Tuesday, April 25, 2017

Penawar Denggi

Assalamualaikum wtb.

Masalah denggi kat Malaysia ni ni memang tak bermusim kan. Boleh dikatakan ia berlaku sepanjang tahun. Punca denggi ialah jangkitan virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes. Dan tempat pembiakan nyamuk Aedes termasuklah tempat takungan air seperti longkang, bekas pasu bunga,  tong simpanan air.

Fakta mengenai nyamuk Aedes yang agak menarik perhatian Lien ialah hanya nyamuk betina yang menggigit manusia dan membawa virus denggi. Kenapa hanya nyamuk betina?  Nyamuk betina memerlukan darah untuk menghasilkan telur.Dan  yang paling Lien ingat ialah cara untuk kita kenal pastu nyamuk Aedes ialah yang berbelang pada kaki dan tubuhnya.

Virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes iaitu Germs Flavirines akan menyebabkan platelet darah turun.  Ini akan membahayakan kesihatan sekiranya platelet darah terus turun kerana ia boleh menyebabkan pendarahan dalaman atau luaran. Ini kerana peranan utama platelet ialah terlibat dalam pembekuan darah.

Kerana itulah bagi pesakit denggi, rawatan  yang biasa dilakukan adalah untuk mengelakkan platelet darah terus turun disamping meningkatkannya serta merawat kesan- kesan lain akibat denggi seperti demam yang teruk serta risiko dehidrasi akibat kurang selera makan dan juga muntah.

Tanda- Tanda dan Gejala Denggi.

Virus denggi kebiasaanya akan berada di dalam badan pesakit selama 3-4 hari sebelum ia menunjukkan tanda- tandanya. Antaranya ialah:

- Demam mengejut dengan suhu yang tinggi.

- Sakit otot dan sendi yang teruk.

- Mula timbul ruam pada badan. Kebiasaannya selepas 3-4 hari demam yang teruk.

- Sakit kepala yang teruk.

- Cirit Birit.

- Kurang selera makan.

- Sering Muntah.

PENAWAR SHAKLEE

Antara penawar demam denggi yang selalu kita dengar ialah jus daun betik, sup ketam, minuman isotonik. Walaupun tidak banyak kajian yang dilakukan mengenai keberkesanan jus daun betik atau sup ketam untuk meningkatkan platelet darah,tetapi pengalaman mereka yang pernah mengalami demam denggi dan cuba jus daun betik dan juga sup ketam, ianya membantu meningkatkan platelet darah. Jadi, jus daun betik dan sup ketam  boleh dikatakan sebagai penawar denggi kerana ianya berbaloi serta tidak merbahaya untuk dicuba.

Mengenai minuman isotonik pula, ianya bertujuan untuk memastikan badan kekal terhidrat dengan membekalkan elektrolit yang mungkin hilang akibat demam dan muntah yang teruk. TAPI AWAS, kandungan gula dan karbonat dalam minuman isotonik di pasaran agak tinggi. Jika berlebihan, masalah lain pula mungkin timbul.

Selain petua tradisional seperti sup ketam dan jus betik, pesakit demam denggi juga disaran untuk mengambil supplement semulajadi daripada Shaklee iaitu Vivix, Nutriferon, Performance Drink, ESP dan Sustained Release Vita C.

Vivix- Melindungi dan merawat sel-sel DNA yang rosak. Waktu sakit merupakan waktu banyaknya sel-sel DNA rosak. Jadi vivix boleh membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel yang rosak.

Nutriferon - Merupakan campuran ekstrak tumbuhan terpilih yang telah terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun. Nutriferon membantu meningkatkan interferon dalam badan yang berfungsi memberi signal kepada sel darah putih untuk melawan serangan virus.

Performance Drink - Merupakan  minuman isotonik pilihan yang membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam badan untuk mengelakkan dehidrasi. Ia merupakan pilihan minuman isotonik yang lebih baik kerana bebas karbonat dan juga rendah gula.

ESP- ESP membantu mengembalikan tenaga dengan membekalkan protein dan pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

Vita C- Vitamin C merupakan makanan kepada sel darah putih untuk meningkatkan sistem imun badan.

No comments:

Post a Comment