Monday, April 24, 2017

Petua Awet Muda

Assalamualaikum wbt.


Semua orang nak nampak sentiasa awet muda dan cantik kan. Especially perempuan la kan. Kalau orang puji kita makin cantik, senyum sampai ke telinga kan?


TAPI kalau ada orang cakap nampak kedutan kat muka atau biasanya kat bahagian mata, mesti tak lena tidur kan? Kalau boleh nak duduk depan cermin je tengok betul ke ada kedutan kat muka. DAN kalau betul ada, kita akan cuba macam-macam cara untuk hilangkan kedutan atau paling tak pun seboleh mungkin  make-up untuk menutup semua kekurangan pada wajah kita.


Selain masalah kedutan pada wajah, masalah lain yang menampakkan kita lebih tua dari usia ialah wajah yang kusam dan tak berseri. Itu lah punca kita tak nampak awet muda atau dengan mudahnya ialah nampak lebih tua dari usia sebenar.


So, kali ni lien nak kongsikan petua awet muda. Tapi sebelum tu, kita kena tahu apakah punca-punca yang menyebabkan wajah tak berseri dan juga kusam. Bila dah tau puncanya, lebih mudah untuk kita atasi masalahnya. Ye tak?
Ok, antara faktor yang menyebabkan wajah tidak berseri ialah:


1- Pemakanan yang Tidak Seimbang.
Bila kita tengok corak diet seharian kita, apa yang paling kurang? Biasanya sayur dan buah la kan. Dan yang banyak dan selalu ambil pulak biasanya minuman dan makanan yang manis. Makanan dan minuman manis ni memang sedap tapi kalau berlebihan ia akan bawa kesan yang tak baik kepada badan.


Bagaimana makanan dan minuman bergula mempengaruhi  penuaan? Makanan dan minuman tinggi gula merupakan salah satu makanan yang akan menyebabkan penimbunan protein AGE ( Advanced Glycation End Product). Protein AGE ni akan merosakkan sel2 dalam badan dan menyebabkan proses penuaan makin cepat bila banyak sel-sel dalam badan rosak.


2- Tidak Cukup Tidur
Tidak cukup tidur akan menyebabkan munculnya lingkaran gelap bawah mata atau bahasa mudahnya ialah mata panda. Dan mata panda inilah yang jadi salah satu faktor kita nampak lebih tua dari umur sebenar.


Tidur yang cukup amat penting untuk memastikan badan mendapat rehat yang cukup dan waktu tidur merupakan waktu sel-sel badan yang rosak dibaiki dan juga digantikan dengan sel-sel yang baru.


3- Tidak Cukup Pengambilan Air
Perasan tak kalau kadang-kadang bila kita kurang minum air, kulit akan nampak kering dan kadang-kadang sehingga mengelupas. Ini kerana antara fungsi penting air dalam badan ialah untuk membawa nutrien yang diperlukan ke seluruh badan. Bila badan mendapat nutrien yang cukup, ia akan dizahirkan dengan badan yang sihat dan awet muda.


Sekiranya kita tidak minum air yang cukup, ia akan menurunkan aliran darah ke kulit menyebabkan kelihatan pucat dan juga kulit kering.  Selain itu, ia menyebabkan kulit hilang keanjalan serta munculnya garis- garis halus terutamanya pada wajah. Tak sukakan bila garis- garis halus tanda penuaan ada pada wajah kita kan?


Terdapat banyak formula untuk mengira keperluan air yang diperlukan oleh badan. Antaranya ialah 1 liter air bagi setiap 25kg berat badan. Contohnya sekiranya berat badan ialah 50kg, jadi keperluan air yang minimum ialah 2 liter ai sehari.


TAPI bagaimana nak tahu badan kita telah mendapat air yang cukup. Mudah je. Salah satu ialah urin kita berwarna "clear"apabila badan mendapat keperluan air yang cukup.


4- Selalu Stress
Stress menyebabkan hormon kortisol meningkat dan hormon kortisol ini akan mempengaruhi aliran darah ke kulit. Ini lah yang menyebabkan kulit kelihatan tidak bermaya dan kusam.


Selain itu kortisol yang meningkat semasa stress juga meningkatkan risiko penyakit seperti serangan jantung,  tekanan darah tinggi. Dan obviously,bila badan tak sihat, kita akan nampak lebih tua dari usia sebenarkan. Jadi stress harus dikawal sebaiknya bukan sahaja untuk badan yang sihat tapi juga untuk meyerlahkan lagi kecantikan kita.


5- Persekitan dan udara yang tidak bersih.

Setiap hari kulit kita terdedah dengan pelbagai kotoran dan pencemaran yang menyebabkan kerosakan DNA sel.


6- Make-up yang berlebihan.
Ya, make-up boleh menutup kekurangan pada wajah kita tapi takkan la nak kat rumah pun nak pakai make-up. Tak pun kat rumah tak pakai make-up tapi muka kusam tak berseri. Tak nak la macam tu? Kita nak sentiasa cantik dan berseri bukan hanya luar rumah tapi jugak dirumah.


Lagipun make- up yang berlebihan akan menyebabkan kulit tidak dapat bernafas serta penyebab kepada pori-pori kulit wajah tersumbat. Ia boleh menyebabkan masalah kulit kering juga jerawat sekiranya make- up tidak dibersihkan dengan sempurna.


*********************
Bagaimana nak dapatkan kulit yang cantik, sihat, berseri serta awet muda?
Perkara utamanya ialah kita kenal pasti punca dan atasinya dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat iaitu amalkan pemakanan yang seimbang, kawal stress dan emosi, pastikan muka dibersihkan dengan sempurna sebelum tidur.


DAN selain tips2 kat atas, VIVIX insyaAllah menjadikan kita sentiasa awet muda. Sesuai dengan tagline nya " 25 tahun lebih muda dari usia sebenar".





VIVIX adalah suplemen anti penuaan yang terbaik yang dikeluarkan oleh Shaklee selepas penyelidikan selama bertahun-tahun. Kajian secara klinikal telah membuktikan orang yang mengamalkan VIVIX kelihatan 25 tahun lebih muda dari umur sebenar.


VIVIX membantu menyerlahkan kecantikan dari badan yang sihat. Ini sangat penting kerana kecantikan dari dalam badan yang sihat memberi kesan yang lebih baik.
VIVIX mengandungi 4  bahan premium utama iaitu Anggur Muscardine, Japanese Knotweed,European Elderberry dan Purple Carrot


Gabungan bahan- bahan terbaik inilah yang menjadikan vivix kaya dengan antioksidan, resveratrol, dan pelbagai vitamin lain. Ia berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki kerosakan DNA sel. Seperti yang Lien nyatakan diatas, setiap hari kita terdedah kepada kerosakan DNA sel akibat pelbagai faktor. Apabila sel rosak menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat. Jadi unsur antioksidan dalam VIVIX membantu melindungi dan memperbaiki kerosakan DNA sel yang menjadikan badan serta kulit lebih sihat. Hasilnya kita akan kekal awet muda, kelihatan cantik serta memiliki kulit yang cantik dan berseri.


Pendek kata dengan vivix, usia tak lagi jadi rahsia. ;)

Kat sini juga Lien sertakan beberapa testimoni daripada pengguna vivix. Makin cantik semuanya.




***********************************************************

Salam Sayang

Lien Abdullah
0137556961

No comments:

Post a Comment