Assalamualaikum.
Biasa kita dengar salah satu cara untuk meningkatkan selera anak-anak ialah dengan libatkan anak-anak semasa sediakan makanan. TAPI kadang ibu risau akan keselamatan anak- anak semasa menyediakan makanan. Takut anak terluka, takut anak terkena air panas. Risaunya..
Sebab itu penting untuk ibu- ibu tahu apakah aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak mengikut umurnya. Kat bawah ini saya kongsikan sedikit panduan untuk ibu-ibu.
Umur 1-2 tahun
Pada ketika ini otot2 besar dalam badan mula membentuk. Ketika ini, anak boleh diajar:
* Pegang cawan dan minum sendiri daripada cawan.
* Makan sendiri dengan bantuan.
* Patahkan dan celup makanan.
Umur 3 tahun
Pada ketika ini, otot pertengahan tangan membentuk, jadi ianya sesuai untuk aktiviti seperti:
* Makan sendiri.
* Balut makanan.
* Tuang minuman kedalam cawan.
* Mencampur makanan seperti dalam penyediaan salad.
* Goncang minuman dalam botol atau shaker.
* Sapu planta atau kaya pada roti
* Kopek kekacang dengan pemantauan.
Umur 4 tahun
Kanak-kanak pada usia 4 tahun akan mula membentuk otot-otot kecil pada jari. Dengan perkembangan ini, anak- anak boleh diajar untuk:
* Boleh guna sudu dan garfu.
* Gulung makanan seperti penyediaan roti gulung.
* Buang kulit buah tanpa menggunakan pisau seperti buang kulit pisang.
* Pecahkan telur.
Umur 5 tahun
Ketika umur ini, koordinasi halus jari dan tangan mula membentuk. Anak-anak boleh diajar melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti:
* Menimbang dan menyukat bahan- bahan makanan.
* Mengisar makanan.
* Memotong dengan pisau yang tidak tajam.
* Menggunakan "hand mixer" tapi pastikan dengan pemantau ibu- ibu.
Penting untuk ibu-ibu melibatkan anak-anak dalam penyediaan makanan kerana anak-anak akan lebih teruja untuk makan makanan yang mereka sediakan.
Antara makanan yang boleh disediakan bersama anak-anak ialah ialah sandwich, salad buah-buahan dan juga minuman.
Semoga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment