Sunday, February 5, 2017

Perlu ke SUPPLEMENT

Assalamualaikum

Banyak pertanyaan mengenai suplemen kan. Antaranya kita tertanya perlu ke ambil suplemen?  Tak cukup ke nutrien daripada makanan kita? Tak bahaya ke ambil suplemen dalam jangka masa panjang?

Untuk entry ini saya akan cuba kongsikan mengenai persoalan kenapa kita perlukan suplemen?

1- Rutin pemakanan kebanyakan orang kini yang tidak hiraukan diet seimbang.

Tahu tak kenyataan daripada Menteri Kesihatan kita iaitu Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengatakan bahawa 94% rakyat Malaysia dewasa tidak cukup pengambilan buah dan sayur seperti yang disarankan. Hanya 6% sahaja yang cukup pengambilan sayur dan buah setiap hari. Silajawab dalam hati masing2 ye anda termasuk golongan yang 94% atau 6%.

2- Gangguan penyerapan nutrien daripada makanan akibat daripada pengambilan kafein, gula berlebihan.

Kafein mengganggu penyerapan zat besi dalam makanan selain menyebabkan badan kehilangan kalsium kerana kalsium mungkin juga dikeluarkan bersama kafein dalam urin.

Manakala gula ringkas seperti gula putih pula memerlukan simpanan vitamin B, kalsium dan magnesium untuk pencernaannya. Oleh kerana itu, pengambilan gula yang berlebihan dan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan badan kekurangan vitamin B, kalsium dan magnesium. Kekurangan vitamin ini akan

3-Sesetengah nutrien yang diperlukan  oleh badan hanya boleh didapati dari pemakanan.

Contohnya ialah asid lemak perlu seperti Omega 3 dan Omega 6. Ia tidak dihasilkan dalam badan dan hanya boleh diperolehi daripada makanan seperti ikan dan telur.

4- Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan.

Radikal bebas dikatakan boleh merosakkan sel-sel badan dan menjadi risiko kepada pelbagai penyakit

5- Mengamalkan gaya hidup tak sihat seperti kurang bersenam dan merokok.

Kurang bersenam akan menyumbang kepada masalah lebih berat badan selain menjadi risiko banyak penyakit seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol dan aras gula darah yang tinggi.

Merokok pula sememangnya ramai yang tahu ianya tak baik untuk kesihatan tapi masih ramai juga yang gagal mengawal keinginan merokok.

6- Kehilangan nutrien dalam makanan terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera.

Banyak faktor kehilangan nutrien dalam makanan ketika memasak antaranya ialah masak terlalu lama dan juga suhu yang terlalu tinggi.

Selain itu, vitamin juga mudah hilang semasa penyediaan contohnya apabila membasuh sayur yang telah dipotong. Oleh kerana itu sayur lebih disaran untuk dibasuh sebelum dipotong tapi ramai yang basuh sayur selepas siap potong. Termasuklah saya. ;)

7- Buah-buahan dan sayur- sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia.

Niat kita baik makan buah dan sayur untuk dapat nutrien untuk badan tetapi jika tersalah pilih atau sekiranya proses membersihkan tidak sempurna ia mungkin memudaratkan badan.

Namun begitu, makanan sebenar tetap merupakan sumber nutrien yang terbaik. Gaya hidup sihat dengan memilih makanan yang sihat dan pelbagai sumber makanan dan senaman membantu untuk mendapat kualiti hidup yang lebih baik.

Supplement pula bertujuan untuk melengkapkan keperluan nutrien yang tidak cukup daripada pengambilan makanan seharian kita.

Hubungi saya untuk mendapatkan supplement yang untuk melengkapi keperluan nutrien harian anda.

*******************************

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

No comments:

Post a Comment