Saturday, February 18, 2017

Atasi Masalah Resdung

Assalamualaikum.

Selalu bersin, gatal-gatal sekitar muka, jerawat bermaharaja lela kat muka. Anda ada masalah ni?

Ye, tanda-tanda kat kat atas menunjukkan anda mungkin ada masalah resdung.

Apa sebenarnya resdung?

Resdung dimaksudkan dengan radang yang berlaku di bawah membran dan ianya meliputi dinding ruang sinus. Pelbagai punca resdung, antaranya ialah jangkitan kuman, alahan atau allergi terhadap habuk dan debu serta bulu haiwan.

Simptom-simptom resdung

* Bersin terlalu kerap terutamanya waktu pagi.

* Telinga tersumbat.

* Hidung selalu berair seperti selesema.

* Terasa gatal-gatal pada anak tekak dan kerongkong.


Ramai yang menganggap resdung merupakan masalah selsema yang biasa tapi hakikatnya resdung jika tak dirawat boleh menjadi semakin serius dan menyebabkan komplikasi lain. Kebanyakkannya berpunca dari pengumpulan nanah dan seterusnya menyebabkan jangkitan kuman.

Antara komplikasi serius resdung yang tidak dirawat:

1-  Jangkitan nanah di sekeliling mata

2- Sakit tekak yang kronik

3- Mengalami masalah berdengkur yang teruk.

4- Jangkitan pada telinga dan tonsil terutamanya pada kanak-kanak.

5- Selesema yang melarat.

Resdung boleh dikurangkan dengan pelbagai petua. Antaranya:

• Pastikan rumah sentiasa bersih dari habuk. Jadi kena rajin- rajin bersihkan rumah.

Pakai penutup hidung apabila bersihkan rumah.

Bersihkan dan vakum permaidani atau sofa yang mungkin memerangkap habuk dan debu.

Elakkan dari memelihara haiwan yang berbulu seperti kucing.

Elakkan guna sarung bantal, cadar, selimut dari bulu haiwan.

• Sentiasa tukar dan bersihkan cadar dan selimut.

• Sentiasa lap muka dengan tuala bersih yang dibasahkan dengan air suam.

•  Minum lebih banyak air kosong.

Kurangkan makan makanan laut seperti udang, sotong, ketam.

Selain cara-cara kat atas, Set Resdung dari Shaklee juga insyaAllah boleh membantu mengatasi masalah resdung.

Ia terdiri daripada Alfalfa Complex, Vitamin C, B Complex. InsyaAllah jika diamalkan secara konsisten, ianya berkesan dan anda akan bebas resdung.

Bagaimana set resdung dari Shaklee ini membantu mengatasi masalah resdung?

Alfalfa Complex

→→→ Alfalfa Complex kaya dengan klorofil yang berfungsi untuk mengurangkan keradangan dan allergi. Macam apa yang saya terangkan kat atas, resdung bermula daripada keradangan dibawah dinding membran yang meliputi ruang sinus. Jadi ia amat sesuai untuk mengatasi masalah resdung

→→→ Cara pengambilannya yang disarankan ialah 6 biji sehari iaitu 3biji selepas sarapan dan 3 biji selepas minum petang.

→→→ Lagi best, bulan ni (feb 2017) ada promosi alfalfa tau. Beli 1 percuma 1. Jadi jangan lepaskan peluang yang sangat baik ini.

B Complex

>>> B Complex bertindak sebagai anti-stress. Ia akan jadi penstabil hormon dan penenang semulajadi. Kesannya ia akan mengurangkan kesakitan apabila resdung menyerang.

>>> Vitamin B6 dalam B Complex membantu melindungi selaput lendir dalam ruang sinus agar kekal sihat dan juga membantu penghasilan antibodi yang seterusnya meningkatka  sistem imun badan.

>>> Saranan pengambilannya ialah 1 biji selepas sarapan pagi.

Vitamin C

~~~ Vitamin C berperanan sebagai antioksidan yang membantu meningkatkan antibodi dan sistem imun badan.

~~~ Vitamin C juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan tisu badan.

~~~ Saranan pengambilannya ialah 1 biji selepas sarapan pagi.

Anda berminat? Boleh hubungi saya untuk dapatkan set untuk mengatasi masalah resdung ini. Pastinya ia merupakan pelaburan yang terbaik untuk anda.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

No comments:

Post a Comment