Friday, December 16, 2016

Strategi Turunkan Berat Badan Part 2

Assalamualaikum.

Macam mana pengubahan corak pemakanan boleh membantu anda menurunkan berat badan? Antara strategi yang boleh anda amalkan ialah:

1- Realistik dengan pengambilan kalori.
Yang penting untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengambil kurang kalori daripada keperluan. Tapi pengurangan kalori yang melampau akan menyebabkan badan tidak mendapat nutrien yang cukup dan juga menyebabkan badan kehilangan tisu otot. Akibatnya mungkin anda akan kehilangan berat badan yang mendadak. Penurunan berat badan yang mendadak mungkin juga akan menyebabkan berat badan anda mudah bertambah kemudian.

Untuk anda yang mempunyai BMI lebih dari 35, cadangan pengurangan kalori ialah sebanyak 500- 1000kcal sehari berbanding pengambilan kalori yang biasa anda makan.

Untuk anda yang mempunyai BMI  antara 27- 35, cadangan pengurangan kalori ialah sebanyak 300- 500kcal sehari berbanding pengambilan kalori yang biasa anda makan.

Jadi, sebelum mulakan program penurunan berat badan, buat sedikit kira2 untuk mengetahui pengambilam kalori seharian yang anda ambil.

2- Pastikan Nutrient yang diperolehi mencukupi.
Masalah yang selalu timbul bila anda cuba menurunkan berat badan, ialah kekurangan nutrient. Ia terjadi bila anda cuba menghadkan pengambilan makanan, maka secara tidak langsung sesetengah nutrient mungkin tidak cukup untuk badan. Makan lah semua kumpulan makanan tapi pastikan kuantitinya bersesuaian dengan keperluan anda. Selain itu, pengambilan supplement juga boleh  membantu anda mendapat nutrient yang cukup. VITALEA dari shaklee adalah supplement yang baik untuk membantu anda mendapat nutrient yang cukup. Ia mengandungi vitamin dan mineral mengikut saranan RDA (recommended dietary allowance)

3- Makan dengan porsi  yang sesuai
Porsi makanan sangat penting untuk menurunkan berat badan. Ramai individu yang cuba menurunkan berat badan tidak mengambil makanan yang tinggi kalori dalam diet seharian tetapi mengambil banyak makanan yang dikatakan makanan rendah lemak dan rendah kalori. Tapi sebenarnya makanan yang rendah lemak atau rendah kalori jika diambil berlebihan akan menyukarkan proses penurunan berat badan anda. Begitu juga dengan nasi, ramai beranggapan nasi akan menyukarkan mereka untuk menurunkan berat badan, tapi yang sebetulnya nasi tidak akan meningkatkan berat badan anda sekiranya diambil dengan porsi yang betul. Dan ramai juga yang beralasan, mereka sukar mengawal selera makan apabila makan nasi. Untuk permulaannya memang susah, tapi anda harus kekal disiplin dan mempunyai keinginan yang kuat untuk menurunkan berat badan.

4- Pilih makanan rendah "energy density"
Selain porsi makanan, pemilihan makanan yang rendah "energy density" penting untuk membantu anda menurunkan berat. Makanan yang rendah "energy density" kebiasaanya tinggi kandungan air dan serat serta rendah lemak. Ia akan memberi rasa kenyang walaupun kalorinya rendah. Contoh pada berat yang sama dan saiz hidangan yang sama, brokoli mengandungi 2kali ganda serat berbanding ubi kentang selain kalorinya cuma 1/4 berbanding kalori pada ubi kentang.

5- Air yang cukup.
Air membantu menurunkan berat badan dengan memberi rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan pengambilan kalori.

6- Pilih makanan tinggi serat
Buah dan sayuran serta bijirin penuh mengandungi tinggi mineral, vitamin dan juga serat tetapi rendah lemak. Makanan tinggi serat akan mengurangakan pengambilan kalori dan juga memberi rasa kenyang.

7- Kurangkan makanan tinggi lemak
Sepertimana semua tahu, makanan tinggi lemak akan meningkatkan pengambilan kalori anda. Buat pilihan terbaik untuk mengurangkan pengambilan lemak dalam diet seharian anda. Contohnya susu rendah lemak adalah pilihan yang baik berbanding susu segar atau susu penuh krim.

8- Hadkan pengambilan makanan tinggi gula.
Gula adalah makanan yang hanya ada kalori tanpa nutrient lain.

Nak saya bantu untuk turunkan berat badan anda? Hubungi saya

Call/message/whatapps
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id:.1241205

No comments:

Post a Comment