Assalamualaikum
Hari ni saya nak kongsikan satu lagi vitamin yang diperlukan oleh badan iaitu Vitamin E atau nama lainnya ialah Alpha-tocopherol
Fungsi Vitamin E
Vitamin E merupakan salah satu vitamin larut lemak. Vitamin E berperanan sebagai antioksidan selain merupakan benteng pertahanan penting badan untuk melawan radikal bebas dan seterusnya meningkatkan sistem imun badan. Vitamin E bertindak dengan menghalang proses radikal bebas ini untuk menghasilkan radikal bebas yang baru.
Selain itu, Vitamin E juga mengurangkan risiko sakit jantung dengan melindungi kolesterol baik dalam badan iaitu LDL daripada teroksidasi dan mengurangkan keradangan.
Kekurangan Vitamin E
Kekurangan vitamin kebiasaannya berkait rapat dengan penyakit masalah penyerapan lemak seperti cystic fibrosis. Ini kerana seperti yang saya nyatakan diatas, vitamin E merupakan vitamin larut lemak.
Selain itu, kekurangan vitamin E boleh menyebabkan sel darah merah boleh pecah ( erythrocyte hemolysis) dan menyebabkan hemolytic anemia. Hemolytic anemia merupakan keadaan dimana sel darah merah terlalu sedikit akibat daripada erythrocyte hemolysis.
Kekurangan pengambilan vitamin E untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan saraf termasuklah di spinal cord dan retina mata. Simptomnya yang biasa termasuklah masalah penglihatan, masalah otot dan refleks,
Sumber Vitamin E
Vitamin E banyak terdapat dalam makanan terutamanya daripa minyak sayuran dan produk daripada minyak sayuran seperti marjerin, shortening. Selain itu Vitamin E juga terdapat sayuran hijau, makanan bijirin penuh, telur, kekadang, daging.
Namun begitu, Vitamin E mudah rosak dengan haba yang tinggi dan juga proses oksidasi.
Suplemen yang membekalkan Vitamin E juga membantu untuk mendapatkan Vitamin E yang mencukupi untuk badan. Shaklee ada penyelesaiannya iaitu Vita-E Complex.
Setiap kapsul sofgel Vita E Complex mengandungi 400 IU vitamin E daripada sumber semulajadi, 65 mg selenium yang membantu mengoptimumkan fungsi Vitamin E dan juga 39.4mg Ekstrak Biji Anggur. Inilah yang menjadikan Vita- E Complex daripada Shaklee berbeza dan terbaik untuk mengoptimumkan tahap kesihatan anda.
Boleh hubungi saya untuk dapatkan produk ini.
0137556961
Lien Abdullah
Shaklee id: 1241205
No comments:
Post a Comment