Saturday, December 31, 2016

Impian 2017

Assalamualaikum.

Hari ni hari terakhir 2016. Bagaimana impian dan azam 2016 anda? Tercapai tak? Semoga semua impian 2016 anda tercapai.

Untuk permulaan 2017, apakah impian dan azam anda?  Sudahkah anda menulisnya? Saya nak kongsikan petikan dari buku yang saya baca baru- baru ini. Iaitu buku yang berjudul "mudahnya menjemput rezeki" tulisan saudara Fathuri Salehuddin. Katanya ramai orang ada impian tapi tak ramai yang menulis impian mereka.

Kenapa perlu menulis impian? Salah satunya supaya kita kekal fokus dengan apa yang kita inginkan dan berusaha bersungguh- sungguh untuk dapat apa yang kita impikan.

Jadi, jom tulis impian. Semoga semua impian 2017 kita akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Nak kongsikan juga impian saya untuk 2017, semoga tahun 2017, rezeki saya melimpah ruah dan saya boleh menbahagiakan orang-orang yang saya sayang dengan rezeki yang Allah berikan. Dan juga semoga status diri ini akan bertukar dari bujang kepada isteri orang. Hihi. Lagi impian saya ialah semoga saya terus maju dan sentiasa kuat dalam bisness walaupun mungkin ada cabaran dan dugaan yang datang. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment