Tuesday, December 27, 2016

Tips Memilih Suplemen

Assalamualaikum.

Sebelum memilih untuk makan sesuatu suplemen, apakah faktor yang anda akan fikirkan? Kebiasaannya ramai yang memilih kerana harga dan juga fungsinya. Tapi sesuatu yang amat penting untuk kita fikirkan juga sebelum mengambil sesuatu suplemen ialah kesan pengambilannya samaada kesan jangka panjang atau kesan jangka panjang. Jadi, anda seharusnya membuat sedikit kajian mengenai sesuatu produk sebelum mengambil keputusan untuk mengamalkannya. Pilihan kita hari ini akan membentuk kesihatan anda pada masa depan.

Contoh paling biasa berlaku ialah pemilihan suplemen untuk pesakit kencing manis. Sekiranya tersilap memilih suplemen, kesan jangka pendeknya mungkin akan meningkatkan lagi aras gula dalam darah dan kesan jangka panjangnya mungkin kerosakan fungsi buah pinggang serta tekanan darah yang tak terkawal kesan dari gula dalam darah yang tinggi. Oleh kerana itu, berhati- hati sebelum memilih sesuatu suplemen.

Jadi, bagaimana memilih suplemen yang baik dan akan memberi kesan yang positif dan tiada kesan sampingan untuk jangka panjang  dan juga jangka masa pendek?

1- Ketahui bahan- bahan yang terdapat dalam sesuatu suplemen.  Produk yang diperbuat daripada bahan- bahan semulajadi dan tiada bahan pewarna dan pengawet tambahan merupakan pilihan yang lebih baik.

2- Rujuk "nutrition info"yang terdapat pada label produk. Lebih-lebih lagi  suplemen multivitamin. Supplemen yang baik mestilah mengandungi jumlah nutrien yang paling hampir dengan saraanan pengambilan seharian. Anda boleh rujuk "Reference Daily Intake ( RDI) atau Recommanded Nutrient Intake (RNI) untuk membuat perbandingan.

3- Pilih suplemen yang mempunyai kajian saintifik dan tidak hanya berdasarkan testimoni semata- mata.

Shaklee merupakan satu satu syarikat yang mengeluarkan pelbagai suplemen tambahan. Tapi apakah yang membezakan shaklee dengan pengeluar suplemen yang lain?

Shaklee merupakan pengeluar multivitamin yang pertama di pasaran pada tahun 1915. Dan sejak lebih 30 tahun dulu, Shaklee telah menjalankan penyelidikan saintifik dan klinikal dan hasilnya telah melahirkan lebih 100 laporan saintifik dan diterbitkan untuk jurnal saintifik sebagai rujukan. Ia menunjukkan produk yang dikeluarkan oleh Shaklee selamat digunakan serta berkesan. Lebih meyakinkan lagi, kajian ini dilakukan oleh pihak ketiga yang tidak mempunyai kaitan dengan Shaklee.

Antara kajian yang sangat menarik perhatian saya ialah kajian pada tahun 2007. Kajiannya mengenai tahap kesihatan dan status pemakanan bagi individu yang mengambil supplemen dan juga tidak memgambil suplemen selama 20 tahun. Hasil kajian membuktikan pengguna Shaklee lebih sihat berbanding individu yang tidak mengambil suplemen atau mengambil suplemen jenama lain.

Selain itu terdapat 3 keunikan produk Shaklee:

1- Sentiasa Selamat
Keselamatan adalah keutamaan di Shaklee. Ia bermaksud, sebelum sebarang bahan dimasukkan ke dalam suplemen Shaklee, ia telah menjalani saringan yang sangat ketat dan ia menjangkaui piawaian farmaseutikal yang digariskan oleh United States Pharmacopeia ( USP). Jadi Shaklee meletakkan jaminan bahawa setiap produknya adalah 100% selamat.

2- Sentiasa Mesra Alam
Selama lebih 57 tahun, Shaklee menjadi pelopor kepada perubahan alam sekitar yang lebih baik. Contohnya ialah penghasilan salah satu produk pencuci terbiodegradasikan yang pertama, sehinggalah menjadi syarikat pertama yang diiktiraf Climate Neutral.

3- Sentiasa Berkesan.
Banyak syarikat mendakwa produk mereka berkesan. Tapi di Shaklee, ia dibuktikan dengan pelbagai kajian untuk menyakinkan lagi pengguna mengenai keberkesanannya.

Jadi, tak perlu ragu- ragu lagi untuk memilih Shaklee. Boleh hubungi saya untuk mencuba produk dari Shaklee.

Call/ message/whatapps
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:.1241205

No comments:

Post a Comment