Thursday, December 1, 2016

Diabetes Mellitus, kenapa ia terjadi?

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini peningkatan pesakit yang mengidap penyakit Diabetes Mellitus atau kencing manis semakin membimbangkan. Diabetes Mellitus terjadi apabila aras gula dalam darah meningkat selepas makan dan ia kekal tinggi dan melebihi aras normal gula dalam darah.

Terdapat 2 jenis penyakit Diabetes Mellitus iaitu jenis 1 dan jenis 2. Jenis 2 adalah yang biasa berlaku dan ianya disebabkan oleh kegagalan sel untuk respond dengan fungsi insulin. Ia kebiasaanya disebabkan oleh organ pankreas yang tidak mampu atau kurang menghasilkan insulin. Insulin berperanan mengawal aras gula dalam darah dengan membawa glucosa dalam darah kepada sel sebagai tenaga. Apabila insulin kurang, maka aras gula dalam darah meningkat.

Diabetes mellitus juga terjadi akibat masalah kerintangan insulin iaitu kurangnya sensitif insulin kepada sel. Kajian menunjukkan masalah berat badan berlebihan mempunyai kaitan dengan masalah kerintangan insulin ini. Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi gula secara berterusan akan meningkat pengeluaran insulin oleh 'beta cells' di pancreas dan lama kelamaan menyebabkan 'beta cells' ini kurang menghasilkan insulin. Itu yang terjadinya ketidakcukupan insulin dan menyebabkan aras gula dalam darah meningkat.

No comments:

Post a Comment