Sunday, December 11, 2016

Cara Mengawal Gula Dalam Darah

Assalamualaikum.

Baru- baru ini, surat khabar Sinar Harian mendedahkan kira- kira 3.5juta rakyat Malaysia mengidap Diabetes Mellitus atau kencing manis. Ini menjadikan Malaysia merupakan negara ke-4 yang mempunyai rakyat mengidap kencing manis tertinggi di Asia. Dan yang lebih membimbangkan ialah semakin ramai golongan muda yang mengidap penyakit ini. Punca utamanya ialah corak pengambilan makanan. Kencing manis tidak terjadi sejurus selepas makan makanan manis tetapi ia merupakan kesan dari corak pemakanan yang tinggi gula dan tinggi karbohidrat untuk sesuatu jangka masa.

Diabetes Mellitus terdiri dari 2 jenis. Iaitu jenis 1 dan jenis 2. Kebanyakan kes Diabetes Mellitus adalah jenis 2. Ia terjadi apabila insulin yang dihasilkan dalam badan tidak mencukupi atau tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Apabila insulin tidak dapat berfungsi dengan baik, glukosa daripada makanan tidak dapat diangkut ke dalam sel tubuh. Tubuh tidak dapat menggunakan glukosa sebagai tenaga. Sebaliknya, glukosa akan terus berada dalam salur darah.

Antara gejala- gejala diabetes ialah:

* Cepat dahaga dan kerap buang air kecil.

* Tidak bertenaga, letih dan pening.
* Cepat lapar akibat kekurangan glukosa dalam sel.

* Berat badan susut dengan mendadak. Ini kerana tubuh akan membakar lemak dan tisu otot untuk mendapatkan tenaga apabila glukosa dalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.

* Senang mendapat jangkitan dan luka lambat sembuh.

* Rasa kebas pada tangan dan kaki. Ia akibat daripada aras glukosa darah yang tinggi mengganggu sistem saraf.

* Penglihatan kabur.

Pengubahan corak pemakanan, senaman serta ubat- ubatan membantu mengawal gula dalam darah. Antara langkah- langkah untuk memgawal gula dalam darah:

1- Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi gula. Makanan tinggi gula cepat dicernakan dan terus diserap ke darah menyebabkan peningkatan aras gula yang lebih cepat.

2- Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi serat seperti bijirin dan produk bijirin mil penuh, kekacang, sayur- sayuran serta buah- buahan.

3- Kawal saiz hidangan makanan terutamanya karbohidrat. Pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat yang berlebihan pada satu masa akan menyebabkan gula darah sangat tinggi dan sekiranya pengambilan karbohidrat terlalu sedikit menyebabkan gula darah terlalu rendah. Oleh kerana itu, pengambilan karbohidrat pada porsi yang tepat membantu mengawal gula darah.

4- Hadkan pengambilan lemak. Lemak yang berlebihan meningkatkan risiko kegemukan dimana seterusnya akan meningkatkan rintangan insulin.

5- Senaman juga membantu memgawal gula dalam darah. Ia membantu metabolisma karbohidrat dalam makanan untuk ditukarkan kepada glukosa. Selain itu, senaman juga memperbaiki sensitiviti insulin disamping mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Selain tips - tips diatas, VIVIX daripada shaklee juga membantu menurunkan gula dalam darah. VIVIX  mengandungi bahan-  bahan terbaik iaitu japanese knotweed, muscardine grape, purple carrot, european elderberry. Ia kaya dengan resveratrol dan polifenol yang membantu meningkatkan sentiviti tubuh terhadap hormon insulin dan mengurangkan rintangan insulin. Apabila sensitiviti insulin meningkat, maka aras gula dalam darah dapat dikawal. Selain itu, VIVIX juga membantu mengaktifkan enzim SIRT1. Enzim ini bertanggungjawab untuk rembesen insulin yang berfungsi dalam pengawalan gula darah.

Anda boleh terus hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.

Call/ Message/whatapps:
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee Id : 1241205

No comments:

Post a Comment