Friday, December 23, 2016

Bahaya Gout

Assalamualaikum.

Pernah tak anda melihat pesakit gout atau ada dikalangan keluarga anda yang menghidap gout?. Kesian kan kerana sakitnya mencucuk-cucuk pada sendi. Gout juga boleh mengganggu pergerakan seseorang.

Gout adalah sejenis penyakit akibat daripada ketidaknormalan aras asid urik dalam darah. Akibatnya apabila asid urik dalam darah tinggi, ia akan mula terkumpul pada bahagian sendi, tisu lembut di sekeliling sendi terutamanya di bahagian kaki. Pengumpulan asid urik pada sendi lama kelamaan akan membentuk hablur yang dipanggil "tophi". Hablur ini mencetuskan rasa sakit pada sendi apabila bergerak akibat pergeseran hablur ni pada sendi. Sekiranya tidak dirawat hablur ini akan seterusnya memusnahkan tisu sendi yang boleh menyebabkan arthritis yang kronik.

Siapa yang berisiko mendapat penyakit ini?

Obesiti, masalah tekanan darah tinggi, diabetes, penggunaan diuretik serta faktor keturunan berkait rapat dengan penyakit ini.

Apakah tanda- tanda seseorang mengalami masalah ini.

Pesakit gout mula merasai kesannya yang kebiasaannya bermula pada ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan sangat sakit. Ia seterusnya akan menyerang sendi- sendi lain seperti buku lali, lutut dan pergelangan kaki. Serangan gout selalunya berlaku tiba- tiba dan ia boleh berlarutan selama berhari-hari. Gout boleh mempengaruhi pergerakan seseorang akibat kesakitan yang dialaminya. Lebih teruk lagi, pesakit gout yang teruk mungkin tidak dapat berjalan akibat kesakitan dan bengkak pada kaki. Ini seterusnya akan mengganggu aktiviti harian.

Pemakanan untuk pesakit Gout.

Secara asasnya, untuk mengawal asid urik dalam darah, pesakit gout mestilah mengurangkan makanan yang boleh meningkatkan aras asid urik dalam darah. Makanan yang tinggi purine akan meningkatkan asid urik. Ini kerana pemecahan purine dalam makanan akan ditukarkan kepada asid urik semasa metabolisma berlaku. Antara makanan yang tinggi purine ialah daging merah, kekacang, organ dalaman haiwan, ikan bilis, kobis, cendawan, asparagus, bayam.

Pengambilan lebih banyak sayur dan buah juga membantu menurunkan asid urik. Sayur dan buah berperanan untuk "alkalanize" urik asid dalam badan.

Selain itu, pengambilan air yang mencukupi membantu menyingkirkan asid urik melalai urin.

Pengambilan lemak yang berlebihan juga harus dielakkan kerana lemak yang berlebihan akan menghalang kumuhan asid urik melalui urin.

Selain makanan-makanan diatas yang membantu menurunkan aras urik asid, penurunan berat badan yang terkawal juga dicadangkan untuk menurunkan asid urik. Penurunan berat badan yang terkawal akan menurunkan asid urik. Sebaliknya penurunan berat badan yang drastik dengan pengamalan diet yang strict akan menyebabkan kehilangan tisu badan dan meningkatkan aras asid urik.

Supplemen untuk menurunkan aras urik asid

Kajian di Havard University mendapati kandungan Resveratrol yang dijumpai dalam anggur dan Japanese Knotweed  sebagai antioksidan terbaik untuk menurunkan asid urik dalam badan. VIVIX mengandungi kedua-dua bahan ini. Jadi jangan berlengah lagi, hadiahkan VIVIX untuk orang-orang yang anda sayang demi kesihatan mereka. Boleh hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.

Call/message/whatapps
0147556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205
Your Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment