Friday, January 27, 2017

VITAMIN C

Assalamualaikum.

Vitamin C selalu dikaitkan dengan kecantikan terutamanya bagi wanita. Dan pelbagai cara dilakukan untuk mendapat vitamin C tambahan selain daripada diet seharian. Antaranya melalui suntikan vitamin  C dan juga pelbagai suplemen vitamin C yang terdapat di pasaran. Termasuklah juga yang dikeluarkan oleh Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C Plus.

Vitamin C yang dikeluarkan oleh Shaklee ini menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran prorietari serba semulajadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh. Kerana itulah ia dinamakan Sustained Release Vita- C Plus.

Selain itu, Shaklee juga mengeluarkan produk yang lebih mesra kanak-kanak iaitu Chewable Vita-C Plus. Ia berperisa citrus yang sedap dan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa yang mempunyai kesukaran menelan tablet.

Kenapa Vitamin C penting untuk badan?

1- Vitamin C sebagai antioksidan
Antioksidan membantu melawann radikal- radikal bebas. Selain itu, vitamin C juga berperanan melindungi tisu daripada "oxidative stress" yang memainkan peranan penting untuk mengurang risiko penyakit. Vitamin C juga menghalang zat besi teroksida dan seterusnya merangsang penyerapan zat besi di usus.

2- Vitamin C sebagai Cofactor bagi pembentukan kolagen.
Vitamin C membantu pembentukan struktur protein di tisu konegtif yang dikenali sebagai kolagen. Antara fungsi kolagen ialah membantu penyembuhan luka, mengikat sel-sel badan antara satu sama lain.

3- Vitamin C sebagai Cofactor tindak balas dalam badan.
Vitamin C membantu pengeluaran hormon termasuklah thyroxin yang mengawal kadar metabolisma badan.

4- Vitamin C mengurangkan stress.
Kalenjar adrenal menyimpan banyak vitamin C berbandil kalenjar-kalenjar lain dalam badan. Semasa badan dalam keadaan stress, kalenjar adrenal akan mengeluarkan vitamin -vitamin bersama hormon kedalam darah untuk mengurangkan stress. Oleh kerana itu keperluan vitamin C meningkat ketika stress

5- Vitamin C membantu mengurangkan demam.
Ia merupakan amalan tradisional yang diamalkan oleh ramai orang yang mengatakan demam boleh dikurangkan dengan makan oren. Dan oren kaya dengan vitamin C. Secara saintifiknya kemungkinan vitamin boleh mengurangkan demam dan simptom-simptomnya ialah dengan melawan histamine. Dan Histamine dalam darah akan meningkat apabila individu mengalami selsema.

Lien Abdullah
0137556961
Shaklee id:1241205

No comments:

Post a Comment