Tuesday, March 28, 2017

Ayam Masak Phat Phet

Assalamualaikum wbt

Kalau tak ada idea nak masak, selalu nya memang ayam masak Phat Phet ni la yang jadi pilihan. Sebabnya senang dan cepat. Lagipun menu ni masuk sayur sekali, so kalau tak masak sayur lain pun ok je. Hihi. Ni sebab Lien kurang rajin la. Korang jangan ikut.


Ini menu ulangan sebab Lien dah pernah share kat blog sebelum ni. Tapi tak pe la. Kita up lagi sekali. Ok kan.



Ayam Masak Phat Phet


BAHAN-BAHAN:

1/2 ekor ayam- dipotong
4 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar( holland)
2 hiris halia
2 hiris lengkuas
3 batang serai
sedikit kunyit
Daun limau purut
Kacang panjang
Lobak merah


CARA PENYEDIAAN:.

1- Kisar bawang putih, 1 1/2 biji bawangbesar, halia, lengkuas, sebatang serai, kunyit, cili padi.

2- Tumis bahan- bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan 2 batang serai yang telah diketuk.

3- Masukkan ayam dan sedikit air. Masukkan asam keping. Masak sehingga ayam masak. 

4- Masukkan separuh biji bawang besar dipotong bulat, daun limau purut dan kacang panjang, carrot. Perasakan dengan garam dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan. 


*terpulang kepada anda nak jadikan ia kering seperti rendang atau sedikit berkuah. Adjust pada sukatan air.

* ini adalah versi kurang kalori, ayam boleh juga digoreng terlebih dahulu. Dan semestinya kalorinya lebih berbanding versi kat atas.

*boleh juga tambah sayur lain seperti tomato dan cauliflower.
*boleh kurangkan atau lebihkan cili api ikut tahap kepedasan yang anda inginkan.


Sedang berusaha untuk HAMIL? Ini perkongsian hebat setelah 10 tahun menunggu.

Assalamualaikum


***************************

Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.

Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabar je la yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang” Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya.


************************************

Bila bercerita mengenai rezeki anak, topik ni agak sensitif kan. Lebih-lebih lagi bagi pasangan yang belum dikurniakan anak. Ye la, orang kata anak tu penyeri rumah tangga dan juga pengikat kasih antara suami dan isteri. Lebih-lebih lagi bila belum dikurniakan anak walaupun dah bertahun-tahun kahwin. Sedih kan bila orang bercerita atau bertanya kan mengenai anak.


Kisah En Daud yang Lien kongsikan kat atas juga hampir sama walaupun beliau dan isteri telah dikurniakan anak sulung 10 tahun dulu. Orang-orang sekeliling asyik bertanyakan bila nak tambah anak.  
Susahkan nak puaskan hati orang lain. Tapi kadang kata2 orang tu menjadikan kita lebih semangat untuk berusaha kan. 


Tapi Alhamdulillah sejak amalkan vivix secara konsisten selama sebulan lebih, isteri beliau disahkan hamil.


BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU UNTUK HAMIL


Rasanya memang ramai yang tahu, vivix, tonic ajaib dari shaklee ni mengandungi resveratrol yang tinggi. Dan resveratrol ni bertindak sebagai antioksidan yang sangat kuat. 


Resveratrol sebagai anti-oksidan ini akan melindungi sel2 badan dari rosak. kerosakan sel dalam badan boleh berlaku setiap hari akibat daripada faktor pemakanan, alam.sekitar yang tercemar dan mungkin juga disebabkan stress serta pelbagai punca lain.

Untuk masalah kesuburan, Resveratrol dalam vivix membantu melindungi sel "telur" daripada terjadinya 'oxidative damage' dan rosak. Jadi peluang untuk sel 'telur' matang dan seterusnya peluang berlaku persenyawaan lebih tinggi. Maka peluang untuk hamil juga tinggi. 


Kesimpulannya, boleh dikatakan vivix membantu meningkatkan kesuburan wanita dan lelaki dengan meningkatkan kualiti 'telur' dan mngurangkan kerosakan bermula dari sel-sel badan lagi.


Anda sedang berikhtiar untuk hamil, 
ya, vivix pilihan yang tepat.
InsyaAllah boleh membantu menyelesaikan masalah anda kerana ramai yang telah berjaya hamil apabila beriktiar dengan vivix.

------------'''''''''------------

Lien Abdullah
0137556961

Sunday, March 26, 2017

Resepi Roti Puri

Assalamualaikum wbt

Sebelum ni Lien selalu tengok kawan-kawan fb up gambar roti puri. Lebih-lebih lagi kat group2 masakan. Memang selalu tengok dan resepinya macam agak ringkas. TAPI ramai jugak yang komen, diorang buat roti puri tu tak jadi kembung. Itu salah satu faktor yang melemahkan semangat Lien jugak. Ye la, kalau buat tak jadi, tentulah kecewakan. Pastu tak nak buat lagi. Lien selalu macam tu. Cepat ngaku kalau korang pun macam tu jugak. Hihi

Tapi keinginan untuk buat roti puri ni datang balik bila hajat nak makan roti kat satu kedai ni tak kesampaian. Ceritanya, pak sedara Lien janji nak bawa Lien makan roti puri yang sedap katanya kat satu kedai ni. Tapi tak sempat nak pergi, kempunanlah Lien nak makan roti puri tu. Dah la jauh Lien datang. :(

Jadi, balik rumah, study resepi dan Lien cuba. Buat roti puri ni memang mendebarkan bila goreng. Dok tungu je roti tu nak kembung. Bila nampak roti tu kembung, Yesss..jadi akhirnya. Haha. Boleh bayang tak happy nya Lien waktu tu. Tu belum rasa lagi tau, tengok rupa pun dah happy sakan. :)

Dan apabila makan, masuk je dalam mulut, terus cakap,
"Eh, sedap jugak roti puri ni".  Nampak macam perasan sendiri kan tapi seriously sedap. Garing tapi still lembut. Korang kena try. InsyaAllah tak akan menyesal dengan rasanya.  Resepinya juga ringkas dan mudah.

Jom tengok resepi. Lien olah ikut beberapa resepi yang Lien google. Olah ikut keselesaan sendiri.

Roti Puri

Bahan-Bahan

2 cup tepung gandum
1/2 tsp serbuk yis mauripan
1/2 tsp garam
150ml air panas (air suam pun ok)
1 tbsp gula
2 tbsp minyak
Sedikit air- jika perlu

Cara Penyediaan:

1- Masukkan tepung gandum dan serbuk yis mauripan kedalam bekas. Gaul sebati.

2- Masukkan air panas ke dalam gelas, kemudian masukkan gula,garam, dan minyak. Kacau sehingga gula larut.

3- Masukkan air panas yang dah dilarutkan gula di dalamnya kedalam bekas tepung.

4- Gaul dengan sudu. Ye la, panas kan. Nanti melecur terus tak dapat siapkan roti puri tu. :)

5- Bila agak sejuk, boleh uli dengan tangan sehingga tak melekat pada tangan. Kalau lembik, boleh tambah tepung, kalau agak keras, boleh tambah air sedikit demi sedikit.

6- Tutup doh selama 1/2 jam dengan kain lembap. Aritu Lien tutup dengan tisu dapur je.

7- Selepas 1/2 jam, bulat-bulatkan doh kecil2, lebih kurang saiz bola ping pong. Canai doh nipis.

8- Canai doh sehingga habis dan boleh la digoreng. Dapat lebih kurang 12- 15 biji.

9- Mulakan goreng dengan yang pertama dicanai nipis. Dan masukkan satu je dalam satu masa. Biarkan roti puri mengelembung dan balik2 roti puri sehingga kekuningan.

10- Dah masak, boleh la dimakan bersama kuah dhal, sambal ikan bilis, sambal sardin atau apa2 la yang korang suka. Aritu Lien makan dengan kuah dhal, best jugak. InsyaAllah dalam entry lain, Lien share resepi kuah dhal ye.

Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat.

Friday, March 17, 2017

Bagaimana Sistem Pencernaan Manusia Berfungsi

Assalamualaikum wbt

Pernah tak terfikir, apabila kita makan,kemana dan bagaimana makanan yang kita makan akan memberi manfaat kepada badan kita. Hari ni Lien akan kongsikan mengenai sistem pencernaan manusia dan bagaimana ia berfungsi. Dan tau tak,makin banyak yang Lien baca mengenai sistem pencernaan, Lien merasakan betapa bersyukurnya kita sebagai manusia dengan sistem pencernaan yang sangat sempurna diciptakan oleh Allah SWT.


PENGENALAN KEPADA SISTEM PENCERNAAN


Secara ringkasnya apabila kita makan, bermula pada ketika makanan berada dalam mulut, proses pencernaan berlaku. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan sistem pencernaan?


Image result for sistem pencernaan manusia

Sistem pencernaan melibatkan saluran pencernaan yang mana ia merupakan satu saluran yang panjang bermula dari mulut dan berakhir di anus. Ia termasuklah mulut, esophagus, perut, usus kecil dan usus besar. Proses-proses yang terlibat dalam sistem pencernaan termasuklah mengunyah dan menelan, pencernaan secara mekanikal, pencernaan secara kimia, penyerapan dan perkumuhan. Setiap proses ini amat penting untuk memastikan proses pencernaan lancar. Selain itu, sistem pencernaan turut melibatkan organ seperti hati, pankreas, pundi hempedu.

Peranan utama sistem pencernaan adalah untuk mencerna dan seterusnya mengekstrak makronutrien daripada makanan iaitu protein,karbohidrat serta lemak. Selain itu,ia juga berperanan menyerap keperluan nutrien seperti vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Sistem pencernaan juga bertindak sebagai benteng pertahanan badan daripada mikroorganisma, antigen dan material asing yang memasuki badan melalui makanan ke dalam saluran pencernaan.

Proses utama pencernaan terbahagi kepada 5 proses utama iaitu:


1- MenelanMerupakan proses memasukkan makanan kedalam mulut dengan bantuan lidah. Lidah juga memudahkan proses mengunyah dan menelan makanan.


2- Pencernaan secara mekanikalMerupakan proses mengubah makanan kepada saiz yang lebih kecil dan lembut melalui kunyahan dalam mulut. Ia bertujuan untuk memudahkan proses pencernaan yang seterusnya.


3- Pencernaan secara kimiaMerupakan proses pencernaan yang melibatkan bantuan enzim yang mana molekul-molekul makanan yang besar menjadi lebih kecil untuk memudahkan proses penyerapan nutrient.


4- PenyerapanPenyerapan nutrient daripada makanan sebahagian besarnya berlaku di usus kecil dan seterusnya dihantar kepada sistem-sistem dalam badan.


5- Perkumuhan Merupakan proses menyingkirkan material yang tidak dicernakan oleh sistem pencernaan dan juga yang tidak diperlukan oleh badan.


ORGAN-ORGAN DALAM SISTEM PENCERNAAN


MULUT


Proses pencernaan bermula sebaik sahaja makanan masuk ke dalam mulut. Apabila makanan dikunyah, ia akan mengecilkan dan menghancurkan makanan dan air daripada makanan dan minuman yang dimasukkan kedalam mulut. Seterusnya dengan bantuan air liur dan lidah, ia akan membantu kita menelan makanan tersebut. Apabila makanan ditelan, ia akan melalui Pharynx dan seterusnya masuk ke dalam saluran esophagus.


ESOPHAGUS


Esophagus merupakan satu saluran panjang yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Esophagus mempunyai otot sphinter dibahagian atas dan bahagian bawahnya. Semasa menelan, sphinter bahagian atas terbuka yang membolehkan makanan memasuki esophagus. Ia seterusnya melalui esophagus untuk memasuki perut apabilaotot sphinter bahagian bawah esophagus terbuka.Otot sphinter ini akan tertutup apabila makanan telah memasuki perut untuk mengelakkan ia kembali masuk ke dalam esophagus.

PERUT


Makanan seterusnya dibawa masuk kedalam perut dan akan disimpan di dalam perut buat seketika. Ia akan dicernakan dengan bantuan enzim menjadi semiliquid mass yang dipanggil 'chyme'. Seterusnya sedikit demi sedikit,perut akan melepaskan 'chyme' melalui otot pyloric sphinter yang terbuka di usus kecil dan tertutup kembali apabila 'chyme' telah dibawa masuk ke dalam usus kecil.

USUS KECIL


'Chyme' seterusnya dibawa masuk ke dalamusus kecil dan kebanyakan proses pencernaan makanan berlaku di usus kecil. Usus kecil merupakan organ yang sangat menakjubkan yang mana panjangnya lebih kurang 10 kaki dan luasnya menyamai keluasan satu gelanggang tenis. 

Strukturnya yang berlipat-lipat dipermukaannya dipanggil valvulae connivents yang ditutupi oleh villi. Villi seterusnya ditutupi microvilli. Kombinasi villi dan microvilli yang berlipat-lipat inilah yang menyediakan lebih banyak ruang untuk proses penyerapan.usus kecil terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum. 

Kebanyakan proses pencernaan berlaku di duodenum dan bahagian atas jejunum. Manakala proses penyerapan nutrient mula berlaku dipertengahan jejunum. 


Kehadiran makanan dalam usus kecil akan merangsang pengeluaran hormon yang seterusnya merangsang rembesan enzim daripada pankreas, usus kecil, hati dan juga pundi hempedu. Antata enzim yang diperlukan untuk pencernaan di usus kecil termasuklah protease, lipase dan amylase. Enzim-enzim ini akan membantu menukarkan karbohidrat dan protein yang besar kepada molekul yang lebih kecil. Lemak juga ditukarkan daripada molekul lemak yang besar kepada trigeliserid dan juga asid lemak yang lebih kecil.

Pergerakan makanan dalam usus kecil adalah pada kadar 1cm/ minit dan mengambil masa lebih kurang 3-8 jam untuk melalui usus kecil sehingga ke ieocecal valve. Sepanjang pergerakan ini, nutrient akan diserap oleh badan. Ia berlaku apabila penyerapan nutrient daripada dindig usus kecil ke salur darah. Dan seterusnya, salur darah akan menghantar nutrien ini ke seluruh badan.


USUS BESAR


Setelah melalui usus kecil yang panjang dan banyak penyerapan nutrient telah berlaku, baki makanan yang tinggal akan sampai pada ileoceccal valve iaitu pada permukaan usus besar untuk memasuki usus besar. Panjang usus besar lebih kurang 1.5 Meter dan terdiri daripada cecum, colon dan rectum. Usus besar merupakan tempat penyerapan baki air dan penyimpanan bahan kumuhan. 


Apabila memasuki usus besar, ia akan bergerak melalui usus besar dan penyerapan air dan baki nutrient yang tidak diserap di usus kecil berlaku. Hasil kumuhan pula terdiri daripada sisa makanan yang tidak dicerna seperti serat dan juga sel-sel mati daripada dinding saluran pencernaan. Serat pula membawa bersama lemak dan kolesterol untuk dikumuhkan. Seterusnya rectum menyimpan hasil kumuhan ini buat seketika sebelum dikeluarkan dari badan melalui proses buang air besar.

-----------------------------------------------


Bila diteliti, begitu rapi dan sangat terperinci sistem pencernaan manusia ciptaan Allah SWT. Itulah kekuasaan NYA. Semoga apa yang Lien kongsikan ini akan memberi manfaat kepada kita semua dan menjadikan kita insan yang lebih bersyukur dengan segala nikmat yang tidak terhingga yang Allah kurniakan kepada kita.


Lien Abdullah.


Resepi Sambal hitam pahang


Assalamualaikum.

 

Sambal hitam biasa famous kat Pahang kan. Lien kat kelantan memang susah la nak jumpa orang yang jual. Tapi sekarang semua pun ada jual online kan. Semua dihujung jari je.  

 

Alkisahnya, tiga hari lepas, adik Lien ambil belimbing buluh dari rumah kawan dia sebab ayah teringin nak makan gulai ikan dengan belimbing buluh dan adik ambil banyak sedangkan untuk masak gulai ikan dengan belimbing buluh tak guna banyak pun. So memang ada banyak yang lebih. Daripada buang je, Lien terfikir untuk buat sambal hitam pahang. Actually pertama kali Lien cuba tau. Dan hasilnya memang best bila boleh makan yang kita buat sendiri. Bila family pun suka makan apa yang kita masak lagilah gembirakan. Rasa berbaloi sangat la masak berjam-jam kat dapur. Awak pun macam tu juga kan bila tengok keluarga makan apa yang masak dengan berselera? Terus hilang penat betul tak? 

 

Masak Sambal Hitam ni memang tak guna banyak bahan tapi ia ambil masa yang agak lama. Mula dengan merebus belimbing buluh sehingga kering dan bertukar warna kehitaman. Lien pernah dengar, biasanya belimbing buluh ni direbus sehingga 6 jam untuk pastikan belimbing buluh tu betul-betul kering. Katanya lagi lama kita rebus belimbing buluh, lagi lama sambal kita boleh disimpan. Tapi Lien aritu cuma rebus selama sejam lebih je sebab periuk dah hangit. Lien dah risau kalau-kalau periuk bonda terkorban gara-gara merebus belimbing buluh. Jadi Lien cepat-cepat matikan api. heee.   

 

Rasa macam dah panjang membebel kat atas kan. Kita terus kepada resepinya. Lien ambil dari blog Dari Dapur MaDiHaA.

 

Kata MaDiHaA resepi asal daripada ibu mertuanya. Terima kasih MaDiHaA atas resepinya. Izinkan Lien panjangkan resepinya disini pula.

 

 

Sambal Hitam Pahang

Sumber: Dari Dapur MaDiHaA

Bahan2

½ cawan belimbing buluh rebus ( Lien guna lebih kurang 3 cawan belimbing buluh segar)

½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)

2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 

6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]

5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa

garam & gula secukup rasa ( Lien tak letak garam cuma sedikit gula)

1 cawan minyak masak

 

Cara2 Menyediakan:

1- Rebus belimbing buluh tanpa air sehingga betul2 kering dan berwarna hitam. Pastikan api kecil dan sentiasa kacau tak nak bagi hangit. Kata MaDiHaA, jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.

2- Hiriskan 3 ulas bawang merah. Ketepikan.

3-Tumbuk cili padi dan baki bawang merah sehingga halus. Tumbuk kasar belimbing buluh yang telah direbus dan juga ikan bilis.

4- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah yang dihiris halus sekejap. Kemudian masukkan semua bahan yang ditumbuk.

5-Masak sehingga agak garing. Tambahkan kicap manis dan teruskan masak sehingga sambal sedikit kering.

6- Dah masak, toskan sambal untuk buang minyak yang berlebihan. Barulah boleh makan dengan tenang hati tanpa kalori berlebihan.

7- Boleh makan dengan nasi panas atau roti. Kalau ada nasi panas, sambal hitam dan telur mata pun dah cukup. Confirm bertambah makan.

 

Tuesday, March 14, 2017

Juices & Smoothies untuk usus yang sihat

Assalamualaikum

Pernah dengar tak 'Badan yang sihat bermula dengan usus yang sihat'. Apa kaitannya usus dengan badan yang sihat?
Sebenarnya usus kecil merupakan salah satu organ pencernaan manusia dan fungsinya yang utama ialah menyerap nutrien daripada makanan dan seterusnya mengedarkan ke seluruh badan. Lebih penting lagi, kebanyakkan proses penyerapan nutrien berlaku di usus kecil.

Seterusnya ialah usus besar. Kalau usus kecil berfungsi untuk menyerap apa yang diperlukan oleh badan,usus besar pula berfungsi untuk mengumuhkan segala yang tak diperlukan oleh badan. Dan usus besar yang sihat akan menghalang penyerapan dan pemendapan apa sahaja yang tidak diperlukan oleh badan yang mungkin boleh menyebabkan penyakit.
Oleh kerana itu, amat penting untuk kita menjaga kesihatan usus dengan memilih makanan yang terbaik.

So, kali ini Lien akan kongsikan beberapa resepi yang simple untuk kesihatan usus.

1-  OVERNIGHT OAT

4 tbsp oat
1/2 cup susu segar atau apa sahaja susu kegemaran
1 biji pisang

Masukkan oats kedalam bekas dan tambahkan susu. Tutup bekas dan biarkan semalaman dalam peti ais dan hidangkan bersama pisang yang dipotong kecil semasa makan

P/s: boleh pelbagaikan buah ikut pilihan anda.

2- Dragon Fruits & Yogurt Smoothies

1/2 cup yogurt pilihan hati.
1/2 biji dragon fruit
Sedikit air
Beberapa ketul ais

Blend semua dan sedia untuk dihidangkan.

3- Smoothies Pisang + Kurma

1 biji pisang berangan ( saiz sederhana)
3 biji kurma
1 cup susu segar atau apa saja susu pilihan.
Beberapa ketul ais.

Buang biji kurma dan blend semua. Sedia untuk diminum. Sedapppp.

4- Jus Epal Hijau + Timun

1 biji epal hijau
1 biji timun saiz sederhana
1 sudu kecil madu
1 cawan air kosong
Beberapa ketul ais

Blend semua dan sedia untuk dihidang. Soooo refreshing.

5- ESP Strawberry Smoothies

2 sudu ESP
1 cawan susu
2-3 biji strawberry
Beberapa ketul ais

Blend semua dan sedia untuk diminum.

************************

Kenapa Lien kata jus- jus  ini membantu usus yang sihat? 


Buah dan sayuran membekalkan pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Kepelbagaian dan kecukupan nutrien yang dibekalkan kepada badan akan mengoptimumkan penyerapan nutrien di usus kecil. Ini kerana nutrien ini memerlukan satu sama lain untuk penyerapan yang lebih optimum. Contohnya Vitamin D akan membantu penyerapan kalsium lebih baik. Selain itu penyerapan zat besi juga lebih baik dengan kehadiran Vitamin C.
Selain itu, buah dan sayuran juga mengandungi serat larut dan serat tak larut yang membantu melancarkan proses percernaan dan perkumuhan.

Oat pula  membekalkan serat larut yang akan membantu mengekalkan kelembapan pada najis dan melancarkan proses perkumuhan.
Kandungan utama susu ialah kalsium, magnesium dan Vitamin D. Vitamin akan membantu penyerapan kalsium lebih baik manakala Magnesium pula akan  yang me "relaks" otot2 pencernaan yang seterusnya melancarkan proses pencernaan.

Manakala Yogurt mengandungi probiotik. Ia merupakan bakteria baik yang menjadikan keadaan usus tidak sesuai untuk pertumbuhan bakteria jahat. Hasilnya usus akan lebih sihat tanpa bakteria jahat. Selain itu, probiotik juga membantu menguraikan nutrien daripada makanan untuk penyerapan yang lebih baik.

ESP pula merupakan Energizing Soy Protein. Merupakan protein soya yang berkualiti tinggi. Ia berbentuk serbuk dan boleh dibancuh dengan air suam atau air kosong. ESP juga boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, susu, horlicks selain boleh dijadikan Smoothies buah-buahan.
ESP mengandungi 5 vitamin B  dan seharian.mineral selain dilengkapi dengan kalsium.

Selain itu, ESP membekalkan protein lengkap dengan 9 asid asid amino perlu ( essential amino acids). Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Ia diperolehi daripada pemakanan seharian.

semoga bermanfaat.

Lien Abdullah

Sunday, March 5, 2017

Tips Mengoptimumkan Fungsi Usus

Assalamualaikum

Selalu dengarkan badan yang sihat bermula dengan usus yang sihat. Usus merupakan salah satu organ dalam sistem pencernaan. Dan terdapat  2 usus dalam sistem pencernaan iaitu usus kecil dan usus besar. Kedua2 usus ini mempunyai fungsinya tersendiri.

Usus kecil merupakan organ yang mana penyerapan nutrien banyak berlaku disitu. Seterusnya nutrien2 yang diserap di usus kecil akan digunakan oleh sel2 badan.

Dalam masa 3-4jam selepas makan, badan mula menyerap nutrien termasuklah karbohidrat, protein, lemak, serta mineral dan vitamin. Dan kebanyakan penyerapan nutrien ini berlaku di usus kecil. Usus kecil adalah organ yang sangat unik yang diciptakan oleh Allah SWT yang mana panjangnya lebih kurang 10 kaki. Usus kecil terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum yang berfungsi mengurai dan menyerap nutrien daripada makanan, menyediakan lebih banyak ruang untuk penyerapan kerana strukturnya yang unik itu.

Usus besar pula berperanan untuk menyerap air dan sesetengah mineral dan serat dan juga mengumuhkan apa- apa yang tidak diperlukan. Kebanyakan serat pula melalui usus besar untuk dikumuhkan bersama- sama dengan lemak, kolesterol yang dibawa bersama serat.

Semakin sihat usus besar, semakin efisien fungsinya untuk menyingkirkan apa- apa yang tak diperlukan oleh badan seperti kolesterol dan lemak.

Oleh kerana itu, usus yang sihat sangat penting untuk memastikan penyerapan nutrient yang optimum untuk keperluan badan selain menyingkirkan apa- apa yang tidak diperlukan oleh badan.

Cara untuk mengoptimumkan fungsi usus termasuklah:

1- Makan makanan yang seimbang dan pelbagai.

Seimbang dan pelbagai makanan yang diambil setiap akan membekalkan pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Kepelbagaian dan kecukupan nutrien yang dibekalkan kepada badan akan mengoptimumkan penyerapan nutrien di usus kecil. Ini kerana nutrien ini memerlukan satu sama lain untuk penyerapan yang lebih optimum. Contohnya Vitamin D akan membantu penyerapan kalsium lebih baik. Selain itu penyerapan zat besi juga lebih baik dengan kehadiran Vitamin C.

Selain itu, seimbang dan bersederhana juga merupakan faktor penting juga. Tidak mengambil sesuatu makanan itu dengan terlalu sedikit atau terlalu banyak. Contohnya pengambilan lemak yang berlebihan akan memudaratkan tapi badan masih perlukan sedikit lemak untuk melambatkan pergerakan makanan di usus dan ini akan menyediakan masa untuk penyerapan nutrien yang lebih baik.

2- Minum air yang cukup.

Berapa banyak keperluan air seharian kita? Salah satu formula untuk mengira keperluan air ialah dengan "darabkan berat badan dengan 30-35". Dan salah satu tanda badan kita telah dapat keperluan air yang cukup ialah dengan melihat warna urin. Badan yang mendapat air yang cukup, urin nya berwarna "clear".

Air berfungsi untuk membawa nutrient dan hasil sampingan metabolisma seperti urea dan asid urik. Ia berfungsi untuk membawa urea ke buah pinggang untuk disingkirkan. Selain itu air menghantar oksigen dan nutrient kepada sel dalam badan.

Air juga membantu pergerakan makanan dalam sistem pencernaan dan juga membenarkan hasil kumuhan dikeluarkan dari badan.

3- Makan makanan tinggi serat.

Serat terdiri daripada 2 iaitu serat larut dan serat tak larut.

Serat larut terdapat dalam barli, oats, buah- buahan seperti epal dan oren, kekacang dan juga sayur-sayuran. Serat larut ini akan melambatkan penyerapan glukosa, melambatkan pergerakan makanan melalui sistem pencernaan, melembutkan najis dengan bertindak menyerap air.

Serat tak larut pula terdapat dalam produk bijirin penuh, buah- buahan dan juga sayuran seperti kobis dan carrot. Serat tak larut akan meningkatkan berat najis selain mempercepatkan  pergerakan najis melalui kolon dan memberi rasa kenyang lebih lama.

4- Kurangkan makanan tinggi lemak.

Makanan tinggi lemak menyebabkan proses pencernaan lambat dan menjadikan kita lebih berisiko untuk mengalami masalah sembelit.

5- Makanan Probiotik

Probiotik didefinasikan sebagai bakteria baik yang secara semulajadinya terdapat dalam sistem pencernaan. Ia berfungsi untuk membantu menguraikan nutrien dan merangsang penyerapan nutrien di usus kecil. Kehadiran probiotik dalam usus menjadikan keadaan usus tidak sesuai untuk pertumbuhan dan perkembangan bakteria jahat di usus. Ini seterusnya akan meningkatkan sistem imun badan. Makanan yang mengandungi probiotik termasuklah yogurt, minuman yakult, buttermilk, makanan atau sayur yang dijeruk seperti kimchi dan tempe.

6- Makanan Prebiotik

Prebiotik merupakan kompaun yang merangsang pertumbuhan bakteria baik iaitu probiotik. Ia berfungsi untuk membantu hidrolisis enzyme untuk penyerapan yang lebih baik. Sumber prebiotik termasuklah makanan bijirin penuh, asparagus, oats, bawang putih.

7-  Berhenti merokok dan elakkan pengambilan kafein yang berlebihan.

Merokok dan kafein yang berlebihan akan mengganggu proses penyerapan nutrient. Kafein akan mengganggu penyerapan zat besi di usus kecil. Selain itu, merokok meningkatkan risiko kepada masalah masalah pencernaan seperti ulser di perut dan juga pedih ulu hati ( heart burn).

8- Senaman

Senaman membantu pergerakan makanan melalui sistem pencernaan yang seterusnya mengurangkan masalah sembelit. Selain itu, berat badan yang ideal  juga penting untuk  kesihatan sistem pencernaan.

9- Bijak mengawal Stress

Stress akan merendahkan sistem imun badan dengan menggalakkan perkembangan bakteria jahat di usus. Ia juga akan menyebabkan keradangan pada sistem pencernaan.

10- Tidur yang cukup.

Tidur yang cukup membantu sistem pencernaan mempunyai cukup masa untuk rehat. Ini kerana proses pencernaan merupakan proses yang memerlukan tenaga yang tinggi. Selain itu, tidak cukup tidur juga boleh menjadi punca kepada masalah stress.

11- Amalkan supplement

Pengambilan supplement juga boleh  membantu anda mendapat usus yang sihat. Ia termasuklah, ESP, Herb-Lax, alfalfa complex, peppermint ginger plus.

**** HERB- LAX mengandungi laksatif yang bertindak lembut untuk digunakan apabila perlu selain meransang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh. Antara kandungan dalam HERB-LAX  ialah daun senna. Daun senna merupakan herba yang digunakan secara tradisional sejak berkurun lama sebagai laksatif semulajadi.

**** Peppermint-Ginger Plus merupakan satu lagi suplemen daripada Shaklee yang berasaskan herba. Peppermint -Ginger Plus merupakan rumusan empat jenis herba iaitu jintan manis, jintan hitam, pudina dan halia.

Manfaat Peppermint Ginger Plus antaranya melegakan otot perut , membantu melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman. Selain itu, ia juga membantu masalah gastrik dan pedih ulu hati serta bantu membuang angin.

**** Alfalfa Complex diperbuat daripada tanaman alfalfa (medicago sativa). Tumbuhan ini ditanam secara organik di California tanpa penggunaan pestisid,herbisid atau sebarang baja kimia. Ia untuk memasti hanya yang berkualiti tinggi digunakan oleh Shaklee untuk pembuatan Alfalfa Complex.

Kelebihan tanaman alfalfa ini ialah akar tunjangnya yang panjang  mengunjur sedalam 6 meter kedalam tanah. Ini menjadikan alfalfa pusat pengumpulan segala nutrien dengan menyerap banyak nutrien dan mineral daripada tanah melalui akar yang panjang. Selain itu, daun alfalfa mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosistesis.

Untuk memastikan kualiti produk yang terbaik, daun alfalfa yang digunakan Shaklee hanya dipetik apabila ia telah mencapai tahap kematangan yang telah ditetapkan dan kaya dengan klorofil.

Proses seterusnya, daun-daun yang dipetik dikeringkan secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisinya. Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan dijadikan serbuk sebelum dikompress untuk dijadikan tablet. Kesemua proses ini dipantau dan dikawal dengan sangat ketat dan teliti. Hasilnya hanya produk yang berkualiti tinggi dan terbaik yang dikeluarkan oleh Shaklee.

Antara kelebihan dan manfaat yang boleh didapati daripada pengambilan Alfalfa Complex ialah

* Mencuci darah, hati dan usus. Ini kerana sifatnya yang beralkali membantu mengembalikan kenormalan badan yang berasid, membuang toksin dari badan.

* Melawan alahan dan juga serangan kuman dan virus.

* Melancarkan sistem pencernaan dan penghadaman.

* Menyingkirkan lemak dan kolesterol dari badan.

* Membantu melegakan letih dan lesu badan yang seterusnya memastikan badan kekal bertenaga.

* Memberi kelegaan semasa period.

* Membantu menegangkan payudara.

* Membantu meningkatkan kesuburan.

* Merawat masalah keputihan selepas bersalin.

**** ESP ialah Energizing Soy Protein. Merupakan protein soya yang berkualiti tinggi. Ia berbentuk serbuk dan boleh dibancuh dengan air suam atau air kosong. ESP juga boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, susu, horlicks selain boleh dijadikan smoothies buah-buahan.

ESP mengandungi 5 vitamin Bs, dan mineral serta dilengkapi dengan kalsium. ESP juga mengandungi kadar GI ( glisemic  indeks) yang rendah. Kadar GI penting untuk mengawal kadar gula dalam darah. Protein soya dalam ESP Shaklee merupakan protein tumbuhan yang mana ia lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan.

ESP berasaskan tumbuhan iaitu daripada Non-GMO soya. Yang paling penting, Shaklee menggunakan proses persijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Ia bertujuan memastikan kacang soya yang digunakan bebas daripada pendedahan perubahan genetik daripada benih sehingga pengeluarannya.

ESP membekalkan protein lengkap dengan 9 asid amino perlu ( essential amino acids). Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dengan cukup untuk keperluan badan. Ia diperolehi dari pemakanan seharian. 9 asid amino itu ialah histidine, isoleucine, leusine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan dan valine. 

Selain itu, proses penghasilannya sangat dijaga dan teliti yang mana ia  diproses pada suhu yang rendah untuk memastikan kualiti protein. Ini kerana protein dalam makanan akan mengalami proses "denaturation" apabila terdedah kepada suhu yang tinggi atau dalam keadaan berasid. Denaturation adalah proses yang menyebabkan struktur protein berubah dan menyebabkan hilang fungsi dan keupayaannya untuk badan. Kacang soya yang digunakan juga diproses dan dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones, genistein untuk mengekalkan kebaikan soya dalam ESP Shaklee.

So, korang tak nak ke usus yang sihat? Sebab bila usus tak sihat banyak masalah datang tau. Contohnya sembelit, pedih ulu hati dan mungkin juga gangguan penyerapan nutrien. Rugi je kita makan kalau badan tak boleh serap nutrien daripada makanan yang kita makan.

Boleh cuba amalkan tips2 yang Lien kongsikan kat atas. Dan jangan lupa supplement tambahan juga membantu anda mendapatkan usus yang sihat. Jangan bertangguh lagi!

Lien Abdullah
0137556961