Monday, December 26, 2016

Kenapa Perlu Makan Supplemen

Assalamualaikum.

Siapa yang selalu fikir kita tak perlukan sebarang suplemen tambahan untuk dirinya? Saya salah seorang daripadanya sebelum ini. Sebelum ini saya merasakan kenapa perlu habiskan banyak duit untuk beli suplemen sedangkan kita boleh dapat semua nutrien tu dari makanan yang kita ambil. Tapi seimbangkah corak pemakanan seharian kita? Cukupkah pengambilan segala nutrien yang diperlukan oleh badan kita?

Pertama sekali kita kena tengok corak pengambilan makanan seharian kita. Saya cadangkan anda mula catat apa yang anda makan setiap hari berserta kuantitinya. Kita namakan "food record". Untuk permulaan anda boleh buat "food record" anda untuk seminggu. Dari situ anda akan nampak gambaran dengan lebih jelas tentang corak pemakanan anda. Berapa banyak sayur dan buah yang anda ambil sehari? Berapa kali minum air bergula setiap hari? Kerap tak ambil makanan tinggi lemak. Semua persoalan ini akan terjawab apabila anda buat "food record". Sekiranya anda tak catat apa yang anda makan, susah nak dapat gambaran yang jelas dan tepat mengenai corak pemakanan anda.

Berita yang membimbangkan yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Seri Dr S. Subramaniam ketika berucap pada program MAHA 2016 baru-baru ini iaitu katanya menurut kajian seramai 94% rakyat malaysia dewasa tidak cukup makan sayur dan buah pada tahun 2015. Hanya 6% sahaja rakyat malaysia dewasa yang mengambil cukup sajian buah dan sayur. Dan yang lebih mengejutkan lagi kadar tersebut menurun berbanding 7.5% pada tahun 2011.

Kenapa sayur dan buah sangat penting dalam diet seharian kita? Buah dan sayur membekalkan banyak nutrien dan mineral yang diperlukan oleh badan kita. Saranan pengambilannya ialah 3 sajian sayur dan 2 sajian buah setiap hari. Jadi tanya diri kita, cukupkah pengambilan buah dan sayur kita?

Seterusnya kenapa kita perlukan suplemen selain faktor pemakanan yang tidak seimbang? Kita tengok pula pada proses penyediaan makanan. Kandungan nutrien dalam sesuatu makanan mungkin berkurang semasa proses penyediaan makanan. Contohnya suhu yang tinggi ketika proses memasak boleh memusnahkan folate, vitamin B6, B12 dan beberapa vitamin lain. Selain itu, kualiti sayur dan buah dari segi nutrien nya juga mungkin terjejas akibat daripada penggunaan racun serangga dan juga bahan kimia yang digunakan semasa penanaman.

Pengambilan sesetengah makanan seperti minuman berkafein, makanan tinggi gula, garam dan lemak juga boleh mengganggu penyerapan dan penyimpanan mineral. Selain itu, ketidakcukupan sesetengah vitamin dan mineral juga boleh mengganggu proses penyerapan nutrien lain. Ini kerana kebanyakan nutrien perlu sokongan dari nutrien lain untuk mengoptimumkan fungsi nya dan seterusnya mengoptimumkan kesihatan anda. Contohnya kalsium perlukan vitamin D yang cukup untuk mengoptimumkan penyerapan kalsium di usus kecil. Jadi kecukupan dan kepelbagaian makanan dan nutrien yang diperlukan badan amat penting untuk memastikan segala fungsi dalam badan boleh bekerja dengan efisien.

Oleh kerana itu, pengambilan suplemen tambahan amat penting untuk memastikan badan kita mendapat nutrien yang cukup. TAPI, tidaklah bermaksud anda tak perlu mengamalkan pemakanan seimbang bila anda ambil suplemen. Sayur dan buah harus jadi keutamaan. Supleme berperanan untuk mencukupkan keperluan nutrien seharian anda.

Entry seterusnya saya akan terangkan apakah perkara-perkara yang anda harus tahu sebelum membuat keputusan untuk ambil sebarang suplemen. Sangat penting tau supaya anda tidak tersalah pilih. InsyaAllah.

Boleh contact saya untuk tahu lebih lanjut.

Call/message/whatapps

0137556961

Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205
Independent Shaklee Distributor

No comments:

Post a Comment