Tuesday, April 25, 2017

Kek Pisang Mudah

Assalamualaikum wtb.


Untuk entry resepi kali ni,Lien nak kongsikan resepi kek pisang yang sangat mudah tapi hasilnya memang sedap. Apa saja yang kita masak sendiri mesti lah sedap kan. :)


Ok, Lien pun tak nak la membebel panjang. Kita terus kepada resepinya ya. Resepi ni dah lama Lien guna. Pernah buat jualan pun. Dan Lien pun dah lupa dari mana asalnya Lien ambil resepinya. Apapun Lien sangat berterima kasih kepada pemilik asal resepi ni. Dan Lien panjangkan resepinya disini pula ya.


KEK PISANG MUDAH


Bahan-Bahan:


2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
3 biji telur
1 cawan minyak
1 cawan gula castor
1 cawan pisang
1 tsp esen vanila
Sedikit serbuk koko


 


Cara Penyediaan:


1- Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat da juga baking powder. Ketepikan.


2- Pukul telur dan gula sehingga gebu. Tambah minyak dan pukul lagi sekejap.


3- Kemudian tambahkan esen vanila dan pukul sebati.


4- Tambahkan pisang yang telah dilenyekkan dan pukul sebati.


5- Perlahankan speed dan masukkan sedikit demi sedikit tepung. Pukul sekejap saja asalkan sebati.


6- Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan serbuk koko yang dijadikan paste. Kacau sebati.


7- Masukkan dalam loyang atau cawan cupcake dan sedia untuk dibakar. Boleh  selang- selikan masukkan aduanan pisang dan adunan pisang coklat.


8- Bakar 150° C selama 45 minit sekiranya menggunakan loyang dan 15-20 minit sekiranya menggunakan cawan cupcake.



No comments:

Post a Comment