Wednesday, December 21, 2016

Kepentingan usus yang sihat

Assalamualaikum.

Anda selalu dengarkan "you are what you eat". Ia bermaksud apa yang anda makan akan mempengaruhi tahap kesihatan dan juga fizikal badan kita. Tapi pernahkah anda terfikir, apabila kita makan, kemana dan bagaimana makanan diproses dalam badan?

Secara ringkasnya apabila sesuatu makanan masuk ke dalam mulut, makanan akan terus mengalami proses pencernaan. Sistem pencernaan dalam badan terdiri daripada esophagus, perut, usus besar,usus kecil, rektum dan anus.

Dalam masa 3-4jam selepas makan, badan mula menyerap nutrien termasuklah karbohidrat, protein, lemak, serta mineral dan vitamin. Dan kebanyakan penyerapan nutrien ini berlaku di usus kecil. Usus kecil adalah organ yang sangat unik yang diciptakan oleh Allah SWT yang mana panjangnya lebih kurang 10 kaki. Usus kecil terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum yang berfungsi mengurai dan menyerap nutrien daripada makanan, menyediakan lebih banyak ruang untuk penyerapan kerana strukturnya yang unik itu.

Usus besar pula berperanan untuk menyerap air dan sesetengah mineral dan serat dan juga mengumuhkan apa- apa yang tidak diperlukan. Kebanyakan serat pula melalui usus besar untuk dikumuhkan bersama- sama dengan lemak, kolesterol yang dibawa bersama serat.

Oleh kerana itu, usus yang sihat sangat penting untuk memastikan penyerapan nutrient yang optimum untuk keperluan badan selain menyingkirkan apa- apa yang tidak diperlukan oleh badan. Antara faktor yang mempengaruhi usus yang sihat ialah tidur yang cukup, aktiviti fizikal dan juga minda yang relaks selain faktor pemakanan.

4 faktor pemakanan penting untuk memastikan usus yang sihat ialah seimbang, sederhana, kepelbagaian makanan dan kecukupan.

Makanan yang seimbang dan sederhana memastikan badan tidak mendapat sesuatu jenis makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit. Kepelbagaian dan kecukupan makanan yang diambil juga penting untuk memastikan badan mendapat semua nutrien kerana setiap nutrien ini bergantung kepada nutrien yang lain untuk memastikan usus yang sihat.

Secara khususnya pula, nutrien yang membantu usus yang sihat ialah serat. Serat membantu meransang lagi kesihatan usus besar. Semakin sihat usus besar, semakin efisien fungsinya untuk menyingkirkan apa- apa yang tak diperlukan oleh badan seperti kolesterol dan lemak.

Serat terdiri daripada serat larut dan juga serat tak larut. Serat larut biasanya terdapat dalam produk "whole grain", buah, legumes, dan juga sesetengah sayuran. Serat larut membantu melambatkan pergerakan makanan melalui sistem pencernaan. Serat tak larut pula biasa terdapat dalam beras perang, buah dan sesetengah sayur seperti kobis dan lobak merah. Serat tak larut membantu melancarkan pergerakan "fecal" melalui kolon dan juga memberi rasa kenyang. Ia akan membantu masalah sembelit.

Pengambilan air yang mencukupi turut memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan usus yang sihat. Air akan melancarkan pergerakan fecal dalam usus untuk perkumuhan.

Masalah yang biasa berlaku akibat daripada sistem pencernaan yang tidak lancar ialah sembelit. Sembelit terjadi kerana banyak sebab antaranya ialah gaya hidup, dan juga kurang pengambilan air dan makanan tinggi serat.

HERB-LAX daripada shaklee boleh membantu masalah sembelit yang seterusnya membantu mendapatkan usus yang sihat. HERB- LAX mengandungi laksatif yang bertindak lembut untuk digunakan apabila perlu selain meransang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh. Antara kandungan dalam HERB-LAX  ialah daun senna. Daun senna merupakan herba yang digunakan secara tradisional sejak berkurun lama sebagai laksatif semulajadi.

Best kan fungsi HERB-LAX. Hubungi saya untuk mendapatkan produk yang akan membantu anda mendapatkan usus yang lebih sihat.

Call/message/whatapps
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:.1241205
Your shaklee independent distributor

No comments:

Post a Comment