Monday, February 20, 2017

Tingkatkan sistem imun badan

Assalamualaikum

Selalu tak kita dengar taska akan minta ibu bapa untuk tidak hantar anak-anak mereka yang tidak sihat ke taska. Ia bertujuan untuk mengelakkan kanak-kanak lain akan terjangkit sama. Ini kerana sistem imun badan kanak-kanak lebih rendah berbanding dewasa. Namun begitu, kadang- kadang benda ni susah nak dielakkan. Kalau bukan di taska,anak-anak senang dijangkiti kuman atau virus dari orang sekeliling seperti disekolah. Oleh kerana itu, amat penting untuk ibu bapa memastikan imun badan anak-anak kuat untuk menentang virus atau kuman yang menyerang.

Namun begitu masalah imun yang rendah, ia bukan sahaja dikalangan kanak- kanak tapi orang dewasa juga harus  memastikan imun badan mereka sentiasa baik untuk mengurangkan risiko penyakit.

Sebelum kita bincang lebih lagi, kita tengok dulu apakah yang dimaksudkan dengan sistem imun. Sistem imun merupakan sistem pertahanan badan yang melindungi badan dari serangan kuman, virus atau sebarang benda asing yang boleh menyebabkan penyakit.

Sistem imun badan manusia terdiri daripada 2 sistem pertahanan.

Pertahanan Pertama

1- kulit merupakan pertahanan pertama secara fizikal untuk menghalang patogen.

2- Membran mukus. Mukus akan memerangkap patogen dan menghalangnya dari masuk ke dalam badan.

3- Jus Gastrik. Jus gastrik berada di dalam perut merupakan cecair berasid yang membunuh bakteria.

4- Air mata, peluh, air liur merupakan cecair badan yang mempunyai sifat antibakteria.

Pertahanan Kedua

Apabila patogen berjaya menembusi pertahanan pertama, sel-sel darah putih pula yang akan menghalang dan memusnahkan patogen sebelum ia memberi kemudharatan kepada badan.

Namun begitu, sel darah putih memerlukan interferon  untuk membantunya menjalankan tugasnya.

Interferon merupakan bahan semulajadi yang dihasilkan dalam oleh sel badan dan ianya hanya aktif apabila sel-sel badan dijangkiti virus, mikrob atau kuman.

Faktor yang melemahkan sistem imun.

Banyak faktor yang mempengaruhi dan melemahkan sistem imun. Antaranya ialah tak cukup tidur, pengambilan gula yang tinggi, stress dan tekanan juga mempengaruhi sistem imun manusia.

Tak cukup tidur boleh menyebabkan sel darah putih yang berperanan sebagai sistem pertahanan kedua badan berkurang secara semulajadi.

Pengambilan gula yang tinggi dalam diet seharian juga melemahkan sistem imun badan. Ini kerana gula merupakan makanan kepada bakteria jahat dan menggalakkan pertumbuhannya.

Selain faktor tidak cukup tidur, stress yang dialami juga akan menyebabkan sel darah putih berkurang yang seterusnya melemahkan sistem imun badan manusia.

Cara meningkatkan sistem imun.

◆ Katakan  tidak pada rokok.

Ia bukan sahaja bagi perokok tapi juga orang yang sering terdedah kepada asap rokok. Radikal bebas yang terdapat dalam asap rokok meningkatkan risiko penyakit serta menurunkan sistem imun badan.

◆ Amalkan pemakanan yang seimbang.

Pemakanan yang seimbang penting untuk membekalkan dengan nutrient yang mencukupi dan memastikan fungsi sel- sel badan pada tahap optimun..ini sekaligus akan meningkatkan sistem imun badan.

◆ Sentiasa jaga kebersihan.

Amalan kebersihan amat penting untuk mengelakkan jangkitan. Antaranya ialah sentiasa basuh tangan, masak makanan sehingga betul-betul masak.

◆ Pastikan tidur yang cukup.

Tidur yang cukup penting untuk merehatkan sel-sel bada dan meningkatkan sistem imun.

◆ Sentiasa kawal stress.

Stress yang terkawal penting untuk meningkatkan sistem imun badan.

◆ Amalkan makanan yang boleh meningkatkan sistem imun.

Antaranya ialah makanan yang kaya dengan probiotik seperti yogurt. Probiotik merupakan bakteria baik yang membantu meningkatkan sistem imun.

◆ Amalkan  Supplemen

Supplemen membantu melengkapkan nutrien yang diperlukan oleh badan dan seterusnya meningkatkan sistem imun badan. Antara supplemen yang membantu meningkatkan sistem imun ialah Vita C, Nutriferon, Zink Complex, Garlic Complex.

NutriFeron merupakan campuran ekstrak tumbuhan terpilih yang telah terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun.

Kandungan yang terdapat didalam NutriFeron termasuklah biji plantago, ekstrak biji labu, bunga safflower dan kuntuman bunga japanese honeysuckle. Gabungan keempat-empat bahan inilah yang kelebihan dan keistimewaan NutriFeron.

Ia menjadikan NutriFeron berkesan dan selamat untuk menyokong sistem imun badan dari peringkat sel. Kajian juga menunjukkan manfaat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun diperoleh daripada campuran khas 4 ekstraks tumbuhan didalam NutriFeron.

Zinc Complex

Zinc Complex membantu meningkatkan sistem imun dengan dengan merangsang perkembangan dan fungsi sel dalam badan. Selain itu Zinc Complex juga berperanan menentang radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit dalam badan.

Vita C

Vitamin C yang terdapat di dalam Vita C merupakan makanan kepada sel darah putih dan diperlukan untuk mengekalkan fungsinya iaitu sebagai benteng pertahanan kedua badan.

Vitamin C juga merupakan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang mungkin terdapat dalam badan.

Garlic Compound

Kandungan utama di dalam Garlic Compound tentulah bawang putih. Bawang putih sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat demam. Ini kerana bawang putih merupakan antibakteria dan antibiotik semulajadi. Ia akan membantu meningkatkan sistem imun badan dan melawan penyakit.

★★★★★★★★★★★★★★★★★★

Lien Abdullah
0137556961

No comments:

Post a Comment