Thursday, December 15, 2016

Strategi Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum.

Semalam saya kongsikan mengenai cara untuk meningkatkan metabolisme badan. Hari ini saya akan kongsikan strategi untuk menurunkan berat badan yang insyaAllah berkesan untuk anda yang merancang untuk menurunkan berat badan.

2 perkara penting untuk menurunkan berat badan ialah diet seharian dan juga senaman. Individu yang menggabungkan kedua- dua cara ini akan dapat menurunkan berat badan yang berkesan dengan hilang lebih banyak lemak disamping mengekalkan tisu otot.

Ok, untuk kali ini saya akan kongsikan mengenai senaman untuk menurunkan berat badan.Senaman yang disarankan ialah apa apa aktiviti fizikal atau senaman yang anda seronok untuk melakukannya. Apa sahaja aktiviti fizikal. Namun begitu, kebiasaan yang akan disaran untuk permulaan ialah  ialah senaman ringan atau sederhana seperti berjalan atau berjalan laju selama 1 jam sehari. Kenapa senaman seperti ini yang disarankan? Ini kerana individu yang memulakan senaman yang ringan atau sederhana kebiasaaan akan kekal dengan aktiviti tersebut untuk jangka masa yang lama selain mengurangkan risiko kecederaan. Sekiranya anda bermula dengan senaman berat, kemungkinan anda tidak akan konsisten dengan aktiviti tersebut akibat faktor kepenatan atau mungkin juga kecederaan. Jadi mulakan dengan senaman ringan dan tambahkan "intensity" dan masa senaman perlahan- lahan.

Selain senaman aktiviti seperti di atas, sedikit pengubahsuaian dalam aktiviti seharian juga membantu menurunkan berat badan. Antaranya ialah menggunakan tangga lebih baik daripada menggunakan lif. Antara cara lain ialah letak kereta agak jauh dari pejabat, maka anda akan menggunakan kalori yang lebih dengan berjalan sedikit jauh untuk sampai ke pejabat. Tapi pastikan anda tidak terkejar- kejar untuk "punch card" . Seeloknya datang awal, letak kereta agak jauh dari pejabat dan nikmatilah "perjalanan" anda itu.

Apa yang perlu anda ketahui ialah "duduk menggunakan lebih kalori berbanding baring", "berdiri menggunakan lebih kalori berbanding duduk", "bergerak menggunakan lebih kalori berbanding berdiri" . Jadi banyakkan bergerak untuk membakar lebih banyak kalori. Apa yang penting ialah jadi aktif dan bersenamlah. Lakukan apa saja yang anda suka da cuba lakukan sekerap mungkin. Tak kisah samaada berjalan, berlari, berenang, menari atau berbasikal. Semuanya akan membantu menurunkan berat badan anda.

Selain menurunkan berat badan, senaman juga membantu meningkatkan metabolisme badan dengan meningkatkan tisu otot, memperbaiki komposisi badan, mengawal selera makan dan  mengurangkan stress

Inginkan tips - tips pemakanan untuk menurunkan berat badan, nantikan. InsyaAllah saya akan kongsikan dalam entry yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment