Monday, December 19, 2016

Tips turunkan kolesterol

Assalamualaikum.

Bila sebut kolesterol tinggi, perkara pertama yang terlintas difikiran ialah serangan jantung. Ya, orang yang menghadapi masalah kolesterol tinggi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung dan stroke. Ia terjadi akibat daripada pengumpulan kolesterol dalam salur darah yang seterusnya menyempitkan salur darah. Akibatnya peredaran darah tidak lancar dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Kolesterol adalah salah satu sterol yang merupakan sebahagian daripada keluarga lemak. Sterol boleh didapati daripada sumber tumbuhan dan haiwan tetapi kolesterol hanya terdapat dalam sumber haiwan. Terdapat 2jenis kolesterol dalam badan iaitu LDL ( kolesterol jahat)dan  HDL ( kolesterol baik)

Antara makanan tinggi kolesterol yang menjadi antara punca masalah ini ialah otak lembu/kambing, organ dalaman lembu/kambing, butter, kuning telur, keju, kepala ikan bilis, makanan laut.

Jadi bagaimana menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL dalam badan?

1- Phytochemical.
Phytochemical ialah kompoun yang ditemui dalam makanan daripada sumber tumbuhan yang memberi manfaat kepada kesihatan badan. Antara phytochemical yang membantu menurunkan kolesterol ialah resveratrol. Resveratrol menghalang penyerapan kolesterol dalam darah dengan mencegah pembekuan kolesterol dari melekat pada salur darah dan seterusnya menurunkan kolesterol dalam darah. Resveratrol kebiasaan terdapat dalam anggur dan juga dalam sebahagian kekacang. Selain itu, VIVIX dari Shaklee juga merupakan tonic kesihatan yang kaya dengan resveratrol dan juga antioksidan membantu menurunkan kolesterol. Resveratrol dan antioksidan yang kaya dalam VIVIX  juga membantu melindungi dan menperbaiki sel- sel dalam badan termasuklah sel pada salur darah. Ini akan melancarkan lagi peredaran darah dan mengurangkan risiko penyakit seperti stroke dan juga serangan jantung.

2- Makanan tinggi serat larut.
Serat larut terdapat dalam makanan seperti oat, produk whole grain, epal, pir,barli. Serat larut mengurangkan penyerapan kolesterol dalam darah.

3- Ikan dan omega-3.
Omega-3 dalam ikan menurunkan kolesterol darah serta mengurangkan tekanan darah dan risiko pembekuan darah. Antara ikan yang kaya dengan omega-3 yang mudah didapati ialah ikan kembung.

4- Kurangkan makanan tinggi lemak. Makanan tinggi lemak keseluruhan berkait rapat dengan peningkatan kolesterol darah. Selain itu, makanan tinggi lemak meningkatkan lagi risiko penyempitan salur darah akibat daripada pembekuan darah.

5- Aktiviti fizikal
Aktiviti fizikal akan membantu menurunkan kolesterol LDL dan membantu meningkatkan aras kolesterol HDL.

Nak turunkan kolesterol dengan bantuan  VIVIX. Boleh terus hubungi saya.

Call/ message/whatapps
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205
Your shaklee independent distributor

No comments:

Post a Comment