Saturday, December 31, 2016

Impian 2017

Assalamualaikum.

Hari ni hari terakhir 2016. Bagaimana impian dan azam 2016 anda? Tercapai tak? Semoga semua impian 2016 anda tercapai.

Untuk permulaan 2017, apakah impian dan azam anda?  Sudahkah anda menulisnya? Saya nak kongsikan petikan dari buku yang saya baca baru- baru ini. Iaitu buku yang berjudul "mudahnya menjemput rezeki" tulisan saudara Fathuri Salehuddin. Katanya ramai orang ada impian tapi tak ramai yang menulis impian mereka.

Kenapa perlu menulis impian? Salah satunya supaya kita kekal fokus dengan apa yang kita inginkan dan berusaha bersungguh- sungguh untuk dapat apa yang kita impikan.

Jadi, jom tulis impian. Semoga semua impian 2017 kita akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Nak kongsikan juga impian saya untuk 2017, semoga tahun 2017, rezeki saya melimpah ruah dan saya boleh menbahagiakan orang-orang yang saya sayang dengan rezeki yang Allah berikan. Dan juga semoga status diri ini akan bertukar dari bujang kepada isteri orang. Hihi. Lagi impian saya ialah semoga saya terus maju dan sentiasa kuat dalam bisness walaupun mungkin ada cabaran dan dugaan yang datang. InsyaAllah.

Thursday, December 29, 2016

Kuah Lodeh

Assalamualaikum

Nak kongsi menu sarapan pagi keluarga saya pagi tadi. Iaitu lontong dengan kuah lodeh. Saya memang penggemar lontong. Lebih-lebih lagi kalau tambah sambal ikan bilis. Memang tak tengok kiri kanan la makan. Tapi pagi td, tak masak sambal ikan bilis, buat kuah lodeh je.

Resepi secara ringkas je sebab saya memang tak ada sukatan khusus. Sukatan agak- agak je sesedap rasa.

Kuah Lodeh

Bahan-Bahan:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
Tauhu
Tempe
Suun dan fucuk
Kobis
Lobak merah
Babycorn
Kacang panjang- tak letak
Isi ayam
Sedikit serbuk kunyit

Cara Penyediaan:
1- Kisar bawang merah dan bawang putih.
2- Tumis bawang yang dah dikisar sehingga naik bau dan masukkan serai yang diketuk dan juga isi ayam. Masak sebentar. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit.
3- Masukkan santan. Saya campur santan pekat dan santan cair.  Bergantung kepada cara masing2. Sesetengah orang suka masukkan santan last tapi saya biasa masukkan santan awal2 lagi sebab tak asingkan santan pekat dan santan cair.
4- Agak2 santan hampir mendidih, masukkan sayur2 danjuga tempe.Masakkan sekejap.
5- Masukkan tauhu, suun dan juga fucuk. Perasakan dengan garam. Jangan masak terlalu lama sebab takut nanti santan pecah minyak pula.

Boleh juga masukkan udang. Lagi best. Tapi aritu takde stok udang, jadi saya masukkan ayam je. Itu pun sedap sangat dah rasanya. Hihi. Puji sendiri.

Lg 1, walaupun hari ni tak buat sambal ikan bilis, nak share juga tips masak sambal ikan bilis yang best. Best bagi saya la, mungkin orang lain seleranya lain kan. Tipsnya ialah hanya guna bawang besar (bwg holland) dan bawang putih. Tak perlu guna bawang merah. Boleh juga tambah belacan tapi saya jarang guna belacan sebab nanti ayah komplen bau belacan 1 rumah. Hihi. Lagipun adik lelaki saya alahan dengan belacan. Nanti mulalah gatal2 muka dan hidung.  Dan lagi 1 tips, tumis bawang dengan minyak yang banyak, pastu bila masak, minyak biasanya akan terkumpul di bahagian atas, kita cedok buang la minyak tu. Lebih sihat gitu. Lagi 1 (berapa kali lagi 1 dah, haha) saya suka tumbuk sedikit ikan bilis untuk dimasak sambal sebab tak tahu la. rasanya lagi best kot. Dan lagi terasa ikan bilisnya, so tak perlu tambah garam atau tambah sikit je.

Wednesday, December 28, 2016

Vivix Meningkatkan Imuniti badan

Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ini, kita dengar banyak penyakit yang sebelum ni mungkin kita tak pernah dengar kan. Dan yang lebih membimbangkan kalau ia terjadi pada orang yang kita sayang.

Sistem imuniti badan merupakan keupayaan badan untuk menentang penyakit. Pendek kata sebagai benteng pertahanan badan. Sekiranya sistem imuniti badan baik, badan akan melawan serangan virus yang seterusnya melindungi badan darah dari diserang penyakit yang disebabkan  oleh virus.

Bagaimana virus menyerang badan? Apabila badan diserang virus, virus akan menggandakan jumlahnya kepada 100 sel virus dalam masa yang singkat. Dan seterusnya virus- virus ini akan terus menggandakan jumlahnya. Sel-sel virus ini kemudiannya akan menyerang sel-sel dalam badan. Kesannya ia akan menganggu kesihatan.

Oleh kerana itu, amat penting untuk kita mempunyai sistem imuniti badan yang baik. Supplemen daripada shaklee boleh membantu meningkatkan imuniti badan. Antaranya ialah VIVIX. Bagaimana VIVIX membantu meningkatkan imuniti badan?

VIVIX mengandungi 4 bahan utama iaitu japanese knotweed, muscardine grape, purple carrot,dan european elderberry. Elderberry merupakan satu tumbuhan yang terkenal dalam rawatan tradisional untuk merawat flu dan selsema. Ia mengandungi FLAVONOIDS yang merupakan antioksidan yang berfungsi menguatkan sistem imuniti badan untuk melawan jangkitan virus dan bakteria. Selain itu, elderberry juga kaya dengan antioksidan lain iaitu ANTOCIANIN yang berfungsi sebagai anti-radang dan juga anti-mikrob.

Berminat nak mencuba VIVIX untuk meningkatkan imuniti badan anda? Jangan berlengah lagi. Hubungi saya.

Call/message/whatapps
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Tuesday, December 27, 2016

Tips Memilih Suplemen

Assalamualaikum.

Sebelum memilih untuk makan sesuatu suplemen, apakah faktor yang anda akan fikirkan? Kebiasaannya ramai yang memilih kerana harga dan juga fungsinya. Tapi sesuatu yang amat penting untuk kita fikirkan juga sebelum mengambil sesuatu suplemen ialah kesan pengambilannya samaada kesan jangka panjang atau kesan jangka panjang. Jadi, anda seharusnya membuat sedikit kajian mengenai sesuatu produk sebelum mengambil keputusan untuk mengamalkannya. Pilihan kita hari ini akan membentuk kesihatan anda pada masa depan.

Contoh paling biasa berlaku ialah pemilihan suplemen untuk pesakit kencing manis. Sekiranya tersilap memilih suplemen, kesan jangka pendeknya mungkin akan meningkatkan lagi aras gula dalam darah dan kesan jangka panjangnya mungkin kerosakan fungsi buah pinggang serta tekanan darah yang tak terkawal kesan dari gula dalam darah yang tinggi. Oleh kerana itu, berhati- hati sebelum memilih sesuatu suplemen.

Jadi, bagaimana memilih suplemen yang baik dan akan memberi kesan yang positif dan tiada kesan sampingan untuk jangka panjang  dan juga jangka masa pendek?

1- Ketahui bahan- bahan yang terdapat dalam sesuatu suplemen.  Produk yang diperbuat daripada bahan- bahan semulajadi dan tiada bahan pewarna dan pengawet tambahan merupakan pilihan yang lebih baik.

2- Rujuk "nutrition info"yang terdapat pada label produk. Lebih-lebih lagi  suplemen multivitamin. Supplemen yang baik mestilah mengandungi jumlah nutrien yang paling hampir dengan saraanan pengambilan seharian. Anda boleh rujuk "Reference Daily Intake ( RDI) atau Recommanded Nutrient Intake (RNI) untuk membuat perbandingan.

3- Pilih suplemen yang mempunyai kajian saintifik dan tidak hanya berdasarkan testimoni semata- mata.

Shaklee merupakan satu satu syarikat yang mengeluarkan pelbagai suplemen tambahan. Tapi apakah yang membezakan shaklee dengan pengeluar suplemen yang lain?

Shaklee merupakan pengeluar multivitamin yang pertama di pasaran pada tahun 1915. Dan sejak lebih 30 tahun dulu, Shaklee telah menjalankan penyelidikan saintifik dan klinikal dan hasilnya telah melahirkan lebih 100 laporan saintifik dan diterbitkan untuk jurnal saintifik sebagai rujukan. Ia menunjukkan produk yang dikeluarkan oleh Shaklee selamat digunakan serta berkesan. Lebih meyakinkan lagi, kajian ini dilakukan oleh pihak ketiga yang tidak mempunyai kaitan dengan Shaklee.

Antara kajian yang sangat menarik perhatian saya ialah kajian pada tahun 2007. Kajiannya mengenai tahap kesihatan dan status pemakanan bagi individu yang mengambil supplemen dan juga tidak memgambil suplemen selama 20 tahun. Hasil kajian membuktikan pengguna Shaklee lebih sihat berbanding individu yang tidak mengambil suplemen atau mengambil suplemen jenama lain.

Selain itu terdapat 3 keunikan produk Shaklee:

1- Sentiasa Selamat
Keselamatan adalah keutamaan di Shaklee. Ia bermaksud, sebelum sebarang bahan dimasukkan ke dalam suplemen Shaklee, ia telah menjalani saringan yang sangat ketat dan ia menjangkaui piawaian farmaseutikal yang digariskan oleh United States Pharmacopeia ( USP). Jadi Shaklee meletakkan jaminan bahawa setiap produknya adalah 100% selamat.

2- Sentiasa Mesra Alam
Selama lebih 57 tahun, Shaklee menjadi pelopor kepada perubahan alam sekitar yang lebih baik. Contohnya ialah penghasilan salah satu produk pencuci terbiodegradasikan yang pertama, sehinggalah menjadi syarikat pertama yang diiktiraf Climate Neutral.

3- Sentiasa Berkesan.
Banyak syarikat mendakwa produk mereka berkesan. Tapi di Shaklee, ia dibuktikan dengan pelbagai kajian untuk menyakinkan lagi pengguna mengenai keberkesanannya.

Jadi, tak perlu ragu- ragu lagi untuk memilih Shaklee. Boleh hubungi saya untuk mencuba produk dari Shaklee.

Call/ message/whatapps
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:.1241205

Monday, December 26, 2016

Kenapa Perlu Makan Supplemen

Assalamualaikum.

Siapa yang selalu fikir kita tak perlukan sebarang suplemen tambahan untuk dirinya? Saya salah seorang daripadanya sebelum ini. Sebelum ini saya merasakan kenapa perlu habiskan banyak duit untuk beli suplemen sedangkan kita boleh dapat semua nutrien tu dari makanan yang kita ambil. Tapi seimbangkah corak pemakanan seharian kita? Cukupkah pengambilan segala nutrien yang diperlukan oleh badan kita?

Pertama sekali kita kena tengok corak pengambilan makanan seharian kita. Saya cadangkan anda mula catat apa yang anda makan setiap hari berserta kuantitinya. Kita namakan "food record". Untuk permulaan anda boleh buat "food record" anda untuk seminggu. Dari situ anda akan nampak gambaran dengan lebih jelas tentang corak pemakanan anda. Berapa banyak sayur dan buah yang anda ambil sehari? Berapa kali minum air bergula setiap hari? Kerap tak ambil makanan tinggi lemak. Semua persoalan ini akan terjawab apabila anda buat "food record". Sekiranya anda tak catat apa yang anda makan, susah nak dapat gambaran yang jelas dan tepat mengenai corak pemakanan anda.

Berita yang membimbangkan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Seri Dr S. Subramaniam ketika berucap pada program MAHA 2016 baru-baru ini iaitu katanya menurut kajian seramai 94% rakyat malaysia dewasa tidak cukup makan sayur dan buah pada tahun 2015. Hanya 6% sahaja rakyat malaysia dewasa yang mengambil cukup sajian buah dan sayur. Dan yang lebih mengejutkan lagi kadar tersebut menurun berbanding 7.5% pada tahun 2011.

Kenapa sayur dan buah sangat penting dalam diet seharian kita? Buah dan sayur membekalkan banyak nutrien dan mineral yang diperlukan oleh badan kita. Saranan pengambilannya ialah 3 sajian sayur dan 2 sajian buah setiap hari. Jadi tanya diri kita, cukupkah pengambilan buah dan sayur kita?

Seterusnya kenapa kita perlukan suplemen selain faktor pemakanan yang tidak seimbang? Kita tengok pula pada proses penyediaan makanan. Kandungan nutrien dalam sesuatu makanan mungkin berkurang semasa proses penyediaan makanan. Contohnya suhu yang tinggi ketika proses memasak boleh memusnahkan folate, vitamin B6, B12 dan beberapa vitamin lain. Selain itu, kualiti sayur dan buah dari segi nutrien nya juga mungkin terjejas akibat daripada penggunaan racun serangga dan juga bahan kimia yang digunakan semasa penanaman.

Pengambilan sesetengah makanan seperti minuman berkafein, makanan tinggi gula, garam dan lemak juga boleh mengganggu penyerapan dan penyimpanan mineral. Selain itu, ketidakcukupan sesetengah vitamin dan mineral juga boleh mengganggu proses penyerapan nutrien lain. Ini kerana kebanyakan nutrien perlu sokongan dari nutrien lain untuk mengoptimumkan fungsi nya dan seterusnya mengoptimumkan kesihatan anda. Contohnya kalsium perlukan vitamin D yang cukup untuk mengoptimumkan penyerapan kalsium di usus kecil. Jadi kecukupan dan kepelbagaian makanan dan nutrien yang diperlukan badan amat penting untuk memastikan segala fungsi dalam badan boleh bekerja dengan efisien.

Oleh kerana itu, pengambilan suplemen tambahan amat penting untuk memastikan badan kita mendapat nutrien yang cukup. TAPI, tidaklah bermaksud anda tak perlu mengamalkan pemakanan seimbang bila anda ambil suplemen. Sayur dan buah harus jadi keutamaan. Supleme berperanan untuk mencukupkan keperluan nutrien seharian anda.

Entry seterusnya saya akan terangkan apakah perkara-perkara yang anda harus tahu sebelum membuat keputusan untuk ambil sebarang suplemen. Sangat penting tau supaya anda tidak tersalah pilih. InsyaAllah.

Boleh contact saya untuk tahu lebih lanjut.

Call/message/whatapps

0137556961

Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205
Independent Shaklee Distributor

Saturday, December 24, 2016

Mengatasi keletihan dan kelesuan badan

Assalamualaikum.

Pernah tak anda rasa tak bermaya, letih, tak bersemangat nak buat keja. Tak selesa kan? Nak buat apa kerja pun tak jadi.

Pertama sekali anda mestilah cari punca untuk menyelesaikan masalah ini. Antara puncanya ialah:

◆ Kurang tidur
Tidur yang cukup amat penting untuk memgembalikan tenaga.

◆ Tidak cukup tenaga
Diet yang terlalu strict dan makan yang terlalu sedikit menyebabkan badan tidak bertenaga dan letih. Ini kerana makanan tidak mencukupi untuk ditukarkan kepada glukosa yang membekalkan tenaga kepada badan.

◆ Tidak ambil sarapan pagi
Sarapan pagi amat penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.

◆ Kurang darah merah
Individu yang mengalami masalah kurang darah merah akan mudah letih kerana kurangnya oksigen yang dibekalkan kepada organ badan. Ini kerana sel darah merah berperanan mengangkut oksigen ke seluruh badan.

◆ Tekanan emosi
Emosi yang tidak terkawal akan memberi kesan kepada badan  seperti lemah, hilang selera makan dan mungkin juga sakit kepala.

◆ Terlalu banyak pengambilan kafien.
Pengambilan kafien secara sederhana akan membantu anda kekal segar dan juga membantu meningkatkan konsentrasi anda. Tapi pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan kadar dengupan jantung laju, meningkatkan tekanan darah dan juga menyebabkan badan lemah.

Bila anda dah kenal pasti puncanya, maka lebih mudah untuk anda menyelesaikan masalah anda.

Tapi, tahu tak, ada rahsia yang tidak lagi menjadi rahsia yang boleh membantu anda meningkatkan tenaga badan seterusnya memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari.

VIVIX daripada shaklee adalah rahsianya. Vivix mengandungi 4 bahan utama iaitu japanese knotweed, muscardine grape, purple carrot dan european elderberry yang kaya dengan pelbagai nutrient untuk mengoptimumkan kesihatan anda.

Bagaimana VIVIX membantu mengembalikan tenaga anda? VIVIX membantu menggalakkan proses biogenesis iaitu pembentukan mitochondria baru. Mitochondria ini berfungsi untuk menghasilkan tenaga sel. Jadi badan anda akan lebih bertenaga dan tidak mudah letih dan lesu..

Selain itu, VIVIX juga memperbaiki DNA yang rosak setiap hari. DNA boleh rosak akibat radikal bebas. Fungsi VIVIX membantu melindungi dan memperbaiki DNA badan. Kesannya badan akan lebih sihat dan awet muda.

Lien Abdullah
Call/whatapps/message:0137556961
Shaklee id: 1241205
Shaklee independent distributor

Friday, December 23, 2016

Bahaya Gout

Assalamualaikum.

Pernah tak anda melihat pesakit gout atau ada dikalangan keluarga anda yang menghidap gout?. Kesian kan kerana sakitnya mencucuk-cucuk pada sendi. Gout juga boleh mengganggu pergerakan seseorang.

Gout adalah sejenis penyakit akibat daripada ketidaknormalan aras asid urik dalam darah. Akibatnya apabila asid urik dalam darah tinggi, ia akan mula terkumpul pada bahagian sendi, tisu lembut di sekeliling sendi terutamanya di bahagian kaki. Pengumpulan asid urik pada sendi lama kelamaan akan membentuk hablur yang dipanggil "tophi". Hablur ini mencetuskan rasa sakit pada sendi apabila bergerak akibat pergeseran hablur ni pada sendi. Sekiranya tidak dirawat hablur ini akan seterusnya memusnahkan tisu sendi yang boleh menyebabkan arthritis yang kronik.

Siapa yang berisiko mendapat penyakit ini?

Obesiti, masalah tekanan darah tinggi, diabetes, penggunaan diuretik serta faktor keturunan berkait rapat dengan penyakit ini.

Apakah tanda- tanda seseorang mengalami masalah ini.

Pesakit gout mula merasai kesannya yang kebiasaannya bermula pada ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan sangat sakit. Ia seterusnya akan menyerang sendi- sendi lain seperti buku lali, lutut dan pergelangan kaki. Serangan gout selalunya berlaku tiba- tiba dan ia boleh berlarutan selama berhari-hari. Gout boleh mempengaruhi pergerakan seseorang akibat kesakitan yang dialaminya. Lebih teruk lagi, pesakit gout yang teruk mungkin tidak dapat berjalan akibat kesakitan dan bengkak pada kaki. Ini seterusnya akan mengganggu aktiviti harian.

Pemakanan untuk pesakit Gout.

Secara asasnya, untuk mengawal asid urik dalam darah, pesakit gout mestilah mengurangkan makanan yang boleh meningkatkan aras asid urik dalam darah. Makanan yang tinggi purine akan meningkatkan asid urik. Ini kerana pemecahan purine dalam makanan akan ditukarkan kepada asid urik semasa metabolisma berlaku. Antara makanan yang tinggi purine ialah daging merah, kekacang, organ dalaman haiwan, ikan bilis, kobis, cendawan, asparagus, bayam.

Pengambilan lebih banyak sayur dan buah juga membantu menurunkan asid urik. Sayur dan buah berperanan untuk "alkalanize" urik asid dalam badan.

Selain itu, pengambilan air yang mencukupi membantu menyingkirkan asid urik melalai urin.

Pengambilan lemak yang berlebihan juga harus dielakkan kerana lemak yang berlebihan akan menghalang kumuhan asid urik melalui urin.

Selain makanan-makanan diatas yang membantu menurunkan aras urik asid, penurunan berat badan yang terkawal juga dicadangkan untuk menurunkan asid urik. Penurunan berat badan yang terkawal akan menurunkan asid urik. Sebaliknya penurunan berat badan yang drastik dengan pengamalan diet yang strict akan menyebabkan kehilangan tisu badan dan meningkatkan aras asid urik.

Supplemen untuk menurunkan aras urik asid

Kajian di Havard University mendapati kandungan Resveratrol yang dijumpai dalam anggur dan Japanese Knotweed  sebagai antioksidan terbaik untuk menurunkan asid urik dalam badan. VIVIX mengandungi kedua-dua bahan ini. Jadi jangan berlengah lagi, hadiahkan VIVIX untuk orang-orang yang anda sayang demi kesihatan mereka. Boleh hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.

Call/message/whatapps
0147556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205
Your Shaklee Independent Distributor

Thursday, December 22, 2016

Diet pesakit buah pinggang

Assalamualaikum.

Penyakit kegagalan buah pinggang merupakan penyakit yang mungkin terjadi akibat komplikasi daripada masalah tekanan darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.

Sebagai pengenalannya, pesakit yang menghadapi masalah buah pinggang dibahagikan kepada 5 tahap. Ia bergantung kepada bacaan GFR ( glomerular filtration rate) yang boleh diketahui apabila ujian darah dilakukan.  Doktor biasanya akan terangkan di tahap manakah seseorang pesakit itu berada. Tahap 1 dan 2 dikategorikan sebagai "early chronic kidney disease" atau  boleh dikatakan "mild decrease in kidney function". Tahap 3 dan 4 dikategorikan sebagai " moderate to severe decrease  in kidney function". Manakala tahap 5 dikategorikan sebagai "end stage renal disease ( ESRD)". Pada tahap ini pesakit perlu menjalani proses dialisis atau continous ambulatory peritoneal dialysis (CAPD).

Untuk kali ini, saya cuba terangkan pemakanan bagi pesakit yang belum menjalani proses dialisis. Maksudnya bagi pesakit yang berada pada tahap 1 hingga 4.

Perkara yang penting untuk dikawal ialah protein. Kenapa protein? Ini kerana buah pinggang berperanan menyingkirkan hasil akhir proses metabolisma protein  iaitu urea daripada darah kepada urine untuk disingkirkan. Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, maka aras urea dalam darah meningkat.

Jumlah pengambilan protein yang disarankan bagi pesakit yang mengalami masalah buah pinggang yang berada pada tahap 1-2 ialah 0.8g protein/ kg berat badan manakala bagi pesakit yang berada pada tahap 3 -4 saranan pengambilan protein adalah 0.6g/ kg berat badan.

Contohnya berat pesakit ialah 50kg, dan saya anggap dia berada pada tahap 2, maka keperluan protein nya ialah 50x0.8= 40g protein sehari. Mengikut saranan, sumber protein itu mestilah lebih 50% daripadanya ialah protein yang mempunyai high biological value (HBV). Maka 20g HBV protein yang perlu diambil dan jumlah pertukaran proteinnya ialah 3. Ini kerana 1 pertukaran protein dari 7g protein. Jadi bahagikan pertukaran protein ini untuk diambil sepanjang hari.

Contoh 1 pertukaran protein:
1/2 ekor ikan
1 ketul ayam saiz sederhana
1 biji telur
1 ketul daging yang bersaiz kotak mancis

Selain protein makanan tinggi sodium juga harus dikurangkan. Contoh makanan tinggi sodium ialah sos, penggunaan perasa tambahan, minuman bergas, makanan terproses dan juga kurangkan makanan masin. Pengambilan sodium yang tinggi berkait rapat dengan tekanan darah tinggi. Dan kajian menunjukkan pengawalan tekanan darah yang baik membantu melambatkan kerosakan buah pinggang yang makin teruk. Selain itu, pengambilan sodium yang tinggi juga akan meningkatkan rasa haus yang mana ai akan mendorong seseorang untuk mengambil lebih banyak air. Ianya tidak bagus untuk pesakit yang menghadapi masalah buah pinggang bilamana keupayaannya buah pinggang untuk melakukan "filtration" telah berkurang. Secara ringkas ia akan memberi lebih bebanan kepada buah pinggang.

Rasanya setakat ini dulu untuk kali ini. Saya cuma tekankan kepada perkara2 utamanya sahaja. Untuk lebih mendalam lagi, berjumpa dan berbincanglah dengan dietitian anda. Ini kerana setiap keperluan individu adalah berbeza mengikut keperluan masing masing.

Wednesday, December 21, 2016

Kepentingan usus yang sihat

Assalamualaikum.

Anda selalu dengarkan "you are what you eat". Ia bermaksud apa yang anda makan akan mempengaruhi tahap kesihatan dan juga fizikal badan kita. Tapi pernahkah anda terfikir, apabila kita makan, kemana dan bagaimana makanan diproses dalam badan?

Secara ringkasnya apabila sesuatu makanan masuk ke dalam mulut, makanan akan terus mengalami proses pencernaan. Sistem pencernaan dalam badan terdiri daripada esophagus, perut, usus besar,usus kecil, rektum dan anus.

Dalam masa 3-4jam selepas makan, badan mula menyerap nutrien termasuklah karbohidrat, protein, lemak, serta mineral dan vitamin. Dan kebanyakan penyerapan nutrien ini berlaku di usus kecil. Usus kecil adalah organ yang sangat unik yang diciptakan oleh Allah SWT yang mana panjangnya lebih kurang 10 kaki. Usus kecil terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum yang berfungsi mengurai dan menyerap nutrien daripada makanan, menyediakan lebih banyak ruang untuk penyerapan kerana strukturnya yang unik itu.

Usus besar pula berperanan untuk menyerap air dan sesetengah mineral dan serat dan juga mengumuhkan apa- apa yang tidak diperlukan. Kebanyakan serat pula melalui usus besar untuk dikumuhkan bersama- sama dengan lemak, kolesterol yang dibawa bersama serat.

Oleh kerana itu, usus yang sihat sangat penting untuk memastikan penyerapan nutrient yang optimum untuk keperluan badan selain menyingkirkan apa- apa yang tidak diperlukan oleh badan. Antara faktor yang mempengaruhi usus yang sihat ialah tidur yang cukup, aktiviti fizikal dan juga minda yang relaks selain faktor pemakanan.

4 faktor pemakanan penting untuk memastikan usus yang sihat ialah seimbang, sederhana, kepelbagaian makanan dan kecukupan.

Makanan yang seimbang dan sederhana memastikan badan tidak mendapat sesuatu jenis makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit. Kepelbagaian dan kecukupan makanan yang diambil juga penting untuk memastikan badan mendapat semua nutrien kerana setiap nutrien ini bergantung kepada nutrien yang lain untuk memastikan usus yang sihat.

Secara khususnya pula, nutrien yang membantu usus yang sihat ialah serat. Serat membantu meransang lagi kesihatan usus besar. Semakin sihat usus besar, semakin efisien fungsinya untuk menyingkirkan apa- apa yang tak diperlukan oleh badan seperti kolesterol dan lemak.

Serat terdiri daripada serat larut dan juga serat tak larut. Serat larut biasanya terdapat dalam produk "whole grain", buah, legumes, dan juga sesetengah sayuran. Serat larut membantu melambatkan pergerakan makanan melalui sistem pencernaan. Serat tak larut pula biasa terdapat dalam beras perang, buah dan sesetengah sayur seperti kobis dan lobak merah. Serat tak larut membantu melancarkan pergerakan "fecal" melalui kolon dan juga memberi rasa kenyang. Ia akan membantu masalah sembelit.

Pengambilan air yang mencukupi turut memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan usus yang sihat. Air akan melancarkan pergerakan fecal dalam usus untuk perkumuhan.

Masalah yang biasa berlaku akibat daripada sistem pencernaan yang tidak lancar ialah sembelit. Sembelit terjadi kerana banyak sebab antaranya ialah gaya hidup, dan juga kurang pengambilan air dan makanan tinggi serat.

HERB-LAX daripada shaklee boleh membantu masalah sembelit yang seterusnya membantu mendapatkan usus yang sihat. HERB- LAX mengandungi laksatif yang bertindak lembut untuk digunakan apabila perlu selain meransang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh. Antara kandungan dalam HERB-LAX  ialah daun senna. Daun senna merupakan herba yang digunakan secara tradisional sejak berkurun lama sebagai laksatif semulajadi.

Best kan fungsi HERB-LAX. Hubungi saya untuk mendapatkan produk yang akan membantu anda mendapatkan usus yang lebih sihat.

Call/message/whatapps
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:.1241205
Your shaklee independent distributor

Tuesday, December 20, 2016

Vivix mengurangkan risiko serangan jantung

Assalamualaikum.

Serangan jantung boleh berlaku bukan hanya pada warga tua tapi sekarang orang muda juga berisiko dengan serangan jantung.

Antara faktor risiko nya ialah keturunan, obesiti dan kurang aktiviti fizikal, merokok, pesakit yang menghidapi masalah tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

Serangan jantung boleh terjadi apabila  peredaran darah ke jantung terganggu akibat daripada pengumpulan lemak, kolesterol dan lain- lain dalam salur darah. Mengakibatkan salur darah sempit dan mengganggu peredaran darah.

VIVIX daripada shaklee merupakan tonic minuman daripad gabungan bahan- bahan terbaik iaitu japanese knotweed, muscardine grape, purple carrot, european elderberry. Gabungan bahan- bahan ini menjadikan VIVIX kaya dengan antioksidan, resveratrol,polifenol dan pelbagai nutrient lain yang membantu mengurangkan risiko serangan jantung. Resveratrol terbukti berkesan membantu mencegah pembekuan kolesterol pada salur darah. 

Vivix juga kaya dengan flavonoids iaitu salah satu antioksidan yang mengurangkan pembekuan darah dengan melindungi platelet menjadi penyebab kepada pembekuan darah.

Jom cuba vivix untuk kesihatan jantung anda. Boleh hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.

Call/message/whatapps
0147556961
Lien Abdullah
Shaklee Id: 1241205
Your Independent Shaklee Distributor

Monday, December 19, 2016

Tips turunkan kolesterol

Assalamualaikum.

Bila sebut kolesterol tinggi, perkara pertama yang terlintas difikiran ialah serangan jantung. Ya, orang yang menghadapi masalah kolesterol tinggi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung dan stroke. Ia terjadi akibat daripada pengumpulan kolesterol dalam salur darah yang seterusnya menyempitkan salur darah. Akibatnya peredaran darah tidak lancar dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Kolesterol adalah salah satu sterol yang merupakan sebahagian daripada keluarga lemak. Sterol boleh didapati daripada sumber tumbuhan dan haiwan tetapi kolesterol hanya terdapat dalam sumber haiwan. Terdapat 2jenis kolesterol dalam badan iaitu LDL ( kolesterol jahat)dan  HDL ( kolesterol baik)

Antara makanan tinggi kolesterol yang menjadi antara punca masalah ini ialah otak lembu/kambing, organ dalaman lembu/kambing, butter, kuning telur, keju, kepala ikan bilis, makanan laut.

Jadi bagaimana menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL dalam badan?

1- Phytochemical.
Phytochemical ialah kompoun yang ditemui dalam makanan daripada sumber tumbuhan yang memberi manfaat kepada kesihatan badan. Antara phytochemical yang membantu menurunkan kolesterol ialah resveratrol. Resveratrol menghalang penyerapan kolesterol dalam darah dengan mencegah pembekuan kolesterol dari melekat pada salur darah dan seterusnya menurunkan kolesterol dalam darah. Resveratrol kebiasaan terdapat dalam anggur dan juga dalam sebahagian kekacang. Selain itu, VIVIX dari Shaklee juga merupakan tonic kesihatan yang kaya dengan resveratrol dan juga antioksidan membantu menurunkan kolesterol. Resveratrol dan antioksidan yang kaya dalam VIVIX  juga membantu melindungi dan menperbaiki sel- sel dalam badan termasuklah sel pada salur darah. Ini akan melancarkan lagi peredaran darah dan mengurangkan risiko penyakit seperti stroke dan juga serangan jantung.

2- Makanan tinggi serat larut.
Serat larut terdapat dalam makanan seperti oat, produk whole grain, epal, pir,barli. Serat larut mengurangkan penyerapan kolesterol dalam darah.

3- Ikan dan omega-3.
Omega-3 dalam ikan menurunkan kolesterol darah serta mengurangkan tekanan darah dan risiko pembekuan darah. Antara ikan yang kaya dengan omega-3 yang mudah didapati ialah ikan kembung.

4- Kurangkan makanan tinggi lemak. Makanan tinggi lemak keseluruhan berkait rapat dengan peningkatan kolesterol darah. Selain itu, makanan tinggi lemak meningkatkan lagi risiko penyempitan salur darah akibat daripada pembekuan darah.

5- Aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal akan membantu menurunkan kolesterol LDL dan membantu meningkatkan aras kolesterol HDL.

Nak turunkan kolesterol dengan bantuan  VIVIX. Boleh terus hubungi saya.

Call/ message/whatapps
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205
Your shaklee independent distributor

Sunday, December 18, 2016

Kenapa saya pilih shaklee

Assalamualaikum.

Kali ini lebih kepada berkongsi kisah sendiri bagaimana saya jatuh hati dengan shaklee.

Dulu saya merupakan seorang yang tidak gemarkan supplement. Ini kerana sejak dulu saya fikir kita tak perlukan sebarang supplement kerana kita boleh dapat semua nutrient dari pemakanan kita. Tapi yakinkah kita pemakanan kita seharian cukup untuk membekalkan semua nutrient yang diperlukan oleh badan? Cukupkah pengambilan sayur dan buah kita?

Bermula awal 2015, berat badan saya mula turun tapi bukanlah penurunan yang mendadak tapi ia turun sedikit demi sedikit sehinggakan berat saya menyamai berat 10 tahun lepas. Dan saya dikategori kurang berat badan mengikut BMI.

Lama kelamaan, bukan berat badan je yang makin turun tapi  tangan, kaki selalu kebas dan kadang- kadang kejang serta rasa lenguh - lenguh badan. Saya cuba cari maklumat puncanya dari internet dan juga bertanyakan kawan- kawan. Dan saya amat risau bila terbaca yang tanda- tanda yang saya alami mungkin merupakan tanda penyakit kencing manis atau Diabetes. Kemudian, buat ujian "fasting blood glucose" Alhamdulillah  keputusan normal.

Kemudian saya bertanyakan pendapat seorang kawan saya yang merupakan seorang doktor. Dia memang cadang dan paksa saya untuk buat ujian darah yang lebih detail. Tapi saya memang degil. Tak nak buat ujian darah tu. (Takut jumpa doktor, hehe)
Menurut kawan saya, masalah yang saya alami mungkin disebabkan oleh "electrolyte imbalance" yang mana mungkin saya kurang sesetengah nutrient dalam badan.

Bila difikir-fikir kan , memang pemakanan saya tidak seimbang. Sayur dan buah sangat kurang. Lagi satu, saya tak suka minum susu. Kemudian saya cuba untuk makan lebih sayur tapi agak sukar untuk makan lebih banyak sajian buah dan sayur setiap hari bagi saya yang agak memilih makan ni. Bagi anda yang gemarkan sayur mungkin tak jadi masalah.

Dan saya mula tercari2 supplement yang sesuai. Terpaksa ubah pendirian sebelum ni yang berkeras bahawa saya tak perlukan supplement. Haha. Namun ambil masa juga sebenarnya untuk saya cuba supplement.

Pada Mei 2016, saya cuba ostematrix dan vitalea dari Shaklee. Itu pun kadang ambik kadang tak. Masa tu masih ada sedikit perasaan ego dalam diri. Hehe. Tapi memang rasa perbezaan la lepas saya makan supplement shaklee. Badan tak lenguh2 lagi dan kebas pada kaki dan tangan pun hilang. Berat saya pun mula bertambah dan saya dah dapat BMI normal balik. Cuma nak naikkan lagi 2 kg untuk dapat BMI yang ideal.
Sekarang saya masih lagi belajar untuk makan pelbagai jenis sayur. :)

Nak cerita sikit mengenai vitalea dan ostematrix. Vitalea adalah satu suplemen seimbang mengandungi 28 vitamin dan mineral yang penting untuk keperluan tubuh dewasa. Vitalea memberi kecergasan dan kesihatan seluruh tubuh serta menguatkan tulang dan sistem imun badan.

Ostematrix pula adalah suplemen kesihatan tulang yang dirumus khas padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain untuk membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat.

Sebab yang paling utama saya pilih shaklee kerana produk shaklee merupakan produk yang dijamin selamat. Telah banyak kajian yang telah dilakukan untuk menguji keberkesanan produk dari shaklee. Antaranya ialah kajian yang dijalankan bersama penyelidik dari Universiti California Berkeley, Pusat Pengajian Kesihatan Awam dan diterbitkan dalam Nutrition Journal. Kajian tersebut membuktikan pengguna shaklee yang konsisten menunjukkan tahap yang lebih rendah bagi penanda biologi kesihatan jantung berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen.

Maksud saya kat sini, suplemen boleh membantu kita untuk mencukupkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh badan tapi tidak bermaksud kita tak perlu makan sayur dan buah-buah dalam diet seharian kita. Seperti saya yang masih cuba untuk hidup lebih sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Jom sama2 ubah corak pemakanan dan hidup kita untuk jadi lebih sihat.

Nak hidup sihat? Jangan bertangguh lagi, hubungi saya.

Call/message/ whatapps
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205
Shaklee Independent Distributor

Friday, December 16, 2016

Strategi Turunkan Berat Badan Part 2

Assalamualaikum.

Macam mana pengubahan corak pemakanan boleh membantu anda menurunkan berat badan? Antara strategi yang boleh anda amalkan ialah:

1- Realistik dengan pengambilan kalori.
Yang penting untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengambil kurang kalori daripada keperluan. Tapi pengurangan kalori yang melampau akan menyebabkan badan tidak mendapat nutrien yang cukup dan juga menyebabkan badan kehilangan tisu otot. Akibatnya mungkin anda akan kehilangan berat badan yang mendadak. Penurunan berat badan yang mendadak mungkin juga akan menyebabkan berat badan anda mudah bertambah kemudian.

Untuk anda yang mempunyai BMI lebih dari 35, cadangan pengurangan kalori ialah sebanyak 500- 1000kcal sehari berbanding pengambilan kalori yang biasa anda makan.

Untuk anda yang mempunyai BMI  antara 27- 35, cadangan pengurangan kalori ialah sebanyak 300- 500kcal sehari berbanding pengambilan kalori yang biasa anda makan.

Jadi, sebelum mulakan program penurunan berat badan, buat sedikit kira2 untuk mengetahui pengambilam kalori seharian yang anda ambil.

2- Pastikan Nutrient yang diperolehi mencukupi.
Masalah yang selalu timbul bila anda cuba menurunkan berat badan, ialah kekurangan nutrient. Ia terjadi bila anda cuba menghadkan pengambilan makanan, maka secara tidak langsung sesetengah nutrient mungkin tidak cukup untuk badan. Makan lah semua kumpulan makanan tapi pastikan kuantitinya bersesuaian dengan keperluan anda. Selain itu, pengambilan supplement juga boleh  membantu anda mendapat nutrient yang cukup. VITALEA dari shaklee adalah supplement yang baik untuk membantu anda mendapat nutrient yang cukup. Ia mengandungi vitamin dan mineral mengikut saranan RDA (recommended dietary allowance)

3- Makan dengan porsi  yang sesuai
Porsi makanan sangat penting untuk menurunkan berat badan. Ramai individu yang cuba menurunkan berat badan tidak mengambil makanan yang tinggi kalori dalam diet seharian tetapi mengambil banyak makanan yang dikatakan makanan rendah lemak dan rendah kalori. Tapi sebenarnya makanan yang rendah lemak atau rendah kalori jika diambil berlebihan akan menyukarkan proses penurunan berat badan anda. Begitu juga dengan nasi, ramai beranggapan nasi akan menyukarkan mereka untuk menurunkan berat badan, tapi yang sebetulnya nasi tidak akan meningkatkan berat badan anda sekiranya diambil dengan porsi yang betul. Dan ramai juga yang beralasan, mereka sukar mengawal selera makan apabila makan nasi. Untuk permulaannya memang susah, tapi anda harus kekal disiplin dan mempunyai keinginan yang kuat untuk menurunkan berat badan.

4- Pilih makanan rendah "energy density"
Selain porsi makanan, pemilihan makanan yang rendah "energy density" penting untuk membantu anda menurunkan berat. Makanan yang rendah "energy density" kebiasaanya tinggi kandungan air dan serat serta rendah lemak. Ia akan memberi rasa kenyang walaupun kalorinya rendah. Contoh pada berat yang sama dan saiz hidangan yang sama, brokoli mengandungi 2kali ganda serat berbanding ubi kentang selain kalorinya cuma 1/4 berbanding kalori pada ubi kentang.

5- Air yang cukup.
Air membantu menurunkan berat badan dengan memberi rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan pengambilan kalori.

6- Pilih makanan tinggi serat
Buah dan sayuran serta bijirin penuh mengandungi tinggi mineral, vitamin dan juga serat tetapi rendah lemak. Makanan tinggi serat akan mengurangakan pengambilan kalori dan juga memberi rasa kenyang.

7- Kurangkan makanan tinggi lemak
Sepertimana semua tahu, makanan tinggi lemak akan meningkatkan pengambilan kalori anda. Buat pilihan terbaik untuk mengurangkan pengambilan lemak dalam diet seharian anda. Contohnya susu rendah lemak adalah pilihan yang baik berbanding susu segar atau susu penuh krim.

8- Hadkan pengambilan makanan tinggi gula.
Gula adalah makanan yang hanya ada kalori tanpa nutrient lain.

Nak saya bantu untuk turunkan berat badan anda? Hubungi saya

Call/message/whatapps
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:.1241205

Thursday, December 15, 2016

Strategi Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum.

Semalam saya kongsikan mengenai cara untuk meningkatkan metabolisme badan. Hari ini saya akan kongsikan strategi untuk menurunkan berat badan yang insyaAllah berkesan untuk anda yang merancang untuk menurunkan berat badan.

2 perkara penting untuk menurunkan berat badan ialah diet seharian dan juga senaman. Individu yang menggabungkan kedua- dua cara ini akan dapat menurunkan berat badan yang berkesan dengan hilang lebih banyak lemak disamping mengekalkan tisu otot.

Ok, untuk kali ini saya akan kongsikan mengenai senaman untuk menurunkan berat badan.Senaman yang disarankan ialah apa apa aktiviti fizikal atau senaman yang anda seronok untuk melakukannya. Apa sahaja aktiviti fizikal. Namun begitu, kebiasaan yang akan disaran untuk permulaan ialah  ialah senaman ringan atau sederhana seperti berjalan atau berjalan laju selama 1 jam sehari. Kenapa senaman seperti ini yang disarankan? Ini kerana individu yang memulakan senaman yang ringan atau sederhana kebiasaaan akan kekal dengan aktiviti tersebut untuk jangka masa yang lama selain mengurangkan risiko kecederaan. Sekiranya anda bermula dengan senaman berat, kemungkinan anda tidak akan konsisten dengan aktiviti tersebut akibat faktor kepenatan atau mungkin juga kecederaan. Jadi mulakan dengan senaman ringan dan tambahkan "intensity" dan masa senaman perlahan- lahan.

Selain senaman aktiviti seperti di atas, sedikit pengubahsuaian dalam aktiviti seharian juga membantu menurunkan berat badan. Antaranya ialah menggunakan tangga lebih baik daripada menggunakan lif. Antara cara lain ialah letak kereta agak jauh dari pejabat, maka anda akan menggunakan kalori yang lebih dengan berjalan sedikit jauh untuk sampai ke pejabat. Tapi pastikan anda tidak terkejar- kejar untuk "punch card" . Seeloknya datang awal, letak kereta agak jauh dari pejabat dan nikmatilah "perjalanan" anda itu.

Apa yang perlu anda ketahui ialah "duduk menggunakan lebih kalori berbanding baring", "berdiri menggunakan lebih kalori berbanding duduk", "bergerak menggunakan lebih kalori berbanding berdiri" . Jadi banyakkan bergerak untuk membakar lebih banyak kalori. Apa yang penting ialah jadi aktif dan bersenamlah. Lakukan apa saja yang anda suka da cuba lakukan sekerap mungkin. Tak kisah samaada berjalan, berlari, berenang, menari atau berbasikal. Semuanya akan membantu menurunkan berat badan anda.

Selain menurunkan berat badan, senaman juga membantu meningkatkan metabolisme badan dengan meningkatkan tisu otot, memperbaiki komposisi badan, mengawal selera makan dan  mengurangkan stress

Inginkan tips - tips pemakanan untuk menurunkan berat badan, nantikan. InsyaAllah saya akan kongsikan dalam entry yang seterusnya.

Tuesday, December 13, 2016

Cara Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Assalamualaikum.

Selalu kita dengar keluarga atau kawan-kawan yang mengidap penyakit darah tinggi. Dan ramai juga yang tidak mengambil serius tentang penyakit ini. Ia mungkin disebabkan penyakit ini tidak menunjukkan ciri-ciri secara terang terangan. Malah mereka yang mengalami masalah ini merasakan seolah-olah tiada apa yang berlaku pada diri mereka sehinggalah penyakit ini sudah menjadi semakin serius. Kerana itulah penyakit ini sering digelar pembunuh senyap.

Apa yang akan terjadi sekiranya tekanan darah tinggi yang tidak terkawal sehingga ia digelar pembunuh senyap? Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan merosakkan pembuluh darah yang boleh mengakibatkan stroke, serangan jantung, masalah buah pinggang dan pelbagai masalah kesihatan yang lain.

Jadi, seharusnya masalah tekanan darah tinggi ini dipantau dan dikawal dengan sebaiknya untuk mengurangkan risiko-risiko yang boleh terjadi akibat tekanan darah tinggi.

VIVIX daripada shaklee insyaAllah boleh membantu mengawal tekanan darah. Ini kerana kandungan VIVIX yang kaya dengan resveratrol membantu mengawal tekanan darah. Bagaimana resveratrol berfungsi? Ia berperanan sebagai pembersih pembuluh darah, membantu menurunkan kepekatan darah, mencegah pembekuan darah. Ini semua akan melancarkan peredaran darah dan seterusnya memgawal tekanan darah.

Selain itu, resveratrol yang terkandung dalam VIVIX juga mencegah arteosklerosis, mengawal bekalan darah normal ke seluruh badan.

Kandungan resveratrol yang terdapat dalam sebotol vivix menyamai kandungan resveratrol yang terdapat dalam 3000 gelas red wain. Tetapi, sebagai Muslim, kita tidak boleh minum red wain kan. Jadi VIVIX adalah pilihan terbaik untuk anda dapat manfaat daripada resveratrol untuk mengawal tekanan darah.

Nak dapatkan VIVIX?
Boleh terus hubungi saya.

Call/ mesej/ whatapps:
013 7556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

Monday, December 12, 2016

Untuk anda kelihatan cantik dan awek muda

Assalamualaikum

Wajah yang cantik berseri, 'flawless' dan 'glowing' memang menjadi idaman wanita kan. Namun begitu ramai yang mengalami masalah kulit  kusam dan pelbagai masalah kulit yang lain? Anda salah sorang daripadanya? Teruskan membaca kerana saya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dengan anda.

Kenapa kulit kita kusam ya? Penyebab kulit kusam dan tidak berseri serta kelihatan lebih tua dari usia antaranya ialah:

1- Tidak minum air yang cukup
Sekiranya anda tidak minum air yang cukup, ia akan menurunkan aliran darah ke kulit menyebabkan anda kelihatan pucat dan juga kulit kering.  Selain itu, ia menyebabkan kulit hilang keanjalan serta munculnya garis- garis halus terutamanya pada wajah. Tak sukakan bila garis- garis halus tanda penuaan ada pada wajah kita kan?

2- Stress
Stress menyebabkan peningkatan kortisal yang mempengaruhi aliran darah ke kulit.

3- Tidak cukup tidur
Waktu tidur merupakan waktu sel sel kulit regenesi dan juga diperbaiki. Jika waktu tidur kurang, sel sel kulit tidak dapat diperbaiki dan diperbaharui menyebabkan perubahan pengaliran darah seperti lingakaran gelap bawah mata, kulit kering serta berminyak. Jadi tidur awal adalah seeloknya.

4- Persekitan dan udara yang tidak bersih.
Setiap hari kulit kita terdedah dengan pelbagai kotoran dan pencemaran yang menyebabkan kerosakan DNA sel.

5- Make-up yang berlebihan.
Tahukah anda make- up yang berlebihan dan akan menyebabkan kulit tidak dapat bernafas serta penyebab kepada pori 2 tersumbat. Ia boleh menyebabkan masalah kulit kering juga jerawat sekiranya make- up tidak dibersihkan dengan sempurna.

6- Pemakanan yang tidak seimbang
Makanan yang berminyak dan tinggi gula sering dikaitkan dengan masalah kulit.

Bagaimana kita nak dapatkan kulit yang cantik, sihat, berseri serta awet muda? VIVIX insyaAllah boleh membantu mencapai impian anda. VIVIX membantu kecantikan anda dari dalam. Itu lebih pentingkan kerana kecantikan dari dalam badan memberi kesan yang lebih baik.

VIVIX adalah suplemen anti penuaan yang terbaik yang dikeluarkan oleh Shaklee selepas penyelidikan selama bertahun-tahun.
Kajian secara klinikal telah terbukti bagi orang yang mengamalkan VIVIX menyebabkan kelihatan 25 tahun lebih muda dari umur sebenar.

Ia adalah hasil daripada gabungan bahan- bahan terbaik yang terdapat dalam VIVIX yang kaya dengan antioksidan, resveretrol, dan pelbagai vitamin lain. Ia melindungi dan memperbaiki kerosakan DNA sel. Seperti saya nyatakan diatas, setiap hari kita terdedah kepada kerosakan DNA sel akibat pelbagai faktor. Apabila sel rosak menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat. Jadi unsur antioksidan dalam VIVIX membantu melindungi dan memperbaiki kerosakan DNA sel yang menjadikan badan serta kulit lebih sihat. Hasilnya anda akan kekal awet muda, kelihatan cantik serta memiliki kulit yang cantik dan berseri.

Menarik bukan? Terus hubungi saya untuk dapatkan produk yang terbaik ini.

Call/ Message/whatapps:
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee Id : 1241205

Sunday, December 11, 2016

Cara Mengawal Gula Dalam Darah

Assalamualaikum.

Baru- baru ini, surat khabar Sinar Harian mendedahkan kira- kira 3.5juta rakyat Malaysia mengidap Diabetes Mellitus atau kencing manis. Ini menjadikan Malaysia merupakan negara ke-4 yang mempunyai rakyat mengidap kencing manis tertinggi di Asia. Dan yang lebih membimbangkan ialah semakin ramai golongan muda yang mengidap penyakit ini. Punca utamanya ialah corak pengambilan makanan. Kencing manis tidak terjadi sejurus selepas makan makanan manis tetapi ia merupakan kesan dari corak pemakanan yang tinggi gula dan tinggi karbohidrat untuk sesuatu jangka masa.

Diabetes Mellitus terdiri dari 2 jenis. Iaitu jenis 1 dan jenis 2. Kebanyakan kes Diabetes Mellitus adalah jenis 2. Ia terjadi apabila insulin yang dihasilkan dalam badan tidak mencukupi atau tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Apabila insulin tidak dapat berfungsi dengan baik, glukosa daripada makanan tidak dapat diangkut ke dalam sel tubuh. Tubuh tidak dapat menggunakan glukosa sebagai tenaga. Sebaliknya, glukosa akan terus berada dalam salur darah.

Antara gejala- gejala diabetes ialah:

* Cepat dahaga dan kerap buang air kecil.

* Tidak bertenaga, letih dan pening.
* Cepat lapar akibat kekurangan glukosa dalam sel.

* Berat badan susut dengan mendadak. Ini kerana tubuh akan membakar lemak dan tisu otot untuk mendapatkan tenaga apabila glukosa dalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.

* Senang mendapat jangkitan dan luka lambat sembuh.

* Rasa kebas pada tangan dan kaki. Ia akibat daripada aras glukosa darah yang tinggi mengganggu sistem saraf.

* Penglihatan kabur.

Pengubahan corak pemakanan, senaman serta ubat- ubatan membantu mengawal gula dalam darah. Antara langkah- langkah untuk memgawal gula dalam darah:

1- Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi gula. Makanan tinggi gula cepat dicernakan dan terus diserap ke darah menyebabkan peningkatan aras gula yang lebih cepat.

2- Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi serat seperti bijirin dan produk bijirin mil penuh, kekacang, sayur- sayuran serta buah- buahan.

3- Kawal saiz hidangan makanan terutamanya karbohidrat. Pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat yang berlebihan pada satu masa akan menyebabkan gula darah sangat tinggi dan sekiranya pengambilan karbohidrat terlalu sedikit menyebabkan gula darah terlalu rendah. Oleh kerana itu, pengambilan karbohidrat pada porsi yang tepat membantu mengawal gula darah.

4- Hadkan pengambilan lemak. Lemak yang berlebihan meningkatkan risiko kegemukan dimana seterusnya akan meningkatkan rintangan insulin.

5- Senaman juga membantu memgawal gula dalam darah. Ia membantu metabolisma karbohidrat dalam makanan untuk ditukarkan kepada glukosa. Selain itu, senaman juga memperbaiki sensitiviti insulin disamping mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Selain tips - tips diatas, VIVIX daripada shaklee juga membantu menurunkan gula dalam darah. VIVIX  mengandungi bahan-  bahan terbaik iaitu japanese knotweed, muscardine grape, purple carrot, european elderberry. Ia kaya dengan resveratrol dan polifenol yang membantu meningkatkan sentiviti tubuh terhadap hormon insulin dan mengurangkan rintangan insulin. Apabila sensitiviti insulin meningkat, maka aras gula dalam darah dapat dikawal. Selain itu, VIVIX juga membantu mengaktifkan enzim SIRT1. Enzim ini bertanggungjawab untuk rembesen insulin yang berfungsi dalam pengawalan gula darah.

Anda boleh terus hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.

Call/ Message/whatapps:
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee Id : 1241205

Thursday, December 8, 2016

10 fakta mengenai ESP Shaklee

ESP ialah Energizing Soy Protein. Merupakan protein soya yang berkualiti tinggi. Ia berbentuk serbuk dan boleh dibancuh dengan air suam atau air kosong. ESP juga boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, susu, horlicks selain boleh dijadikan smoothies buah-buahan.

10 fakta menarik mengenai ESP Shaklee:

1- Berasaskan tumbuhan iaitu daripada Non-GMO soya. Shaklee menggunakan proses persijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya yang digunakan bebas daripada pendedahan perubahan genetik daripada benih sehingga pengeluarannya.

2- Membekalkan protein lengkap dengan 9 asid amino perlu ( essential amino acids). Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dengan cukup untuk keperluan badan. Ia diperolehi dari pemakanan seharian. 9 asid amino itu ialah histidine, isoleucine, leusine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan dan valine. 

3- Diproses pada suhu yang rendah untuk memastikan kualiti protein. Ini kerana protein dalam makanan akan mengalami proses "denaturation" apabila terdedah kepada suhu yang tinggi atau dalam keadaan berasid. Denaturation adalah proses yang menyebabkan struktur protein berubah dan menyebabkan hilang fungsi dan keupayaannya untuk badan.

4- Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Proses ini boleh menghilangkan isoflavones yang terdapat dalam soya dan juga kemungkinan juga menyebabkan cross contamination dengan bahan-bahan kimia yang lain. Berbeza dengan ESP Shaklee yang mana ianya diproses dan dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones, genistein untuk mengekalkan kebaikan soya dalam ESP Shaklee..

5- 1 tin ESP Shakee (850g) dihasilkan dari 30 kg kacang soya.

6- Protein soya dalam ESP Shaklee( protein tumbuhan) lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan.

7- Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam- jam lamanya. Ia sesuai untuk orang yang nak menurunkan berat badan.

8- Mengandungi 5 vitamin Bs, dan mineral. Juga dilengkapi dengan kalsium.

9- Kaya dengan Isoflavones. Ia membantu menstabilkan hormon.

10- Mengandungi kadar GI ( glisemic  indeks) yang rendah. Kadar GI penting untuk mengawal kadar gula dalam darah.

Monday, December 5, 2016

La Tahzan

Syukur, Zikir dan Sabar
Di dalamnya terdapat kebahagiaan dan pahala...

Sunday, December 4, 2016

Shaklee Collagen Powder cantikkan kulit

Assalamualaikum

Boleh dikatakan semua wanita mahukan kulit yang cantik kan. Kulit yang putih, gebu dan berseri seri. Dan bila keluar rumah, boleh keluar dengan yakin tanpa perlu make up yang tebal untuk tutup segala kekurangan yang terdapat pada muka kita. Ini semua impian semua wanita termasuklah saya. :)

Shaklee Collagen Powder boleh membantu anda untuk mendapat kulit yang lebih sihat. Shaklee Collagen  Powder mengandungi sumber premium collagen iaitu mengandungi 4000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) dan tambahan 7 bahan lain iaitu Camelia Japonica Seed Extract, Pfaffia Extract, Fish Collagen, Shellfish Extract, Lactobacillus Acidophilus, Vitamin  C dan Vitamin B.  Gabungan semua bahan ini membantu anda untuk mendapatkan kulit yang gebu, tegang, cerah. Pori juga semakin mengecil selain menjadikan kulit semakin licin.

Ujian klinikal ke atas Shaklee Collagen Powder membuktikan 71% pengguna mempunyai tekstur kulit yang lebih gebu selepas menggunakannya selama 8 minggu berturut- turut.

Saturday, December 3, 2016

Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan saya kan kongsikan dengan lebih terperinci mengenai Shaklee Collagen Powder. Kenapa saya katakan ia adalah yang terbaik. Ini kerana Shaklee Collagen Powder mengandungi kolagen yang asli dan bermutu tinggi. Ia diekstrak dari sisik ikan merah yang merupakan sumber premium kolagen . Mana tidaknya ia mengandungi 4000mg proprietary RSS ( red snapper scale).

Apa yang lagi menarik ialah berat molecular nya yang sangat ringan iaitu lebih kurang 1000 Dalton. Ia menjadikan ia mudah diserap oleh badan dan juga membantu untuk meransang penghasilan kolagen dalam badan. Disebabkan inilah hasil yang kita dapat apabila mengamalkan Shaklee Collagen Powder cepat dirasai dan dilihat.

Selain dari sumber premium kolagen tersebut, Shaklee Collagen Powder juga mengandungi camelia japonica seed extract, kolagen dari ikan, extract kerang kerangan, pfaffia extract, lactobicilus acidophilus, vitamin C dan vitamin B. Gabungan semua bahan ini membantu lagi keberkesanan bagi sesiapa yang mengambil Shaklee Collagen Powder ini.

Apa itu Kolagen

Assalamualaikum.

Anda selalu dengar mengenai kolagen kan? Banyak produk kecantikan dan supplement mengandungi kolagen. Ia selalu dikaitkan dengan kecantikan kan. Tapi apa sebenarnya kolagen? Perkataan 'collagen' berasal dari bahasa Greek iaitu "kolla" yang bermaksud gam.

Kolagen adalah protein utama dalam badan dan banyak terdapat dalam tulang, otot, kulit dan tendon yang mana ianya memberi 'structure' dan kekuatan.

Collagen secara semulajadi dihasilkan dalam badan oleh pelbagai sel. Cuma penghasilannya yang utama ialah oleh 'connective tissue cells'.

Kolagen amat berkait rapat dengan kesihatan kulit manusia. Ia menjadikan kulit kuat dan anjal. Namun begitu, penghasilan kolagen akan berkurang dengan peningkatan umur seseorang. Akibatnya kulit akan mula timbul garis- garis halus dan tidak lagi tegang dan anjal seperti usia muda. Oleh kerana itu, ramai yang tercari- cari sumber kolagen untuk mengembalikan keremajaan kulit dan menangani kesan penuaan pada kulit.

Kolagen juga berperanan merawat luka pada kulit. Ia meransang platelet darah agar cepat membeku dan menghentikan pendarahan. Kemudian membentuk lapisan pada kulit untuk melindungi luka. Selain itu kolagen juga diperlukan dalam perubatan seperti pembentukan kulit baru bagi kes melecur yang teruk.

Seperti yang saya nyatakan kat atas, penghasilan kolagen berkurangan dengan peningkatan umur. Namun begitu terdapat faktor lain yang menyebabkan pengurangan kolagen dalam badan. Antaranya ialah:

1- Pengambilan makanan tinggi gula yang berlebihan.
Diet yang tinggi gula meningkatkan proses "glycation" yang mana gula dalam darah akan bergabung dengan protein dan menghasilkan molekul baru yang dipanggil "advanced glycation end product"(AGEs). AGEs akan merosakan protein yang berdekatan dan boleh menyebabkan kolagen kering dan lemah.

2- Merokok
Bahan kimia dalam rokok boleh merosakkan kolagen pada kulit. Selain itu, nicotine juga menyempitkan saluran darah pada lapisan kulit yang seterusnya mengurangkan penghantaran nutrient da oksigen yang penting kepada kulit. Akibatnya kulit menjadi kering dan tidak sihat.

3- Cahaya matahari
UV daripada sinaran matahari menyebabkan kolagen rosak.

Jadi, kolagen dalam badan akan berkurangan setiap hari dengan peningkatan usia dan juga disebabkan faktor2 luaran.

Nak tahu apa yang shaklee tawarkan untuk anda yang tercari- cari produk yang mengandungi kolagen untuk miliki kulit yang cantik dan juga banyak manfaat lain? Semestinya Shaklee Collagen Powder. Ia mengandungi bahan- bahan yang terbaik dan pastinya hasilnya juga terbaik. Nantikan. Saya akan kongsikan dengan lebih terperinci pada entry seterusnya.

Friday, December 2, 2016

Nama lain bagi gula

Assalamualaikum

Masih lagi mengenai gula. Bila sebut gula yang terbayang difikiran kita ialah gula pasir putih yang biasa kita guna untuk bancuh air kan. Tapi sebenarnya banyak lagi gula lain yang memberi kesan yang sama seperti gula putih. Gula lain kemungkinan digunakan dalam sesuatu produk menggantikan gula atau sebagai agen pemanis. Ia kebiasaannya akan dicetak pada label dan kandungan pada bungkusan setiap produk.

Jadi, baca label dan sentiasa semak kandungan setiap produk untuk mengetahui kuantiti gula atau agen pemanis yang digunakan. Ini kerana kita bukan sekadar perlu mengawal jumlah gula putih tetapi juga gula yang tersembunyi atau agen- agen pemanis yang lain.

Antara nama- nama lain bagi gula yang biasa digunakan ialah:

1- Barley Malt
Pemanis yang dihasilkan dari biji bijian melalui proses malting.

2- Caramel
Caramel dihasilkan dari pemanasan berbagai jenis gula sehingga berwarna coklat keperangan.

3- Corn syrup
Sejenis gula jagung

4- Dextrose
Nama lain bagi Glukosa

5- Fruktosa
Gula dari buah buahan

6- Galaktosa
Gula yang terdapat dalam susu. Ianya kurang manis berbanding glukosa dan fruktosa

7- Glukosa
Gula yang sering terdapat pada tanaman.

8- Golden Syrup
Kental dan berwarna kekuningan hasil dari proses dari gula tebu. Biasa digunakan dalam produk kek.

9- Maltosa
Disebut juga sebagai "gula malt". Sering dihasilkan dari tanaman cereal seperti gandum dan barley.

10- Raw sugar.
Juga dikenali sebagai brown sugar.

11- Maple sugar
Sirap yang dihasilkan dari tanaman maple.

12- Molasses
Gula hitam hasil dari penyulingan tebu.

13- Sucrose
Dari gula pasir.

Bahaya Gula

Assalamualaikum.

Gula adalah carbohidrat ringkas yang merupakan bahan tambahan makanan yang membuatkan kita 'enjoy' kemanisan pada makanan tersebut. Namun begitu, pengambilan gula yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan.

Sepertimana entry sebelum ni, gula adalah antara penyebab kepada penyakit Diabetes Mellitus. Selain itu pengambilan gula yang tinggi akan meningkatkan kadar trigeliserid dalam darah. Trigeliserid merupakan salah satu lemak dalam badan selain HDL dan LDL. Ini kerana kandungan kalori dalam gula yang tidak digunakan akan disimpan sebagai trigeliserid. Kadar trigeliserid yang tinggi pula meningkatkan risiko penyakit jantung dan juga stroke.

Terdapat banyak lagi bahaya pengambilan gula yang berlebihan. InsyaAllah saya akan kongsikan dari masa ke masa. Oleh itu, bersederhanalah dalam setiap makanan yang kita ambil.

Semoga bermanfaat.

Thursday, December 1, 2016

Ayam Masak Phat Phet

Assalamualaikum.

Kali ni nak kongsikan masakan ala Thai. Resepi yang saya belajar dari kakak saya. Dia pula belajar dari kawan dia yang berketurunan Thai. Panjang sikit sejarah resepinya. Dulu, sewaktu kat hostel di kampung baru ada gerai yang jual lauk lebih kurang macam ni. Namanya ayam masak pedas. Dan memang betul- betul pedas. Saya boleh makan pedas tapi tidak terlalu pedas. Bila kita masak sendiri boleh ikut tahap kepedasan yang kita suka. Itu yang seronoknya bila masak sendiri. :)

Jom semak resepi

Ayam Masak Phat Phet

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam- dipotong
4 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar( holland)
2 hiris halia
2 hiris lengkuas
3 batang serai
sedikit kunyit
Daun limau purut
1 keping asam keping
2 biji tomato- dipotong kecil

Cara Penyediaan:

1- Kisar bawang putih, 1 1/2 biji bawangbesar, halia, lengkuas, sebatang serai, kunyit, cili padi.
2- Tumis bahan- bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan 2 batang serai yang telah diketuk.
3- Masukkan ayam dan sedikit air. Masukkan asam keping. Masak sehingga ayam masak. Masukkan separuh biji bawang besar dipotong bulat, daun limau purut dan tomato. Perasakan dengan garam dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan. 

*terpulang kepada anda nak jadikan ia kering seperti rendang atau sedikit berkuah. Adjust pada sukatan air.
* ini adalah versi kurang kalori, ayam boleh juga digoreng terlebih dahulu. Dan semestinya kalorinya lebih berbanding versi kat atas.
*boleh juga tambah sayur lain seperti kacang panjang dan cauliflower. Semalam, kat rumah cuma ada tomato je. :)
*boleh kurangkan atau lebihkan cili api ikut tahap kepedasan yang anda inginkan.

Diabetes Mellitus, kenapa ia terjadi?

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini peningkatan pesakit yang mengidap penyakit Diabetes Mellitus atau kencing manis semakin membimbangkan. Diabetes Mellitus terjadi apabila aras gula dalam darah meningkat selepas makan dan ia kekal tinggi dan melebihi aras normal gula dalam darah.

Terdapat 2 jenis penyakit Diabetes Mellitus iaitu jenis 1 dan jenis 2. Jenis 2 adalah yang biasa berlaku dan ianya disebabkan oleh kegagalan sel untuk respond dengan fungsi insulin. Ia kebiasaanya disebabkan oleh organ pankreas yang tidak mampu atau kurang menghasilkan insulin. Insulin berperanan mengawal aras gula dalam darah dengan membawa glucosa dalam darah kepada sel sebagai tenaga. Apabila insulin kurang, maka aras gula dalam darah meningkat.

Diabetes mellitus juga terjadi akibat masalah kerintangan insulin iaitu kurangnya sensitif insulin kepada sel. Kajian menunjukkan masalah berat badan berlebihan mempunyai kaitan dengan masalah kerintangan insulin ini. Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi gula secara berterusan akan meningkat pengeluaran insulin oleh 'beta cells' di pancreas dan lama kelamaan menyebabkan 'beta cells' ini kurang menghasilkan insulin. Itu yang terjadinya ketidakcukupan insulin dan menyebabkan aras gula dalam darah meningkat.