Sunday, December 18, 2016

Kenapa saya pilih shaklee

Assalamualaikum.

Kali ini lebih kepada berkongsi kisah sendiri bagaimana saya jatuh hati dengan shaklee.

Dulu saya merupakan seorang yang tidak gemarkan supplement. Ini kerana sejak dulu saya fikir kita tak perlukan sebarang supplement kerana kita boleh dapat semua nutrient dari pemakanan kita. Tapi yakinkah kita pemakanan kita seharian cukup untuk membekalkan semua nutrient yang diperlukan oleh badan? Cukupkah pengambilan sayur dan buah kita?

Bermula awal 2015, berat badan saya mula turun tapi bukanlah penurunan yang mendadak tapi ia turun sedikit demi sedikit sehinggakan berat saya menyamai berat 10 tahun lepas. Dan saya dikategori kurang berat badan mengikut BMI.

Lama kelamaan, bukan berat badan je yang makin turun tapi  tangan, kaki selalu kebas dan kadang- kadang kejang serta rasa lenguh - lenguh badan. Saya cuba cari maklumat puncanya dari internet dan juga bertanyakan kawan- kawan. Dan saya amat risau bila terbaca yang tanda- tanda yang saya alami mungkin merupakan tanda penyakit kencing manis atau Diabetes. Kemudian, buat ujian "fasting blood glucose" Alhamdulillah  keputusan normal.

Kemudian saya bertanyakan pendapat seorang kawan saya yang merupakan seorang doktor. Dia memang cadang dan paksa saya untuk buat ujian darah yang lebih detail. Tapi saya memang degil. Tak nak buat ujian darah tu. (Takut jumpa doktor, hehe)
Menurut kawan saya, masalah yang saya alami mungkin disebabkan oleh "electrolyte imbalance" yang mana mungkin saya kurang sesetengah nutrient dalam badan.

Bila difikir-fikir kan , memang pemakanan saya tidak seimbang. Sayur dan buah sangat kurang. Lagi satu, saya tak suka minum susu. Kemudian saya cuba untuk makan lebih sayur tapi agak sukar untuk makan lebih banyak sajian buah dan sayur setiap hari bagi saya yang agak memilih makan ni. Bagi anda yang gemarkan sayur mungkin tak jadi masalah.

Dan saya mula tercari2 supplement yang sesuai. Terpaksa ubah pendirian sebelum ni yang berkeras bahawa saya tak perlukan supplement. Haha. Namun ambil masa juga sebenarnya untuk saya cuba supplement.

Pada Mei 2016, saya cuba ostematrix dan vitalea dari Shaklee. Itu pun kadang ambik kadang tak. Masa tu masih ada sedikit perasaan ego dalam diri. Hehe. Tapi memang rasa perbezaan la lepas saya makan supplement shaklee. Badan tak lenguh2 lagi dan kebas pada kaki dan tangan pun hilang. Berat saya pun mula bertambah dan saya dah dapat BMI normal balik. Cuma nak naikkan lagi 2 kg untuk dapat BMI yang ideal.
Sekarang saya masih lagi belajar untuk makan pelbagai jenis sayur. :)

Nak cerita sikit mengenai vitalea dan ostematrix. Vitalea adalah satu suplemen seimbang mengandungi 28 vitamin dan mineral yang penting untuk keperluan tubuh dewasa. Vitalea memberi kecergasan dan kesihatan seluruh tubuh serta menguatkan tulang dan sistem imun badan.

Ostematrix pula adalah suplemen kesihatan tulang yang dirumus khas padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain untuk membina dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat.

Sebab yang paling utama saya pilih shaklee kerana produk shaklee merupakan produk yang dijamin selamat. Telah banyak kajian yang telah dilakukan untuk menguji keberkesanan produk dari shaklee. Antaranya ialah kajian yang dijalankan bersama penyelidik dari Universiti California Berkeley, Pusat Pengajian Kesihatan Awam dan diterbitkan dalam Nutrition Journal. Kajian tersebut membuktikan pengguna shaklee yang konsisten menunjukkan tahap yang lebih rendah bagi penanda biologi kesihatan jantung berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen.

Maksud saya kat sini, suplemen boleh membantu kita untuk mencukupkan keperluan nutrien yang diperlukan oleh badan tapi tidak bermaksud kita tak perlu makan sayur dan buah-buah dalam diet seharian kita. Seperti saya yang masih cuba untuk hidup lebih sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang. Jom sama2 ubah corak pemakanan dan hidup kita untuk jadi lebih sihat.

Nak hidup sihat? Jangan bertangguh lagi, hubungi saya.

Call/message/ whatapps
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment