Saturday, December 3, 2016

Apa itu Kolagen

Assalamualaikum.

Anda selalu dengar mengenai kolagen kan? Banyak produk kecantikan dan supplement mengandungi kolagen. Ia selalu dikaitkan dengan kecantikan kan. Tapi apa sebenarnya kolagen? Perkataan 'collagen' berasal dari bahasa Greek iaitu "kolla" yang bermaksud gam.

Kolagen adalah protein utama dalam badan dan banyak terdapat dalam tulang, otot, kulit dan tendon yang mana ianya memberi 'structure' dan kekuatan.

Collagen secara semulajadi dihasilkan dalam badan oleh pelbagai sel. Cuma penghasilannya yang utama ialah oleh 'connective tissue cells'.

Kolagen amat berkait rapat dengan kesihatan kulit manusia. Ia menjadikan kulit kuat dan anjal. Namun begitu, penghasilan kolagen akan berkurang dengan peningkatan umur seseorang. Akibatnya kulit akan mula timbul garis- garis halus dan tidak lagi tegang dan anjal seperti usia muda. Oleh kerana itu, ramai yang tercari- cari sumber kolagen untuk mengembalikan keremajaan kulit dan menangani kesan penuaan pada kulit.

Kolagen juga berperanan merawat luka pada kulit. Ia meransang platelet darah agar cepat membeku dan menghentikan pendarahan. Kemudian membentuk lapisan pada kulit untuk melindungi luka. Selain itu kolagen juga diperlukan dalam perubatan seperti pembentukan kulit baru bagi kes melecur yang teruk.

Seperti yang saya nyatakan kat atas, penghasilan kolagen berkurangan dengan peningkatan umur. Namun begitu terdapat faktor lain yang menyebabkan pengurangan kolagen dalam badan. Antaranya ialah:

1- Pengambilan makanan tinggi gula yang berlebihan.
Diet yang tinggi gula meningkatkan proses "glycation" yang mana gula dalam darah akan bergabung dengan protein dan menghasilkan molekul baru yang dipanggil "advanced glycation end product"(AGEs). AGEs akan merosakan protein yang berdekatan dan boleh menyebabkan kolagen kering dan lemah.

2- Merokok
Bahan kimia dalam rokok boleh merosakkan kolagen pada kulit. Selain itu, nicotine juga menyempitkan saluran darah pada lapisan kulit yang seterusnya mengurangkan penghantaran nutrient da oksigen yang penting kepada kulit. Akibatnya kulit menjadi kering dan tidak sihat.

3- Cahaya matahari
UV daripada sinaran matahari menyebabkan kolagen rosak.

Jadi, kolagen dalam badan akan berkurangan setiap hari dengan peningkatan usia dan juga disebabkan faktor2 luaran.

Nak tahu apa yang shaklee tawarkan untuk anda yang tercari- cari produk yang mengandungi kolagen untuk miliki kulit yang cantik dan juga banyak manfaat lain? Semestinya Shaklee Collagen Powder. Ia mengandungi bahan- bahan yang terbaik dan pastinya hasilnya juga terbaik. Nantikan. Saya akan kongsikan dengan lebih terperinci pada entry seterusnya.

No comments:

Post a Comment