Thursday, December 22, 2016

Diet pesakit buah pinggang

Assalamualaikum.

Penyakit kegagalan buah pinggang merupakan penyakit yang mungkin terjadi akibat komplikasi daripada masalah tekanan darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.

Sebagai pengenalannya, pesakit yang menghadapi masalah buah pinggang dibahagikan kepada 5 tahap. Ia bergantung kepada bacaan GFR ( glomerular filtration rate) yang boleh diketahui apabila ujian darah dilakukan.  Doktor biasanya akan terangkan di tahap manakah seseorang pesakit itu berada. Tahap 1 dan 2 dikategorikan sebagai "early chronic kidney disease" atau  boleh dikatakan "mild decrease in kidney function". Tahap 3 dan 4 dikategorikan sebagai " moderate to severe decrease  in kidney function". Manakala tahap 5 dikategorikan sebagai "end stage renal disease ( ESRD)". Pada tahap ini pesakit perlu menjalani proses dialisis atau continous ambulatory peritoneal dialysis (CAPD).

Untuk kali ini, saya cuba terangkan pemakanan bagi pesakit yang belum menjalani proses dialisis. Maksudnya bagi pesakit yang berada pada tahap 1 hingga 4.

Perkara yang penting untuk dikawal ialah protein. Kenapa protein? Ini kerana buah pinggang berperanan menyingkirkan hasil akhir proses metabolisma protein  iaitu urea daripada darah kepada urine untuk disingkirkan. Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, maka aras urea dalam darah meningkat.

Jumlah pengambilan protein yang disarankan bagi pesakit yang mengalami masalah buah pinggang yang berada pada tahap 1-2 ialah 0.8g protein/ kg berat badan manakala bagi pesakit yang berada pada tahap 3 -4 saranan pengambilan protein adalah 0.6g/ kg berat badan.

Contohnya berat pesakit ialah 50kg, dan saya anggap dia berada pada tahap 2, maka keperluan protein nya ialah 50x0.8= 40g protein sehari. Mengikut saranan, sumber protein itu mestilah lebih 50% daripadanya ialah protein yang mempunyai high biological value (HBV). Maka 20g HBV protein yang perlu diambil dan jumlah pertukaran proteinnya ialah 3. Ini kerana 1 pertukaran protein dari 7g protein. Jadi bahagikan pertukaran protein ini untuk diambil sepanjang hari.

Contoh 1 pertukaran protein:
1/2 ekor ikan
1 ketul ayam saiz sederhana
1 biji telur
1 ketul daging yang bersaiz kotak mancis

Selain protein makanan tinggi sodium juga harus dikurangkan. Contoh makanan tinggi sodium ialah sos, penggunaan perasa tambahan, minuman bergas, makanan terproses dan juga kurangkan makanan masin. Pengambilan sodium yang tinggi berkait rapat dengan tekanan darah tinggi. Dan kajian menunjukkan pengawalan tekanan darah yang baik membantu melambatkan kerosakan buah pinggang yang makin teruk. Selain itu, pengambilan sodium yang tinggi juga akan meningkatkan rasa haus yang mana ai akan mendorong seseorang untuk mengambil lebih banyak air. Ianya tidak bagus untuk pesakit yang menghadapi masalah buah pinggang bilamana keupayaannya buah pinggang untuk melakukan "filtration" telah berkurang. Secara ringkas ia akan memberi lebih bebanan kepada buah pinggang.

Rasanya setakat ini dulu untuk kali ini. Saya cuma tekankan kepada perkara2 utamanya sahaja. Untuk lebih mendalam lagi, berjumpa dan berbincanglah dengan dietitian anda. Ini kerana setiap keperluan individu adalah berbeza mengikut keperluan masing masing.

No comments:

Post a Comment