Sunday, April 30, 2017

Rawatan Kayap

Assalamualaikum wtb.

Dulu- dulu Lien pernah jugak dengar bonda cakap, kayap ular ni bahaya. Apabila lingkaran kayap ular ini bertemu, ia boleh menyebabkan maut. So, dulu bila dengar kayap ular memang agak takut la.

Sehingga sekarang, Lien pun tak pasti kesahihannya. Tapi rasanya tak betul sebab daripada pembacaan dan juga Lien pernah dengar satu perbincangan dengan doktor mengenai kayap ular ni. Katanya lingkaran kayap ular ni tak akan mengelilingi semua bahagian pinggang tapi ia cuma akan berlaku pada 1 bahagian pinggang sahaja. Maksudnya lingkaran itu tidak akan bertemu.

Apakah itu KAYAP

Kayap( shingles) merupakan ruam lepuh yang timbul dipermukaan kulit pada bahagian tertentu badan yang berisi air.

Ia disebabkan oleh virus Varicella Zoster (VZV). Virus ini sebenarnya sudah lama berada dalam tubuh badan seseorang apabila mengalami  penyakit cacar air. Setelah cacar air sembuh, virus ini masih berada dalam badan tetapi dalam bentuk tidak aktif. Namun begitu,apabila sisten imun badan lemah, virus ini kembali menyerang yang menyebabkan kayap.

Simptom Jangkitan Kayap

- Rasa kebas, sakit dan panas pada bahagian badan yang dijangkiti.

- Ia diikuti demam dan sakit kepala.

- Seterusnya, tanda- tanda kayap akan muncul dikulit. Iaitu tompok- tompok merah dan diikuti gelembung- gelembung kecil yang berisi air.

- Selain itu, kayap ular pula akan membentuk lingkaran pada bahagian tubuh pesakit seperti belitan ular. Gelembung- gelembung kecil yang berisi air akan timbul pada bahagian lingkaran tersebut.

- Dalam tempoh seminggu, gelembung- gelembung yang berisi air akan pecah dan mula mengering.

Namun begitu, kayap yang tidak dirawat boleh menyebabkan kesakitan saraf jangka panjang. Ia boleh berlarutan sehingga berbulan- bulan malah sehingga bertahun- tahun.  Selain itu, jangkitan kayap juga boleh menyebabkan komplikasi lain seperti jangkitan kulit, parut yang hodoh serta  lemah otot.

Oleh kerana itu, kayap harus dirawat segera. Salah satu rawatannya ialah dengan meningkatkan tahap imunisasi badan.

Shaklee menawarkan set untuk meningkatkan tahap imunisasi badan terutamanya untuk merawat kayap. Antara produk yang sesuai ialah Vivix, Nutriferon, Garlic Complex dan Vita C Sustained Release.

-------------------

VIVIX

Antara bahan utama yang terdapat dalam vivix ialah elderberry. Elderberry ini kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C yang penting untuk kesihatan yang optimum. Selain itu, bioflavonoids dalam elderberry juga membantu sistem imun badan dengan meningkatkan paras antioksidan untuk menentang serangan virus yang boleh merosakkan sel.

NUTRIFERON

NutriFeron merupakan campuran ekstrak tumbuhan terpilih yang telah terbukti secara klinikal dapat menguatkan imun.

Kajian menunjukkan manfaat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun diperoleh daripada campuran khas 4 ekstraks tumbuhan didalam NutriFeron.

VITA C

Vitamin C yang terdapat di dalam Vita C merupakan makanan kepada sel darah putih dan diperlukan untuk mengekalkan fungsinya iaitu sebagai benteng pertahanan  badan daripada serangan virus.

Vitamin C juga merupakan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang mungkin terdapat dalam badan.

GARLIC COMPOUND

Kandungan utama di dalam Garlic Compound tentulah bawang putih. Bawang putih sering digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat demam. Ini kerana bawang putih merupakan antibakteria dan antibiotik semulajadi. Ia akan membantu meningkatkan sistem imun badan dan melawan penyakit.

--------------------------

SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA. APA YANG BOLEH KITA LAKUKAN IALAH USAHAKAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK MENGUBATINYA TAPI YANG MENENTUKAN KESEMBUHANNYA HANYALAH ALLAH SWT.

Boleh hubungi Lien sekiranya anda ingin berikhtiar merawat kayap dengan shaklee

Salam sayang.

Lien Abdullah
0137556961

No comments:

Post a Comment