meminta bantuan Shaklee untuk membekalkan angkasawan mereka supplemen yang boleh membantu keselamatan mereka dalam perjalanan pulang ke bumi daripada angkasa lepas.

Angkasawan kebiasaannya mengalami GRS ( General Re-entry Syndrome) semasa masuk ke atmosfera bumi dan sejurus selepas mendarat ke bumi. Antara simptomnya ialah vertigo, letih, perut tak selesa.

Maka terhasillah AstroAde yang dikeluarkan oleh Shaklee dengan kerjasama Saintis NASA untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh angkasawan NASA. Tentu sekali kerjasama Shaklee dan NASA ini menunjukkan Shaklee sememangnya syarikat yang menghasilkan produk- produk bermutu tinggi dan sentiasa berkesan.

Kalau AstroAde untuk angkasawan, Shaklee's  Performance dikeluarkan untuk pengguna Shaklee di bumi. Ia merupakan minuman hidrasi tulin yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian.

Hebat kan Shaklee. Saya semakin jatuh cinta dengan Shaklee.

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan produk- produk Shaklee. Bulan ni pun ada banyak promosi. Jadi jangan bertangguh lagi.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:1241205

Thursday, February 9, 2017

Tips tidur lena

Assalamualaikum

Pernah tak rasa tak selesa atau tak boleh nak tidur? Walhal badan penat seharian buat kerja. Stress kan. Lebih-lebih lagi bagi perempuan, risau kalau esoknya terpaksa pergi kerja dengan eye bag kan?

Dan bila bangun pagi pula badan rasa lemau je padahal dah lama tidur. Sepatutnya badan rasa lebih segar bila bangun tidur sebab macam yang semua tahu, waktu tidur kan masa untuk kita merehatkan badan setelah seharian bekerja.

Apa yang kita boleh lakukan untuk dapat tidur yang lena dan bangun pagi dengan rasa segar?  Meh akak kongsikan sikit tips. ;)

1- Elakkan ambil minuman berkafein,bercoklat.

Kafein boleh menyebabkan badan bertenaga. Disebabkan itu, ia juga akan menyebabkan badan sukar tidur. Selain itu, kadang-kadang kesan kafein itu sehingga pagi esoknya. Sebab saya selalu macamtu. Bila bangun pagi kepala rasa ting tong, pening.

2- Tidur secukupnya.

Masa tidur yang selalu disarankan ialah 6-7jam setiap hari. Yang seeloknya tidur awal dan bangun awal. Saya pernah terbaca waktu yang sesuai untuk tidur ialah pada pukul 10malam hingga 5pagi.

3- Elakkan makanan makanan berat sebelum tidur.

Waktu terbaik untuk makan malam ialah sekurang-kurangnya 3jam sebelum tidur.

4- Sedikit meditasi atau yoga sebelum tidur juga membantu anda tidur lena.

5- Jauhkan diri daripada laptop,smartphone semasa tidur.

6- Jangan lupa ostematrik juga membantu anda tidur lena. Ostematrik mengandungi magnesium yang akan merangsang rasa mengantuk. Selain itu, magnensium juga akan membantu merelaks kan otot-otot badan, jadi badan berada dalam keadaan rehat. Hasilnya tidur lebih lena dan semestinya bila bangun pagi, anda akan rasa lebih segar.


nak dapatkan Ostematrik. Hubungi saya.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

0137556961
Lien Abdullah

Sunday, February 5, 2017

Perlu ke SUPPLEMENT

Assalamualaikum

Banyak pertanyaan mengenai suplemen kan. Antaranya kita tertanya perlu ke ambil suplemen?  Tak cukup ke nutrien daripada makanan kita? Tak bahaya ke ambil suplemen dalam jangka masa panjang?

Untuk entry ini saya akan cuba kongsikan mengenai persoalan kenapa kita perlukan suplemen?

1- Rutin pemakanan kebanyakan orang kini yang tidak hiraukan diet seimbang.

Tahu tak kenyataan daripada Menteri Kesihatan kita iaitu Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengatakan bahawa 94% rakyat Malaysia dewasa tidak cukup pengambilan buah dan sayur seperti yang disarankan. Hanya 6% sahaja yang cukup pengambilan sayur dan buah setiap hari. Silajawab dalam hati masing2 ye anda termasuk golongan yang 94% atau 6%.

2- Gangguan penyerapan nutrien daripada makanan akibat daripada pengambilan kafein, gula berlebihan.

Kafein mengganggu penyerapan zat besi dalam makanan selain menyebabkan badan kehilangan kalsium kerana kalsium mungkin juga dikeluarkan bersama kafein dalam urin.

Manakala gula ringkas seperti gula putih pula memerlukan simpanan vitamin B, kalsium dan magnesium untuk pencernaannya. Oleh kerana itu, pengambilan gula yang berlebihan dan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan badan kekurangan vitamin B, kalsium dan magnesium. Kekurangan vitamin ini akan

3-Sesetengah nutrien yang diperlukan  oleh badan hanya boleh didapati dari pemakanan.

Contohnya ialah asid lemak perlu seperti Omega 3 dan Omega 6. Ia tidak dihasilkan dalam badan dan hanya boleh diperolehi daripada makanan seperti ikan dan telur.

4- Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan.

Radikal bebas dikatakan boleh merosakkan sel-sel badan dan menjadi risiko kepada pelbagai penyakit

5- Mengamalkan gaya hidup tak sihat seperti kurang bersenam dan merokok.

Kurang bersenam akan menyumbang kepada masalah lebih berat badan selain menjadi risiko banyak penyakit seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol dan aras gula darah yang tinggi.

Merokok pula sememangnya ramai yang tahu ianya tak baik untuk kesihatan tapi masih ramai juga yang gagal mengawal keinginan merokok.

6- Kehilangan nutrien dalam makanan terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera.

Banyak faktor kehilangan nutrien dalam makanan ketika memasak antaranya ialah masak terlalu lama dan juga suhu yang terlalu tinggi.

Selain itu, vitamin juga mudah hilang semasa penyediaan contohnya apabila membasuh sayur yang telah dipotong. Oleh kerana itu sayur lebih disaran untuk dibasuh sebelum dipotong tapi ramai yang basuh sayur selepas siap potong. Termasuklah saya. ;)

7- Buah-buahan dan sayur- sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia.

Niat kita baik makan buah dan sayur untuk dapat nutrien untuk badan tetapi jika tersalah pilih atau sekiranya proses membersihkan tidak sempurna ia mungkin memudaratkan badan.

Namun begitu, makanan sebenar tetap merupakan sumber nutrien yang terbaik. Gaya hidup sihat dengan memilih makanan yang sihat dan pelbagai sumber makanan dan senaman membantu untuk mendapat kualiti hidup yang lebih baik.

Supplement pula bertujuan untuk melengkapkan keperluan nutrien yang tidak cukup daripada pengambilan makanan seharian kita.

Hubungi saya untuk mendapatkan supplement yang untuk melengkapi keperluan nutrien harian anda.

*******************************

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Friday, February 3, 2017

Panduan libatkan anak-anak sediakan makanan

Assalamualaikum.

Biasa kita dengar salah satu cara untuk meningkatkan selera anak-anak ialah dengan libatkan anak-anak semasa sediakan makanan. TAPI kadang ibu risau akan keselamatan anak- anak semasa menyediakan makanan. Takut anak terluka, takut anak terkena air panas. Risaunya..

Sebab itu penting untuk ibu- ibu tahu apakah aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak mengikut umurnya. Kat bawah ini saya kongsikan sedikit panduan untuk ibu-ibu.

Umur 1-2 tahun

Pada ketika ini otot2 besar dalam badan mula membentuk. Ketika ini, anak boleh diajar:

* Pegang cawan dan minum sendiri daripada cawan.
* Makan sendiri dengan bantuan.
* Patahkan dan celup makanan.

Umur 3 tahun

Pada ketika ini, otot pertengahan tangan membentuk, jadi ianya sesuai untuk aktiviti seperti:

* Makan sendiri.
* Balut makanan.
* Tuang minuman kedalam cawan.
* Mencampur makanan seperti dalam penyediaan salad.
* Goncang minuman dalam botol atau shaker.
* Sapu planta atau kaya pada roti
* Kopek kekacang dengan pemantauan.

Umur 4 tahun

Kanak-kanak pada usia 4 tahun akan mula membentuk otot-otot kecil pada jari. Dengan perkembangan ini, anak- anak boleh diajar untuk:

* Boleh guna sudu dan garfu.
* Gulung makanan seperti penyediaan roti gulung.
* Buang kulit buah tanpa menggunakan pisau seperti buang kulit pisang.
* Pecahkan telur.

Umur 5 tahun

Ketika umur ini, koordinasi halus jari dan tangan mula membentuk. Anak-anak boleh diajar melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti:

* Menimbang dan menyukat bahan- bahan makanan.
* Mengisar makanan.
* Memotong dengan pisau yang tidak tajam.
* Menggunakan "hand mixer" tapi pastikan dengan pemantau ibu- ibu.

Penting untuk ibu-ibu melibatkan anak-anak dalam penyediaan makanan kerana anak-anak akan lebih teruja untuk makan makanan yang mereka sediakan.

Antara makanan yang boleh disediakan bersama anak-anak ialah ialah sandwich, salad buah-buahan dan juga minuman.

Semoga bermanfaat..

Wednesday, February 1, 2017

Kepentingan Sterol dan Stanols untuk menurunkan kolesterol

Assalamualaikum.

Kita selalu dengarkan kaitan kolesterol yang tinggi dengan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit jantung, stroke dan juga darah tinggi. Tapi bagaimana ia berlaku?

Bagaimana kolesterol boleh menyebabkan penyakit-penyakit ini?

Kolesterol yang tinggi akan memberi kesan buruk pada badan apabila ia terkumpul dalam saluran darah yang menyebabkan atherosclerosis yang merupakan punca kepada masalah stroke dan serangan jantung.

Bagaimana Sterol dan Stanol membantu menurunkan kolesterol?

Phytosterol merujuk kepada sterol dan stanol tumbuhan yang ditemui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan dan mempunyai struktur molekul yang sama seperti kolesterol. Struktur molekulnya yang sama seperti kolesterol membolehkannya bersaing dengan kolesterol untuk proses penyerapan.  Sterol dan stenol juga menghalang kolesterol dari memasuki saluran darah dan seterus dikeluarkan daripada badan melalui sistem perkumuhan. Kesannya, kadar kolesterol dalam darah dapat diturunkan.

Sumber Sterol dan Stanol daripada makanan

Makanan yang membekalkan sterol dan stanol yang membantu menurunkan kolesterol dalam darah termasuklah soya, minyak sayuran, jagung, sebahagian sayur-sayuran, buah- buahan dan juga bijirin. Selain itu terdapat juga makanan di pasaran yang diperkaya dengan sterol dan stanol tumbuhan seperti marjerin. Tujuannya untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Supplemen yang mengandungi stanol dan sterol untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah

Phytocol-St daripada Shaklee merupakan formula proprietari yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan tubuh. Phytocol - St dirumus daripada sterol dan stenol tumbuh- tumbuhan. Ia akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Ini kerana detiap tablet Phytocol - St membekalkan 500mg phytosterols.

Cadangan pengambilan Phytocol -St

Cadangan pengambilannya ialah 3-4 tablet setiap hari dan diambil sebelum makan. Ia akan membantu menurunkan kolesterol dalam darah dengan membentuk satu lapisan yang akan menghalang kolesterol dari masuk kedalam saluran darah, menghalang penyerapan kolesterol dan menurunkan kadar kolesterol jahat iaitu LDL kolesterol.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Hubungi saya

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205