Friday, April 28, 2017

Jom Tambah Berat

Assalamualaikum wtb

Kalau ramai yang nak turunkan berat, Lien pulak nak tambah berat. Sebabnya selalu sangat orang cakap yang Lien ni kurus sangat. Berat yang paling tinggi ialah 45 kg. Dan tau tak berat sebelum masuk Universiti berat Lien cuma 39 kg. Tapi Lien ni rendah je orangnya. Tinggi cuma 145 cm. Jadi bila berat 39 kg, BMI nya ialah 18.5. Kira borderline la. Belum dikategori underweight lagi. :)

Lien sebenarnya makan banyak jugak tapi berat susah nak naik. Sampaikan bila jumpa saudara yang lama tak jumpa, soalan yang ditanya, bila nak gemuk?haha. Redha je dengan soalan macam tu.

Dan akhir tahun 2014, berat badan Lien mula turun. Tapi bukan turun mendadak. Slowly turun hinggakan Lien dapat berat yang lebih rendah sebelum masuk Universiti tu iaitu 37kg. Masa tu kena ngaku la memang ada masalah hati dan perasaan sikit (kisah lama. Haha). Masa tu jugak Lien  agak control makan sebab baru berhenti kerja dan dok rumah buat kerja rumah je. Jadi tak nak la makan banyak- banyak sebab takut berat naik.

Tapi rupanya masalah lain pulak yang timbul. Bukan berat badan je makin turun tapi Lien pun selalu rasa kebas pada kaki dan tangan. Dan mulalah google kenapa kan. Kita sama je, google dulu then baru jumpa profesional yang boleh bantu masalah kita. Betul tak.

Tapi Lien takjumpa doktor pun,Lien cuma whatapps kawan yang merupakan seorang doktor. Cerita serba sedikit pasal masalah then katanya masalah Lien mungkin "electrolyte imbalance". Padan muka kan. Konon- konon nak diet tapi berat terlebih turun pulak. Masa tu memang insaf la. Hihi. Terus makan banyak- banyak balik tapi berat tak nak jugak.

Kawan memang suruh Lien jumpa doktor dan buat blood test. Tapi biasa lah ni degil + takut sikit nak jumpa doktor. Dan inilah permulaan Lien bagaimana Lien kenal dan jatuh cinta dengan Shaklee.

2 produk pertama yang Lien cuba ialah Vita Lea dan Ostematrix. Dan Alhamdulillah berat badan Lien makin naik dan kebas pada kaki dan tangan pun hilang.

Bila Lien study, rupanya punca berat badan susah nak naik salah satu sebabnya ialah badan tak dapat cukup vitamin dan mineral yang diperlukan. Kadang- kadang kita makan banyak tapi corak pengambilan makanan kita mungkin tak seimbang. Kurang buah dan sayur yang mana buah dan sayur ni macam yang kita tahu ada macam-macam vitamin dan mineral.

Jadi, dengan pengambilan Vita Lea, ia membekalkan 23 multivitamin dan multimineral untuk pastikan badan mendapat nutrisi yang cukup. Bila badan dapat nutrisi yang cukup, ia akan membantu memberi makanan kepada sel- sel badan supaya dapat berfungsi dengan sempurna. Jadi pertambahan berat badan boleh berlaku.

Selain Vita Lea, 2 produk lain dari Shaklee untuk membantu tambah berat badan iaitu ESP dan B Complex. Bagaimana 2 produk ini boleh membantu menambahkan berat badan anda?

ESP mengandungi protein yang penting untuk membina otot. Untuk tambah berat badan, kita mahukan penambahan berat badan yang sihat iaitu pertambahan otot bukannya pertambahan sel-sel lemak dalam badan yang boleh menyebabkan masalah lain pula timbul nanti. Jadi ESP sangat sesuai kerana ia membekalkan semua asid amino yang diperlukan oleh badan untuk membina tisu- tisu serta otot badan yang sihat.

B COMPLEX pula mengandungi kesemua vitamin B yang membantu proses metabolisma badan dan membina sel- sel baru. B Complex juga membantu menambahkan selera makan.

Jadi,kalau anda merancang untuk tambah berat, Lien sangat sarankan VitaLea, ESP dan B Complex ni. Sebab Lien sangat faham perasaan orang yang susah nak tambah berat ni.

Salam sayang.

Lien Abdullah
0137556961

No comments:

Post a Comment