Wednesday, November 30, 2016

Bagaimana Vivix Berfungsi

Assalamualaikum.

Dah baca kan bahan- bahan terbaik yang terdapat dalam vivik. 

Tapi Bagaimana vivix berfungsi?

1- Memperbaiki DNA

DNA adalah asas kepada fungsi tubuh yang mana DNA adalah otak kepada sel untuk mengawal setiap fungsi sel daam badan. Namun begitu, setiap hari badan kita boleh mengalami kerosakan DNA, salah satu sebabnya ialah akibat radikal bebas yang akan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan cepat. Vivix Shaklee akan membantu melindungi dan memperbaiki DNA sel tubuh kita. Selain itu Vivix Shaklee akan mempertingkatkan fungsi sel dengan membantu sel- sel badan kita menjadi lebih sihat. Oleh kerana itu, badan pun akan menjadi lebih sihat. 

2- Menggalakkan Biogenesis ( Pembentukan Mitochondria baru)

Semua organ badan kita dibina oleh bahan asas iaitu kumpulan sel- sel badan. Dan dalam sel badan terdapat satu elemem penting yang berperanan menghasilkan tenaga yang dikenali sebagai MITOCHONDRIA. Sekiranya mitochondria gagal berfungsi dengan baik, badan berisiko mendapat masalah kesihatan seperti masalah jantung, hilang daya kawalan tubuh. Oleh kerana itu, Vivix Shaklee telah diuji secara klinikal dapat menggalakkan biogenesis mitochondria yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran tenaga oleh sel. 

3- Menghalang Penimbunan Protein AGE

Protein AGE ( advanced glycation end products) ialah sejenis protein rosak yang akan menyebabkan sel-sel dalam tubuh kita turut rosak. Penimbunan protein AGE boleh menyebabkan kerosakan sel dan mengganggu keutuhan sel. Protein AGE ini masuk dalam badan kita daripada lemak  dan protein haiwan serta makanan yang dimasak dengan suhu tinggi seperti dibakar dan digoreng. Selain itu, makanan yang manis dan makanan terproses juga mempunyai tahap protein AGE yang tinggi.
Gabungan bahan- bahan terbaik dalam Vivix Shaklee adalah 10× lebih kuat dari peranan resveretrol bersendirian untuk melambatkan pembentukan protein AGE.


Kesimpulannya Vivix Shaklee melindungi badan kita dengan melindungi dan memperbaiki sel2 dalam badan yang merupakan asas terpenting dalam badan. Menakjubkan kan peranan vivix ini. 

Jom Berkenalan dengan VIVIX

Assalamualaikum.

Hari saya nak kenalkan dengan satu produk hebat yang telah terbukti boleh mengoptimumkan kesihatan anda.

Sebelum kita makan apa- apa makanan pun, perkara pertama yang kita akan fikirkan ialah bahan- bahan kandungan yang digunakannya. Dan semestinya kita mahu yang terbaik kan.

Jadi sebelum saya bercerita lebih lanjut tentang vivix, perkara pertama yang saya nak kongsikan ialah bahan yang terdapat dalam vivix. Terdapat 4 bahan utama dalam vivix.

1- Polygonum Cuspidatum ( Japanese Knotweed)
Japanese knotweed ini kaya dengan RESVERETROL juga terdapat dalam red wine dan juga kekacang. RESVERETROL merupakan phytochemical yang membantu merendahkan kolesterol, meredakan tekanan darah, melambatkan penuaan. Selain itu, RESVERETROL membantu melawan kanser dengan cara menghalang pertumbuhan sel kanser dan juga membantu mengurangkan pembentukan gumpalan darah (blood clotting) dan keradangan bagi pesakit yang menghadapi masalah jantung.

2- Muscardine Grape
Muscardine grape ialah satu spesis anggur yang sangat unik kerana saiznya yang lebih besar daripada anggur yang biasa. Ia kaya dengan POLIFENOL yang sangat baik untuk kesihatan terutama untuk pencegahan kanser. Selain itu, muscardine grape juga tinggi dengan 'ellagic acid' yang membantu menghentikan tindakan kimia penyebab kanser. Ia juga mempunyai fungsi anti-mikrob dan anti-virus.

3- Purple Carrot
Purple carrot kaya dengan ANTICIANIN yang membantu sebagai antioksidan, anti- kanser, anti-mikrob, anti-virus selain ianya berperanan mengurangkan risiko sakit jantung.  Purple carrot juga merupakan sumber terbaik untuk vitamin A yang sepertimana ramai yang tahu vitamin A berperanan untuk penglihatan yang bagus.

4- European Elderberry
Elderberry merupakan satu tumbuhan yang terkenal dalam rawatan tradisional untuk selsema terutamanya influenza B. Ia dapat mengurangkan kesan akibat influenza seperti sakit otot dan ketidakselesaan akibat selsema. Elderberry juga mengandungi unsur FLAVONOIDS iaitu salah satu antioksidan yang mengurangkan risiko penyakit kronik dengan cara menghalang proses oksidasi LDL kolesterol dan mengurangkan 'blood clotting'. Selain itu, elderberry juga membantu menguatkan imunisasi dan merendahkan kolesterol kerana ia kaya dengan vitamin A, B dan C serta nutrient seperti asid amino.

Dah kenal bahan yang terdapat dalam vivix? Semua bahan yang terbaik kan. Dan semestinya Vivix juga terbaik untuk anda semua.

Monday, November 28, 2016

Kepentingan air dalam badan

Assalamualaikum

Lebih kurang 60% berat badan manusia ialah air. Dan air sangat penting kepada badan. Badan manusia memerlukan lebih banyak air berbanding nutrient- nutrient lain. Disebabkan itu lah, manusia kebiasaan cuma boleh hidup selama beberapa hari tanpa minum air.

Antara kepentingan air dalam badan:

1- Air membawa nutrient dan hasil sampingan metabolisma seperti urea dan asid urik. Ia berfungsi untuk membawa urea ke buah pinggang untuk disingkirkan.  Oleh kerana itu, pengambilan air yang cukup sangat penting untuk membolehkan buah pinggang bekerja dengan effisien. Kekurangan air boleh menyebabkan bahan buangan yang sepatutnya disingkirkan dari badan terkumpul dan ini lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti pembentukan batu karang dan  juga masalah buah pinggang.

2- Menghantar oksigen dan nutrient kepada sel dalam badan.

3- Berperanan sebagai pelincir kepada pergerakan sendi.

4- Membantu dalam sistem kawalan suhu badan yang normal. Contohnya ialah melalui peluh dari kulit untuk menyingkirkan haba dari badan.

5- Mengekalkan isipadu darah.

Berapa banyak air yang anda perlukan?

Assaalamualaikum.

Kita selalu dengarkan saranan untuk kita minum air yang cukup setiap hari. Tapi tahukah kita keperluan yang sebenarnya diperlukan oleh badan kita?

Keperluan air bagi seseorang individu ialah bergantung kepada keperluan kalorinya ( boleh rujuk entry sebelum ini untuk kira keperluan kalori anda)
iaitu 1kcal=1ml - 1.5ml air. Contohnya sekiranya keperluan kalori anda ialah 2000kcal sehari maka keperluan air yang perlu diminum ialah 2000-2500ml sehari. Yang dimaksudkan air yang patut diminum ialah air putih ya. Tidak termasuk air yang berperasa dan berwarna.

Namun begitu keperluan air mungkin berbeza mengikut aktiviti seharian, suhu dan kelembapan cuaca sekitar.
Oleh kerana itu, bila cuaca panas, kebiasaan kita akan minum lebih banyak air berbanding ketika cuaca sejuk atau musim hujan. Begitu juga atlet atau individu yang aktif bersukan perlukan lebih air berbanding individu biasa.

Semoga bermanfaat.

Kira Keperluan Kalori Anda

Assalamualaikum

Hari ni saya nak kongsikan bagaimana cara untuk kira anggaran keperluan kalori seharian yang paling mudah. Iaitu dipanggil 'Quick Method'. Anda cuma perlu tahu berat badan anda sahaja. Formulanya dibawah:

Kategori kurang berat badan:
Berat badan (kg) × 35- 40kcal

Kategori berat badan normal:
Berat badan (kg) ×  30- 35kcal

Kategori berat badan berlebihan:
Berat badan (kg) × 20- 25kcal

Contoh berat badan saya ialah 45kg
Jadi saya darabkan dengan 30, maka anggaran keperluan kalori seharian saya ialah 1350 kcal.

Terdapat formula lain juga untuk kira anggaran keperluan kalori cuma yang saya kongsikan kali ini adalah yang paling cepat dan mudah. Untuk formula lain, insyaAllah saya akan kongsikan lain kali.

Semoga Bermanfaat.

Tiada Yang Mustahil

Assalamualaikum. Semoga hari anda penuh dengan keceriaan dan diberikan nikmat kesihatan yang baik.

Hari ni saya nak kongsikan satu cerita mengenai tiada yang mustahil. Kebetulan pagi tadi adik bongsu buka televisyen cerita kartun. Biasalah kan cuti sekolah program kat tv pun banyak yang siarkan cerita kartun. Dan pagi tadi saya pun ter layan juga cerita "kacang". Kisah 1 watak kacang hijau bernama Din yang berimpian untuk menjadi model dan muncul dalam rancangan tv. Dan dia digelakkan oleh kawan2 nya yang mengatakan dia tak layak kerana fizikalnya yang mungkin kurang sesuai untuk menjadi seorang model. Namun Din si kacang ini tidak berputus asa, dia berusaha sehingga diterima dalam sebuah agensi dan akhirnya muncul dalam program tv. Akhirnya dia berjaya.

Begitu juga dalam hidup kita,semestikan akan ada halangan tau kata2 negatif dari orang sekeliling kan tapi apa yang paling penting ialah usaha yang berterusan dan jangan berputus asa. Semoga kita akan jadi orang yang tidak mudah berputus asa dalam apa juga yang kita lakukan untuk mencapai impian dan yakinlah tiada yang mustahil untuk kita capai.

Tuesday, November 8, 2016

Macaroni Sup


Assalamualaikum. Hai. Kita marathon upadate blog hari ni. Resepi kedua yang saya akan kongsikan ialah resepi sup macaroni. Kadang teringin juga nak makan sesuatu yang lain kan. Apa kata cuba resepi ni. Memang best dan kita boleh ubah suai resepi ikut bahan yang ada kat dapur. Memasak bagi saya memang menyeronokkan kerana prosesnya yang kita boleh ubah ikut kesesuaian bahan dan juga selera keluarga. Dan yang paling seronok apabila orang orang yang kita sayang makan apa yang kita masak dengan berselera. Hilang penat memasak kan. Oleh kerana itu, tanggungjawab ibu-ibu sangat penting untuk memasak makanan yang berkhasiat untuk kesayangan kita. 

Pertama kali saya makan macaroni sup sewaktu bertugas sebagai guru tadika di johor. Rasanya sangat sedap. Bukan setakat pelajar saja yang suka makan tapi guru2 pun semua suka. Hidangan yang ringkas tapi sedap. Bila dah berhenti kerja, saya olah resepi ikut selera keluarga. Tiada sukatan tepat kerana biasanya agak- agak sahaja sukatannya.

Jom semak resepi

Bahan- Bahan:

Macaroni
 Ayam- potong kecil
Sup Bunjut
Bawang merah- ditumbuk halus
Bawang putih- ditumbuk halus
Halia- diketuk
Lobak merah- 
Tomato
Sedikit minyak

Cara Penyediaan:
1- Rebus macaroni dengan sedikit minyak sehingga lembut. Tos dan ketepikan.
2- Masukkan ayam, bawang putih, bawang merah dan halia serta sup bunjut. Masak sehingga mendidih dan ayam masak.
3- Masukkan brokoli yang dah dimasak dan juga sayur seperti lobak merah dan tomato. Anda juga boleh tambah cauliflower dan juga brokoli atau apa2 sayur kegemaran anda. Boleh juga ketuk dan masukkan cilipadi sekiranya anda suka pedas. 
4- Perasakan dengan garam. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


Selamat Mencuba dan Semoga Bermanfaat.

Sup Brokoli dan Tofu Telur

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak kongsikan resepi sup brokoli dan tofu telur. Sup yang tinggi nutrient dan proteinnya. Ini kerana brokoli merupakan sayur yang sangat baik kerana tinggi zat besi dan juga tinggi kalsium. Manakala tofu telur pula tinggi protein.

Jom semak resepi. Mungkin boleh beri idea untuk ibu- ibu yang kadang kadang tak ada idea nak masak apa untuk hidangan keluarga. Mengikut pengalaman saya, bila selalu masak,  kadang-kadang kita kebuntuan idea nak masak apa setiap hari. Selalu masak yang sama saja kan. Jadi menu ini boleh jadi salah satu menu keluarga juga. Resepi yang mudah tapi berkhasiat.

Bahan- bahan:

Brokoli
Cauliflower
Tofu telur
Sedikit isi ayam
Bawang putih- dimayang
Bawang merah- dimayang
Sedikit minyak

Cara Penyediaan:
1- Potong tofu telur dan goreng sekejap. Guna non stick pan dan sedikit minyak sahaja. Tujuan tofu telur digoreng terlebih untuk mengelakkan ianya mudah pecah apabila dimasukkan ke dalam sup. Tapi kalau anda tak nak goreng terlebih dahulu pun boleh.
2- Masukkan air, bawang dan juga ayam yang dipotong kecil dalam periuk. Nak tumis bawang terlebih dahulu pun boleh.
3- Biarkan mendidih. Masukkan brokoli dan cauliflower. Biarkan sekejap.
4- Masukkan tofu telur dan perasakan dengan garam. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Semoga Bermanfaat

Monday, November 7, 2016

Petua Menjemput Rezeki

Assalamualaikum.

Untuk entry yang pertama, saya nak kongsikan mengenai rezeki. Sebenarnya ia merupakan sedikit sinopsis dari buku "Mudahnya Menjemput Rezeki" tulisan saudara Fathuri Salehuddin.

Bila kita sebut rezeki, biasanya kita akan fikir mengenai duit atau harta sahaja kan. Tapi hakikat sebenarnya rezeki sangat luas pengertiannya. Rezeki bukan setakat yang nampak di mata tapi kesihatan, keluarga, malah udara, air antara contoh rezeki yang Allah kurniakan kepada kita semua.

Antara tips untuk menjemput rezeki adalah:

1- Mengutamakan Solat.
2- Solat Tahajud
3- Solat Dhuha
4- Zikir
5- Doa
6- Mendoakan orang lain
7- Sedekah
8- Membaca al- Quran
9- Asma'ul - Husna
10- Bersyukur
11- Tekun Berusaha

Semoga Allah permudahkan rezeki untuk kita semua dan YAKIN LAH semua rezeki adalah dari Allah.

Assalamualaikum

Assalamualaikum. Very short entry just to introduce a little bit about me.

Nama saya Lin. Tujuan blog ini adalah untuk saya berkongsi mengenai pemakanan sihat yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian kita. Semoga ianya akan memberi manfaat kepada kita semua.