Thursday, February 23, 2017

8 Tips yang Ibu Bapa harus tahu untuk Tingkatkan Sistem Imun Anak

Assalamualaikum.

Sebagai ibu bapa, tentulah kita risau bila anak selalu demam dan berlarutan kan? Kadang demam ni boleh berjangkit kalau ada kawan-kawan mereka yang demam kat sekolah atau taska. Sebab itulah kebanyakan taska akan minta ibu bapa untuk tidak menghantar anak-anak yang demam ke taska. Ini sesuatu yang sangat bagus untuk elakkan ianya menjangkiti anak-anak lain. Ini kerana memang secara semulajadinya, sistem imun badan anak-anak tak sekuat dewasa dan senang dijangkiti penyakit.

Ok, kita mula dengan  bagaimana sistem imun badan anak-anak berkembang.

1- Ketika bayi dalam kandungan, bayi akan menerima antibodi secara terus dari ibu melalui placenta.

2- Selepas lahir pula, bayi menerima  antibodi melalui susu ibu. Dan tau tak Colustrum iaitu susu awal ibu mengandungi antibodi yang sangat baik untuk melindungi bayi baru lahir. Kerana itulah, nurse akan galakkan ibu untuk menyusukan bayi seawal mungkin selepas melahirkan.

3- Sehingga berusia 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu akan terus mendapat antibodi daripada susu ibu.

4- Seterusnya bayi juga akan menerima suntikan imunisasi untuk membantu mematangkan sistem imunisasi badan.

Selain itu, ketika anak demam atau  sakit secara semulajadinya, ia akan meningkatkan sistem imun badan anak- anak NAMUN BEGITU, jika terlalu kerap dan berlarutan,ia mungkin petanda sistem badan anak lemah.

Siapakah yang sering terdedah kepada sistem imun yang rendah?

Secara umumnya, anak-anak yang kurang nutrisi lebih terdedah kepada risiko jangkitan. Ia juga disebabkan oleh beberapa sebab lain. Antaranya ialah:

* Anak yang kurang makan.

Kurang makan akan menyebabkan anak-anak kurang nutrisi dan ini akan menyebabkan anak-anak mudah diserang penyakit.

* Sentiasa terdedah kepada risiko jangkitan.

Risiko jangkitan biasanya daripada persekitaran dan mungkin juga dari kawan-kawan di taska atau sekolah. Contohnya ada kawan yang tidak sihat di sekolah atau taska, anak- anak lain juga mungkin.dijangkiti sama.

* Faktor kebersihan yang kurang memuaskan.

Ini termasuklah persekitaran, makanan dan juga amalan yang kurang bersih. Contohnya tidak membasuh tangan dengan sempurna sebelum makan dan juga mungkin penyediaan makanan yang kurang menitikberatkan aspek kebersihan.

* Kurang tidur atau tidur sering terganggu.

Mengejutkan juga sebenarnya  bila terdapat kajian yang menunjukkan sistem imun badan turut dipengaruhi oleh tidur yang cukup dan berkualiti.

Cara Meningkatkan Sistem imun badan

Ibu bapa boleh berusaha untuk meningkatkan sistem imun anak- anak untuk mengurangkan risiko jangkitan dan sekiranya dah dijangkiti penyakit, sistem imun yang kuat membantu badan melawan jangkitan lebih cepat yang seterusnya mengurangkan komplikasi lain.
Antara cara meningkatkan sistem imun:

1- Amalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat.

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat membantu memberi nutrisi yang cukup kepada anak-anak. Terutamanya sayur dan buah-buahan yang biasanya susah kan nak bagi anak-anak makan.

Kajian juga menunjukkan jangkitan kuman sering berlaku pada kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan.

2-  Jauhkan anak-anak dari asap rokok.

Saya pernah terbaca, sebenar orang yang terdedah kepada asap rokok ( bukan perokok) sebenarnya lebih terdedah kepada penyakit berbanding perokok. Kerana itu pentingnya ibu bapa untuk melindungi anak-anak dari asap rokok.

3- Pastikan amalan kebersihan yang baik.

Ini termasuklah dari segi makanan dan minuman serta persekitaran. Masak makanan dengan sempurna dan jika makan atau beli makanan diluar, pilih kedai yang bersih.  Selain itu, sentiasa ajar anak-anak untuk basuh tangan dengan sempurna sebelum dan selepas makan dan juga selepas ke tandas.

4- Tidur yang cukup

Tidur yang cukup membantu badan rehat secukupnya dan seterusnya meningkatkan sistem imun badan.

5- Susu Ibu

Susu ibu membekalkan antibodi yang baik kepada bayi terutama yang berumur 6 bulan kebawah. Selain itu, pemberian susu ibu secara ekslusif kepada bayi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin disebabkan semasa proses penyediaan susu formula.

6- Vaksin

Program vaksinasi yang ditawarkan oleh kementerian kesihatan bertujuan untuk merangsang sistem imun badan anak sebagai persedian bagi menghadapi jangkitan sebenar melalui penghasilan sel antibodi memori. Oleh kerana itu,amat penting bagi ibu bapa mengikut  jadual vaksinasi yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan.

7- Kurangkan pendedahan anak kepada tempat yang ramai orang.

Pendedahan anak terutama bayi kepada tempat yang ramai orang meningkatkan risiko jangkitan kepada anak. Ini kerana kita tak tahu kemungkinan virus atau kuman yang mungkin dibawa oleh seseorang. Dan bila ia menjangkiti bayi atau anak-anak yang sistem imun nya masih rendah,kesan jangkitannya mungkin lebih teruk.

8- Pemberian Suplemen.

Pemberian suplemen bertujuan untuk meningkatkan sistem imun badan anak. Ia berfungsi sebagai pencegahan kepada jangkitan dan sekiranya dijangkiti serangan virus atau kuman, ia akan membantu badan melawan kuman lebih cepat dan mengelakkan komplikasi yang lebih serius. Antara suplemen yang boleh diberikan antaranya Mealshakes, Nutriferon, Omega Guard, Vitalea for Children.

MealShakes merupakan minuman multivitamin yang sangat sesuai untuk anak melengkapkan keperluan nutrisi harian mereka.

• Mengandungi 24 vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.

• Mengandungi protein untuk membina sel - sel badan yang penting untuk pertumbuhan anak- anak.

• Ia juga sesuai untuk mengatasi masalah sembelit kerana mealshakes juga mengandungi serat. Selain membantu mengatasi masalah sembelit, serat juga membantu beri rasa kenyang yang lebih lama.

• Mealshakes juga mengandungi anti-oksidan iaitu vitamin A, C,E ,zink, selenium yang merupakan agen anti oksidan yang bertindak melawan jangkitan.

• Juga mengandungi asid folik, biotin serta kaya dengan kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel badan yang kuat.

---------------

Omega Guard merupakan kapsul daripada minyak ikan yang membantu meningkatkan sistem imun.

• Membantu memperbaiki keadaan allergi atau ekzema.

•  Mengandungi DHA, yang merupakan nutrisi kepada otak. Jadi ia akan membantu tumbesaran dan perkembangan otak anak-anak.

------------------
NutriFeron merupakan ekstrak tumbuhan semulajadi dari biji labu, bunga safflower, benih plantago, kuntuman bunga japanese honeysuckle.

• Menyokong dan merangsang proses tindak balas imun secara semulajadi.

• Meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi tubuh. Interferon ini berperanan mengaktifkan sistem imun badan.

-------------------

Vitalea For Children merupakan multivitamin untuk kanak- kanak bertujuan melengkapkan keperluan nutrisi anak-anak.

• Membekalkan 18 jenis vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak- anak.

• Juga mengandungi kalsium, magnesium untuk menyokong pertumbuhan tulang yang kuat serta badan yang sihat.

*************************

Lien Abdullah
0137556961

No comments:

Post a Comment