Tuesday, April 18, 2017

Cara Kawal Masalah Gout

Assalamualaikum.


Pernah tak anda melihat pesakit gout atau ada dikalangan keluarga anda yang menghidap gout?. Kesian kan kerana sakitnya mencucuk-cucuk pada sendi. Gout juga boleh mengganggu pergerakan seseorang.


Adik Lien pernah jugak ada masalah gout ni. Dan rupanya bukan hanya orang tua je yang ada masalah gout tapi juga kita yang muda remaja ni pun ada risiko jugak. ( Lien masih muda.  awak, Lien tak tau. Hehe).


Ok. Balik kepada cerita adik Lien yang ada masalah gout ni. Mulanya cuma bengkak pada kaki, pastu makin sakit. Terhenjut-henjut la jalan. Bila jumpa doktor, doktor cakap masalah gout. Macam tak percaya la juga sebab adik Lien  umurnya lingkungan 20an. Disebabkan rasa tak percaya tu, tau tak, adik Lien try makan kacang sebab doktor dah pesan jangan makan kacang sebab kacang akan menyebabkan gout makin teruk. Dan tau tak, memang makin sakit. Cerita adik, sakit sangat-sangat yang mencucuk-cucuk katanya. Kesian pulak Lien tengok tapi dia jugak yang degil tak dengar cakap doktor.

Pastu memang adik betul2 jaga makan la. Kawan ajak makan ketam sanggup tak pergi walaupun sebelum ni seafood tu memang favourite dia. Insafff dah. Hehe..


Bagaimana Gout Terjadi
Gout adalah penyakit akibat daripada ketidaknormalan aras asid urik dalam darah. Akibatnya apabila asid urik dalam darah tinggi, ia akan mula terkumpul pada bahagian sendi, tisu lembut di sekeliling sendi terutamanya di bahagian kaki. Pengumpulan asid urik pada sendi lama kelamaan akan membentuk hablur yang dipanggil "tophi". Hablur ini mencetuskan rasa sakit pada sendi apabila bergerak akibat pergeseran hablur ni pada sendi. Sekiranya tidak dirawat hablur ini akan seterusnya memusnahkan tisu sendi yang boleh menyebabkan arthritis yang kronik.

Siapa Yang Berisiko Mendapat Penyakit Ini

Obesiti, masalah tekanan darah tinggi, diabetes, penggunaan diuretik serta faktor keturunan berkait rapat dengan penyakit ini.

Apakah Tanda-Tanda Seseorang Mengalami Masalah Ini

Pesakit gout mula merasai kesannya yang kebiasaannya bermula pada ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan sangat sakit. Ia seterusnya akan menyerang sendi- sendi lain seperti buku lali, lutut dan pergelangan kaki. Serangan gout selalunya berlaku tiba- tiba dan ia boleh berlarutan selama berhari-hari. Gout boleh mempengaruhi pergerakan seseorang akibat kesakitan yang dialaminya. Lebih teruk lagi, pesakit gout yang teruk mungkin tidak dapat berjalan akibat kesakitan dan bengkak pada kaki. Ini seterusnya akan mengganggu aktiviti harian.

Tips Pemakanan Bagi Pesakit Gout

Secara asasnya, untuk mengawal asid urik dalam darah, pesakit gout mestilah mengurangkan makanan yang boleh meningkatkan asid urik dalam badan. Makanan yang tinggi purine akan meningkatkan asid urik. Ini kerana pemecahan purine dalam makanan akan ditukarkan kepada asid urik semasa metabolisma berlaku. Antara makanan yang tinggi purine ialah daging merah, kekacang, organ dalaman haiwan, ikan bilis, kobis, cendawan, asparagus, bayam.


Pengambilan buah dan sayur-sayuran membantu menurunkan asid urik. Sayur dan buah berperanan untuk "alkalanize" urik asid dalam badan.

Selain itu,  pengambilan air yang cukup juga membantu menyingkirkan asid urik melalui urin

Pengambilan makanan rendah lemak juga boleh membantu mengurangkan asid urik kerana lemak yang berlebihan akan menghalang kumuhan asid urik melalui urin.

Selain makanan-makanan diatas yang membantu menurunkan asid urik, sekiranya berat badan berlebihan penurunan berat badan juga sangat digalakkan untuk menurunkan asid urik. Penurunan berat badan yang terkawal akan menurunkan asid urik. Sebaliknya penurunan berat badan yang drastik dengan pengamalan diet yang strict akan menyebabkan kehilangan tisu badan dan meningkatkan aras asid urik.

Pengambilan  supplemen yang sesuai juga merupakan salah satu cara mengawal asid urik dalam badan. Antara supplemen yang sesuai ialah Vivix, Omega Guard, Alfalfa Complex, Vitamin C dan Vitamin E.

Vivix
Mengandungi Resveratrol yang tinggi. Kajian di Havard University  mendapati kandungan Resveratrol yang dijumpai dalam anggur dan Japanese Knotweed  sebagai antioksidan terbaik untuk menurunkan asid urik dalam badan. 

Omega Guard 
EPA dan DHA yang terdapat dalam omega guard membantu mengurangkan keradangan. 

Alfalfa Complex
Membantu menyingkirkan toksin dalam badan dan menurunkan aras asid urik.

Vitamin E dan Vitamin C
Mengandungi antioksidan yang tinggi yang membantu melawan radikal bebas.

Kat bawah ni Lien sertakan sekali testimoni mereka yang berjaya mengawal masalah gout dengan supplemen shaklee. 

Testimoni 1


Testimoni 2



Jadi jangan berlengah lagi, sanggup ke jalan terhenjut-henjut dan bengkak serta sakit pada kaki tu berterusan?atau sanggup ke tengok orang-orang yang anda sayang sakit. Hadiahkan VIVIX untuk orang-orang yang anda sayang demi kesihatan mereka. Boleh hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut.


Salam sayang.
Lien Abdullah
0137556961

No comments:

Post a Comment