Sunday, March 26, 2017

Resepi Roti Puri

Assalamualaikum wbt

Sebelum ni Lien selalu tengok kawan-kawan fb up gambar roti puri. Lebih-lebih lagi kat group2 masakan. Memang selalu tengok dan resepinya macam agak ringkas. TAPI ramai jugak yang komen, diorang buat roti puri tu tak jadi kembung. Itu salah satu faktor yang melemahkan semangat Lien jugak. Ye la, kalau buat tak jadi, tentulah kecewakan. Pastu tak nak buat lagi. Lien selalu macam tu. Cepat ngaku kalau korang pun macam tu jugak. Hihi

Tapi keinginan untuk buat roti puri ni datang balik bila hajat nak makan roti kat satu kedai ni tak kesampaian. Ceritanya, pak sedara Lien janji nak bawa Lien makan roti puri yang sedap katanya kat satu kedai ni. Tapi tak sempat nak pergi, kempunanlah Lien nak makan roti puri tu. Dah la jauh Lien datang. :(

Jadi, balik rumah, study resepi dan Lien cuba. Buat roti puri ni memang mendebarkan bila goreng. Dok tungu je roti tu nak kembung. Bila nampak roti tu kembung, Yesss..jadi akhirnya. Haha. Boleh bayang tak happy nya Lien waktu tu. Tu belum rasa lagi tau, tengok rupa pun dah happy sakan. :)

Dan apabila makan, masuk je dalam mulut, terus cakap,
"Eh, sedap jugak roti puri ni".  Nampak macam perasan sendiri kan tapi seriously sedap. Garing tapi still lembut. Korang kena try. InsyaAllah tak akan menyesal dengan rasanya.  Resepinya juga ringkas dan mudah.

Jom tengok resepi. Lien olah ikut beberapa resepi yang Lien google. Olah ikut keselesaan sendiri.

Roti Puri

Bahan-Bahan

2 cup tepung gandum
1/2 tsp serbuk yis mauripan
1/2 tsp garam
150ml air panas (air suam pun ok)
1 tbsp gula
2 tbsp minyak
Sedikit air- jika perlu

Cara Penyediaan:

1- Masukkan tepung gandum dan serbuk yis mauripan kedalam bekas. Gaul sebati.

2- Masukkan air panas ke dalam gelas, kemudian masukkan gula,garam, dan minyak. Kacau sehingga gula larut.

3- Masukkan air panas yang dah dilarutkan gula di dalamnya kedalam bekas tepung.

4- Gaul dengan sudu. Ye la, panas kan. Nanti melecur terus tak dapat siapkan roti puri tu. :)

5- Bila agak sejuk, boleh uli dengan tangan sehingga tak melekat pada tangan. Kalau lembik, boleh tambah tepung, kalau agak keras, boleh tambah air sedikit demi sedikit.

6- Tutup doh selama 1/2 jam dengan kain lembap. Aritu Lien tutup dengan tisu dapur je.

7- Selepas 1/2 jam, bulat-bulatkan doh kecil2, lebih kurang saiz bola ping pong. Canai doh nipis.

8- Canai doh sehingga habis dan boleh la digoreng. Dapat lebih kurang 12- 15 biji.

9- Mulakan goreng dengan yang pertama dicanai nipis. Dan masukkan satu je dalam satu masa. Biarkan roti puri mengelembung dan balik2 roti puri sehingga kekuningan.

10- Dah masak, boleh la dimakan bersama kuah dhal, sambal ikan bilis, sambal sardin atau apa2 la yang korang suka. Aritu Lien makan dengan kuah dhal, best jugak. InsyaAllah dalam entry lain, Lien share resepi kuah dhal ye.

Selamat mencuba.
Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment