Thursday, December 1, 2016

Ayam Masak Phat Phet

Assalamualaikum.

Kali ni nak kongsikan masakan ala Thai. Resepi yang saya belajar dari kakak saya. Dia pula belajar dari kawan dia yang berketurunan Thai. Panjang sikit sejarah resepinya. Dulu, sewaktu kat hostel di kampung baru ada gerai yang jual lauk lebih kurang macam ni. Namanya ayam masak pedas. Dan memang betul- betul pedas. Saya boleh makan pedas tapi tidak terlalu pedas. Bila kita masak sendiri boleh ikut tahap kepedasan yang kita suka. Itu yang seronoknya bila masak sendiri. :)

Jom semak resepi

Ayam Masak Phat Phet

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam- dipotong
4 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar( holland)
2 hiris halia
2 hiris lengkuas
3 batang serai
sedikit kunyit
Daun limau purut
1 keping asam keping
2 biji tomato- dipotong kecil

Cara Penyediaan:

1- Kisar bawang putih, 1 1/2 biji bawangbesar, halia, lengkuas, sebatang serai, kunyit, cili padi.
2- Tumis bahan- bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan 2 batang serai yang telah diketuk.
3- Masukkan ayam dan sedikit air. Masukkan asam keping. Masak sehingga ayam masak. Masukkan separuh biji bawang besar dipotong bulat, daun limau purut dan tomato. Perasakan dengan garam dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan. 

*terpulang kepada anda nak jadikan ia kering seperti rendang atau sedikit berkuah. Adjust pada sukatan air.
* ini adalah versi kurang kalori, ayam boleh juga digoreng terlebih dahulu. Dan semestinya kalorinya lebih berbanding versi kat atas.
*boleh juga tambah sayur lain seperti kacang panjang dan cauliflower. Semalam, kat rumah cuma ada tomato je. :)
*boleh kurangkan atau lebihkan cili api ikut tahap kepedasan yang anda inginkan.

No comments:

Post a Comment