Tuesday, November 8, 2016

Sup Brokoli dan Tofu Telur

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak kongsikan resepi sup brokoli dan tofu telur. Sup yang tinggi nutrient dan proteinnya. Ini kerana brokoli merupakan sayur yang sangat baik kerana tinggi zat besi dan juga tinggi kalsium. Manakala tofu telur pula tinggi protein.

Jom semak resepi. Mungkin boleh beri idea untuk ibu- ibu yang kadang kadang tak ada idea nak masak apa untuk hidangan keluarga. Mengikut pengalaman saya, bila selalu masak,  kadang-kadang kita kebuntuan idea nak masak apa setiap hari. Selalu masak yang sama saja kan. Jadi menu ini boleh jadi salah satu menu keluarga juga. Resepi yang mudah tapi berkhasiat.

Bahan- bahan:

Brokoli
Cauliflower
Tofu telur
Sedikit isi ayam
Bawang putih- dimayang
Bawang merah- dimayang
Sedikit minyak

Cara Penyediaan:
1- Potong tofu telur dan goreng sekejap. Guna non stick pan dan sedikit minyak sahaja. Tujuan tofu telur digoreng terlebih untuk mengelakkan ianya mudah pecah apabila dimasukkan ke dalam sup. Tapi kalau anda tak nak goreng terlebih dahulu pun boleh.
2- Masukkan air, bawang dan juga ayam yang dipotong kecil dalam periuk. Nak tumis bawang terlebih dahulu pun boleh.
3- Biarkan mendidih. Masukkan brokoli dan cauliflower. Biarkan sekejap.
4- Masukkan tofu telur dan perasakan dengan garam. Matikan api dan sedia untuk dihidang.

Semoga Bermanfaat

No comments:

Post a Comment