Thursday, April 27, 2017

Cara Meningkatkan Metabolisma Badan

Assalamualaikum.

Setiap orang mempunyai metabolisme badan yang berbeza. Dan untuk mereka yang merancang untuk menurunkan berat badan, pasti mahukan metabolisme badan yang tinggi. Apabila metabolisme badan tinggi, proses penurunan berat badan lebih mudah.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan metabolisme badan ialah melalui senaman. Senaman atau apa sahaja aktiviti fizikal akan menyebabkan keperluan kalori seseorang individu meningkat dan secara tidak langsung akan meningkatkan metabolisme badan. Senaman yang bagus untuk meningkatkan metabolisme badan ialah ' weight training' iaitu senaman yang menggunakan pemberat. 'Weight training' akan membantu meningkatkan tisu otot dalam badan. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka mereka yang mempunyai lebih banyak tisu otot mempunyai metabolisme badan yang lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Tidur yang cukup juga memainkan peranan penting bagi metabolisme badan. Kurang tidur boleh mengganggu kebolehan badan untuk membakar kalori. Dan kebiasaan orang yang kurang tidur atau tidur lewat akan mengambil lebih banyak makanan. Ini akan menyumbang kepada berat badan berlebihan.

Stress juga akan mengganggu proses dalam badan dan akan mengurangkan metabolisme badan. Ini kerana dalam keadaan stress, badan akan mengeluarkan hormon kortisol dalam tubuh yang mana hormon ini akan memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya badan berada di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Oleh itu, kawal tekanan atau stress anda dengan sebaiknya.

Dari segi pemakanan pula, antara cara untuk meningkatkan metabolisme badan:

1- Makan secukupnya

Sememangnya bagi anda yang cuba menurunkan berat badan akan mengurangkan pengambilan makanan. Tapi pengambilan makanan yang terlalu sedikit akan mengganggu metabolisme badan. Pada ketika badan kekurangan kalori,maka badan akan mengurangkan penggunaan tenaga dalam badan dan metabolisme badan akan menurun.

2- Sarapan pagi

Sarapan pagi merupakan waktu makan yang sangat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Sekiranya anda tidak mengambil sarapan pagi akan menyebabkan metabolisme badan menurun. Tidak mengambil sarapan pagi juga kebiasaannya akan menyebabkan anda sukar mengawal kuantiti makanan yang diambil sewaktu makan tengah hari. Pada ketika ini, metabolisme badan menurun akibat tidak bersarapan, maka kalori yang berlebihan yang diambil akan disimpan sebagai lemak.

3- Minum air secukupnya

Air yang secukupnya membantu badan untuk berfungsi pada tahap yang optimum.

4-Makanan yang tinggi protein.

Kajian menunjukkan makanan berprotein membantu meningkatkan metabolisme badan. Selain itu, protein juga membantu membina tisu otot.

5- Makanan yang kaya dengan
polifenol dan resveratrol.

Resveratrol dan polifenol membantu meningkatkan metabolisma badan. Tertanya- tanya dari manakah resveratrol dan polifenol boleh didapati? VIVIX dari shaklee adalah jawapannya. VIVIX merupakan produk dari shaklee yang terbukti tinggi dengan resveratrol dan polifenol yang boleh membantu meningkatkan metabolisma badan.

No comments:

Post a Comment