Wednesday, February 1, 2017

Kepentingan Sterol dan Stanols untuk menurunkan kolesterol

Assalamualaikum.

Kita selalu dengarkan kaitan kolesterol yang tinggi dengan pelbagai masalah kesihatan seperti sakit jantung, stroke dan juga darah tinggi. Tapi bagaimana ia berlaku?

Bagaimana kolesterol boleh menyebabkan penyakit-penyakit ini?

Kolesterol yang tinggi akan memberi kesan buruk pada badan apabila ia terkumpul dalam saluran darah yang menyebabkan atherosclerosis yang merupakan punca kepada masalah stroke dan serangan jantung.

Bagaimana Sterol dan Stanol membantu menurunkan kolesterol?

Phytosterol merujuk kepada sterol dan stanol tumbuhan yang ditemui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan dan mempunyai struktur molekul yang sama seperti kolesterol. Struktur molekulnya yang sama seperti kolesterol membolehkannya bersaing dengan kolesterol untuk proses penyerapan.  Sterol dan stenol juga menghalang kolesterol dari memasuki saluran darah dan seterus dikeluarkan daripada badan melalui sistem perkumuhan. Kesannya, kadar kolesterol dalam darah dapat diturunkan.

Sumber Sterol dan Stanol daripada makanan

Makanan yang membekalkan sterol dan stanol yang membantu menurunkan kolesterol dalam darah termasuklah soya, minyak sayuran, jagung, sebahagian sayur-sayuran, buah- buahan dan juga bijirin. Selain itu terdapat juga makanan di pasaran yang diperkaya dengan sterol dan stanol tumbuhan seperti marjerin. Tujuannya untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Supplemen yang mengandungi stanol dan sterol untuk menurunkan kadar kolesterol dalam darah

Phytocol-St daripada Shaklee merupakan formula proprietari yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan tubuh. Phytocol - St dirumus daripada sterol dan stenol tumbuh- tumbuhan. Ia akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Ini kerana detiap tablet Phytocol - St membekalkan 500mg phytosterols.

Cadangan pengambilan Phytocol -St

Cadangan pengambilannya ialah 3-4 tablet setiap hari dan diambil sebelum makan. Ia akan membantu menurunkan kolesterol dalam darah dengan membentuk satu lapisan yang akan menghalang kolesterol dari masuk kedalam saluran darah, menghalang penyerapan kolesterol dan menurunkan kadar kolesterol jahat iaitu LDL kolesterol.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Hubungi saya

0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205

No comments:

Post a Comment