Thursday, April 20, 2017

Kenali Sumber Kolesterol, Bahaya Kolesterol Tinggi dan Cara Menurunkannya

Assalamualaikum wbt.


Bila sebut kolesterol orang yang kurus selalu merasakan mereka tiada masalah kolesterol yang tinggi. Tapi tau tak, masalah kolesterol yang tinggi juga boleh berlaku pada orang yang kurus juga.Tak semestinya orang kurus tak ada masalah kolesterol tinggi ni. Tapi kalau orang yang mengalami masalah lebih berat badan, risiko untuk mengalami masalah kolesterol tinggi ni lebih daripada orang yang kurus.


Apa itu Kolesterol


Kolesterol adalah salah satu sterol yang merupakan sebahagian daripada kumpulan lemak. Anggapan bahawa kolesterol akan hanya mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan adalah silap. Ini kerana badan memerlukan sedikit kolesterol untuk  menghasilkan sesetengah hormon yang diperlukan oleh badan selain membentuk membran sel Selain itu, kolesterol  juga terlibat dalam penghasilan vitamin D dalam badan. Kerana itu itulah kolesterol secara ringkasnya kolesterol dibahagikan kepada 2 jenis yang utama iaitu kolesterol baik dan juga kolesterol jahat dalam badan. Kolesterol baik dikenali High Density Lipoprotein ( HDL) manakala kolesterol jahat dikenali Low Density Lipoprotein ( LDL).




Kolesterol jahat ( LDL ) akan menyebabkan penyempitan saluran darah akibat daripada kerana  kolesterol jahat ini akan menempel pada saluran darah yang menyebabkan saluran darah semakin sempit dan boleh menganggu peredaran darah.
Manakala kolesterol baik HDL akan membantu menyingkirkan kolesterol jahat dalam saluran darah dan seterusnya menurunkan aras kolesterol darah. 


Sumber- Sumber Kolesterol 


Kolesterol boleh dihasilkan dalam badan dan juga daripada sumber makanan kita. Hati menghasilkan kira-kira 75% daripada kolesterol yang terdapat dalam badan. Corak pemakanan yang mengandungi tinggi lemak tepu dan juga lemak trans akan meningkatkan lagi penghasilan kolesterol dalam badan. 


Manakala sumber kolesterol dari luar ialah daripada makanan yang tinggi kolesterol. Makanan yang tinggi kolesterol termasuklah daging merah, otak lembu atau kambing,organ dalam seperti hati dan limpa, butter atau makanan yang menggunakan butter seperti kek dan biskut, kuning telur, keju dan makanan laut. 



Bagaimana Kolesterol yang Tinggi Memudaratkan Kesihatan.


Walaupun kolesterol mempunyai peranan yang penting dalam badan, namun begitu sekiranya berlebihan ia akan mendatang kesan buruk kepada badan terutamanya apabila aras kolesterol jahat ( LDL) tinggi dalam darah. Darah didalam badan akan membawa kolesterol ini ke pelbagai organ dan kalenjar yang memerlukan. Namun begitu apabila terlalu banyak kolesterol dalam darah, ia akan mula menempel pada saluran darah (dinding arteri) dan mula membentuk plak. 



Pembentukan Plak ini pula akan menyempitkan saluran darah dan akan mengganggu peredaran darah. Serangan jantung boleh berlaku apabila saluran darah tersumbat yang berhampiran jantung tersumbat akibat pembentukan plak ini. Begitu juga dengan masalah strok. Ia berlaku apabila peredaran darah ke otak terganggu akibat daripada saluran darah yang berhampiran dengannya tersumbat kesan daripada pembentukan plak. 


Jantung dan otak boleh dikatakan nadi utama badan.Sekiranya fungsi organ-organ ini terganggu, ia akan memberi kesan yang besar kepada badan. Oleh kerana itu, pentingnya kita untuk menjaga kedua-dua organ ini. Salah satu caranya ialah dengan mengawal aras kolesterol dalam badan. 


Cara Menurunkan Kolesterol dalam Badan


Sepertimana yang Lien ceritakan di atas, terdapat 2 jenis kolesterol dalam badan iaitu HDL yang memberi kesan baik kepada badan dan juga LDL yang memberi kesan buruk kepada badan. Oleh kerana itu, yang harus kita turunkan aras kolesterolnya ialah LDL disamping meningkatkan aras kolesterol HDL.


Jadi bagaimana menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL dalam badan.
Antara yang boleh kita lakukan ialah:


1- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kolesterol dan makanan yang tinggi lemak.


Makanan yang tinggi kolesterol seperti daging merah,organ dalamn haiwan,kuning telur akan meningkatkan aras kolesterol dalam darah selepas pengambilannya. Manakala makanan yang tinggi lemak terutama lemak tepu dan lemak trans akan menyebabkan hati menghasilkan lebih kolesterol dalam badan yang seterusnya meningkatkan kolesterol LDL. 


Santan merupakan sumber utama lemak tepu dalam diet seharian rakyat malaysia. Jadi seeloknya kurangkan pengambilan makanan yang bersantan. Sekiranya mengambil kuah yang bersantan, cukup sekadar 2 sudu makan dan hadkan kepada 2 kali seminggu sahaja. Maksudnya jangan banjirkan nasi dengan kuah bersantan atau sekiranya makan roti canai, cuba elakkan menuang kuah ke atas roti canai sebaliknya cecah roti canai kedalam kuah. Ini akan mengurangkan pengambilan makanan yang bersantan. 


2- Kurangkan pengambilan makanan tinggi gula.


Terdapat kajian yang menunjukkan pengambilan gula yang tinggi akan menurunkan aras kolesterol baik ( HDL ) dan meningkatkan trigeliserid. Makanan yang tinggi gula bukan hanya minuman manis tetapi apa sahaja makanan yang mengandungi gula yang tinggi seperti biskut, minuman bergas, jem, kek, kuih muih yang manis.


3- Lebihkan pengambilan makanan tinggi serat terutamanya serat larut.


Buah - buahan dan sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi. Saranan pengambilannya ialah 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah setiap hari. 1 hidangan sayur lebih kurang 1/2 cawan sayur yang dimasak manakala 1 hidangan buah ialah 1 biji buah yang bersaiz sederhana. 1 biji buah seperti pisang atau epal ye. Bukan 1 biji buah seperti betik atau tembikai atau durian tau. Kalau buah yang besar macamtu, cukuplah 1 potong bersaiz sederhana untuk 1 hidangan.


Makanan yang mengandungi serat larut pula ialah seperti oat, barley, bauh-buah citrus seperti lemon.Makanan yang mengandungi serat akan membantu menurunkan kolesterol jahat LDL.


4- Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok


Bahan kimia dalam rokok akan menurunkan aras kolesterol HDL.


5- Amalkan gaya hidup aktif.


Mulakan dengan senaman yang ringan dan sedikit demi sedikit tingkatkan intensity nya. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah 30 minit atau lebih aktiviti senaman yang sederhana seperti berjalan laju. Dan cuba jadikan ia sebagai rutin harian. 
Senaman akan menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL.


6- Makanan yang mengandungi phytochemical.


Phytochemical ialah kompoun yang ditemui dalam makanan daripada sumber tumbuhan yang memberi manfaat kepada kesihatan badan. Antara phytochemical yang membantu menurunkan kolesterol ialah Resveratrol. Resveratrol akan menghalang penyerapan kolesterol dalam darah dan mencegah pembentukan plak pada saluran darah. Resveratrol ini biasanya terdapat dalam anggur dan juga sebahagian kekacang. Antara makanan lain yang juga kaya dengan resveratrol ialah wine. Tapi sebagai Muslim, wine merupakan minuman yang haram diminum. Selain itu, pengambilan wine juga boleh merosakkan hati.


7- Makanan yang kaya dengan Omega -3


Sumber Omega -3 banyak didapati daripada ikan. Omega -3 ini berfungsi untuk menurunkan kolesterol darah serta mengurangkan tekanan darah dan risiko pembekuan darah. Antara ikan yang kaya dengan Omega-3 yang mudah didapati ialah ikan kembung.


8-Pengambilan makanan yang mengandugi Sterol dan Stanol


Sterol dan Stanol dikenali sebagai Phytosterol yang ditemui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan dan mempunyai struktur molekul yang sama seperti kolesterol. Kerana struktur molekulnya yang sama seperti kolesterol membolehkannya bersaing dengan kolesterol untuk proses penyerapan. Sterol dan Stanol juga menghalang kolesterol dari memasuki saluran darah dan seterusnya dikeluarkan daripada badan melalui sistem perkumuhan. Kesannya kadar kolesterol dalam darah dapat diturunkan. 

Sterol dan Stanol boleh didapati daripada makanan termasuklah soya, minyak sayuran dan sebahagian sayur-sayuran, buah-buahan dan juga bijirin. Selain itu, terdapat juga makanan dipasaran yang diperkaya dengan sterol dan stanol tumbuhan seperti marjerin.


9- Pengambilan Supplement


Antara supplement yang lien sarankan untuk menurunkan kolesterol ialah Vivix, Omega Guard dan juga Phytocol-St. Kenapa 3 supplement ini penting?


VIVIX merupakan supplemen yang kaya dengan resveratrol. Seperti yang Lien terangkan kat atas resveratrol berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah dengan menghalang penyerapan kolesterol kedalam saluran darah. Jadi Vivix adalah supplement pilihan terbaik kerana gabungan bahan-bahan utama dalam vivix antaranya ialah anggur muscardine menjadikan ia kaya dengan resveratrol dan antioksidan yang boleh membantu menurunkan kolesterol. Resveratrol dalam vivix juga membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel dalam badan termasuklah sel-sel darah. Ini akan melancarkan lagi peredaran darah dan mengurangkan risiko penyakit stroke dan serangan jantung.


Phytocol-St pula dirumus daripada Sterol dan Stenol tumbuh-tumbuhan. Ia membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah kerana setiap tablet Phytocol-St membekalkan 500mg Phytosterols.
Phytocol-St sangat sesuai diambil sebelum makan untuk menghalang kolesterol baru daripada makanan masuk ke dalam saluran darah.


Seterusnya ialah Omega Guard. Satu lagi supplement daripada Shaklee yang membantu menurunkan kolesterol dalam darah. Bagaimana Omega Guard ini ini berfungsi? Omega Guard mengandungi EPA dan DHA yang membantu menurunkan kolesterol jahat LDL dan juga berfungsi mengikis sedikit demi sedikit kolesterol yang menempel pada saluran darah yang membentuk plak dan menyempitkan saluran darah. Hasilnya saluran darah tak tersumbat dan peredaran darah makin lancar.

------------------------------------------------------------
Walaupun masalah kolesterol tinggi tidak dikategorikan sebagai penyakit kronik tetapi ia menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan kronik. Kolesterol yang tinggi juga dikatakan sebagai pembunuh senyap kerana ia boleh menyebabkan serangan jantug secara tiba-tiba. 


Jadi, tak perlu fikir panjang, ubah gaya hidup yang lebih sihat dengan corak pemakanan yang lebih baik dan juga senaman serta pengambilan supplement untuk kualiti hidup yang lebih baik.


Hubungi Lien untuk dapatkan supplement yang boleh membantu menurunkan kolesterol dalam badan. Apa yang akan anda dapat ialah konsultasi yang istimewa mengenai cara pengambilan supplement yang betul untuk menurunkan kolesterol dalam badan.


Semoga Bermanfaat.


Salam Sayang
Lien Abdullah
0137556961






4 comments: