Thursday, December 29, 2016

Kuah Lodeh

Assalamualaikum

Nak kongsi menu sarapan pagi keluarga saya pagi tadi. Iaitu lontong dengan kuah lodeh. Saya memang penggemar lontong. Lebih-lebih lagi kalau tambah sambal ikan bilis. Memang tak tengok kiri kanan la makan. Tapi pagi td, tak masak sambal ikan bilis, buat kuah lodeh je.

Resepi secara ringkas je sebab saya memang tak ada sukatan khusus. Sukatan agak- agak je sesedap rasa.

Kuah Lodeh

Bahan-Bahan:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
Tauhu
Tempe
Suun dan fucuk
Kobis
Lobak merah
Babycorn
Kacang panjang- tak letak
Isi ayam
Sedikit serbuk kunyit

Cara Penyediaan:
1- Kisar bawang merah dan bawang putih.
2- Tumis bawang yang dah dikisar sehingga naik bau dan masukkan serai yang diketuk dan juga isi ayam. Masak sebentar. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit.
3- Masukkan santan. Saya campur santan pekat dan santan cair.  Bergantung kepada cara masing2. Sesetengah orang suka masukkan santan last tapi saya biasa masukkan santan awal2 lagi sebab tak asingkan santan pekat dan santan cair.
4- Agak2 santan hampir mendidih, masukkan sayur2 danjuga tempe.Masakkan sekejap.
5- Masukkan tauhu, suun dan juga fucuk. Perasakan dengan garam. Jangan masak terlalu lama sebab takut nanti santan pecah minyak pula.

Boleh juga masukkan udang. Lagi best. Tapi aritu takde stok udang, jadi saya masukkan ayam je. Itu pun sedap sangat dah rasanya. Hihi. Puji sendiri.

Lg 1, walaupun hari ni tak buat sambal ikan bilis, nak share juga tips masak sambal ikan bilis yang best. Best bagi saya la, mungkin orang lain seleranya lain kan. Tipsnya ialah hanya guna bawang besar (bwg holland) dan bawang putih. Tak perlu guna bawang merah. Boleh juga tambah belacan tapi saya jarang guna belacan sebab nanti ayah komplen bau belacan 1 rumah. Hihi. Lagipun adik lelaki saya alahan dengan belacan. Nanti mulalah gatal2 muka dan hidung.  Dan lagi 1 tips, tumis bawang dengan minyak yang banyak, pastu bila masak, minyak biasanya akan terkumpul di bahagian atas, kita cedok buang la minyak tu. Lebih sihat gitu. Lagi 1 (berapa kali lagi 1 dah, haha) saya suka tumbuk sedikit ikan bilis untuk dimasak sambal sebab tak tahu la. rasanya lagi best kot. Dan lagi terasa ikan bilisnya, so tak perlu tambah garam atau tambah sikit je.

No comments:

Post a Comment