Saturday, April 29, 2017

Bagaimana serangan jantung terjadi dan cara mengurangkan risiko serangan jantung

Assalamualaikum wtb.

Selalu kita tengok drama, biasa kalau dapat berita yang mengejutkan, pelakon tu akan pegang dada kiri, jatuh dan terus meninggal. Itulah penyakit serangan jantung atau kita biasa panggil sakit jantung. Dan sakit jantung ni boleh berlaku tiba- tiba je. Lien teringat beberapa tahun lepas, orang kampung Lien meninggal dalam kebun sewaktu kerja. Dan yang lagi mengejutkan umur arwah masih lagi muda. Kalau tak silap, umurnya belum pun lagi 40 tahun. Doktor sahkan menyebabkan kematian adalah serangan jantung.

Bagaimana Serangan Jantung Boleh Terjadi?

Serangan jantung boleh berlaku secara tiba- tiba apabila atherosclerosis yang berlaku pada saluran darah menghalang peredaran darah ke jantung. Apabila peredaran darah ke jantung terganggu, maka oksigen dan bekalan nutrien yang lain juga terganggu. Lama kelamaan ia akan menyebabkan otot- otot jantung rosak dan mati. Dan inilah penyebab serangan jantung berlaku.

Faktor risiko kepada masalah serangan jantung termasuklah:

1- Umur, jantina dan sejarah keluarga.

Ini merupakan faktor risiko yang tidak boleh diubah. Dengan peningkatan umur, maka pembentukan atherosclerosis yang menjadi salah satu punca seranga jantung juga meningkat.

Selain itu, kajian menunjukkan lelaki mempunyai risiko mendapat penyakit ini lebih tinggi berbanding lelaki.

Selain faktor jantina dan umur, sejarah keluarga yang pernah mengalami masalah serangan jantung juga meningkatkan risiko serangan jantung ini. Semakin ramai ahli keluarga yang mengalami masalah serangan jantung, semakin tinggi risikonya.

2- Aras kolesterol yang tinggi dalam darah.

Ini kerana kolesterol yang tinggi mempunyai kaitan dengan pembentukan atherosclerosis.

3- Tekanan darah tinggi.

Tekanan darah yang tinggi boleh merosakkan dinding arteri dan merangsang pembentukan plaque. Plaque inilah yang akan mempercepatkan lagi proses atherosclerosis.

4- Penyakit Diabetes

Kajian menunjukkan pesakit diabetes mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami masalah serangan jantung. Ini kerana saluran darah pada pesakit diabetes mungkin tersumbat dan mengganggu peredaran darah.

5- Masalah lebih berat badan.

Masalah berat badan menyumbang kepada masalah kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan juga diabetes.

6- Merokok.

Merokok merosakkan jantung dengan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan jantung terpaksa berkerja lebih. Selain itu, toksin daripada rokok merosakkan saluran darah.

7- Pengamalan Diet yang tinggi lemak dan kolesterol serta kurang pengambilan buah dan sayuran.

Diet yang tinggi lemak dan kolesterol meningkatkan aras kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

SARANAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO SERANGAN JANTUNG

1- Ubah gaya hidup yang lebih aktif

Amalkan gaya hidup yang lebih aktif dengan mengamalkan rutin senaman. Rutin senaman akan membantu melindungi jantung dengan menguatkan otot-otot jantung, membantu proses penurunan berat badan, memgawal aras kolesterol dan gula dalam darah.

2- Berhenti merokok.

Sekiranya masih belum mampu untuk berhenti merokok, langkah pertama ialah cuba kurangkan merokok secara perlahan-lahan.

3- Amalkan pemakanan yang seimbang

* Makan mengikut keperluan kalori seharian untuk mengelakkan pertambahan berat badan.

* Kurangkan makanan yang tinggi lemak dan kolesterol.

* Lebihkan pengambilan buah dan sayur- sayuran.

* Kurankan pengambilan makanan dan minuman bergula.

* Makan makanan yang kaya dengan omega-3 sekurang-kurangnya 2kali seminggu.

*  Pilih makanan berasaskan soya untuk gantikan produk tenusu daripada haiwan yang mengandungi lemak tepu dan juga kolesterol.

4- Amalkan supplememt tambahan.

Shaklee menawarkan set supplement untuk kesihatan yang jantung iaitu Omega Guard, Phytocol-St dan juga Vivix.

Omega Guard- Mengandungi Omega-3 membantu menurunkan aras kolesterol darah

Phytocol-St - Menghalang kolesterol daripada makanan daripada memasuki saluran darah.

Vivix - Mengandungi antioksidan dan resveratrol yang kuat untuk melindungi jantung serta memperbaiki sel- sel yang rosak dalam badan.

SERANGAN JANTUNG BOLEH BERLAKU KEPADA SIAPA SAHAJA DAN IA BERLAKU SECARA TIBA- TIBA. JADI SEBELUM TERLAMBAT SAYANGI JANTUNG ANDA.

PILIH HANYA YANG TERBAIK UNTUK KESIHATAN PADA MASA HADAPAN.

*****************

Semoga apa yang dikongsikan ini akan memberi manfaat kepada semua.

Salam sayang..

Lien Abdullah

No comments:

Post a Comment