Tuesday, January 3, 2017

Mee kari

Assalamualaikum.

Cuma nak berkongsi resepi mee kari untuk makan tengah hari keluarga semalam. Kadang terasa nak makan sesuatu yang lain juga kan. Selalu tengah hari makan nasi je, apa kata sekali sekala tukar menu. 

Tapi, harus diingat porsinya harus dikawal sekiranya anda sedang berusaha menurunkan berat badan. Mee kari merupakan antara menu yang tinggi kalori kerana penggunaan santan. Semangkuk mee kari biasa kalorinya lebih kurang 519 kcal. Tinggi juga kan? Untuk kurangkan kalorinya, kurangkan porsi mee dan juga kuah karinya. Serta lebihkan pengambilan sayur dalam hidangan ini. 

Jom tengok resepi.

MEE KARI

Bahan-Bahan:

Mee kuning- dicelur
Rempah 4 sekawan
6 ulas bawang merah-dimayang halus
5 ulas bawang putih- dimayang halus
sedikit halia- dihiris halus
3 tangkai daun kari
1 paket serbuk kari ikan
1 paket serbuk kari ayam
sedikit serbuk cili- jika suka pedas
Ayam- potong kecil
Udang
Fishball
Santan
Asam keping

Tambahan: telur, limau kasturi, tauge, sawi yang dicelur.

Cara Penyediaan:
1- Tumis rempah 4 sekawan, bawang putih, bawang merah, halia dan juga daun kari. Tumis sehingga naik bau.
2- Tambah serbuk kari ikan dan serbuk kari ayam yang telah dijadikan pes. Tumis sehingga naik minyak. 
3- Masukkan ayam dan sedikit air serta asam keping. Biarkan sekejap. 
4-Masukkan santan ( saya tak asingkan santan pekat dan santan cair, jadi masukkan santan awal. Ikut kebiasaan anda.)
5- Masukkan udang dan juga fishball. Biarkan santan mendidih. Masukkan garam dan sedikit gula jika suka.
6-Boleh dihidang bersama mee yang telah dicelur, sawi dan tauge atau apa -apa sayur yang anda suka, telur dan juga limau kasturi. 

Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment