Wednesday, February 15, 2017

Anak Sembelit? Ini Penyelesaiannya

Assalamualaikum

Bila anak menangis setiap kali nak buang air besar, ibu bapa pun turut rasa trauma kan. Ye la ibu bapa mana yang sanggup anak menangis setiap kali nak buang air besar.

Apakah yang dimaksudkan dengan sembelit?

Apa yang dimaksudkan dengan sembelit? Ia dimaksudkan dengan kesukaran membuang air besar dan ia juga menyakitkan. Sembelit berlaku apabila pengecutan otot kolon perlahan yang seterusnya pergerakan najis melalui kolon perlahan. Ini menyebabkan kolon menyerap terlalu banyak air dan menjadikan najis keras dan menyukarkan proses buang air besar.

Kesan-Kesan Sembelit

Banyak kesan-kesan sembelit kepada kanak-kanak. Antaranya ialah membuatkan kanak-kanak menangis setiap kali buang air besar. Selain itu, kanak-kanak yang sembelit biasanya turut mengalami masalah perut kembung, sakit perut. Sembelit yang teruk juga boleh menyebabkan luka pada dubur ( anal fissure). Luka ini akan menyebabkan kesakitan dan mungkin pendarahan ketika buang air besar.

Faktor Penyebab Sembelit

*  Kurang minum air merupakan salah satu faktor yang biasa bagi masalah sembelit. Pengambilan air yang cukup sangat penting untuk memastikan proses pencernaan dan perkumuhan berjalan lancar.

* Terlalu banyak mengambil makanan ringan. Makanan ringan kebiasaannya mengandungi tinggi garam. Ini menyebabkan badan menyerap banyak air.

* Tak cukup serat dalam diet seharian. Serat banyak didapati dalam sayur dan buah-buahan. Dan masalah utamanya ialah ramai kanak-kanak yang tidak gemar makan sayur dan buah-buahkan.

* Kurang aktiviti fizikal juga menjadi punca kepada masalah sembelit.

* Tabiat menahan dari buang air besar. Ia mungkin terjadi apabila kanak- kanak leka bermain dan tak mengendahkan rasa untuk buang air besar. Ada juga kanak-kanak yang enggan menggunakan tandas yang tak biasa mereka gunakan. Contohnya di sekolah atau apabila ke rumah saudara mara.

* Pengambilan sesetengah ubat juga memberi kesan sampingan seperti sembelit. Seeloknya bincang dengan doktor sekiranya anak mengalami masalah sembelit selepas pengambilan sesuatu ubat.

* Sembelit juga boleh terjadi secara semulajadi bagi sesetengah kanak-kanak yang mengalami keadaan dimana pergerakan usus besar yang perlahan ( slow colonic transit).

Tips Mengatasi Masalah Sembelit

1- Galakkan anak minum lebih banyak air. Sentiasa ingatkan dan beri anak minum air sekerap mungkin.

2- Sediakan jus buah-buahan yang dikisar. Boleh juga dijadikan smoothies. Ini bukan sahaja mengatasi masalah sembelit tapi juga salah satu cara untuk memastikan anak-anak makan buah. Lagi bagus sekiranya anak-anak turut diajak bersama untuk menyediakan jus. Ini akan meningkatkan lagi selera mereka kerana anak-anak lebih berselera untuk makan atau minum apabila mereka turut terlibat dalam penyediaan sesuatu makanan atau minuman.

3- Amalkan diet yang sihat dan seimbang. Amalan diet yang sihat dan seimbang bukan sahaja baik untuk mengatasi masalah sembelit bagi kanak- kanak tetapi ia sepatutnya menjadi amalan setiap keluarga. Oleh itu peranan ibu amat penting untuk menyediakan makanan yang sihat dan seimbang. Corak pemakanan ibu bapa juga  mempengaruhi pemakanan anak-anak. Kalau ibu tak suka makan sayur,anak juga kemungkinan tak suka makan sayur.

4- Elakkan tabiat suka menahan diri dari buang air besar. Sentiasa ingatkan anak-anak untuk ke tandas apabila rasa untuk buang air besar.

5- Mealshakes dari Shaklee juga membantu mengatasi masalah sembelit. Mealshakes merupakan sejenis makanan tambahan yang mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak- kanak. Ia termasuklah serat yang membantu mengatasi masalah sembelit.

Mealshakes juga mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel- sel badan. Semua ini amat penting untuk proses tumbesaran kanak-kanak.

Mealshakes boleh dikatakan sebagai minuman mealshakes yang lengkap. Apa yang menarik lagi, ia tanpa pewarna dan gula tiruan. Rasanya juga enak dan semestinya mudah diterima oleh kanak-kanak.

Penyediaan Mealshakes juga mudah dan pelbagai. Ia boleh dibancuh terus, dicampurkan dalam susu, dijadikan smoothies.

****************************

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

No comments:

Post a Comment