Sunday, April 16, 2017

Kawal Gula dalam darah sebelum terlambat

Assalamualaikum wtb.

Kita selalu dengar kan saudara, kenalan atau jiran- jiran malah mungkin juga ibu bapa sendiri yang terpaksa dipotong kakinya akibat komplikasi kencing manis. Itulah salah satu komplikasi masalah kencing manis atau Diabetes Mellitus.

Masalah kencing manis ni dah jadi masalah yang serius di negara kita sebab baru- baru ini, surat khabar Sinar Harian mendedahkan kira- kira 3.5juta rakyat Malaysia mengidap Diabetes Mellitus atau kencing manis. Bukan jumlah yang sikit tu. 

Dan dengan statistik ini, Malaysia merupakan negara ke-4 yang mempunyai rakyat mengidap kencing manis tertinggi di Asia.

Jom kita kenal- kenal apa itu Diabetes Mellitus.

Diabetes Mellitus terdiri dari 2 jenis. Iaitu jenis 1 dan jenis 2.

Untuk kali ni Lien nak fokus kepada Diabetes Mellitus jenis 2 sebab kebanyakan kes Diabetes Mellitus di negara kita adalah jenis 2. Ia terjadi apabila insulin yang dihasilkan dalam badan tidak mencukupi atau tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Apabila insulin tidak dapat berfungsi dengan baik, glukosa daripada makanan tidak dapat diangkut ke dalam sel tubuh. Tubuh tidak dapat menggunakan glukosa sebagai tenaga. Sebaliknya, glukosa akan terus berada dalam salur darah.

Antara tanda2 diabetes ialah:

* Cepat dahaga dan kerap buang air kecil.

* Tidak bertenaga, letih dan pening.

* Cepat lapar akibat kekurangan glukosa dalam sel.

* Berat badan susut dengan mendadak. Ini kerana tubuh akan membakar lemak dan tisu otot untuk mendapatkan tenaga apabila glukosa dalam darah tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.

* Senang mendapat jangkitan dan luka lambat sembuh.

* Rasa kebas pada tangan dan kaki. Ia akibat daripada aras glukosa darah yang tinggi mengganggu sistem saraf.

* Penglihatan kabur.

Jadi, kalau ada tanda- tanda macam kat atas, cepat2 buat pemeriksaan doktor dan sekiranya pasti, anda boleh cuba tips yang akan Lien kongsikan nanti. Jangan sambil lewa je atau endah tak endah je pasal masalah ni. Kawal sebelum terlambat.

TIPS KAWAL GULA DALAM DARAH

Pengubahan corak pemakanan, senaman serta ubat- ubatan membantu mengawal gula dalam darah. Antara langkah- langkah untuk memgawal gula dalam darah:

1- Hadkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi gula. Makanan tinggi gula cepat dicernakan dan terus diserap ke darah menyebabkan peningkatan aras gula yang lebih cepat.

2- Tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi serat seperti bijirin dan produk bijirin mil penuh, kekacang, sayur- sayuran serta buah- buahan.

3- Kawal saiz hidangan makanan terutamanya karbohidrat. Pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat yang berlebihan pada satu masa akan menyebabkan gula darah sangat tinggi dan sekiranya pengambilan karbohidrat terlalu sedikit menyebabkan gula darah terlalu rendah. Oleh kerana itu, pengambilan karbohidrat pada porsi yang tepat membantu mengawal gula darah.

4- Hadkan pengambilan lemak. Lemak yang berlebihan meningkatkan risiko kegemukan dimana seterusnya akan meningkatkan rintangan insulin.

5- Senaman juga membantu memgawal gula dalam darah. Ia membantu metabolisma karbohidrat dalam makanan untuk ditukarkan kepada glukosa. Selain itu, senaman juga memperbaiki sensitiviti insulin disamping mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

6- Pengambilan supplement.Selain tips  tips diatas, Lien juga sarankan 2 supplement daripada shaklee untuk bantu kawal gula dalam darah iaitu VIVIX dan ESP

VIVIX  mengandungi bahan-  bahan terbaik iaitu japanese knotweed, muscardine grape, purple carrot, european elderberry. Ia kaya dengan resveratrol dan polifenol yang membantu meningkatkan sentiviti tubuh terhadap hormon insulin dan mengurangkan rintangan insulin. Apabila sensitiviti insulin meningkat, maka aras gula dalam darah dapat dikawal.

Selain itu, VIVIX juga membantu mengaktifkan enzim SIRT1. Enzim ini bertanggungjawab untuk rembesen insulin yang berfungsi dalam pengawalan gula darah.

ESP pula ialah Energizing Soy Protein. Merupakan protein soya yang berkualiti tinggi. Ia berbentuk serbuk dan boleh dibancuh dengan air suam atau air kosong. ESP juga boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti milo, susu, horlicks selain boleh dijadikan smoothies buah-buahan.

ESP sangat sesuai untuk mereka yang mengidap kencing manis kerana indek  glisemik nya adalah rendah. Indeks glisemik ( GI) ni adalah tahap pembebasan gula dalam darah. Maksudnya makin tinggi GI sesuatu makanan, makin cepat gula diserap kedalam darah. Makin rendah GI, makin lambat gula diserap ke dalam darah.

Bagi pesakit kencing manis, makanan rendah GI akan bantu mengawal gula dalam darah kerana ia tak menyebabkan peningkatan gula dalam darah secara mendadak. Ia akan diserap ke dalam saluran darah secara perlahan- lahan. Ini lah yang bantu mengawal gula dalam darah.

Selain itu ESP juga  membekalkan protein lengkap dengan 9 asid amino perlu ( essential amino acids). Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dengan cukup untuk keperluan badan. Ia diperolehi dari pemakanan seharian. 9 asid amino itu ialah histidine, isoleucine, leusine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan dan valine. Kesemua protein ini penting untuk pertumbuhan sel dan tisu-tisu baru dalam badan.

Salam sayang

Lien Abdullah
0137556961

No comments:

Post a Comment