Thursday, December 8, 2016

10 fakta mengenai ESP Shaklee

ESP ialah Energizing Soy Protein. Merupakan protein soya yang berkualiti tinggi. Ia berbentuk serbuk dan boleh dibancuh dengan air suam atau air kosong. ESP juga boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, susu, horlicks selain boleh dijadikan smoothies buah-buahan.

10 fakta menarik mengenai ESP Shaklee:

1- Berasaskan tumbuhan iaitu daripada Non-GMO soya. Shaklee menggunakan proses persijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya yang digunakan bebas daripada pendedahan perubahan genetik daripada benih sehingga pengeluarannya.

2- Membekalkan protein lengkap dengan 9 asid amino perlu ( essential amino acids). Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dengan cukup untuk keperluan badan. Ia diperolehi dari pemakanan seharian. 9 asid amino itu ialah histidine, isoleucine, leusine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan dan valine. 

3- Diproses pada suhu yang rendah untuk memastikan kualiti protein. Ini kerana protein dalam makanan akan mengalami proses "denaturation" apabila terdedah kepada suhu yang tinggi atau dalam keadaan berasid. Denaturation adalah proses yang menyebabkan struktur protein berubah dan menyebabkan hilang fungsi dan keupayaannya untuk badan.

4- Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Proses ini boleh menghilangkan isoflavones yang terdapat dalam soya dan juga kemungkinan juga menyebabkan cross contamination dengan bahan-bahan kimia yang lain. Berbeza dengan ESP Shaklee yang mana ianya diproses dan dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones, genistein untuk mengekalkan kebaikan soya dalam ESP Shaklee..

5- 1 tin ESP Shakee (850g) dihasilkan dari 30 kg kacang soya.

6- Protein soya dalam ESP Shaklee( protein tumbuhan) lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan.

7- Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam- jam lamanya. Ia sesuai untuk orang yang nak menurunkan berat badan.

8- Mengandungi 5 vitamin Bs, dan mineral. Juga dilengkapi dengan kalsium.

9- Kaya dengan Isoflavones. Ia membantu menstabilkan hormon.

10- Mengandungi kadar GI ( glisemic  indeks) yang rendah. Kadar GI penting untuk mengawal kadar gula dalam darah.

No comments:

Post a Comment