Friday, December 2, 2016

Bahaya Gula

Assalamualaikum.

Gula adalah carbohidrat ringkas yang merupakan bahan tambahan makanan yang membuatkan kita 'enjoy' kemanisan pada makanan tersebut. Namun begitu, pengambilan gula yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan.

Sepertimana entry sebelum ni, gula adalah antara penyebab kepada penyakit Diabetes Mellitus. Selain itu pengambilan gula yang tinggi akan meningkatkan kadar trigeliserid dalam darah. Trigeliserid merupakan salah satu lemak dalam badan selain HDL dan LDL. Ini kerana kandungan kalori dalam gula yang tidak digunakan akan disimpan sebagai trigeliserid. Kadar trigeliserid yang tinggi pula meningkatkan risiko penyakit jantung dan juga stroke.

Terdapat banyak lagi bahaya pengambilan gula yang berlebihan. InsyaAllah saya akan kongsikan dari masa ke masa. Oleh itu, bersederhanalah dalam setiap makanan yang kita ambil.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment