Monday, May 1, 2017

SET CANTIK SHAKLEE

Assalamualaikum wtb

Cantik. Siapa yang tak nak kan? Bagi Lien sendiri,cantik ni memang subjektif. Tak semestinya putih melepak itu cantik tapi cantik yang sebenar bagi Lien ialah memiliki kulit yang sihat dan dengan kulit yang sihat inilah, wajah akan nampak berseri dan bebas dari jerawat atau sebarang masalah kulit yang lain.

Dengan set cantik Shaklee, masalah kulit kusam, berjerawat insyaAllah boleh diselesaikan kerana anda akan dapat kulit wajah yang lebih sihat dan seterusnya menyerlahkan kecantikan anda.

Nak tau apa ada dalam set cantik Shaklee?

1. Vita C

Antara fungsi Vitamin C ialah:

* merangsang penghasilan kolagen untuk kulit yang cantik

* Mengecutkan jerawat dengan cepat

* Memudarkan parut jerawat

* Mengandungi antioksidan yang menguatkan daya tahan kulit daripada radikal bebas atau toksin dan bakteria daripada persekitaran.

2. ESP

ESP membekal sumber protein yang diperlukan oleh badan. Ia mengandungi protein lengkap termasuklah protein yang tak boleh dihasilkan dalam badan dan hanya diperolehi daripada diet seharian. Protein berfungsi menghasilkan sel-sel baru bagi termasuklah bagi kulit.

3. B Complex

B Complex mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diperlukan untuk kesihatan mata,rambut kuku dan termasuklah juga kesihatan kulit.

Vitamin  B 6 yang terdapat dalam B Complex membantu mengurangkan stress dan mengawal mood. Antara tips untuk cantik juga iala dengan sentiasa gembira dan senyum. Tapi kalau sentiasa stress dengan macam-macam,macam mana nak senyum kan. So, B Complex pilihan terbaik untuk mengurangkan stress anda.

4. Vitamin E

Vitamin E berfungsi:

* Memudarkan parut jerawat.

* Melambatkan proses penuaan.

* Mempercepat proses baik pulih luka jerawat.

* Mengatasi masalah whitehead dan blackhead. 

*Membantu pengaliran darah lebih lancar. 

******************

Sekiranya anda tidak suka untuk makan banyak supplement, Lien ada solution untuk anda.

Apa lagi kalau bukan VIVIX.

HANYA 1 SUDU KECIL SETIAP HARI cukup untuk memberi hasil yang memukau.

VIVIX kaya dengan resveratrol yang merupakan antioksidan yang kuat. Fungsinya untuk melindungi dan memperbaiki sel- sel yang rosak akibat pelbagai sebab. Antaranya ialah radikal bebas daripada sekeliling juga boleh merosakkan sel. Dengan resveratrol yang terdapat dalam vivix, hasilnya bukan hanya kulit semakin sihat tapi ia meningkatkan kesihatan seluruh badan.

******************

Namun begitu, Key yang paling penting untuk cantik ialah KONSISTEN. Kerana proses penggantian sel- sel baru mengambil masa sehingga 21 hari. Kalau amalkan supllement hari ni, then nak cantik esok, memamg tak boleh la.

So,awak nak cantik?

Hubungi Lien segera dan Lien akan bantu anda untuk kelihatan semakin cantik dengan cadangan produk yang sesuai untuk anda.Bonusnya Lien juga akan berkongsi cara  pengambilan supplement yang terbaik untuk mendapat kesan yang juga terbaik.

Salam Sayang

Lien Abdullah
0137556961

Sunday, April 30, 2017

Rawatan Kayap

Assalamualaikum wtb.

Dulu- dulu Lien pernah jugak dengar bonda cakap, kayap ular ni bahaya. Apabila lingkaran kayap ular ini bertemu, ia boleh menyebabkan maut. So, dulu bila dengar kayap ular memang agak takut la.

Sehingga sekarang, Lien pun tak pasti kesahihannya. Tapi rasanya tak betul sebab daripada pembacaan dan juga Lien pernah dengar satu perbincangan dengan doktor mengenai kayap ular ni. Katanya lingkaran kayap ular ni tak akan mengelilingi semua bahagian pinggang tapi ia cuma akan berlaku pada 1 bahagian pinggang sahaja. Maksudnya lingkaran itu tidak akan bertemu.

Apakah itu KAYAP

Kayap( shingles) merupakan ruam lepuh yang timbul dipermukaan kulit pada bahagian tertentu badan yang berisi air.

Ia disebabkan oleh virus Varicella Zoster (VZV). Virus ini sebenarnya sudah lama berada dalam tubuh badan seseorang apabila mengalami  penyakit cacar air. Setelah cacar air sembuh, virus ini masih berada dalam badan tetapi dalam bentuk tidak aktif. Namun begitu,apabila sisten imun badan lemah, virus ini kembali menyerang yang menyebabkan kayap.

Simptom Jangkitan Kayap

- Rasa kebas, sakit dan panas pada bahagian badan yang dijangkiti.

- Ia diikuti demam dan sakit kepala.

- Seterusnya, tanda- tanda kayap akan muncul dikulit. Iaitu tompok- tompok merah dan diikuti gelembung- gelembung kecil yang berisi air.

- Selain itu, kayap ular pula akan membentuk lingkaran pada bahagian tubuh pesakit seperti belitan ular. Gelembung- gelembung kecil yang berisi air akan timbul pada bahagian lingkaran tersebut.

- Dalam tempoh seminggu, gelembung- gelembung yang berisi air akan pecah dan mula mengering.

Namun begitu, kayap yang tidak dirawat boleh menyebabkan kesakitan saraf jangka panjang. Ia boleh berlarutan sehingga berbulan- bulan malah sehingga bertahun- tahun.  Selain itu, jangkitan kayap juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti jangkitan kulit, parut yang hodoh serta  lemah otot.

Oleh kerana itu, kayap harus dirawat segera. Salah satu rawatannya ialah dengan meningkatkan tahap imunisasi badan.

Shaklee menawarkan set untuk meningkatkan tahap imunisasi badan terutamanya untuk merawat kayap. Antara produk yang sesuai ialah Vivix, Nutriferon, Garlic Complex dan Vita C Sustained Release.

-------------------

VIVIX

Antara bahan utama yang terdapat dalam vivix ialah elderberry. Elderberry ini kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C yang penting untuk kesihatan yang optimum. Selain itu, bioflavonoids dalam elderberry juga membantu sistem imun badan dengan meningkatkan paras antioksidan untuk menentang serangan virus yang boleh merosakkan sel.

NUTRIFERON

NutriFeron merupakan campuran ekstrak tumbuhan terpilih yang telah terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun.

Kajian menunjukkan manfaat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun diperoleh daripada campuran khas 4 ekstraks tumbuhan didalam NutriFeron.

VITA C

Vitamin C yang terdapat di dalam Vita C merupakan makanan kepada sel darah putih dan diperlukan untuk mengekalkan fungsinya iaitu sebagai benteng pertahanan  badan daripada serangan virus.

Vitamin C juga merupakan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang mungkin terdapat dalam badan.

GARLIC COMPOUND

Kandungan utama di dalam Garlic Compound tentulah bawang putih. Bawang putih sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat demam. Ini kerana bawang putih merupakan antibakteria dan antibiotik semulajadi. Ia akan membantu meningkatkan sistem imun badan dan melawan penyakit.

--------------------------

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA. APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN IALAH USAHAKAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK MENGUBATINYA TAPI YANG MENENTUKAN KESEMBUHANNYA HANYALAH ALLAH SWT.

Boleh hubungi Lien sekiranya anda ingin berikhtiar merawat kayap dengan shaklee

Salam sayang.

Lien Abdullah
0137556961

Saturday, April 29, 2017

Bagaimana serangan jantung terjadi dan cara mengurangkan risiko serangan jantung

Assalamualaikum wtb.

Selalu kita tengok drama, biasa kalau dapat berita yang mengejutkan, pelakon tu akan pegang dada kiri, jatuh dan terus meninggal. Itulah penyakit serangan jantung atau kita biasa panggil sakit jantung. Dan sakit jantung ni boleh berlaku tiba- tiba je. Lien teringat beberapa tahun lepas, orang kampung Lien meninggal dalam kebun sewaktu kerja. Dan yang lagi mengejutkan umur arwah masih lagi muda. Kalau tak silap, umurnya belum pun lagi 40 tahun. Doktor sahkan menyebabkan kematian adalah serangan jantung.

Bagaimana Serangan Jantung Boleh Terjadi?

Serangan jantung boleh berlaku secara tiba- tiba apabila atherosclerosis yang berlaku pada saluran darah menghalang peredaran darah ke jantung. Apabila peredaran darah ke jantung terganggu, maka oksigen dan bekalan nutrien yang lain juga terganggu. Lama kelamaan ia akan menyebabkan otot- otot jantung rosak dan mati. Dan inilah penyebab serangan jantung berlaku.

Faktor risiko kepada masalah serangan jantung termasuklah:

1- Umur, jantina dan sejarah keluarga.

Ini merupakan faktor risiko yang tidak boleh diubah. Dengan peningkatan umur, maka pembentukan atherosclerosis yang menjadi salah satu punca seranga jantung juga meningkat.

Selain itu, kajian menunjukkan lelaki mempunyai risiko mendapat penyakit ini lebih tinggi berbanding lelaki.

Selain faktor jantina dan umur, sejarah keluarga yang pernah mengalami masalah serangan jantung juga meningkatkan risiko serangan jantung ini. Semakin ramai ahli keluarga yang mengalami masalah serangan jantung, semakin tinggi risikonya.

2- Aras kolesterol yang tinggi dalam darah.

Ini kerana kolesterol yang tinggi mempunyai kaitan dengan pembentukan atherosclerosis.

3- Tekanan darah tinggi.

Tekanan darah yang tinggi boleh merosakkan dinding arteri dan merangsang pembentukan plaque. Plaque inilah yang akan mempercepatkan lagi proses atherosclerosis.

4- Penyakit Diabetes

Kajian menunjukkan pesakit diabetes mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah serangan jantung. Ini kerana saluran darah pada pesakit diabetes mungkin tersumbat dan mengganggu peredaran darah.

5- Masalah lebih berat badan.

Masalah berat badan menyumbang kepada masalah kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan juga diabetes.

6- Merokok.

Merokok merosakkan jantung dengan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan jantung terpaksa berkerja lebih. Selain itu, toksin daripada rokok merosakkan saluran darah.

7- Pengamalan Diet yang tinggi lemak dan kolesterol serta kurang pengambilan buah dan sayuran.

Diet yang tinggi lemak dan kolesterol meningkatkan aras kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

SARANAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG

1- Ubah gaya hidup yang lebih aktif

Amalkan gaya hidup yang lebih aktif dengan mengamalkan rutin senaman. Rutin senaman akan membantu melindungi jantung dengan menguatkan otot-otot jantung, membantu proses penurunan berat badan, memgawal aras kolesterol dan gula dalam darah.

2- Berhenti merokok.

Sekiranya masih belum mampu untuk berhenti merokok, langkah pertama ialah cuba kurangkan merokok secara perlahan-lahan.

3- Amalkan pemakanan yang seimbang

* Makan mengikut keperluan kalori seharian untuk mengelakkan pertambahan berat badan.

* Kurangkan makanan yang tinggi lemak dan kolesterol.

* Lebihkan pengambilan buah dan sayur- sayuran.

* Kurankan pengambilan makanan dan minuman bergula.

* Makan makanan yang kaya dengan omega-3 sekurang-kurangnya 2kali seminggu.

*  Pilih makanan berasaskan soya untuk gantikan produk tenusu daripada haiwan yang mengandungi lemak tepu dan juga kolesterol.

4- Amalkan supplememt tambahan.

Shaklee menawarkan set supplement untuk kesihatan yang jantung iaitu Omega Guard, Phytocol-St dan juga Vivix.

Omega Guard- Mengandungi Omega-3 membantu menurunkan aras kolesterol darah

Phytocol-St - Menghalang kolesterol daripada makanan daripada memasuki saluran darah.

Vivix - Mengandungi antioksidan dan resveratrol yang kuat untuk melindungi jantung serta memperbaiki sel- sel yang rosak dalam badan.

SERANGAN JANTUNG BOLEH BERLAKU KEPADA SIAPA SAHAJA DAN IA BERLAKU SECARA TIBA- TIBA. JADI SEBELUM TERLAMBAT SAYANGI JANTUNG ANDA.

PILIH HANYA YANG TERBAIK UNTUK KESIHATAN PADA MASA HADAPAN.

*****************

Semoga apa yang dikongsikan ini akan memberi manfaat kepada semua.

Salam sayang..

Lien Abdullah

Friday, April 28, 2017

Jom Tambah Berat

Assalamualaikum wtb

Kalau ramai yang nak turunkan berat, Lien pulak nak tambah berat. Sebabnya selalu sangat orang cakap yang Lien ni kurus sangat. Berat yang paling tinggi ialah 45 kg. Dan tau tak berat sebelum masuk Universiti berat Lien cuma 39 kg. Tapi Lien ni rendah je orangnya. Tinggi cuma 145 cm. Jadi bila berat 39 kg, BMI nya ialah 18.5. Kira borderline la. Belum dikategori underweight lagi. :)

Lien sebenarnya makan banyak jugak tapi berat susah nak naik. Sampaikan bila jumpa saudara yang lama tak jumpa, soalan yang ditanya, bila nak gemuk?haha. Redha je dengan soalan macam tu.

Dan akhir tahun 2014, berat badan Lien mula turun. Tapi bukan turun mendadak. Slowly turun hinggakan Lien dapat berat yang lebih rendah sebelum masuk Universiti tu iaitu 37kg. Masa tu kena ngaku la memang ada masalah hati dan perasaan sikit (kisah lama. Haha). Masa tu jugak Lien  agak control makan sebab baru berhenti kerja dan dok rumah buat kerja rumah je. Jadi tak nak la makan banyak- banyak sebab takut berat naik.

Tapi rupanya masalah lain pulak yang timbul. Bukan berat badan je makin turun tapi Lien pun selalu rasa kebas pada kaki dan tangan. Dan mulalah google kenapa kan. Kita sama je, google dulu then baru jumpa profesional yang boleh bantu masalah kita. Betul tak.

Tapi Lien takjumpa doktor pun,Lien cuma whatapps kawan yang merupakan seorang doktor. Cerita serba sedikit pasal masalah then katanya masalah Lien mungkin "electrolyte imbalance". Padan muka kan. Konon- konon nak diet tapi berat terlebih turun pulak. Masa tu memang insaf la. Hihi. Terus makan banyak- banyak balik tapi berat tak nak jugak.

Kawan memang suruh Lien jumpa doktor dan buat blood test. Tapi biasa lah ni degil + takut sikit nak jumpa doktor. Dan inilah permulaan Lien bagaimana Lien kenal dan jatuh cinta dengan Shaklee.

2 produk pertama yang Lien cuba ialah Vita Lea dan Ostematrix. Dan Alhamdulillah berat badan Lien makin naik dan kebas pada kaki dan tangan pun hilang.

Bila Lien study, rupanya punca berat badan susah nak naik salah satu sebabnya ialah badan tak dapat cukup vitamin dan mineral yang diperlukan. Kadang- kadang kita makan banyak tapi corak pengambilan makanan kita mungkin tak seimbang. Kurang buah dan sayur yang mana buah dan sayur ni macam yang kita tahu ada macam-macam vitamin dan mineral.

Jadi, dengan pengambilan Vita Lea, ia membekalkan 23 multivitamin dan multimineral untuk pastikan badan mendapat nutrisi yang cukup. Bila badan dapat nutrisi yang cukup, ia akan membantu memberi makanan kepada sel- sel badan supaya dapat berfungsi dengan sempurna. Jadi pertambahan berat badan boleh berlaku.

Selain Vita Lea, 2 produk lain dari Shaklee untuk membantu tambah berat badan iaitu ESP dan B Complex. Bagaimana 2 produk ini boleh membantu menambahkan berat badan anda?

ESP mengandungi protein yang penting untuk membina otot. Untuk tambah berat badan, kita mahukan penambahan berat badan yang sihat iaitu pertambahan otot bukannya pertambahan sel-sel lemak dalam badan yang boleh menyebabkan masalah lain pula timbul nanti. Jadi ESP sangat sesuai kerana ia membekalkan semua asid amino yang diperlukan oleh badan untuk membina tisu- tisu serta otot badan yang sihat.

B COMPLEX pula mengandungi kesemua vitamin B yang membantu proses metabolisma badan dan membina sel- sel baru. B Complex juga membantu menambahkan selera makan.

Jadi,kalau anda merancang untuk tambah berat, Lien sangat sarankan VitaLea, ESP dan B Complex ni. Sebab Lien sangat faham perasaan orang yang susah nak tambah berat ni.

Salam sayang.

Lien Abdullah
0137556961

Thursday, April 27, 2017

Cara Meningkatkan Metabolisma Badan

Assalamualaikum.

Setiap orang mempunyai metabolisme badan yang berbeza. Dan untuk mereka yang merancang untuk menurunkan berat badan, pasti mahukan metabolisme badan yang tinggi. Apabila metabolisme badan tinggi, proses penurunan berat badan lebih mudah.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan metabolisme badan ialah melalui senaman. Senaman atau apa sahaja aktiviti fizikal akan menyebabkan keperluan kalori seseorang individu meningkat dan secara tidak langsung akan meningkatkan metabolisme badan. Senaman yang bagus untuk meningkatkan metabolisme badan ialah ' weight training' iaitu senaman yang menggunakan pemberat. 'Weight training' akan membantu meningkatkan tisu otot dalam badan. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka mereka yang mempunyai lebih banyak tisu otot mempunyai metabolisme badan yang lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Tidur yang cukup juga memainkan peranan penting bagi metabolisme badan. Kurang tidur boleh mengganggu kebolehan badan untuk membakar kalori. Dan kebiasaan orang yang kurang tidur atau tidur lewat akan mengambil lebih banyak makanan. Ini akan menyumbang kepada berat badan berlebihan.

Stress juga akan mengganggu proses dalam badan dan akan mengurangkan metabolisme badan. Ini kerana dalam keadaan stress, badan akan mengeluarkan hormon kortisol dalam tubuh yang mana hormon ini akan memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya badan berada di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Oleh itu, kawal tekanan atau stress anda dengan sebaiknya.

Dari segi pemakanan pula, antara cara untuk meningkatkan metabolisme badan:

1- Makan secukupnya

Sememangnya bagi anda yang cuba menurunkan berat badan akan mengurangkan pengambilan makanan. Tapi pengambilan makanan yang terlalu sedikit akan mengganggu metabolisme badan. Pada ketika badan kekurangan kalori,maka badan akan mengurangkan penggunaan tenaga dalam badan dan metabolisme badan akan menurun.

2- Sarapan pagi

Sarapan pagi merupakan waktu makan yang sangat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Sekiranya anda tidak mengambil sarapan pagi akan menyebabkan metabolisme badan menurun. Tidak mengambil sarapan pagi juga kebiasaannya akan menyebabkan anda sukar mengawal kuantiti makanan yang diambil sewaktu makan tengah hari. Pada ketika ini, metabolisme badan menurun akibat tidak bersarapan, maka kalori yang berlebihan yang diambil akan disimpan sebagai lemak.

3- Minum air secukupnya

Air yang secukupnya membantu badan untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

4-Makanan yang tinggi protein.

Kajian menunjukkan makanan berprotein membantu meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, protein juga membantu membina tisu otot.

5- Makanan yang kaya dengan
polifenol dan resveratrol.

Resveratrol dan polifenol membantu meningkatkan metabolisma badan. Tertanya- tanya dari manakah resveratrol dan polifenol boleh didapati? VIVIX dari shaklee adalah jawapannya. VIVIX merupakan produk dari shaklee yang terbukti tinggi dengan resveratrol dan polifenol yang boleh membantu meningkatkan metabolisma badan.

Wednesday, April 26, 2017

Kenali Bell's Palsy

Image result for bell palsy

Bell's Palsy merupakan satu keadaan kelumpuhan otot pada satu bahagian muka. Ini menyebabkan sebahagian otot muka jatuh. 

Bell's Palsy berbeza dengan strok yang mana strok melibatkan kelumpuhan pada beberapa bahagian anggota badan, sebaliknya Bell's Palsy hanya melibatkan sebahagian bahagian muka. 

Penyebab sebenar Bell's Palsy tidak dapat dipastikan tetapi kebanyakan kes dikatakan ianya disebabkan oleh virus herpes dan ia menyebabkan saraf yang mengawal otot pada bahagian muka rosak akibat keradangan.



Antara Simptom-Simptom Bell's Palsy ialah
  • Kelumpuhan pada sebahagian muka secara tiba-tiba
  • Tidak boleh mengawal air liur dan menyebabkan ia sentiasa meleleh.
  • Gangguan pada deria rasa.
  • Kebas pada bahagian yang terjejas.
  • Sakit pada bahagian telinga dan belakang telinga.


Keberangkalian untuk pesakit Bell's Palsy kembali pulih adalah tinggi iaitu kira-kira 70% daripada pesakit Bell's Palsy akan kembali pulih selepas 2-3 minggu. Namun begitu ia bergantung kepada keadaan pesakit. Cara terbaik ialah dapatkan rawatan secepat mungkin.


Rawatan Bell's Palsy


Simptom-simptom Bell's Palsy haruslah didiagnose dan disahkan oleh doktor yang bertauliah. Dan apabila disahkan mengalami masalah Bell's Palsy,kebiasaanya doktor akan memberikan beberapa jenis ubat seperti steroid, ubat antivirus dan sebagainya.

Selain ubat-ubatan, physiotherapy juga membantu untuk menguatkan otot-otot yang terjejas. Contohnya ialah urutan muka, senaman otot muka dan juga stimulasi elektrik. Rawatan terakhir untuk Bell's Palsy sekiranya ianya berlarutan ialah pembedahan.


Selain rawatan seperti yang disarankan oleh doktor, pesakit Bell's palsy juga boleh mencuba set kesihatan daripada Shaklee untuk membantu masalah Bell's Palsy. Antara cadangan produk ialah VIVIX, OMEGA GUARD, B COMPLEX, VITAMIN E.


VIVIX


Merupakan minuman kesihatan yang kaya dengan RESVERATROL yang membantu merawat pada peringkat DNA sel yang rosak akibat pelbagai faktor. Antara faktor yang boleh merosakkan sel ialah serangan virus. Jadi vivix sangat sesuai untuk pesakit Bell's Palsy untuk mempercepatkan penyembuhan kesan daripada tindakan resveratrol yang membantu memperbaiki sel-sel yang rosak disamping meningkatkan antibodi badan untuk melawan serangan virus.


OMEGA GUARD


Omega Guard kaya dengan DHA dan EPA yang membantu mengurangkan keradangan. Sebagaimana yang Lien terangkan diatas, punca kerosakan otot saraf  pada pesakit Bell's Palsy ada alah akibat keradagan. Jadi pengambilan Omega Guard akan membantu mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses pemulihan.


B COMPLEX

B COMPLEX membantu pembentukan myelin iaitu protein yang terbentuk di sekeliling sel saraf.


 
VITAMIN E


Vitamin E mengandungi antioksidan yang baik untuk melancarkan peredaran darah dan membawa oksigen dan nutrien-nutrien penting ke bahagian yang terjejas akibat Bell's Palsy.



Tuesday, April 25, 2017

Penawar Denggi

Assalamualaikum wtb.

Masalah denggi kat Malaysia ni ni memang tak bermusim kan. Boleh dikatakan ia berlaku sepanjang tahun. Punca denggi ialah jangkitan virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Dan tempat pembiakan nyamuk Aedes termasuklah tempat takungan air seperti longkang, bekas pasu bunga,  tong simpanan air.

Fakta mengenai nyamuk Aedes yang agak menarik perhatian Lien ialah hanya nyamuk betina yang menggigit manusia dan membawa virus denggi. Kenapa hanya nyamuk betina?  Nyamuk betina memerlukan darah untuk menghasilkan telur.Dan  yang paling Lien ingat ialah cara untuk kita kenal pastu nyamuk Aedes ialah yang berbelang pada kaki dan tubuhnya.

Virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes iaitu Germs Flavirines akan menyebabkan platelet darah turun.  Ini akan membahayakan kesihatan sekiranya platelet darah terus turun kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman atau luaran. Ini kerana peranan utama platelet ialah terlibat dalam pembekuan darah.

Kerana itulah bagi pesakit denggi, rawatan  yang biasa dilakukan adalah untuk mengelakkan platelet darah terus turun disamping meningkatkannya serta merawat kesan- kesan lain akibat denggi seperti demam yang teruk serta risiko dehidrasi akibat kurang selera makan dan juga muntah.

Tanda- Tanda dan Gejala Denggi.

Virus denggi kebiasaanya akan berada di dalam badan pesakit selama 3-4 hari sebelum ia menunjukkan tanda- tandanya. Antaranya ialah:

- Demam mengejut dengan suhu yang tinggi.

- Sakit otot dan sendi yang teruk.

- Mula timbul ruam pada badan. Kebiasaannya selepas 3-4 hari demam yang teruk.

- Sakit kepala yang teruk.

- Cirit Birit.

- Kurang selera makan.

- Sering Muntah.

PENAWAR SHAKLEE

Antara penawar demam denggi yang selalu kita dengar ialah jus daun betik, sup ketam, minuman isotonik. Walaupun tidak banyak kajian yang dilakukan mengenai keberkesanan jus daun betik atau sup ketam untuk meningkatkan platelet darah,tetapi pengalaman mereka yang pernah mengalami demam denggi dan cuba jus daun betik dan juga sup ketam, ianya membantu meningkatkan platelet darah. Jadi, jus daun betik dan sup ketam  boleh dikatakan sebagai penawar denggi kerana ianya berbaloi serta tidak merbahaya untuk dicuba.

Mengenai minuman isotonik pula, ianya bertujuan untuk memastikan badan kekal terhidrat dengan membekalkan elektrolit yang mungkin hilang akibat demam dan muntah yang teruk. TAPI AWAS, kandungan gula dan karbonat dalam minuman isotonik di pasaran agak tinggi. Jika berlebihan, masalah lain pula mungkin timbul.

Selain petua tradisional seperti sup ketam dan jus betik, pesakit demam denggi juga disaran untuk mengambil supplement semulajadi daripada Shaklee iaitu Vivix, Nutriferon, Performance Drink, ESP dan Sustained Release Vita C.

Vivix- Melindungi dan merawat sel-sel DNA yang rosak. Waktu sakit merupakan waktu banyaknya sel-sel DNA rosak. Jadi vivix boleh membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel yang rosak.

Nutriferon - Merupakan campuran ekstrak tumbuhan terpilih yang telah terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Nutriferon membantu meningkatkan interferon dalam badan yang berfungsi memberi signal kepada sel darah putih untuk melawan serangan virus.

Performance Drink - Merupakan  minuman isotonik pilihan yang membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi. Ia merupakan pilihan minuman isotonik yang lebih baik kerana bebas karbonat dan juga rendah gula.

ESP- ESP membantu mengembalikan tenaga dengan membekalkan protein dan pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

Vita C- Vitamin C merupakan makanan kepada sel darah putih untuk meningkatkan sistem imun badan.

Kek Pisang Mudah

Assalamualaikum wtb.


Untuk entry resepi kali ni,Lien nak kongsikan resepi kek pisang yang sangat mudah tapi hasilnya memang sedap. Apa saja yang kita masak sendiri mesti lah sedap kan. :)


Ok, Lien pun tak nak la membebel panjang. Kita terus kepada resepinya ya. Resepi ni dah lama Lien guna. Pernah buat jualan pun. Dan Lien pun dah lupa dari mana asalnya Lien ambil resepinya. Apapun Lien sangat berterima kasih kepada pemilik asal resepi ni. Dan Lien panjangkan resepinya disini pula ya.


KEK PISANG MUDAH


Bahan-Bahan:


2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula castor
1 cawan pisang
1 tsp esen vanila
Sedikit serbuk koko


 


Cara Penyediaan:


1- Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat da juga baking powder. Ketepikan.


2- Pukul telur dan gula sehingga gebu. Tambah minyak dan pukul lagi sekejap.


3- Kemudian tambahkan esen vanila dan pukul sebati.


4- Tambahkan pisang yang telah dilenyekkan dan pukul sebati.


5- Perlahankan speed dan masukkan sedikit demi sedikit tepung. Pukul sekejap saja asalkan sebati.


6- Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan serbuk koko yang dijadikan paste. Kacau sebati.


7- Masukkan dalam loyang atau cawan cupcake dan sedia untuk dibakar. Boleh  selang- selikan masukkan aduanan pisang dan adunan pisang coklat.


8- Bakar 150° C selama 45 minit sekiranya menggunakan loyang dan 15-20 minit sekiranya menggunakan cawan cupcake.



Monday, April 24, 2017

Petua Awet Muda

Assalamualaikum wbt.


Semua orang nak nampak sentiasa awet muda dan cantik kan. Especially perempuan la kan. Kalau orang puji kita makin cantik, senyum sampai ke telinga kan?


TAPI kalau ada orang cakap nampak kedutan kat muka atau biasanya kat bahagian mata, mesti tak lena tidur kan? Kalau boleh nak duduk depan cermin je tengok betul ke ada kedutan kat muka. DAN kalau betul ada, kita akan cuba macam-macam cara untuk hilangkan kedutan atau paling tak pun seboleh mungkin  make-up untuk menutup semua kekurangan pada wajah kita.


Selain masalah kedutan pada wajah, masalah lain yang menampakkan kita lebih tua dari usia ialah wajah yang kusam dan tak berseri. Itu lah punca kita tak nampak awet muda atau dengan mudahnya ialah nampak lebih tua dari usia sebenar.


So, kali ni lien nak kongsikan petua awet muda. Tapi sebelum tu, kita kena tahu apakah punca-punca yang menyebabkan wajah tak berseri dan juga kusam. Bila dah tau puncanya, lebih mudah untuk kita atasi masalahnya. Ye tak?
Ok, antara faktor yang menyebabkan wajah tidak berseri ialah:


1- Pemakanan yang Tidak Seimbang.
Bila kita tengok corak diet seharian kita, apa yang paling kurang? Biasanya sayur dan buah la kan. Dan yang banyak dan selalu ambil pulak biasanya minuman dan makanan yang manis. Makanan dan minuman manis ni memang sedap tapi kalau berlebihan ia akan bawa kesan yang tak baik kepada badan.


Bagaimana makanan dan minuman bergula mempengaruhi  penuaan? Makanan dan minuman tinggi gula merupakan salah satu makanan yang akan menyebabkan penimbunan protein AGE ( Advanced Glycation End Product). Protein AGE ni akan merosakkan sel2 dalam badan dan menyebabkan proses penuaan makin cepat bila banyak sel-sel dalam badan rosak.


2- Tidak Cukup Tidur
Tidak cukup tidur akan menyebabkan munculnya lingkaran gelap bawah mata atau bahasa mudahnya ialah mata panda. Dan mata panda inilah yang jadi salah satu faktor kita nampak lebih tua dari umur sebenar.


Tidur yang cukup amat penting untuk memastikan badan mendapat rehat yang cukup dan waktu tidur merupakan waktu sel-sel badan yang rosak dibaiki dan juga digantikan dengan sel-sel yang baru.


3- Tidak Cukup Pengambilan Air
Perasan tak kalau kadang-kadang bila kita kurang minum air, kulit akan nampak kering dan kadang-kadang sehingga mengelupas. Ini kerana antara fungsi penting air dalam badan ialah untuk membawa nutrien yang diperlukan ke seluruh badan. Bila badan mendapat nutrien yang cukup, ia akan dizahirkan dengan badan yang sihat dan awet muda.


Sekiranya kita tidak minum air yang cukup, ia akan menurunkan aliran darah ke kulit menyebabkan kelihatan pucat dan juga kulit kering.  Selain itu, ia menyebabkan kulit hilang keanjalan serta munculnya garis- garis halus terutamanya pada wajah. Tak sukakan bila garis- garis halus tanda penuaan ada pada wajah kita kan?


Terdapat banyak formula untuk mengira keperluan air yang diperlukan oleh badan. Antaranya ialah 1 liter air bagi setiap 25kg berat badan. Contohnya sekiranya berat badan ialah 50kg, jadi keperluan air yang minimum ialah 2 liter ai sehari.


TAPI bagaimana nak tahu badan kita telah mendapat air yang cukup. Mudah je. Salah satu ialah urin kita berwarna "clear"apabila badan mendapat keperluan air yang cukup.


4- Selalu Stress
Stress menyebabkan hormon kortisol meningkat dan hormon kortisol ini akan mempengaruhi aliran darah ke kulit. Ini lah yang menyebabkan kulit kelihatan tidak bermaya dan kusam.


Selain itu kortisol yang meningkat semasa stress juga meningkatkan risiko penyakit seperti serangan jantung,  tekanan darah tinggi. Dan obviously,bila badan tak sihat, kita akan nampak lebih tua dari usia sebenarkan. Jadi stress harus dikawal sebaiknya bukan sahaja untuk badan yang sihat tapi juga untuk meyerlahkan lagi kecantikan kita.


5- Persekitan dan udara yang tidak bersih.

Setiap hari kulit kita terdedah dengan pelbagai kotoran dan pencemaran yang menyebabkan kerosakan DNA sel.


6- Make-up yang berlebihan.
Ya, make-up boleh menutup kekurangan pada wajah kita tapi takkan la nak kat rumah pun nak pakai make-up. Tak pun kat rumah tak pakai make-up tapi muka kusam tak berseri. Tak nak la macam tu? Kita nak sentiasa cantik dan berseri bukan hanya luar rumah tapi jugak dirumah.


Lagipun make- up yang berlebihan akan menyebabkan kulit tidak dapat bernafas serta penyebab kepada pori-pori kulit wajah tersumbat. Ia boleh menyebabkan masalah kulit kering juga jerawat sekiranya make- up tidak dibersihkan dengan sempurna.


*********************
Bagaimana nak dapatkan kulit yang cantik, sihat, berseri serta awet muda?
Perkara utamanya ialah kita kenal pasti punca dan atasinya dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat iaitu amalkan pemakanan yang seimbang, kawal stress dan emosi, pastikan muka dibersihkan dengan sempurna sebelum tidur.


DAN selain tips2 kat atas, VIVIX insyaAllah menjadikan kita sentiasa awet muda. Sesuai dengan tagline nya " 25 tahun lebih muda dari usia sebenar".





VIVIX adalah suplemen anti penuaan yang terbaik yang dikeluarkan oleh Shaklee selepas penyelidikan selama bertahun-tahun. Kajian secara klinikal telah membuktikan orang yang mengamalkan VIVIX kelihatan 25 tahun lebih muda dari umur sebenar.


VIVIX membantu menyerlahkan kecantikan dari badan yang sihat. Ini sangat penting kerana kecantikan dari dalam badan yang sihat memberi kesan yang lebih baik.
VIVIX mengandungi 4  bahan premium utama iaitu Anggur Muscardine, Japanese Knotweed,European Elderberry dan Purple Carrot


Gabungan bahan- bahan terbaik inilah yang menjadikan vivix kaya dengan antioksidan, resveratrol, dan pelbagai vitamin lain. Ia berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki kerosakan DNA sel. Seperti yang Lien nyatakan diatas, setiap hari kita terdedah kepada kerosakan DNA sel akibat pelbagai faktor. Apabila sel rosak menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat. Jadi unsur antioksidan dalam VIVIX membantu melindungi dan memperbaiki kerosakan DNA sel yang menjadikan badan serta kulit lebih sihat. Hasilnya kita akan kekal awet muda, kelihatan cantik serta memiliki kulit yang cantik dan berseri.


Pendek kata dengan vivix, usia tak lagi jadi rahsia. ;)

Kat sini juga Lien sertakan beberapa testimoni daripada pengguna vivix. Makin cantik semuanya.




***********************************************************

Salam Sayang

Lien Abdullah
0137556961

Sunday, April 23, 2017

SERING PENAT DAN KURANG TENAGA?KENALI PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

Assalamualaikum.


Pernah tak anda rasa tak bermaya, letih, tak bersemangat nak buat keja. Tak selesa kan? Nak buat apa kerja pun tak jadi.
Pertama sekali anda mestilah cari punca untuk menyelesaikan masalah ini. Antara puncanya ialah:


◆ Kurang tidur

Tidur yang cukup amat penting untuk memgembalikan tenaga.


◆ Tidak cukup tenaga

Diet yang terlalu strict dan makan yang terlalu sedikit menyebabkan badan tidak bertenaga dan letih. Ini kerana makanan tidak mencukupi untuk ditukarkan kepada glukosa yang membekalkan tenaga kepada badan.


◆ Tidak ambil sarapan pagi

Sarapan pagi amat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.


◆ Kurang darah merah

Individu yang mengalami masalah kurang darah merah akan mudah letih kerana kurangnya oksigen yang dibekalkan kepada organ badan. Ini kerana sel darah merah berperanan mengangkut oksigen ke seluruh badan.


◆ Tekanan emosi

Emosi yang tidak terkawal akan memberi kesan kepada badan  seperti lemah, hilang selera makan dan mungkin juga sakit kepala.


◆ Terlalu banyak pengambilan kafien.

Pengambilan kafien secara sederhana akan membantu anda kekal segar dan juga membantu meningkatkan konsentrasi anda. Tapi pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan kadar dengupan jantung laju, meningkatkan tekanan darah dan juga menyebabkan badan lemah.

--------------------------------------------


Bila anda dah kenal pasti puncanya, maka lebih mudah untuk anda menyelesaikan masalah anda.



Selain ubah cara hidup yang lebih baik  seperti tidur yang cukup, kawal stress, amalkan pemakanan yang seimbang serta kurangkan pengambilan minuman berkafein, pengambilan supplement tambahan akan memastikan badan mendapat keperluan nutrisi yang cukup. Dan hanya apabila badan mendapat nutrisi yang cukup, fungsi setiap sel dan organ serta sistem dalam badan akan berada pada tahap optimum.


Shaklee  menawarkan set kesihatan untuk mengembalikan tenaga dan menjadikan anda kekal aktif dan bertenaga.


Antara produk dari shaklee yang boleh membantu mengatasi letih dan lesu serta kurang tenaga ialah VIVIX, B COMPLEX dan OSTEMATRIX


***************

VIVIX

VIVIX mengandungi 4 bahan utama iaitu japanese knotweed, muscardine grape, purple carrot dan european elderberry yang kaya dengan pelbagai nutrient untuk mengoptimumkan kesihatan anda.


Bagaimana VIVIX membantu mengembalikan tenaga anda? VIVIX membantu menggalakkan proses biogenesis iaitu pembentukan mitochondria baru. Mitochondria ini berfungsi untuk menghasilkan tenaga sel. Jadi badan anda akan lebih bertenaga dan tidak mudah letih dan lesu..


Selain itu, VIVIX juga memperbaiki DNA yang rosak setiap hari. DNA boleh rosak akibat radikal bebas. Fungsi VIVIX membantu melindungi dan memperbaiki DNA badan. Kesannya badan akan lebih sihat dan awet muda.


B COMPLEX


B COMPLEX mengandungi  5 vitamin Bs , asid folik, biotin dan pantothenic acid. Secara keseluruhan  Vitamin Bs yang terdapat dalam B COMPLEX membantu badan untuk menggunakan tenaga yang dihasilkan daripada karbohidrat, lemak dan protein. Selain itu, ia juga berperanan membantu enzim untuk dalam proses menghasilkan tenaga daripada makanan.


Peranan lain bagi vitamin B juga ialah terlibat dalam proses pelbagai metabolisma badan untuk memastikan fungsi badan pada tahap optimum.
Selain itu, B6 yang terdapat dalam B  COMPLEX, akan membantu mengurangkan stres dan mengawal mood anda.


OSTEMATRIX



OSTEMATRIX merupakan supplement kalsium yang juga mengandungi magnesium, vitamin D, boron, kuprum, manganese.


Magnesium yang terdapat dalam OSTEMATRIX ini akan membantu anda mendapat tidur yang lebih lena dan berkualiti. Magnesium akan merangsang rasa mengantuk. Selain itu, magnensium juga akan membantu merelaks kan otot-otot badan, jadi badan berada dalam keadaan rehat. Hasilnya tidur lebih lena dan semestinya bila bangun pagi, anda akan rasa lebih segar dan fresh. Dan bila anda dapat tidur yang cukup dan berkualiti,semestinya kita akan lebih bertenaga sepanjang hari.


 *****************

Perlu  ke ambil ketiga-tiga produk kat atas? Tak semestinya. Ia bergantung kepada punca yang menyebabkan anda sering letih dan kurang tenaga.


Hubungi Lien untuk dapatkan cadangan supplement daripada shaklee berdasarkan masalah anda. Dan semoga apa yang Lien kongsikan akan memberi manfaat kepada kita semua.


Salam Sayang

Lien Abdullah

0137556961

Saturday, April 22, 2017

Vertigo, ambil tahu punca, tanda-tanda dan rawatannya

Assalamualaikum wbt.


Bila sebut vertigo,ramai yang tak biasa dengar dan of course la anda akan cakap tiada masalah vertigo. Tapi bila sebut pening dan kepala rasa berpusing,ramai yang akan mengaku mereka pernah mengalaminya. Tapi adakah itu masalah vertigo? 


Apakah yang dimaksudkan dengan vertigo? Vertigo ialah keadaan dimana seseorang itu merasakan diri atau sekeliling berputar. Ia berlaku apabila pening dan terasa melayang-layang secara tiba-tiba. 

Antara sebab terjadinya vertigo ialah gangguan keseimbangan yang terjadi pada bahagian telinga sehingga menyebabkan seseorang merasa pening dan merasakan diri atau sekeliling berputar. Ia boleh berlaku selama beberapa minit. Namun begitu ia boleh berlarutan sehingga berhari-hari. 


APAKAH PUNCA VERTIGO


Vertigo boleh disebabkan oleh:
  •  Keradangan dalam telinga yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria.
  • Jangkitan telinga tengah dimana cecair terkumpul menyebabkan masalah dengung dan bunyi dalam telinga
  • Sakit kepala yang teruk
  • Masalah dengan reseptor keseimbangan dalam telinga.
  • Tumor
  • Kecederaan kepala akibat kemalangan


APAKAH TANDA DAN SIMPTOM VERTIGO


Tanda-tanda vertigo perlu dinilai dan disahkan oleh doktor yang bertauliah. Dapatkan pemeriksaan daripada doktor sekiranya tanda-tanda semakin kerap berlaku.  Antara tanda-tanda awal vertigo ialah:


* Rasa pening dan dan merasakan diri berpusing secara tiba-tiba masa ada semasa baring atau tidur.


* Berpeluh secara tiba-tiba


* Loya atau muntah 


* Gangguan penglihatan yang mana kelihatan kabur dan nampak berganda.


* Sakit kepala yang keterlaluan


* Pandangan menjadi gelap secara tiba-tiba


* Gagap atau sukar untuk bertutur.


* Daya ingatan semakin kurang.


CARA MERAWAT MASALAH VERTIGO


Shaklee menawarkan satu set kesihatan untuk masalah vertigo. Cadangan supplement nya termasuklah:


Vivix- Melindungi dan memperbaiki sel-sel dalam badan secara keseluruhannya. 


B Complex- Untuk melancarkan peredaran darah dan juga berfungsi membantu sistem saraf untuk secara optimum.

Vitalea- Membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh badan.


Vitamin C- Melindungi dan memperbaiki saluran darah dan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.


Vitamin E- Melancarkan peredaran darah.


Lecithin- Membantu fungsi saraf dan fungsi otak.


Garlic Complex- Membekal lebih oksigen ke otak.

Friday, April 21, 2017

Bahaya tekanan darah tinggi

Assalamualaikum.


Selalu kita dengar keluarga atau kawan-kawan yang mengidap penyakit darah tinggi. Dan ramai juga yang tidak mengambil serius tentang penyakit ini. Ia mungkin disebabkan penyakit ini tidak menunjukkan ciri-ciri secara terang terangan.


Malah mereka yang mengalami masalah ini merasakan seolah-olah tiada apa yang berlaku pada diri mereka sehinggalah penyakit ini sudah menjadi semakin serius. Kerana itulah penyakit ini sering digelar pembunuh senyap.


Tekanan darah merujuk kepada tekanan darah keatas dinding arteri ( saluran darah). Ia berdasarkan jumlah darah yang dipam oleh jantung kepada saluran darah. Dan jumlah darah yang sepatutnya dipam oleh jantung ada had tertentu. Oleh kerana itu, tekanan darah tinggi juga merupakan tanda jantung dan saluran darah terpaksa bekerja lebih.


Apa yang akan terjadi sekiranya tekanan darah tinggi yang tidak terkawal sehingga ia digelar pembunuh senyap? Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan merosakkan pembuluh darah yang boleh mengakibatkan stroke, serangan jantung, masalah buah pinggang dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.


Jadi, seharusnya masalah tekanan darah tinggi ini dipantau dan dikawal dengan sebaiknya untuk mengurangkan risiko-risiko yang boleh terjadi akibat tekanan darah tinggi.


Antara risiko kesan daripada masalah tekanan darah tinggi yang tidak terkawal antaranya kegagalan fungsi jantung yang mengakibatkan serangan jantung dan ia boleh membawa maut.


Bagaimana masalah tekanan darah tinggi dikenal pasti?


Tekanan darah boleh diukur menggunakan alat menentukan tekanan yang mengenal pasti 2 bacaan iaitu Systolic Pressure dan Diastolic Pressure.


Systolic Pressure adalah tekanan dalam arteri apabila jantung mengepam. Bacaan normalnya ialah 120 mmHg.


Diastolic Pressure pula adalah tekanan dalam arteri apabila jantung berehat. Bacaan normalnya ialah bawah 80 mmHg.


Siapa yang berisiko mengidap tekanan darah tinggi?


* Terdapat sejarah ahli keluarga yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau serangan jantung.


* Umur yang melebihi 55 tahun


* Individu yang mengamalkan gaya hidup yang tak aktif.


* Individu yang mempunyai berat badan berlebihan.


* Individu yang merokok


* Pengambilan diet yang tinggi garam.


Bagaimana mengawal tekanan darah tinggi?


1-  Pengubahan corak pemakanan yang lebih sihat dengan pengambilanan lebih buah- buahan dan sayuran membantu menurunkan tekanan darah.


2- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi garam samaada garam yang nyata atau yang tersembunyi. Contoh makanan yang mempunyai garam tersembunyi ialah minuman bergas, sos, kicap, ikan bilis, makanan terproses dan makanan segera.


3- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak terutamanya yang tinggi lemak tepu, lemak trans dan juga kolesterol. Ini kerana makanan yang tinggi lemak akan meningkatkan lagi kolesterol dalam badan dan memburukkan lagi masalah tekanan darah tinggi.


4- Amalkan gaya hidup yang lebih aktif dengan bersenam dan sekiranya berat badan berlebihan, berusahalah untuk menurunkan berat badan.


5- Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok.


6- Selain pengubahan corak pemakanan seharian dan juga gaya hidup yang lebih aktif, pengambilan beberapa supplement juga membantu mengawal tekanan darah tinggi. Antaranya ialah:


◇- ◇ VIVIX


VIVIX daripada shaklee insyaAllah boleh membantu mengawal tekanan darah. Ini kerana kandungan VIVIX yang kaya dengan resveratrol membantu mengawal tekanan darah. Bagaimana resveratrol berfungsi? Ia berperanan sebagai pembersih pembuluh darah, membantu menurunkan kepekatan darah, mencegah pembekuan darah. Ini semua akan melancarkan peredaran darah dan seterusnya memgawal tekanan darah.


Selain itu, resveratrol yang terkandung dalam VIVIX juga mencegah arteosklerosis, mengawal bekalan darah normal ke seluruh badan.


Kandungan resveratrol yang terdapat dalam sebotol vivix menyamai kandungan resveratrol yang terdapat dalam 3000 gelas red wain. Tetapi, sebagai Muslim, kita tidak boleh minum red wain kan. Jadi VIVIX adalah pilihan terbaik untuk anda dapat manfaat daripada resveratrol untuk mengawal tekanan darah.


◇-◇  GARLIC COMPLEX


GARLIC COMPLEX merupakan supplement daripada bawang putih premium yang ditanam tanpa penggunaan bahan kimia. Proses penghasilannya pula dikawal pada suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan pengaktifan Alisin yang terdapat dalam bawang putih pada tahhap 100%. Alisin merupakan sebagai organosulfur yang berfungsi sebagai antibakteria.


GARLIC COMPLEX  membantu mengekalkan tekanan darah yang normal serta mencairkan darah dan seterusnya melancarkan peredaran darah. Selain itu, GARLIC COMPLEX juga membantu mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular.


◇ -◇ VITA C SUSTAINED RELEASE


Vitamin C berperanan melindungi pembuluh darah supaya lebih elastik dan membantu melancarkan peredaran darah. Selain itu, vitamin C juga mencegah saluran darah daripada tersumbat dan sekaligus mengurangkan risiko penyakit yang berpunca daripada masalah tekanan darah tinggi seperti serangan jantung.


VITA C yang dikeluarkan oleh Shaklee  ini sangat istimewa kerana ia melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh. Kerana itulah ia dinamakan Sustained Release Vita- C Plus.


◇-◇ OMEGA GUARD


OMEGA GUARD daripada Shaklee merupakan suplemen seharian yang mengandungi Omega-3. Omega-3 merupakan asid lemak yang penting (EFA) dan ia tidak boleh dihasilkan dalam badan.


Yang istimewanya mengenai OMEGA GUARD ini ialah ia dihasilkan melalui proses penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan Omega-3. Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum dan merkuri yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.


Kajian menunjukkan pengambilan Omega-3 menggalakkan kesihatan jantung, mengawal tekanan darah dan juga menyokong fungsi otak, penglihatan dan juga sendi yang sihat.


Oleh kerana itu, OMEGA GUARD amat sesuai untuk orang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.


◇- ◇ OSTEMATRIX


OSTEMATRIX mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu meregulasikan degupan jantung yang seterusnya membantu meregulasikan tekanan darah normal.


*****************Kat bawah Lien serta kan beberapa testimoni beberapa pengguna supplement shaklee yang berjaya mengawal tekanan darah.







Namun begitu, sekiranya Doktor telah menyarankan anda untuk mengambil sebarang ubat untuk menurunkan tekanan darah, penting untuk Lien ingatkan , JANGAN SESEKALI BERHENTI MAKAN UBAT sebagaiman yang disarankan oleh Doktor walaupun anda mengambil supplement untuk menurunkan tekanan darah. Peranan supplement akan membantu lagi anda menurunkan tekanan darah.


Akhir dari Lien, tekanan darah yang normal akan menjadikan badan jauh lebih sihat dan mengurangkan risiko penyakit- penyakit lain. Jadi, kawal tekanan darah sebelum ia semakin tidak terkawal. Hargai kesihatan anda semaksima mungkin kerana harga yang lebih mahal harus dibayar apabila sakit datang.


Hubungi Lien untuk dapatkan supplement dan  konsultasi untuk mengawal tekanan tinggi.


Semoga apa yang Lien kongsikan akan memberi manfaat kepada kita semua dan memjadikan kita lebih menghargai kesihatan.



Lien Abdullah 0137556961 Your trusted shaklee distributor

Thursday, April 20, 2017

Kenali Sumber Kolesterol, Bahaya Kolesterol Tinggi dan Cara Menurunkannya

Assalamualaikum wbt.


Bila sebut kolesterol orang yang kurus selalu merasakan mereka tiada masalah kolesterol yang tinggi. Tapi tau tak, masalah kolesterol yang tinggi juga boleh berlaku pada orang yang kurus juga.Tak semestinya orang kurus tak ada masalah kolesterol tinggi ni. Tapi kalau orang yang mengalami masalah lebih berat badan, risiko untuk mengalami masalah kolesterol tinggi ni lebih daripada orang yang kurus.


Apa itu Kolesterol


Kolesterol adalah salah satu sterol yang merupakan sebahagian daripada kumpulan lemak. Anggapan bahawa kolesterol akan hanya mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan adalah silap. Ini kerana badan memerlukan sedikit kolesterol untuk  menghasilkan sesetengah hormon yang diperlukan oleh badan selain membentuk membran sel Selain itu, kolesterol  juga terlibat dalam penghasilan vitamin D dalam badan. Kerana itu itulah kolesterol secara ringkasnya kolesterol dibahagikan kepada 2 jenis yang utama iaitu kolesterol baik dan juga kolesterol jahat dalam badan. Kolesterol baik dikenali High Density Lipoprotein ( HDL) manakala kolesterol jahat dikenali Low Density Lipoprotein ( LDL).




Kolesterol jahat ( LDL ) akan menyebabkan penyempitan saluran darah akibat daripada kerana  kolesterol jahat ini akan menempel pada saluran darah yang menyebabkan saluran darah semakin sempit dan boleh menganggu peredaran darah.
Manakala kolesterol baik HDL akan membantu menyingkirkan kolesterol jahat dalam saluran darah dan seterusnya menurunkan aras kolesterol darah. 


Sumber- Sumber Kolesterol 


Kolesterol boleh dihasilkan dalam badan dan juga daripada sumber makanan kita. Hati menghasilkan kira-kira 75% daripada kolesterol yang terdapat dalam badan. Corak pemakanan yang mengandungi tinggi lemak tepu dan juga lemak trans akan meningkatkan lagi penghasilan kolesterol dalam badan. 


Manakala sumber kolesterol dari luar ialah daripada makanan yang tinggi kolesterol. Makanan yang tinggi kolesterol termasuklah daging merah, otak lembu atau kambing,organ dalam seperti hati dan limpa, butter atau makanan yang menggunakan butter seperti kek dan biskut, kuning telur, keju dan makanan laut. 



Bagaimana Kolesterol yang Tinggi Memudaratkan Kesihatan.


Walaupun kolesterol mempunyai peranan yang penting dalam badan, namun begitu sekiranya berlebihan ia akan mendatang kesan buruk kepada badan terutamanya apabila aras kolesterol jahat ( LDL) tinggi dalam darah. Darah didalam badan akan membawa kolesterol ini ke pelbagai organ dan kalenjar yang memerlukan. Namun begitu apabila terlalu banyak kolesterol dalam darah, ia akan mula menempel pada saluran darah (dinding arteri) dan mula membentuk plak. 



Pembentukan Plak ini pula akan menyempitkan saluran darah dan akan mengganggu peredaran darah. Serangan jantung boleh berlaku apabila saluran darah tersumbat yang berhampiran jantung tersumbat akibat pembentukan plak ini. Begitu juga dengan masalah strok. Ia berlaku apabila peredaran darah ke otak terganggu akibat daripada saluran darah yang berhampiran dengannya tersumbat kesan daripada pembentukan plak. 


Jantung dan otak boleh dikatakan nadi utama badan.Sekiranya fungsi organ-organ ini terganggu, ia akan memberi kesan yang besar kepada badan. Oleh kerana itu, pentingnya kita untuk menjaga kedua-dua organ ini. Salah satu caranya ialah dengan mengawal aras kolesterol dalam badan. 


Cara Menurunkan Kolesterol dalam Badan


Sepertimana yang Lien ceritakan di atas, terdapat 2 jenis kolesterol dalam badan iaitu HDL yang memberi kesan baik kepada badan dan juga LDL yang memberi kesan buruk kepada badan. Oleh kerana itu, yang harus kita turunkan aras kolesterolnya ialah LDL disamping meningkatkan aras kolesterol HDL.


Jadi bagaimana menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL dalam badan.
Antara yang boleh kita lakukan ialah:


1- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol dan makanan yang tinggi lemak.


Makanan yang tinggi kolesterol seperti daging merah,organ dalamn haiwan,kuning telur akan meningkatkan aras kolesterol dalam darah selepas pengambilannya. Manakala makanan yang tinggi lemak terutama lemak tepu dan lemak trans akan menyebabkan hati menghasilkan lebih kolesterol dalam badan yang seterusnya meningkatkan kolesterol LDL. 


Santan merupakan sumber utama lemak tepu dalam diet seharian rakyat malaysia. Jadi seeloknya kurangkan pengambilan makanan yang bersantan. Sekiranya mengambil kuah yang bersantan, cukup sekadar 2 sudu makan dan hadkan kepada 2 kali seminggu sahaja. Maksudnya jangan banjirkan nasi dengan kuah bersantan atau sekiranya makan roti canai, cuba elakkan menuang kuah ke atas roti canai sebaliknya cecah roti canai kedalam kuah. Ini akan mengurangkan pengambilan makanan yang bersantan. 


2- Kurangkan pengambilan makanan tinggi gula.


Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan gula yang tinggi akan menurunkan aras kolesterol baik ( HDL ) dan meningkatkan trigeliserid. Makanan yang tinggi gula bukan hanya minuman manis tetapi apa sahaja makanan yang mengandungi gula yang tinggi seperti biskut, minuman bergas, jem, kek, kuih muih yang manis.


3- Lebihkan pengambilan makanan tinggi serat terutamanya serat larut.


Buah - buahan dan sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi. Saranan pengambilannya ialah 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah setiap hari. 1 hidangan sayur lebih kurang 1/2 cawan sayur yang dimasak manakala 1 hidangan buah ialah 1 biji buah yang bersaiz sederhana. 1 biji buah seperti pisang atau epal ye. Bukan 1 biji buah seperti betik atau tembikai atau durian tau. Kalau buah yang besar macamtu, cukuplah 1 potong bersaiz sederhana untuk 1 hidangan.


Makanan yang mengandungi serat larut pula ialah seperti oat, barley, bauh-buah citrus seperti lemon.Makanan yang mengandungi serat akan membantu menurunkan kolesterol jahat LDL.


4- Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok


Bahan kimia dalam rokok akan menurunkan aras kolesterol HDL.


5- Amalkan gaya hidup aktif.


Mulakan dengan senaman yang ringan dan sedikit demi sedikit tingkatkan intensity nya. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah 30 minit atau lebih aktiviti senaman yang sederhana seperti berjalan laju. Dan cuba jadikan ia sebagai rutin harian. 
Senaman akan menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL.


6- Makanan yang mengandungi phytochemical.


Phytochemical ialah kompoun yang ditemui dalam makanan daripada sumber tumbuhan yang memberi manfaat kepada kesihatan badan. Antara phytochemical yang membantu menurunkan kolesterol ialah Resveratrol. Resveratrol akan menghalang penyerapan kolesterol dalam darah dan mencegah pembentukan plak pada saluran darah. Resveratrol ini biasanya terdapat dalam anggur dan juga sebahagian kekacang. Antara makanan lain yang juga kaya dengan resveratrol ialah wine. Tapi sebagai Muslim, wine merupakan minuman yang haram diminum. Selain itu, pengambilan wine juga boleh merosakkan hati.


7- Makanan yang kaya dengan Omega -3


Sumber Omega -3 banyak didapati daripada ikan. Omega -3 ini berfungsi untuk menurunkan kolesterol darah serta mengurangkan tekanan darah dan risiko pembekuan darah. Antara ikan yang kaya dengan Omega-3 yang mudah didapati ialah ikan kembung.


8-Pengambilan makanan yang mengandugi Sterol dan Stanol


Sterol dan Stanol dikenali sebagai Phytosterol yang ditemui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan dan mempunyai struktur molekul yang sama seperti kolesterol. Kerana struktur molekulnya yang sama seperti kolesterol membolehkannya bersaing dengan kolesterol untuk proses penyerapan. Sterol dan Stanol juga menghalang kolesterol dari memasuki saluran darah dan seterusnya dikeluarkan daripada badan melalui sistem perkumuhan. Kesannya kadar kolesterol dalam darah dapat diturunkan. 

Sterol dan Stanol boleh didapati daripada makanan termasuklah soya, minyak sayuran dan sebahagian sayur-sayuran, buah-buahan dan juga bijirin. Selain itu, terdapat juga makanan dipasaran yang diperkaya dengan sterol dan stanol tumbuhan seperti marjerin.


9- Pengambilan Supplement


Antara supplement yang lien sarankan untuk menurunkan kolesterol ialah Vivix, Omega Guard dan juga Phytocol-St. Kenapa 3 supplement ini penting?


VIVIX merupakan supplemen yang kaya dengan resveratrol. Seperti yang Lien terangkan kat atas resveratrol berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah dengan menghalang penyerapan kolesterol kedalam saluran darah. Jadi Vivix adalah supplement pilihan terbaik kerana gabungan bahan-bahan utama dalam vivix antaranya ialah anggur muscardine menjadikan ia kaya dengan resveratrol dan antioksidan yang boleh membantu menurunkan kolesterol. Resveratrol dalam vivix juga membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel dalam badan termasuklah sel-sel darah. Ini akan melancarkan lagi peredaran darah dan mengurangkan risiko penyakit stroke dan serangan jantung.


Phytocol-St pula dirumus daripada Sterol dan Stenol tumbuh-tumbuhan. Ia membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah kerana setiap tablet Phytocol-St membekalkan 500mg Phytosterols.
Phytocol-St sangat sesuai diambil sebelum makan untuk menghalang kolesterol baru daripada makanan masuk ke dalam saluran darah.


Seterusnya ialah Omega Guard. Satu lagi supplement daripada Shaklee yang membantu menurunkan kolesterol dalam darah. Bagaimana Omega Guard ini ini berfungsi? Omega Guard mengandungi EPA dan DHA yang membantu menurunkan kolesterol jahat LDL dan juga berfungsi mengikis sedikit demi sedikit kolesterol yang menempel pada saluran darah yang membentuk plak dan menyempitkan saluran darah. Hasilnya saluran darah tak tersumbat dan peredaran darah makin lancar.

------------------------------------------------------------
Walaupun masalah kolesterol tinggi tidak dikategorikan sebagai penyakit kronik tetapi ia menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan kronik. Kolesterol yang tinggi juga dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana ia boleh menyebabkan serangan jantug secara tiba-tiba. 


Jadi, tak perlu fikir panjang, ubah gaya hidup yang lebih sihat dengan corak pemakanan yang lebih baik dan juga senaman serta pengambilan supplement untuk kualiti hidup yang lebih baik.


Hubungi Lien untuk dapatkan supplement yang boleh membantu menurunkan kolesterol dalam badan. Apa yang akan anda dapat ialah konsultasi yang istimewa mengenai cara pengambilan supplement yang betul untuk menurunkan kolesterol dalam badan.


Semoga Bermanfaat.


Salam Sayang
Lien Abdullah
0137556961