Friday, April 21, 2017

Bahaya tekanan darah tinggi

Assalamualaikum.


Selalu kita dengar keluarga atau kawan-kawan yang mengidap penyakit darah tinggi. Dan ramai juga yang tidak mengambil serius tentang penyakit ini. Ia mungkin disebabkan penyakit ini tidak menunjukkan ciri-ciri secara terang terangan.


Malah mereka yang mengalami masalah ini merasakan seolah-olah tiada apa yang berlaku pada diri mereka sehinggalah penyakit ini sudah menjadi semakin serius. Kerana itulah penyakit ini sering digelar pembunuh senyap.


Tekanan darah merujuk kepada tekanan darah keatas dinding arteri ( saluran darah). Ia berdasarkan jumlah darah yang dipam oleh jantung kepada saluran darah. Dan jumlah darah yang sepatutnya dipam oleh jantung ada had tertentu. Oleh kerana itu, tekanan darah tinggi juga merupakan tanda jantung dan saluran darah terpaksa bekerja lebih.


Apa yang akan terjadi sekiranya tekanan darah tinggi yang tidak terkawal sehingga ia digelar pembunuh senyap? Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan merosakkan pembuluh darah yang boleh mengakibatkan stroke, serangan jantung, masalah buah pinggang dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.


Jadi, seharusnya masalah tekanan darah tinggi ini dipantau dan dikawal dengan sebaiknya untuk mengurangkan risiko-risiko yang boleh terjadi akibat tekanan darah tinggi.


Antara risiko kesan daripada masalah tekanan darah tinggi yang tidak terkawal antaranya kegagalan fungsi jantung yang mengakibatkan serangan jantung dan ia boleh membawa maut.


Bagaimana masalah tekanan darah tinggi dikenal pasti?


Tekanan darah boleh diukur menggunakan alat menentukan tekanan yang mengenal pasti 2 bacaan iaitu Systolic Pressure dan Diastolic Pressure.


Systolic Pressure adalah tekanan dalam arteri apabila jantung mengepam. Bacaan normalnya ialah 120 mmHg.


Diastolic Pressure pula adalah tekanan dalam arteri apabila jantung berehat. Bacaan normalnya ialah bawah 80 mmHg.


Siapa yang berisiko mengidap tekanan darah tinggi?


* Terdapat sejarah ahli keluarga yang mengalami masalah tekanan darah tinggi atau serangan jantung.


* Umur yang melebihi 55 tahun


* Individu yang mengamalkan gaya hidup yang tak aktif.


* Individu yang mempunyai berat badan berlebihan.


* Individu yang merokok


* Pengambilan diet yang tinggi garam.


Bagaimana mengawal tekanan darah tinggi?


1-  Pengubahan corak pemakanan yang lebih sihat dengan pengambilanan lebih buah- buahan dan sayuran membantu menurunkan tekanan darah.


2- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi garam samaada garam yang nyata atau yang tersembunyi. Contoh makanan yang mempunyai garam tersembunyi ialah minuman bergas, sos, kicap, ikan bilis, makanan terproses dan makanan segera.


3- Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak terutamanya yang tinggi lemak tepu, lemak trans dan juga kolesterol. Ini kerana makanan yang tinggi lemak akan meningkatkan lagi kolesterol dalam badan dan memburukkan lagi masalah tekanan darah tinggi.


4- Amalkan gaya hidup yang lebih aktif dengan bersenam dan sekiranya berat badan berlebihan, berusahalah untuk menurunkan berat badan.


5- Berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok.


6- Selain pengubahan corak pemakanan seharian dan juga gaya hidup yang lebih aktif, pengambilan beberapa supplement juga membantu mengawal tekanan darah tinggi. Antaranya ialah:


◇- ◇ VIVIX


VIVIX daripada shaklee insyaAllah boleh membantu mengawal tekanan darah. Ini kerana kandungan VIVIX yang kaya dengan resveratrol membantu mengawal tekanan darah. Bagaimana resveratrol berfungsi? Ia berperanan sebagai pembersih pembuluh darah, membantu menurunkan kepekatan darah, mencegah pembekuan darah. Ini semua akan melancarkan peredaran darah dan seterusnya memgawal tekanan darah.


Selain itu, resveratrol yang terkandung dalam VIVIX juga mencegah arteosklerosis, mengawal bekalan darah normal ke seluruh badan.


Kandungan resveratrol yang terdapat dalam sebotol vivix menyamai kandungan resveratrol yang terdapat dalam 3000 gelas red wain. Tetapi, sebagai Muslim, kita tidak boleh minum red wain kan. Jadi VIVIX adalah pilihan terbaik untuk anda dapat manfaat daripada resveratrol untuk mengawal tekanan darah.


◇-◇  GARLIC COMPLEX


GARLIC COMPLEX merupakan supplement daripada bawang putih premium yang ditanam tanpa penggunaan bahan kimia. Proses penghasilannya pula dikawal pada suhu bilik tanpa haba untuk mengekalkan pengaktifan Alisin yang terdapat dalam bawang putih pada tahhap 100%. Alisin merupakan sebagai organosulfur yang berfungsi sebagai antibakteria.


GARLIC COMPLEX  membantu mengekalkan tekanan darah yang normal serta mencairkan darah dan seterusnya melancarkan peredaran darah. Selain itu, GARLIC COMPLEX juga membantu mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular.


◇ -◇ VITA C SUSTAINED RELEASE


Vitamin C berperanan melindungi pembuluh darah supaya lebih elastik dan membantu melancarkan peredaran darah. Selain itu, vitamin C juga mencegah saluran darah daripada tersumbat dan sekaligus mengurangkan risiko penyakit yang berpunca daripada masalah tekanan darah tinggi seperti serangan jantung.


VITA C yang dikeluarkan oleh Shaklee  ini sangat istimewa kerana ia melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh. Kerana itulah ia dinamakan Sustained Release Vita- C Plus.


◇-◇ OMEGA GUARD


OMEGA GUARD daripada Shaklee merupakan suplemen seharian yang mengandungi Omega-3. Omega-3 merupakan asid lemak yang penting (EFA) dan ia tidak boleh dihasilkan dalam badan.


Yang istimewanya mengenai OMEGA GUARD ini ialah ia dihasilkan melalui proses penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan Omega-3. Pada masa yang sama, ia juga bertujuan untuk menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum dan merkuri yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.


Kajian menunjukkan pengambilan Omega-3 menggalakkan kesihatan jantung, mengawal tekanan darah dan juga menyokong fungsi otak, penglihatan dan juga sendi yang sihat.


Oleh kerana itu, OMEGA GUARD amat sesuai untuk orang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.


◇- ◇ OSTEMATRIX


OSTEMATRIX mengandungi kalsium dan magnesium yang membantu meregulasikan degupan jantung yang seterusnya membantu meregulasikan tekanan darah normal.


*****************Kat bawah Lien serta kan beberapa testimoni beberapa pengguna supplement shaklee yang berjaya mengawal tekanan darah.







Namun begitu, sekiranya Doktor telah menyarankan anda untuk mengambil sebarang ubat untuk menurunkan tekanan darah, penting untuk Lien ingatkan , JANGAN SESEKALI BERHENTI MAKAN UBAT sebagaiman yang disarankan oleh Doktor walaupun anda mengambil supplement untuk menurunkan tekanan darah. Peranan supplement akan membantu lagi anda menurunkan tekanan darah.


Akhir dari Lien, tekanan darah yang normal akan menjadikan badan jauh lebih sihat dan mengurangkan risiko penyakit- penyakit lain. Jadi, kawal tekanan darah sebelum ia semakin tidak terkawal. Hargai kesihatan anda semaksima mungkin kerana harga yang lebih mahal harus dibayar apabila sakit datang.


Hubungi Lien untuk dapatkan supplement dan  konsultasi untuk mengawal tekanan tinggi.


Semoga apa yang Lien kongsikan akan memberi manfaat kepada kita semua dan memjadikan kita lebih menghargai kesihatan.



Lien Abdullah 0137556961 Your trusted shaklee distributor

No comments:

Post a Comment